Jumaat, 17 Julai 2009

You have been tagged??

Assalamualaikum..

Infiniti terima kasih buat semua sahabat yang men’tagged’ kan saya..hee..pertamanya, saya mohon maaf diatas kelewatan men’update’ tentang award ni dalam blog yang hitam umpama dark chocolate ini..
Syukran buat Whitelover, Masyitah, untuk award ini : [ Sori sangat2 lambat amik..] apapun, moga saja persahabatan kita sesama muslim akan terus kukuh dan utuh..






saya panjangkan anugerah ini buat semua rakan blogger yang lain ..
1-Kyouya Ootori
2-Aman Shah
3-Akhi Rye
4-si hati ais
5-Syawal
6-Kak Asniza
7-Imran Koyube
8-Wann
9-Zarina De Zhalilah.
10-Ustaz @BC
11-Han Ri
12-Freshie
13-Annamir
14-Firus Fansuri
15-Manusia Biasa > Asyraff
16-White
17-Ahliah nizam
18-Ukhuwah >Lakaran Pena Kehidupan
19-Hafiz Adam
20-Seekerz
21-lisam
22-Rahmat Dait
23-Md Huzaifah
24-Rerama Chumey
25-DekChik
26-Pak Dean
27-Rini Alik
28-Snoop
29-Sh Nursyahidah
30-Dhany Sarip
31-Mujahideen Cyber
32-Ibrahim
33-Siti Aisya
34-MFR
35-Otosan Otopan
36- dan semua rakan bloggers..infinity terima kasih..

Ni pula tagged Daripada blog permata hatiku, Zarina..

1.Anda rasa anda hot?
>> Hot? Suhu badan normal.. alhamdulillah baru baik dari demam..

2.Upload gambar kegemaran anda...
>> Gambar kegemaran saya terlalu banyak..[ Tamak ]..yang tu best yang ni pun best juga. Kalau cerita tentang gambar, tak kan habis, sebab setiap gambar tu istimewa dan ada cerita sendiri.

3. Kenapa anda suke gambar ini?
>> Sebab satu gambar tu ada kisah ceritanya sendiri, mungkin cerita tentang suka, mungkin juga cerita tentang duka, dan mungkin-mungkin.. ;D

4. Bila kali terakhir anda makan piza?
>> Pizza? Hmm..tak makan pizza sangat, tapi makan kuih tepung pelita..

5. Lagu terakhir yg anda dengar?
>> Ikut Kronologi >> yang terakhir saya dengar, pidato Ahmad deedat, yang kedua saya dengar hujah ‘Benjamin Celaka’ [Dalam blog Aman], menonton filem [Kun Fayakun], Dan lagu terakhir 2 hari lepas >> Lagu Sammi yusuf, dan sebelum tu lagu Opick [Tombo Ati ]

6. Apa yg anda sedang anda buat selain selesaikan tag ini?
>> Berfikir, tengah arrange masa schedule nak buat mana dulu tugas hari ni..

7. Selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa?
>> Nama yang suka di panggil? Setakat ni orang panggl banyak nama..tapi paling suka dengan nama ‘Dek’ [ Adik ], nama panggilan saya dalam keluarga. Sebab..terasa diri tak tua-tua juga..hahaha

8. Tag lagi 6 org dgn hati yg terbuka tanpa rasa kekesalan.Sila lakukan kalau tak kena denda mandatori heheh?

>> Lebih dari enam tak leh ke?
1. Kyouya Ootori
2. Wann
3. Firdaus Abdul Aziz
4. Kak Asniza
5. Masyitah Az zahra
6. Whitelover


9. Siapa no 1 kepada anda?
>> Sahabat saya dalam discussion tentang apa-apa isu pun..+ seorang yang sangat lawak..Lawak Jumpa Lawak = Melawak-lawak..
10. Bagaimana pulak dengan no 4?
>> Kak Asniza, seorang sahabat yang sangat aktif mengup’date’ blog..+ tegas dalam lembutnya..;D
11. Kata sesuatu tentang org no 5.
>> Moga thabat dan istiqamah..
12. Bagaimana pulak dengan no 3?
>> Sahabat yang berkongsi ilmu dalam design mendesign..
13. Siapakah org no 2?
>> sahabat juga.. apa-apa info, Tanya aje dia.. ;D

14. Bagi pesanan anda untuk org no 6!!
>> White, Jaga dirimu baik-baik, moga Berjaya dalam kembara mencari ilmu.. ;D


Ni Tagged dari syawal.. agak jenuh jugak kalau nak tulis sampai 25..hehe..Tulis mana yang mampu je yea?
Rules And Regulation: Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg orang tidak tahu semasa kecil anda, dihujung entri, anda
harus memilih 5 org untuk ditag. Anda amat bertuah jika ditag
saya sebab saya ingin tahu lebih lanjut tentang zaman comel
anda dulu..(ayat copy sahaja)



1-Nama saya yang originalnya sepatutnya Siti Khadijah, itu yang mak & bapa saya rancangkan, tapi tak tau la, kenapa doktor tu boleh silap dengar dan silap eja. Tak puas hati betul. Apapun bersyukur je la sebab ada juga nama.

2-Pada zaman kanak-kanak saya, saya adalah seorang yang sangat cengeng [ cepat menangis ], ‘parent’ tinggikan suara sikit saja, dah menangis. Tak kena marah pun menangis. Tapi bila dah Berumur macamni dah berubah semua tu.

3-Ibu bapa dan keluarga saya adalah yang terpenting dalam hidup.

4-Si ‘Putih’ nama kucing saya , dan menjadi kesayangan keluarga juga. Seekor je.Uniknya kucing ni takde mata sebelah. Saya tak tau sebab apa, sebab kucing ni kami jumpa masa 1 Ramadhan tahun lepas, nyaris-nyaris, hampir di lenyek dengan tayar, ‘on da spot’ berenti kat highway, ‘pungut’ kucing tu. Masa tu umur si Putih baru dalam beberapa hari.[ kalau di tengok dari saiz badan dia masa tu]

5-Masa kecik-kecik peminat setia komik Doraemon, Dragon Ball, dan Teman Pendekar Helang Sakti, juga Pedang Setiawan , Juga Dewata Raya.. masa tu umur baru darjah 3. Peminat cerita drama jepun ‘Chun li si pemain bola tampar’ dan Suria Perkasa Hitam..hahahaha..

6-Sudah menghabiskan buku teks sastera kakak saya ‘mereka yang Tertewas’[ Teks sastera untuk tingkatan 4 & 5], semasa darjah 4, dan menghabiskan membaca ‘Sulalatus Salatin’ [ Buku sastera untuk Stpm ] selepas menghabiskan Mereka yang tertewas.

7-Sejak dari darjah 3 sampai 6, suka lepak di stor rumah, kerana banyak buku-buku, dan majalah dewan Masyarakat, pelita bahasa, dan macam-macam ada, sampai kalau mak panggil kadang2 tak dengar dek hanyut dalam pembacaan.

8-Sejak darjah 5 lagi, sudah membaca karya Imam Al-Ghazali ‘Ihya Ulumuddin’, Buku 1,2,3..sampai sekarang pun saya masih mengulang kembali bacaan

9-Masa sekolah rendah dulu, perwatakan ala-ala ‘boyish’. Selalu ikut abang saya dan adik lelaki saya pi memancing, mandi sungai, main tembak-tembak..Polis sentri, main dalam sawah, huih..best sangat kenangan tu..

10-Menjadi student kepercayaan guru-guru semasa form 4 & 5.. ;D

11-Kenangan paling tak dapat dilupakan masa darjah 2, masa tu naik bas dengan kakak, tiba-tiba kakak saya terlupa beli satu lagi barang, pastu dia turun dari bas, suruh saya tunggu kat dalam dan bagitau kat pakcik bas tu, jangan jalan dulu, tunggu sampai kakak saya datang balik. Tapi tau saja..masa kecik2 dulu saya sangat penakut dan sangat cengeng. Masa pakcik bas tu Tanya siapa lagi yang belum naik, saya diam membatu jerr..takut nak cakap..Last-last bas tu bergerak menuju ke destinasi. Saya pulak ikut turun beramai-ramai dengan penumpang bila sampai di satu stesen tu. Saya nekad nak jalan kaki utk patah balik. Masa tu dah tersasar dari stesen kampung saya sejauh 12KM., Yang lawaknya sewaktu jalan kaki tu dahlah bukit tinggi-tinggi, jalan raya tu juga bukanlah kawasan orang berjalan kaki..jadi tiap kali kenderaan lalu lalang, depa hon saya.adess.. Sepanjang jalan juga saya berdoa tak putus-putus agar ada orang yang sudi tumpangkan saya.. Sedih..dah nangis sepanjang jalan kaki tu..


12-Sangat suka makan aiskrim..kalau yang dalam Tupperware tu, 3.4 liter tu saya boleh habiskan sorang-sorang, dan pernah bertanding dengan kakak, adik dan dua orang abang ipar, siapa yang boleh habiskan satu Tupperware aiskrim tu dalam masa yang singkat. Hahah,saya la orangnya..dorang yang lain sambung besok makannya, ada juga yang saya tolong habiskan..wakakaka..

13-Pernah wat novel sulung masa bersekolah di SAMTAJ Sg.Besar Selangor. Novel tu berganti dari tangan ke tangan seluruh bilik asrama ..sampai part antara buku-buku tu tercerai tak tau pi mana..


14-Sangat meminati seni..

15-Sangat suka dengan claymation > Pingu..dan yang terbaru ni, backom animasi dari korea channel astro Ceria > Lawak..

16-Sangat suka juga buku-buku sejarah, segala macam sejarah..semua tentang sejarah

17-Pernah menjalankan kegiatan bisnes dalam bilik sewaktu bergelar penuntut uitm Sg,Petani Kedah. Masa tu buat servis printing , Jual cd kosong, Buat video editing, dan edit gambar ‘memember’, dengan bayaran yang sangat ‘cincai kira la’. Tapi servis printing tu lumayan..paling tak dapat lupa boleh dapat RM500.00 dalam seminggu buat bisnes tu. ;D

18-Masa jadi student uitm dulu juga, selalu outing ramai-ramai dengan memembe yang sekepala..kadang-kadang kuar pi Bukit Hijau, sungai Lubuk Tupah, dan rindunya dengan semua sahabat muslimat!! >>Zaman study zaman paling indah sekali <<

19-Tulang dipergelangan tangan kiri Retak dan hampir patah sebab terlalu nakal bermain di dalam surau..sampai hari ni, tangan kiri tak boleh mengangkat beban yang berat-berat..

20-Tak boleh lupa, masa kecil-kecil dulu kalau cabut gigi, doctor gigi tu akan belikan saya aiskrim untuk mempercepatkan pembekuan darah. Kadang-kadang mak yang belikan.

21-Masa kecil-kecil juga ada seorang makcik di kampung tu panggil saya ‘Gosumpak’
[ Dalam bahasa Dusun ] makna gosumpak = Orang yang balik-balik jatuh kalau berjalan. haha.. sejarah nama ni, sebab tiap kali lalu depan kedai makcik tu, mesti nak mintak mak belikan makanan, kalau mak buat tak dengar, saya akan merengek dan menjatuhkan diri saya betul-betul kat depan kedai, sambil kaki tendang-tendang kat depan, pastu buat-buat nangis..Sampaila makcik kedai tu kesian + cuak agaknya, dan bagi saya apa yang saya nak secara percuma? Best..best..masa ni umur baru dalam 4 atau 5 tahun agaknya. Yang tak bestnnya sebab nama ni lekat kat saya sampai dah besar-besar camni. Makcik tu panggil saya dengan nama tu. aisehh


22-Pernah jadi guru sandaran selama 6 bulan di sebuah sekolah pedalaman. Rindu dengan semua kenangan di situ.

23-Berhijrah ke semenanjung pada umur 13 tahun, sekolah Di SAMTAJ batch 97 >> 99

24-Nak cerita apa lagi yea? Lagi dua ni?

25-Ha..yang cerita last ni cerita yang takleh cerita.. ;D

Hah ini 5 bakal PENERIMA HUKUMAN seterusnya:

1- Wann
2- Akhi Firdaus Abd.Aziz
3- Freshie
4- Han Ri
5- Zarina


Jawab..jangan tak jawab..

4 ulasan:

  1. erkkk...sejarah pmbacaan buku tu mnakutkn la kakk~

    BalasPadam
  2. heh..menakutkan..bawak bertenang aje..
    ;D

    BalasPadam
  3. ape soalan nye, mcm mane nk jwb?
    erm ijja sedih ler bace yg anti tinggalkan akak sblm naik bas tu... so ape cite sambung die yer? lepas jalan kaki...then ape terjadi? huh!? O.o

    BalasPadam
  4. ll akhi Firdaus >> ;D.. Saya dah sent kat ym akhi..

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...