Sabtu, 27 Mac 2010

Turtles can Fly



Hari yang 'calm'..
Komik Al-Fityan dah sampai, Thanks Han Ri..

Poster filem di atas adalah filem yang baru saya lihat di Astro Oasis, Filem daripada Iran, tajuk ceritanya saja buat saya tahu, filem ini mesti 'best'.

Berlatar belakang peperangan antara Iraq dan AS, kehidupan di uji dengan ujian demi ujian yang menyesakkan jiwa. Kanak-kanak antara yang menjadi mangsa keadaan. Kudung sebelah kaki, kudung kedua tangan, adalah hasil daripada peperangan. Anak-anak menjadi yatim piatu, tanpa rumah, tanpa ibu, bapa, kehilangan ahli keluarga adalah mimpi ngeri buat setiap orang.

Argin, watak perempuan kecil yang pada usia sekecil itu melahirkan seorang bayi hasil pemerkosaan bergilir-gilir tentera AS, sekaligus merampas zaman kanak-kanaknya.

Argin membenci anak kecil yang dilahirkannya, dan berulang kali mahu membunuh anak tersebut.

Peperangan merampas semuanya.. kehidupan, keriangan, mimpi indah hanya jadi ilusi.
peperangan yang melanda membuat setiap kanak-kanak di situ dewasa sebelum waktunya.

Kasih sayang yang bertembung dengan kebencian, meninggalkan satu perasaan yang entah bagaimana.

Perang, membunuh kasih sayang sesama insan. Pengakhiran cerita yang tragik, and, I don't think I would want to watch it again. It is disturbing and raw. One is affected, it isn't something one forgets about. huh!!



sesape yang nak tengok, leh try search kat YouTube.

Wassalam.. T_T

Isnin, 15 Mac 2010

Mulanya Molly, kemudiannya Gapi.



Terapi menenangkan jiwa, Cari Hobi atau Bina Hobi baru!

Kalau Dulu masa senggang saya banyak dihabiskan melukis still life painting, atau menulis apa-apa saja yang terbuku di hati, saya akan curahkan semuanya di atas kertas atau dinding Sekolah, biar ia tidak beku dan kaku di hati. [ Jangan simpan tension / perasaan anda, luahkan ia ke dalam bentuk Seni ] (^^,)

Cerita Satu :

-Hari kelima Pameran di One Utama – Beli set akuarium + ikan Molly sepasang -

Bila putaran kehidupan semakin tidak lagi mengikut kompas yang betul, hobi melukis dan menulis semakin renggang di waktu senggang yang ada.

Sudahnya, entah mengapa saya tanpa sengaja membeli Akuarium kaca yang Comel, sepasang Ikan Molly berwarna putih dan Hitam, pellet makanan, dan anti klorin, juga set batuan + Hiasan dalam akuarium bakal ikan-ikanku diami nanti. Saya bukanlah peminat ikan, tapi semuanya memungkinkan ia terjadi apabila ’booth’ Yong Tau Foo kami, [Ketika pameran, Jualan & Promosi anjuran Jab.Perikanan yang lepas ] berhadapan dengan ’booth’ Zarifah Aquarium. Sambil menunggu pelanggan datang berkunjung, saya tidak lepas memerhatikan pelbagai jenis ikan yang ada di booth tersebut. Bila terasa tension kerana sales kurang menjadi, hati akan sedikit terubat melihat gerakan ikan-ikan yang terdapat di sana. Melihat warnanya saja mampu menenangkan jiwa, paling saya suka, saya memanggilnya ’Lukisan bergerak’, Saya terfikir mahu membeli akuarium berbentuk ’frame’ gambar yang akan digantung di dinding bilik saya, ataupun mengubahsuai lantai rumah saya yang dibawahnya akan ada kolam ikan. Sambil duduk di atas lantai, saya boleh melihat ikan-ikan di bawah ’tiles’ kaca. [ Nasib baik rumah sewa, kalau rumah sendiri, saya akan usahakan jadikan ia realiti ] ;P

Itu cerita Satu..



Isi Cerita Dua :

- Hari Pertama menjejakkan kaki ke expo pameran yang kedua – Jusco Bukit Tinggi Klang – Sedih, berjauhan dengan ikan Mollyku –

Sebelum melangkah keluar pagi sebelum bergerak ke kilang, sepasang Ikan Molly baruku sempat ku beri makan. [ Makanan terakhirku buat mereka ]. Untuk memastikan kebajikan ikan-ikanku tidak terabai, wasiat + Amanat sudahpun ku titipkan buat ketiga-tiga rakan serumahku.



-ini lah muka mendiang ikan Molly ku yang dah mati-


” Kak, nanti tolong bagi ikan tu makan yea, sehari 2 kali je” begitu pesanku dalam SMS [ Sistem Mesej Segera ]

Tiada Balasan. Sibuk barangkali. Apapun saya yakin mereka dapat pesananku.

Petang, 3:15 petang, Sedang saya sibuk melayan pelanggan yang berminat nak jadi ejen Yong Tau Foo, telefon bimbitku bergetar [Mesej masuk]

Saya terkedu.. Tiba-tiba terasa dunia seakan gelap seketika.[ Emo terlebih ]

”Ijja, ikan ijja dua-dua mati..tak tau la kenapa” itu yang saya baca. Tiba-tiba rasa sedih..[ Sedih sebab tak sempat hadiahkan akuarium tu buat seseorang ]

Erkkkk!! Nak telefon rakan rumahku ke tak yea? Saya senyap. [ Cuba tenangkan diri]
Begini rasanya kehilangan yang baru sedikit..Sedang saya menimbang-nimbang perlu telefon ataupun tidak, telefon bimbitku bergetar lagi minta diangkat.

Kakak Rumahku : “ Ijja, sori, akak pun tak tau kenapa ikan tu mati..tapi pagi tadi sebelum akk kua, akk dah bagi makan dah ikan-ikan tu, tetibe balik tadi akk tengok ikan tu tak bergerak-gerak. Senyap je, tengok-tengok dah mati”

Saya : “Takpela kak, nak wat camana, Ajal dorang kan” [ Saya buat tabah ] ;P

Kakak Rumahku : “Nanti akk ganti ikan lain yea”

Saya : “Takpe kak, dorang dah mati, bukannya akk sengaja pun”

Kakak Rumahku : “ Tapi pasal apa ikan tu mati yea?”

Saya : “ Akk terlebih bagi makan tu kot, banyak tak akk tabur makanan dorang pagi tadi?”

Kakak Rumahku : ” Banyak, sebab akk rasa macam tak cukup je makanan tu, sebab makanan dorang halus-halus”

Saya tergelak. Kompom mati ikan tu sebab terlebih makan. Bak kata Pakcik Shariff, ’Over Feeding’. Ikan yang kecil-kecil takleh bagi makan banyak, bagi sikit je pun dah cukup, sebab prut diorang kecik. Macam tumbuhan, terlebih siram air pun akan mati, manusia pun macam tu juga, terlebih makan, membawa mudarat.

Cerita Tiga :

Sehabis Pameran di Klang, kami balik ke batu caves selepas tiga hari berkampung disana. Pameran terakhir kami akan diadakan di Jusco Setiawangsa.

Tamat saja semua Pameran, saya terkejut sebab Aquarium saya yang dah kosong hari tu kini kembali meriah dengan kehadiran dua ekor ikan Gapi. Thanks Kakak Rumahku. ;D [ Suke2]

Kini, balik rumah, saya akan tengok beberapa minit ikan dalam akuarium tu, sambil memikirkan idea baru untuk sesuatu.


- Ni pula ikan Gapi > ada sikit iras muka ikan gapi yang baru -


> Ikan yang kaler biru ni macam ikan corak batik, hah lepas ni boleh guna tema corak ikan ni pulak <


> Saya Agak-agakla kan, Tudung yang dua tone tu ambil inspirasi dari ikan ni kot?" <

Best bela ikan. ;D.. Teringat kucingku yang hanya ada sebelah mata kat Sabah yang ku tinggalkan. Rindu..

Rindu kucing, atau.. saya sedang merindui semua yang ada di negeri bawah bayu itu?


P/S : Nak bela ikan? Lawat kedai Pakcik Shariffudin kat Kompleks PKNS [ Zarifah Aquarium ] – Customer service yang saya bagi 5 bintang.
P/SSS : Beberapa ilmu yang saya perolehi daripada pakcik Shariff tentang ikan :
1- Semua ikan sebenarnya tidak memerlukan pam oksigen untuk hidup, kecuali di klasifikasikan hanya sebagai bantuan kepada ikan itu untuk brnafas. [ Ikan tertentu ].

2- Ikan Gapi / ikan Molly / ikan yang kecil tidak memerlukan makanan yang terlalu banyak. Hanya 2 cubit atau 3 cubit taburkan makanan mereka. Jangan sampai Over feeding orait!

3- Ikan Gapi + Ikan Molly ikan yang cepat membiak, kalau dah agak banyak, tukarlah akuarium yang lain. Kena asingkan ikan Gapi kalau anaknya dah beranak, nanti habis dimakannya pula. ;0

4- ikan yang sedang tidur tidak akan bergerak-gerak.

5- Ikan akan terkejut jika cahaya terlalu terang secara tiba-tiba [ Psikologi ikan terganggu ]

6- Banyak lagi nak kongsi. Tapi mata dah seolah melekit, amaran awal untuk tidur. Untuk lebih info, jumpalah pakcik Shariff + Makcik Zarifah, dorang banyak ilmu tentang ikan.. ;D

Selamat mencari Hobi Baru! Adios...Wassalam.


ahyA 1912, Gombak.

Khamis, 11 Mac 2010

Jangan Tunggu Esok!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum..

Wah..diam tak diam, lamanya tuan punya blog ini tidak melawat blog sendiri. Terlalu banyak yang nak di ceritakan. Kesibukan yang merantai ruang masa, sekaligus dijadikan alasan untuk menebas semak samun yang makin mesra tumbuh di halaman blog. Jika dibiarkan, pasti tumbuhan menjalar akan menutup pintu pagar blog pula lepasni. Bukan sengaja tak nak 'update' apa-apa, tapi majoriti manusia, kebanyakannya [ Termasuk penulis ] suka memetik perkataan ni ;

1- "Esoklah".
2- "Nantilah dulu".
3- "Sekejap lagi"
4- "Minggu depanlah"


Pelbagai lagi nada jawapan yang seakan sama pengertiannya seperti di atas. Bertangguh, berlengah-lengah, melambat-lambatkan dan akhirnya akan membawa makna > mengabaikan / melupakan terus tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan.

" Orang yang Paling pintar di kalangan umatku, yang paling banyak ingat Mati, dan yang paling bersedia menghadapinya" [ Hadith Riwayat Abdullah Ibn.Umar ]

Hadith yang ringkas, makna yang padat, dalam dan bisa mencambahkan pengertian yang pelbagai jika difikirkan dengan teliti berserta mata hati.

Saya bukanlah seorang pemikir hebat, bukan seorang sasterawan terbilang dengan tajamnya bahasa di hujung mata pena, bukan juga intelektual yang punya nama, tetapi saya hanyalah seorang insan kerdil yang tidak terlepas dan adakalanya tidak mampu untuk menahan fikiran untuk tergerak berfikir kenapa sesuatu hadith itu dikeluarkan daripada Rasulullah SAW. Kebenarannya itu pasti, dan saya meyakininya.

Pernah atau tidak kita terfikir saat ini adalah kali terakhir kita bernafas, kali terakhir kita bersama ahli keluarga, kali terakhir bersama kawan-kawan, kali terakhir bersama suami atau isteri juga anak-anak, kali terakhir kita ke pejabat, kali terakhir kita balik daripada kampung, kali terakhir entri di blog ditulis, atau kali terakhir blog di laman maya ini kita tatap?

Adakah hari esok untuk Kita? adakah lagi lusa untuk kita, adakah lagi minggu depan untuk kita?

Bilik tak kemas lagi, rumah berselerak, senarai hutang perlu dibayar tidak dicatat, tidak direkodkan, hutang yang kecil-kecil belum kita langsaikan, orang yang pernah kita sakiti hatinya belum kita raih kemaafannya, atau orang yang bersalah pada kita, belum terbuka hati untuk kita memaafkannya, dan kita lebih suka menyimpan dendam, Ibu bapa yang pernah kita sakiti hatinya juga belum pun kita kucup tangan mereka memohon keampunan, suami yang kita derhakai secara senyap atau secara terang-terangan, sudahkah kita memohon kemaafan?

Andai saat ini adalah saat terakhir nafas ini dipinjamkan, apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

Bayangkan, jika tiba-tiba kita meninggalkan dunia ini esok pagi atau ini adalah tidur kita yang terakhir.. Bayangkan jika :

1- Bilik kita yang masih berselerak, dokumen hutang piutang yang tidak direkodkan, rumah yang bersepah, Kerja yang sepatutnya kita siapkan hari semalam tertangguh dan tidak sempat kita siapkan sebelum kematian kita, tentang hati setiap manusia yang pernah kita sakiti.

Saya terfikir, betapa kematian kita itu menyusahkan diri sendiri apatah lagi orang-orang yang kita tinggalkan.

Menyusahkan diri sendiri,dan orang lain, contohnya dalam aspek hutang:

>> kerana hutang piutang kita jika tidak dicatat apa-apa, bagaimana cara mahu melangsaikannya jika tiada siapa seorang pun tahu nilai hutang kita? Memang setiap orang yang memberikan hutang mampu mengakui, tetapi bagaimana pula halnya dengan orang yang tidak tahu tentang kematian kita?

Menyusahkan diri, kerana membawa amarah orang-orang yang pernah kita sakiti hati mereka disaat sakaratul maut terlalu akrab dengan kita.

Kepala terasa berat bila fikirkan semua lingkup yang tidak terlintas di depan mata. mata seakan berpinar, Jantung berdegub dengan ritma yang tidak seirama. Kenapa? Takut, cemas, Panik, dan pelbagai rasa yang teradun sebati menjadi satu gambaran perasaan yang tidak mampu terluah dengan kata-kata.

Hentikan 'Esok'!, Esok memang ada, tapi jangan mengharap ianya untuk kita, Selesaikan semua tanggungjawab yang perlu dilaksanakan hari ini dan mampu disiapkan hari ini, sekarang ini.

Setidaknya, andai saat ini adalah kali terakhir kita masih bernyawa, kita meninggalkan mereka dengan tidak menyusahkan orang lain, tidak meninggalkan bebanan kerja yang sepatutnya kita selesaikan, dan paling penting kita tinggalkan mereka dengan kemaafan yang sudah dipohon, mereka redha dengan pemergian kita.

Ini baru soal tentang hubungan kita dengan makhluk Allah yang lain. Sudah panjang skrip soal jawabnya, tetapi..

Bagaimana pula halnya dengan soal jawab kita dengan pemilik nyawa Kita?

Mohon kita semua dihidupkan dan dimatikan dalam keadaan beriman kepadaNYA.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Andai ini kali terakhir saya masih bernafas, mohon semua sahabat maafkan segala khilaf saya. Terima Kasih.

Lagu untuk semua..

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...