Isnin, 27 Julai 2009

KAU kata AKU berkata-kata


Kata-kata Yang mengata kata nista dan cerca..

Kata Demi kata
Kau berkata-kata..
Aku dengarkan saja..

Kata dengan kata-kata lagi
kau berkata
Tiada Henti,
Aku,
biarkan saja..
Biarkan saja Kau berkata-kata..

Kenapa Diam saja?
Kau bertanya..

Iya, aku bagi kau berkata-kata,
katakan saja semuanya..
aku menjawab saja.

Kau Nak kata apa-apa?
Kau bertanyakan aku..

Jawab aku..

Aku cuma nak kata,
Jangan suka mengata-ngata,
Jangan lepas bebas berkata-kata,
Lidah itu lembut pada sifatnya,
Takut-takut apa yang dikata-kata,
Apa yang di cerca Nista,
adalah untuk diri sendiri.

Iya kita-kita,
yang selalu terlalai alpa,
Selalu juga terlupa
untuk memberikan kata-kata,
terlupa untuk mengata
diri yang entah-entah sudah nyanyuk lupa..

Jadi kau anggap aku terlupa?
Kau tanyakan aku..

aku tidak anggap,
tetapi,
kau yang menganggap orang lain terlupa..
itu saja..

kau diam.
Aku berjalan meninggalkanmu,
kerana bagi aku,
kata-kata yang tiada isinya,
ibarat tin kosong,
Diterjah angin
bergolek ke sana sini..
Ya
untuk apa saja kata-kata yang tiada indahnya..
membuang masa,menambah dosa..

Selamat tinggal kata-kata..

Sabtu, 25 Julai 2009

.. saya Di tag lagi.. o.O

Assalamualaikum..

HUHUHU..ader hamba Allah ni menjadikan saya mangsa tagged mereka.. Hamba-hamba Allah ni ialah ;

1- Iqah > http://littlegurl97.blogspot.com

2- Princess Islam > http://princessislam.blogspot.com

Mula-mula malas la juga nak jawab [ Alamak terlalu jujur ke akuan ini?? hehe ] tapi untuk tidak menghampakan orang-orang yang nak tau sangat misteriusnya hidup saya..saya cuba la bagi jawapan yang sebaiknya ok..

Pertama sekali nak jawab soalan dari Iqah..[ Iqah..thanx sebab jadikan saya mangsa hukuman ini..hehehe ]

Ni tag Nyer:

1-G0 t0 y0ur photo files...select the 6th photo f0lder

2-Select the 6th photo in that f0lder...

3-P0st that ph0t0 al0ng with the st0ry behind it...

4-Then challenge 6 blogging friends to do the same...

Ni la jawapan daku [ Copy & teh jap trademark White..]:



latar belakang Tentang Gambar ni...

Memula bersyukur gak sebab gambar yang keenam bukanlah berkaitan dengan saya, dan pastinya bukan muka saya.. ;D.. selamat2..

Ok, gambar ni saya capture secara candid, dua-dua ni anak buah saya..diorang sedang tengok langit maghrib masa ni..pastu tunjuk-tunjuk bentuk awan yang ada..
disebabkan saya suka ambil gambar candid, maka terabadilah memori ini dalam kamera dan dalam folder picture di pc ni..

Boleh la ni kan?? ;D

- End 1st Tag -

Ni tag yang kedua pula.. Banyak nya soklan..ni memang nak korek habih-habih rahsia hidup saya neh..huhu..apapun saya akan jawab sekadarnya okeh??

Soalan-soalan yang agak membunuh ini ada 30 soklan..ni kena bagi saya royalti ni.. hehe..

1- Bekas kekasih saya adalah :
- Kekasih?? owh.. belum berbekas dan pastinya belum juga bermula..(^_^)

2)Saya sedang mendengar :
-Hujan yang turun mencurah-curah disebalik sliding door..huhu..sayunyer.. T_T

3)Mungkin saya patut:
- Pergi kemana yang saya mahu pergi..keluar dari sini, dan pergi ke tempat baru!

4)saya suka:
-saya suka sesuatu yang mencabar diri sendiri.. ;D

5)Sahabat-sahabat baik sAyA:
- Sahabat-sahabat saya dari dulu, kini dan selamanya, sentiasa ada walaupun dalam cerah, teduh, hujan, gerimis, banjir, atau petir..Mereka la bangsal tempat saya menumpang menunggu hari teduh, dan sesudah hujan, jalur pelangi yang indah kami nikmati bersama.. [ Demi Allah saya menyayangi semuanya hanya kerana DIA..]

6) Saya Tak Faham:
- Kenapa ada orang sanggup menipu sedangkan kita dah letakkan satu kepercayaan untuk dia..adakah dia tidak mengerti kepercayaan tu sangat mahal nilainya?

7)Saya kehilangan:
- Hilang..saya kehilangan ic dah 2x.. hahah

8)Ramai yg kata:
- Saya seorang yang suka berlawak, Sangat Cool, tapi adakalanya sangat sukar juga dijangkakan dan sering buat mereka ter'shocked' jap..

9)Makna nama saya:
- Cari lam buku ni di kedai buku >> Himpunan nama-nama anak Dalam Islam, mukasurat..<< tak ingat la.. ;D

10) Cinta itu adalah:
- Bagi saya Cinta itu adalah anugerah dan amanah..dan sebelum mencintai sesuatu kenala mencintai dulu Pencipta yang mencipta apa yang kita cintai tu..

11)Di suatu tempat seseorang sedang:
- Menulis Puisi khas untuk saya..hahaha

12)Saya akan cuba:
- Buat yang terbaik hari ini, more better than yesterday..dan hargai apa yang kita punyai hari ini, sebab hidup ini unpredictable..

13)Ayat "Selamanya" membawa maksud:
-ouh ayat ni, maknanya tiada akhiran..

14)Telefon bimbit saya:
- Biasa biasa saja..tapi nilai sentimental yang sangat luarbiasa..

15)Bila saya terjaga dr tidur:
- Terus duduk jap..alhamdulillah..terus minum air suam 3 gelas before subuh.. ;D

16)Saya boleh meluat bila melihat:
- saya lambat sikit nak meluat dengan sesuatu..

17)Pesta/Parti adalah:
- Pesta apa..kot pesta buku ke..pesta makanan ke..pesta pc fair ke.. selagi ianya sesuatu yang bermanfaat, korang akan jumpa saya kat situ..

18)Haiwan yang paling comel yg saya pernah temui:
-yang pernah di temui > Siputih..kucing kat umah..tapi dia comel masa umur dia baru beberapa hari,, ala yang bulu dorang masih kembang2 lagi..so cutee!
-Binatang yang nak sangat bela >> Penguin..


19)Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya:
-sekarangni..

20)Hari ini :
-Demam sikit..

21)Malam ni saya akan:
-Buat apa yang patut untuk mengelakkan kerja menimbun..

22)Esok sya akan:
- Lakukan kerja dengan lebih baik dari harini, dan akan set time untuk siapkan semuanya dengan lebih pantas dan cekap..kualiti tiptop..hahaha..perasan..

23)Saya betul2x inginkan:
- 1- Empayar sendiri.. 2- seseorang yang tepat untuk saya temui, sebagai sebuah rumah tempat saya berteduh dalam hujan, juga panas.. rumah tu juga adalah rumah yang penuh kebahagiaan, dan yang akan mendamaikan saya.. ;D

24)Ketika sy lihat wajah saya di cermin pagi nie:
- Masa gosok gigi..tak nampak perubahan..cuma pucat sikit..


25)Pusat membeli belah / arked permainan :
- saya jarang pergi..kecuali kalau betul2 memerlukan saya untuk kesana..

26)Makanan barat atau jepun:
-western > lamb Chop..Jepun > dulu-dulu suka Sushi..

27)Bilik yg terang atau gelap:
- saya prefer bilik yg cukup sekadarnya..bilik terang untuk membaca..bilik gelap masa nk tido, atau blckout..

28)Makanan segera adalah:
- kurang berkhasiat..prefer masak sendiri..

29)Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
-" Rilek .....[ nama dia ], tenang aje..kena ingat, setiap orang Allah dah berikan peta hidup masing2, ada sudut yg sudah sedia terlukis, ada bucu yang menunggu untuk kita yang melakarnya, ada yg sudah Allah rencanakn, dan ada juga kita merancangnya, tapi allah yang menentukannya.. "

30)Siapa yang anda mahu tag????
-siapa yer? kalo boleh sume yang jadi follower saya..saya tag kembali...lalala

31)siapakah yg bertuah itu..?? kalian insan terpilih...hihi

Jumaat, 24 Julai 2009

Tentang Sahabat..


Assalamualaikum..
Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Berkasih jangan cuma satu sahaja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul!^__^

Allah SWT menciptakan makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.


Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud:

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita kepada Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”

Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaruhi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Sumber daripada : Taman-Taman Syurga

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Sekian, selamat bersahabat- 

ijja1912
Hidup untuk yang Maha Hidup...

Islam Going To Be Banned Worldwide ? !!




Assalamualaikum..kenal tak dengan tokoh politik yang agak 'keparat' di atas??
untuk perkongsian, jom baca apa dia kata..


Sumber : http://www.cair.com/ArticleDetails.aspx?ArticleID=25885&&name=n&&currPage=1

Baca dan fahami apa yang cuba si Geert cakap ni :


(WASHINGTON, D.C., 4/26/09)

The Council on American-Islamic Relations (CAIR) today called on GOP leaders to demand that Rep. Adam Hasner, the head of Florida’s House Republicans, step down from his leadership post for co-hosting an event at which the speaker said Islam should not be recognized as a legitimate faith and Muslims should not have religious freedom.

In his address to the so-called “Free Speech Summit” in Delray Beach, Fla., Dutch anti-Islam politician Geert Wilders said:

“Islam is not a religion. Islam is a totalitarian political ideologue. Islam [sic] heart lies at the Quran, and the Quran is a book that calls for hatred, that calls for violence, for murder, for terrorism, for war, and submission…We should also stop pretending that Islam is a religion…the right to religious freedom should not apply to Islam.”

SEE: Tell GOP Lawmakers to Reject Rep. Hasner’s Hate Event (United Voices)

Wilders also called for stopping Muslim immigration to the West, for removing Muslims from Western countries, for citizen loyalty oaths, for stopping the building of mosques, for closing down Islamic schools because they are “fascist” institutions, and for getting rid of “weak leaders.” He added that “we need strong leaders like here are [sic] today Allen West and Adam Hasner.”

Hasner is on the “host committee” for the conference and is pictured on an anti-Islam Internet hate site attending the event. He is shown with Pamela Geller, another conference sponsor, whose blog features categories such as “Advancing Islamic Lies,” “Islam 2008: Religion of Barbarism” and “Slavery: An Arab custom.” Geller has even been criticized by other Islamophobes for her extremism and for supporting far-right groups in Europe. She is currently involved in an Internet “flame war” over her support for an upcoming “Eurofascist” conference in Europe.

Another anti-Muslim group supporting the conference, ACT! for America, was recently involved in a controversy over a speech in Texas at which that group’s representative “described most or all Muslims in America as cooperating with terrorist organizations and supporting the overthrow of America.”

SEE: DFW Muslims Offended by Speech at Republican Women’s Meeting

“It is unconscionable that a top leader of an American state legislature would host a gathering at which the faith of millions of Americans is denigrated and their rights denied,” said CAIR National Communications Director Ibrahim Hooper. “Republican Party leaders in Florida and nationwide must demand that Representative Hasner step down from his leadership post because of his support for Geert Wilders’ Nazi-like message.”

He said American Muslims have repeatedly called on the Republican Party to repudiate anti-Muslim bigotry within its ranks.


Hooper noted that earlier this year, Hasner attempted to block a “Florida Muslim Capitol Day.” In an e-mail to more than a dozen Jewish lobbyists, he wrote: “By now, I can’t imagine you haven’t heard about this upcoming lobbying day for Muslims in Tallahassee…Do you all intend to be part of an information campaign in opposition to it?”

SEE: House Leader E-Mails Alert About Muslim Event to Jewish Lobbyists
(St. Petersburg Times)

In 2007, Hasner sponsored a screening of the anti-Muslim film “Obsession: Radical Islam’s War Against the West” for state legislators.

SEE: Obsession with Hate

CAIR, America’s largest Muslim civil liberties group, has 35 offices and chapters nationwide and in Canada. Its mission is to enhance the understanding of Islam, encourage dialogue, protect civil liberties, empower American Muslims, and build coalitions that promote justice and mutual understanding.

- END -

Khamis, 23 Julai 2009

' B o H o N g '



"kak akak ade katne skangni?" 'Handphone' disisi saya terpapar no telefon yang tidak saya kenali.. Saya gosok mata, membulatkan mata membaca pesanan ringkas pada skrin telefon. 1:30 Pagi. Saya sedikit hairan, 'siapa pulak mesej pagi-pagi ni?'
Baru saja berniat nak telefon si pengirim 'sms', tup-tup dia telefon dulu.

"Kak Ijja" Suara tu terus menyapa dalam nada mesra. saya cuba mengamati. Suara siapa yea? Terdengar si pemanggil ketawa mesra juga.
'oowwhh, macam kenal, alhamdulillah ingatan saya masih okey'
" Assalamualaikum..heii..Z** [ Nama di rahsiakan ] lama tak dengar cerita, sihat tak ni?" Terus ceria nada suara saya, apa tak nya, seorang sahabat lama merangkap junior masa study dulu menghubungi saya semula selepas dua tahun? miracle..tapi bersyukur juga..masih dapat menyambungkan tali silaturrahim yang seakan-akan mahu terlerai.

"Akak katne ni, rindunyer kak..dah lama cari nombor akk, mujur jumpa di facebook!"
Saya hanya tersenyum. Bertukar-tukar cerita sekejap.

" Kak Ijja.." Nada suara ex-jr saya sedikit datar, seolah ada 'something'yang tidak terluahkan.
"Kak Ijja..Z** ade 'big problem ni' akak 'free' tak sekarang ni?"
"Err, da nak tido tadi, tapi kalau big sangat2 probs ni, akk online jap, kita 'share' via ym? boleh? " Saya mencadangkan. Kantuk yang masih bersisa tadi bubar entah ke mana, perasaan simpati dan ingin tahu memagut tangkai hati. Nak teruskan tidur boleh saja, tapi, tak sanggup pula rasanya nak biarkan ex-jr saya ni terkontang kanting sendirian.
Sambil menunggu di depan pc, saya sempat tertidur..rupanya z** tak dapat nak online. Dia nak share via sms saja. Owhh..ok2..

Selepas membaca dengan teliti 'big problem' yang dia hadapi, rupanya begini al-kisahnya >>

Dia kenal dengan seorang rakan chatting ni [ biar saya gelarkan dia F sahaja ], sejak tahun 2005, dan hubungan mereka berlanjutan hingga tahun ini. Ex-jr saya ni perempuan, si F juga adalah perempuan, niat ex-jr saya ni pada mulanya hanya mahu bergurau. [ dalam chatting di ym ni, ex-jr sy menyamar sebagai lelaki ] dan si F pula bulat-bulat dah percayakan si Ex-jr ni adalah lelaki. Bermulala episod diorang bergelar 'loving couple' di alam maya. Pernah juga si F nak jumpa dengan ex-jr ni, dan si ex-jr meminta jasa baik seorang rakan sekelas lelaki untuk menyamar bagi pihak dirinya untuk berjumpa dengan si F. Sudah la pulak si F ni siap bawa parent dia untuk bertemu dengan si Penyamar tadi.. [ Iskk pulak dahh ]

>> Al-kisah seterusnya pada tahun ini, secara kebetulan si F ni menuntut pula di IPTA yang sama dengan ex-jr saya dan si penyamar tadi. Kebetulan si Penyamar terserempak dengan Si F, si F terusla sembang dengan dia. Si penyamar pula dah kalut tak tau nak buat apa..
selepas insiden tu, si penyamar ni jumpa dengan ex-jr saya, bagitau pasal ni, dan mahu menarik diri dengan penyamaran ini, dan minta ex-jr saya berterus terang dengan si F, kalau tidak si penyamar akan bagitau sendiri kat si F. [ dapat tangkap kan? ]
Mau tak mau, si Ex-jr ni terpaksa berterus terang dengan si F tentang hal ini. Apa yang terjadi selepas itu, masa itu la si ex-jr menghubungi saya, sebab dia dah blur dan tak jumpa jalan keluar untuk masalah ni, disebabkan si F dah cakap ayat-ayat yang agak kesat + menyumpah seranah.. lebih kurang macamni la maksud bunyi kata-kata tu [Perlu di edit, sebab akan menganggu gugat ketenteraman awam..]

-->> P M****S la ko, xsgka di tipu macamni oleh ko? kalau lelaki yang tipu aku, still boleh terima, ni perempuan !! Sudah, aku nak ko Ter*****e no aku besok, lepasni jangan nak kacau hidup aku lagi! Aku J***K! Kau dah buang masa aku selama ni!! <<---

"camne ni kak? saya dah sayang kat dia, tp bukanlah as lesbian ke apa..tapi dia dah banyak membantu saya selama ni"
Adu si ex-jr lagi.

Saya menarik nafas, sambil geleng-gelengkan kepala perlahan..

" Z**, Ni memang dah agak big problem juga ni, kalau akak yang kena camni pun, forsure akak terkejut..akak rasa better Z** Tak payah contact dia apa-apa dulu, sebab secara logiknya tiada siapa yang mahu dan suka di permainkan..mungkin dia dah anggap Z** jadikan dia bahan ketawa + gurauan, tambah pula korang dah ym dan dah 'declare' since 2005..lama tu." saya menghantar teks pesanan ringkas satu-satu.

" Tambahan pula, mungkin dalam jangkamasa 2005 hingga hari ni boleh jadi dalam gap masa tu ada lelaki yang betul-betul serius nak dengan dia, tapi dia tolak sebab masa tu dia dah ada Z** dan komitmen yang dia bagi betul2 tinggi. Tup-tup jadi camni, mau tak jadi gila dia di buatnya?" Saya menghantar pula sms yang kedua. Bagi dia berfikir dulu, kenapa si F berhak untuk rasa marah.

"habis tu kak,saya nak buat apa ni? saya tak boleh kehilangan dia..saya memang dah sayang kat dia" Sms balasan menyusul. Saya getap bibir.

" Akak fikir, tu yang terbaik untuk dilakukan sekarang ni, tak payah hubungi dia dulu, dan sekarangni Z** kena mintak maaf dengan dia dan kena jujur bagitau kenapa semuani boleh jadi sampai tahap parah camni. Ketepikan dulu apa yang Z** rasa sekarang ni. Takde guna kita nak simbah lagi minyak kat api yang tengah marak. Minta maaf dulu kat dia, sebab bagi akak ni dah termasuk menzalimi perasaan orang lain ni. Biarpun Z** sayang kat dia camne sekalipun, mainpoint kat sini bukan lagi tentang perasaan sayang ke apa, tapi dah masuk harga diri dia. Mungkin juga dia rasa z** Dah memijak-mijak harga diri dia."

"After mintak maaf kat dia, dah jangan lagi hubungi apa-apa lagi..selebihnya z** Mohon la keampunan tuhan..serahkan pada waktu..only time will tell. z** terpaksa belajar terima, sebab ini lah harga yang z** kena bayar atas kesilapan yang dimulakan sejak awal..memang nampak remeh..tapi impaknya jadi besar.."
Sms saya seterusnya menyusul.
Dia dah senyap. Mungkin berfikir, mungkin juga sedang mempertimbangkan apa yang saya katakan tadi..Apapun moga dia dapat mempertimbangkan sebaiknya apa yang perlu di lakukan lepas ni.
saya dah mengantuk, nak tidur dulu..

Sebelum tidur ni, refleksi daripada kisah benar hari ini ialah..

>> Jangan Bermain dengan api..mungkin benda yang kita anggap 'Funny' boleh menjadi barah dalam sepanjang hidup kita <<

>> Jangan suka berbohong, bukankah tanda-tanda munafik itu ada pada sifat berbohong salah satunya? <<

>> Petikan daripada Ihya Ulumuddin , Imam al-Ghazali :
Dalam salah sebuah kitabnya Ihya Ulumuddin, memberikan tumpuan khusus mengenai bahaya lisan atau perihal lidah. Melalui keupayaan akal, manusia berucap atau mengeluarkan kata-kata melalui perantaraan lidah. Lidah merupakan alat yang membantu manusia menterjemah dan menyampaikan sesuatu perkara melalui kod-kod bahasa, sebagai ungkapan perasaan, pendapat, pengetahuan dan sebagainya.Lidah manusia bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah S.W.T., malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara. Tanpa pancaran iman dan nilai etika, menurut Imam Ghazali, menerusi lidah akan berlakulah pendustaan (pembohongan), buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, pertelingkahan, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan. <<

>> Takyah la tipu-tipu lagi..kesannya ke atas diri sangat la menjengkelkan.. kalau tak kantoi takper gak, kiranya hanya dia, Allah, dan malaikat saja yang tahu, tapi kalau kantoi. susah dah orang nak percaya..sedangkan kepercayaan itu sangatlah mahal untuk di letakkan ke atas seseorang. Sebab lidah saja, kerana berbohong saja, Kita dah meletakkan harga diri sendiri di bawah tapak kaki sendiri..<<

>> Last Words..Respect yourself..so that you will be respected! <<


p/s >> Kisah benar untuk pagi ini, moga ada manfaatnya untuk semua..
huh, dah jauh camni masih juga tetap di cari untuk jadi kaunselor tidak berbayar!

Selasa, 21 Julai 2009

Amalan yang Terbalik?

Jom, Muhasabah, menilai dan menghitung kembali tentang amalan
harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau
bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkin
kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup
orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan
yang
terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati
atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?



2. Bila Menghadiri ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
[ penambahan : Saya teringat Ada satu hadis Rasulullah dimana baginda ditanya, sekiranya sesorang itu mendapat dua jemputan, satu jemputan ke majlis walimah (Majlis kawen ) dan yang satu lagi menziarahi kematian,yang mana satu harus di utamakan untuk kita memenuhi undangan tersebut, jawab Rasulullah, utamakan berziarah jenazah dan tetangganya kerana disana ada peringatan utk kita betapa kematian itu sangat dekat, sedangkan majlis walimah lebih membawa kepada kita untuk rasa gembira dalam kehidupan ] - nanti saya cari balik hadis ni..

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila menghadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak
tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Sumber Asal : Taman-taman syurga..
Diedit : Ijja1912..


P/S : betapa sinisnya hidup kita..dalam satu masa, kita kelihatan amat suci, putih dan bersih, tetapi dalam masa yang sama, kita telah memalitkan warna-warna hitam di sepanjang laluan kita..

Isnin, 20 Julai 2009

Sedih Sumber Inspirasi..



Menatap Langit Mendung,
Ada Semacam rasa,
yang menyentuhku dari dalam,
bercampur-baur..

Sayu, mungkin saja pengaruh
suramnya dada langitMU Tuhan..

Pilu, Mungkin saja kerana biasan
kisah sedihku, yang penuh liku..

Marah, mungkin saja kerana dendam
pada sejarah hitam
yang belum padam..

Gundah, mungkin saja kerana
semua mereka yang aku sayangi,
tidak endah, tentang sesuatu yang lebih Indah..



Tuhan,
setelah kau gelapkan langit
putih bersih,
Kau kirimkan hujan..
yang mungkin saja
hujan yang membawa harapan,
atau bisa saja jadi ancaman..

Tuhan,
Sekali lagi,
setelah berkali-kali,
aku kebasahan,
dalam tangis esak sendiri,
di hadapanmu,
dalam sujud akhirku..

3.12am..
ahyA1912..

Ahad, 19 Julai 2009

Perkataan Punca ke neraka



Assalamu'alaikum..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta Baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab,
"Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.


Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di
bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis.. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti
tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata, "Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,

"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).


[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:

"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen
pun']


Rasulullah SAW sambung lagi ,
'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a) Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 x sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.


b) Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c) Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:


1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.
Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari
Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril,

"Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .


2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah
bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu
syair Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat
sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.


Peringatan Terakhir - Melatah:


Bagi wanita yang suka melatah seperti “O pocot”, “O nenek kebayan”, “O sayang” - jangan biarkan diri Melazimkan sebutan-sebutan sepertinya kerana sebutan itu tidak membawa sebarang makna & kebaikan.

Kelaziman sebegitu dari waktu muda akan terbawa ke hari tua. Ubahlah sebutanitu ketika melatah dengan Menyebut “Subhanallah” – Maha Suci Allah. Sebutan sebegini memberikan pahala dan makna kepada yang menyebut & mendengarnya.

Moga-moga dengan membiasakan diri berzikir, latah itu juga akan turut “berzikir”.

Sumber sebahagian : Taman2 syurga..

Sabtu, 18 Julai 2009

Tanpa Tafsiran.


Semacam Ada beban rasa,
terpaksa ku galas dihati,
Walau cuba di usir,
dipujuk, biar tenang,
tapi rasa itu tetap datang..

Tiba-tiba juga,
ada semacam perasaan,
palu memalu,
menggetarkan rasa,
ritma jantung tidak seirama berirama,
semuanya berterabur..

Perasaan terusik,
Seolah ada yang menyeru,
dari kejauhan, namaku diulang, bertalu..
Adakah itu panggilan Rindu?

Tuhan,
Kuatkan aku dengan sedikit kekuatanmu,
agar aku bisa membungkus
perasaan resah gelisah ini,
ku pulangkan semuanya padaMU,
pemilik hakiki.

Kerana aku,
tidak mampu,
membuka pintu,
yang sudah Terkunci kaku..


-ahyA1912,
seusai subuh,
aku masih berteleku,
mendambakan satu ketenangan hati
yang sedang bergetar hebat!..

Jumaat, 17 Julai 2009

You have been tagged??

Assalamualaikum..

Infiniti terima kasih buat semua sahabat yang men’tagged’ kan saya..hee..pertamanya, saya mohon maaf diatas kelewatan men’update’ tentang award ni dalam blog yang hitam umpama dark chocolate ini..
Syukran buat Whitelover, Masyitah, untuk award ini : [ Sori sangat2 lambat amik..] apapun, moga saja persahabatan kita sesama muslim akan terus kukuh dan utuh..






saya panjangkan anugerah ini buat semua rakan blogger yang lain ..
1-Kyouya Ootori
2-Aman Shah
3-Akhi Rye
4-si hati ais
5-Syawal
6-Kak Asniza
7-Imran Koyube
8-Wann
9-Zarina De Zhalilah.
10-Ustaz @BC
11-Han Ri
12-Freshie
13-Annamir
14-Firus Fansuri
15-Manusia Biasa > Asyraff
16-White
17-Ahliah nizam
18-Ukhuwah >Lakaran Pena Kehidupan
19-Hafiz Adam
20-Seekerz
21-lisam
22-Rahmat Dait
23-Md Huzaifah
24-Rerama Chumey
25-DekChik
26-Pak Dean
27-Rini Alik
28-Snoop
29-Sh Nursyahidah
30-Dhany Sarip
31-Mujahideen Cyber
32-Ibrahim
33-Siti Aisya
34-MFR
35-Otosan Otopan
36- dan semua rakan bloggers..infinity terima kasih..

Ni pula tagged Daripada blog permata hatiku, Zarina..

1.Anda rasa anda hot?
>> Hot? Suhu badan normal.. alhamdulillah baru baik dari demam..

2.Upload gambar kegemaran anda...
>> Gambar kegemaran saya terlalu banyak..[ Tamak ]..yang tu best yang ni pun best juga. Kalau cerita tentang gambar, tak kan habis, sebab setiap gambar tu istimewa dan ada cerita sendiri.

3. Kenapa anda suke gambar ini?
>> Sebab satu gambar tu ada kisah ceritanya sendiri, mungkin cerita tentang suka, mungkin juga cerita tentang duka, dan mungkin-mungkin.. ;D

4. Bila kali terakhir anda makan piza?
>> Pizza? Hmm..tak makan pizza sangat, tapi makan kuih tepung pelita..

5. Lagu terakhir yg anda dengar?
>> Ikut Kronologi >> yang terakhir saya dengar, pidato Ahmad deedat, yang kedua saya dengar hujah ‘Benjamin Celaka’ [Dalam blog Aman], menonton filem [Kun Fayakun], Dan lagu terakhir 2 hari lepas >> Lagu Sammi yusuf, dan sebelum tu lagu Opick [Tombo Ati ]

6. Apa yg anda sedang anda buat selain selesaikan tag ini?
>> Berfikir, tengah arrange masa schedule nak buat mana dulu tugas hari ni..

7. Selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa?
>> Nama yang suka di panggil? Setakat ni orang panggl banyak nama..tapi paling suka dengan nama ‘Dek’ [ Adik ], nama panggilan saya dalam keluarga. Sebab..terasa diri tak tua-tua juga..hahaha

8. Tag lagi 6 org dgn hati yg terbuka tanpa rasa kekesalan.Sila lakukan kalau tak kena denda mandatori heheh?

>> Lebih dari enam tak leh ke?
1. Kyouya Ootori
2. Wann
3. Firdaus Abdul Aziz
4. Kak Asniza
5. Masyitah Az zahra
6. Whitelover


9. Siapa no 1 kepada anda?
>> Sahabat saya dalam discussion tentang apa-apa isu pun..+ seorang yang sangat lawak..Lawak Jumpa Lawak = Melawak-lawak..
10. Bagaimana pulak dengan no 4?
>> Kak Asniza, seorang sahabat yang sangat aktif mengup’date’ blog..+ tegas dalam lembutnya..;D
11. Kata sesuatu tentang org no 5.
>> Moga thabat dan istiqamah..
12. Bagaimana pulak dengan no 3?
>> Sahabat yang berkongsi ilmu dalam design mendesign..
13. Siapakah org no 2?
>> sahabat juga.. apa-apa info, Tanya aje dia.. ;D

14. Bagi pesanan anda untuk org no 6!!
>> White, Jaga dirimu baik-baik, moga Berjaya dalam kembara mencari ilmu.. ;D


Ni Tagged dari syawal.. agak jenuh jugak kalau nak tulis sampai 25..hehe..Tulis mana yang mampu je yea?
Rules And Regulation: Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg orang tidak tahu semasa kecil anda, dihujung entri, anda
harus memilih 5 org untuk ditag. Anda amat bertuah jika ditag
saya sebab saya ingin tahu lebih lanjut tentang zaman comel
anda dulu..(ayat copy sahaja)



1-Nama saya yang originalnya sepatutnya Siti Khadijah, itu yang mak & bapa saya rancangkan, tapi tak tau la, kenapa doktor tu boleh silap dengar dan silap eja. Tak puas hati betul. Apapun bersyukur je la sebab ada juga nama.

2-Pada zaman kanak-kanak saya, saya adalah seorang yang sangat cengeng [ cepat menangis ], ‘parent’ tinggikan suara sikit saja, dah menangis. Tak kena marah pun menangis. Tapi bila dah Berumur macamni dah berubah semua tu.

3-Ibu bapa dan keluarga saya adalah yang terpenting dalam hidup.

4-Si ‘Putih’ nama kucing saya , dan menjadi kesayangan keluarga juga. Seekor je.Uniknya kucing ni takde mata sebelah. Saya tak tau sebab apa, sebab kucing ni kami jumpa masa 1 Ramadhan tahun lepas, nyaris-nyaris, hampir di lenyek dengan tayar, ‘on da spot’ berenti kat highway, ‘pungut’ kucing tu. Masa tu umur si Putih baru dalam beberapa hari.[ kalau di tengok dari saiz badan dia masa tu]

5-Masa kecik-kecik peminat setia komik Doraemon, Dragon Ball, dan Teman Pendekar Helang Sakti, juga Pedang Setiawan , Juga Dewata Raya.. masa tu umur baru darjah 3. Peminat cerita drama jepun ‘Chun li si pemain bola tampar’ dan Suria Perkasa Hitam..hahahaha..

6-Sudah menghabiskan buku teks sastera kakak saya ‘mereka yang Tertewas’[ Teks sastera untuk tingkatan 4 & 5], semasa darjah 4, dan menghabiskan membaca ‘Sulalatus Salatin’ [ Buku sastera untuk Stpm ] selepas menghabiskan Mereka yang tertewas.

7-Sejak dari darjah 3 sampai 6, suka lepak di stor rumah, kerana banyak buku-buku, dan majalah dewan Masyarakat, pelita bahasa, dan macam-macam ada, sampai kalau mak panggil kadang2 tak dengar dek hanyut dalam pembacaan.

8-Sejak darjah 5 lagi, sudah membaca karya Imam Al-Ghazali ‘Ihya Ulumuddin’, Buku 1,2,3..sampai sekarang pun saya masih mengulang kembali bacaan

9-Masa sekolah rendah dulu, perwatakan ala-ala ‘boyish’. Selalu ikut abang saya dan adik lelaki saya pi memancing, mandi sungai, main tembak-tembak..Polis sentri, main dalam sawah, huih..best sangat kenangan tu..

10-Menjadi student kepercayaan guru-guru semasa form 4 & 5.. ;D

11-Kenangan paling tak dapat dilupakan masa darjah 2, masa tu naik bas dengan kakak, tiba-tiba kakak saya terlupa beli satu lagi barang, pastu dia turun dari bas, suruh saya tunggu kat dalam dan bagitau kat pakcik bas tu, jangan jalan dulu, tunggu sampai kakak saya datang balik. Tapi tau saja..masa kecik2 dulu saya sangat penakut dan sangat cengeng. Masa pakcik bas tu Tanya siapa lagi yang belum naik, saya diam membatu jerr..takut nak cakap..Last-last bas tu bergerak menuju ke destinasi. Saya pulak ikut turun beramai-ramai dengan penumpang bila sampai di satu stesen tu. Saya nekad nak jalan kaki utk patah balik. Masa tu dah tersasar dari stesen kampung saya sejauh 12KM., Yang lawaknya sewaktu jalan kaki tu dahlah bukit tinggi-tinggi, jalan raya tu juga bukanlah kawasan orang berjalan kaki..jadi tiap kali kenderaan lalu lalang, depa hon saya.adess.. Sepanjang jalan juga saya berdoa tak putus-putus agar ada orang yang sudi tumpangkan saya.. Sedih..dah nangis sepanjang jalan kaki tu..


12-Sangat suka makan aiskrim..kalau yang dalam Tupperware tu, 3.4 liter tu saya boleh habiskan sorang-sorang, dan pernah bertanding dengan kakak, adik dan dua orang abang ipar, siapa yang boleh habiskan satu Tupperware aiskrim tu dalam masa yang singkat. Hahah,saya la orangnya..dorang yang lain sambung besok makannya, ada juga yang saya tolong habiskan..wakakaka..

13-Pernah wat novel sulung masa bersekolah di SAMTAJ Sg.Besar Selangor. Novel tu berganti dari tangan ke tangan seluruh bilik asrama ..sampai part antara buku-buku tu tercerai tak tau pi mana..


14-Sangat meminati seni..

15-Sangat suka dengan claymation > Pingu..dan yang terbaru ni, backom animasi dari korea channel astro Ceria > Lawak..

16-Sangat suka juga buku-buku sejarah, segala macam sejarah..semua tentang sejarah

17-Pernah menjalankan kegiatan bisnes dalam bilik sewaktu bergelar penuntut uitm Sg,Petani Kedah. Masa tu buat servis printing , Jual cd kosong, Buat video editing, dan edit gambar ‘memember’, dengan bayaran yang sangat ‘cincai kira la’. Tapi servis printing tu lumayan..paling tak dapat lupa boleh dapat RM500.00 dalam seminggu buat bisnes tu. ;D

18-Masa jadi student uitm dulu juga, selalu outing ramai-ramai dengan memembe yang sekepala..kadang-kadang kuar pi Bukit Hijau, sungai Lubuk Tupah, dan rindunya dengan semua sahabat muslimat!! >>Zaman study zaman paling indah sekali <<

19-Tulang dipergelangan tangan kiri Retak dan hampir patah sebab terlalu nakal bermain di dalam surau..sampai hari ni, tangan kiri tak boleh mengangkat beban yang berat-berat..

20-Tak boleh lupa, masa kecil-kecil dulu kalau cabut gigi, doctor gigi tu akan belikan saya aiskrim untuk mempercepatkan pembekuan darah. Kadang-kadang mak yang belikan.

21-Masa kecil-kecil juga ada seorang makcik di kampung tu panggil saya ‘Gosumpak’
[ Dalam bahasa Dusun ] makna gosumpak = Orang yang balik-balik jatuh kalau berjalan. haha.. sejarah nama ni, sebab tiap kali lalu depan kedai makcik tu, mesti nak mintak mak belikan makanan, kalau mak buat tak dengar, saya akan merengek dan menjatuhkan diri saya betul-betul kat depan kedai, sambil kaki tendang-tendang kat depan, pastu buat-buat nangis..Sampaila makcik kedai tu kesian + cuak agaknya, dan bagi saya apa yang saya nak secara percuma? Best..best..masa ni umur baru dalam 4 atau 5 tahun agaknya. Yang tak bestnnya sebab nama ni lekat kat saya sampai dah besar-besar camni. Makcik tu panggil saya dengan nama tu. aisehh


22-Pernah jadi guru sandaran selama 6 bulan di sebuah sekolah pedalaman. Rindu dengan semua kenangan di situ.

23-Berhijrah ke semenanjung pada umur 13 tahun, sekolah Di SAMTAJ batch 97 >> 99

24-Nak cerita apa lagi yea? Lagi dua ni?

25-Ha..yang cerita last ni cerita yang takleh cerita.. ;D

Hah ini 5 bakal PENERIMA HUKUMAN seterusnya:

1- Wann
2- Akhi Firdaus Abd.Aziz
3- Freshie
4- Han Ri
5- Zarina


Jawab..jangan tak jawab..

Khamis, 16 Julai 2009

"Kun FayaKun" ...

Assalamualaikum..

“Jika Allah sudah berkata ‘Kun Fayakun’, jadilah,
Maka terjadilah ia.
Maha Suci Allah, yang ditangan-Nya Segala Kekuasaan,
Kepada-Nyalah semua urusan dikembalikan ”
[ Surah yassin 82:83 ]

Petikan surah ini adalah pembuka cerita Kun Fayakun..
Pertamanya, infiniti terima kasih dan penghargaan buat akhi Rye tentang info cerita ini.

MasyaAllah..
cerita ini awal pembukaan saja sudah bisa membuat sekeping hati saya bergetar rasa, penuh dengan rasa-rasa yang penuh kesedaran, bisa membuat hati tergugah dan seakan terasa darjat diri terlalu hina di depan tuhan..SubhanAllah..
Saya tidak mahu menceritakan keseluruhan cerita ini, sahabat yang berminat untuk menghayati cerita ini, bolehlah klik link ini :



Saya Cuma mahu berkongsi ‘refleksi’ cerita ini kepada diri.. memetik kata-kata Ustaz Haji Yusuf Mansur :

“Bila kita sakit kemana kita mengadu? Doktor,
Kalau kita lapar, apa kita cari, makanan..
Allahu Karim..
hidup kita jika mempunyai masalah contohnya hajat,
Kita tidak datang kepada Allah dengan sungguh-sungguh..
Maknanya, kita tidak mengenal Allah dengan baik sebagaimana kita mengenal doktor ketika kita sakit ataupun bengkel ketika motor kita rosak.”

Kun Fayakun cerita berkisar tentang usaha seorang hamba..
Cerita tentang kehidupan,
cerita tentang dekatnya hubungan seorang hamba kepada khaliknya,

Cerita tentang kuatnya Tawakkal seorang hamba kepada penciptanya setelah dia berusaha, dan setelah itu dia sandarkan sepenuhnya harapan itu kepada penciptaNya.
Cerita tentang seorang hamba yang bila dia sedih, Dia mengadu terlebih dahulu pada tuhannya, Bila dia merasa suka dan gembira, kepada tuhannya terlebih dahulu ia luahkan, bila dia rasa tidak mampu dan rasa lemah, Kepada tuhannya juga dia mengadu..bila dalam kesempitan, tidak makan berhari-hari, kepada Allah jua yang utama tempat dia mengadu… Dia tidak mahu menyandarkan harapannya kepada manusia lain, dia juga tidak berhajatkan untuk meminta-minta kepada hamba Allah yang lain, subhanAllah..Kuatnya Tawakkal dan penyerahan diri seorang hamba kepada tuhannya.

“Sebelum meminta tolong kepada jiran, sebelum meminta tolong kepada manusia lain, kita minta tolong dulu kepada Allah”

Cerita ini, cerita penuh motivasi,
Cerita ini cerita tentang muhasabah diri,
Cerita ini penuh dengan kesedaran, hingga mampu membisikan ke dasar hati..
hinanya aku.. selalu saja terlepas kebergantungannya kepada manusia lain, sedangkan manusia itu tidak mampu menjadikan apa-apa, melainkan hanya dari izin ‘Kun Fayakun’ tuhanNya..

Cerita ini dari awalnya sudah padat dengan pengajaran, moral, nilai dan kemanusiaan.. tentang akhlak, tentang perlunya hubungan dengan tuhan sentiasa di perbaiki, hari demi hari..

Cerita ini juga berkisar tentang ibadah solat..menimbulkan setu pertanyaan, “adakah solat kita selama ini semakin mendekatkan kita denganNya, atau semakin menjauhkan kita dariNya?’

Kun Fayakun, mengajar kita untuk bersyukur, tidak berlebih-lebihan dalam menjalani kehidupan. Mensyukuri rezeki apapun yang Allah kurniakan..

Kisah ini kisah motivasi, kisah tentang keyakinan hambanya bahawa Allah tidak akan pernah menzalimi hamba-hambanya, tidak akan pernah membiarkan hambanya walaupun sedikit. Bila keyakinan itu kuat, maka dia yakin pertolongan Allah itu pasti sampai bila izinnya Sampai, maka ‘jadilah’.

Kun fayakun menganjurkan kita agar tetap bersedekah..biar walau semiskin mana, kita tetap dianjurkan bersedekah.. bukan dari hanya sudut material, tetapi juga ‘non-material’..petikan ayat dari filem ini:

“Jika satu peratus kita sedekahkan kepada yang lain,
Allah akan membalasnya 10 peratus,
Jika kita bersedekah 10 Peratus,
Allah akan membalasnya 100 Peratus”


Biar semiskin mana pun, dia tidak pernah meminta-minta kepada manusia yang lain..

“Tiada salahnya kita menerima..
Saling memberi, menerima, dan memrhatikan,
Apalagi sesama Muslim.
Tetapi tetap saja tangan yang diatas lebih mulia dari yang di bawah.” …
Dan di masa akan datang, kita patut menjadi pemilik tangan yang diatas”


Kisah ini mengajar kita erti untuk memaafkan. Sekalipun kemaafan itu sukar untuk diberikan apatah lagi setelah kita di zalimi, Maha suci Allah, siapakah kita yang selayaknya enggan memaafkan manusia lain, sedangkan Kemaafan Allah tidak pernah berbatas dan bersempadan”

Kisah ini kisah yang ringan pada wacananya, tetapi berat pada isinya, kisah yang berpijak di dunia nyata, kisah yang penuh tarbiah kepada hati yang mahu meneliti hati, yang selalunya tidak berhati-hati, hingga terlupa kita punyai sekeping hati yang sudah mati!

Cerita ini agak mendatar, tetapi apa yang paling penting, lompang kosong hampir tiada dalam cerita ini.

Cerita yang padat dan tepu dengan saranan dan anjuran untuk membuat kebaikan tidak hanya sesama insan, tetapi juga kepada tuhan.. SubhanaAllah..

Untuk akhirnya, sahabat yang lain kena tengok sendiri ceritanya dan nilaikan sendiri.
Teliti dengan mata hati, ada tak cerita macam ni dalam Negara kita yea??

Pengajaran dan pelajaran ada di mana-mana, selagi mana kita mahu mengambilnya sebagai pengajaran dan pelajaran buat diri yang mudah terlupa..

Akhir kalam, “Allah Maha Sempurna Dalam Segala RencanaNya”

Wallahu’alam..

P/s >> Sangat tersentuh pada babak bila nasi yang ada tinggal yang terakhir untuk dimakan malam itu. Isteri Ardan hanya makan sisa-sisa nasi yang melekat di tepi periuk.

P/s >> Betapa ramainya manusia lain yang hidup serba dalam keadaan dhaif, Ada juga yang hidup tidak pernah meminta dan tidak pernah mengambil sesuatu yang bukan haknya. Mereka menjalani hidup, hari ini untuk hari ini, dan hanya cukup-cukup, namun mereka masih tetap bersyukur.

Tetapi ada juga yang senang lenang, mewah meruah, terlupa untuk berkata ‘alhamdulillah’ kepada si Tuan kekayaan.

Adakah kita sanggup membiarkan golongan yang hidupnya hari ini hanya cukup-cukup untuk hari ini, bertatih-tatih sendirian, menolak gerobak kehidupan penuh kepayahan, dan kita kenyang-kenyangan, sedangkan mereka menahan pedih Kelaparan?


Mulai beredar di biosko-bioskop mulai 17 April 2008

Jenis Film : Drama
Produser : H.r. Dhony Ramadhan
Produksi : Putaar Production

Pelakon :
Agus Kuncoro
Desy Ratnasari
Sutradara :
H. Guntur Novaris
Penulis :
H. Yusuf Mansur
H. Guntur Novaris


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Isnin, 13 Julai 2009

Buah Dan Manusia?

Assalamualaikum..

Jangan Suka Mendedah Tubuh ... Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia Terhadap Pasangan ... Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan Dalaman ... Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga Kesucian Dalam Pergaulan ... Jadilah seperti sengkuang.
Walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu Bertindak Adil ... Jadilah seperti tandan petai , bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin Tua Semakin Bijaksana ... Jadilah seperti cili.
Semakin tua, semakin pedas.

Jangan Bermuka-muka ... Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Sabtu, 11 Julai 2009

Cerita Awak, Aku Ceritakan Disini..



“ Kadang-kadang Allah hilangkan matahari, Allah turunkan hujan, petir dan juga Angin yang kuat, takut dalam keadaan itu, kita sentiasa berharap matahari akan muncul semula. Selepas hujan berhenti, selepas petir tidak lagi berdentum, dan selepas angin kembali membisik lembut, Allah kurniakan pula jalur pelangi yang sangat indah. Rupa-rupanya, disebalik semua kesedihan dan ujian yang Allah berikan, sebenarnya Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita “ [ p/s : Ini bukan petikan dari filem Syurga Cinta yea, harap maklum!]

T_T ~” Hidup ini terlalu indah untuk di tangisi “ ~ Itu kata dia kepada awak. Awak Cuma diam membatu.

“well, start u’r new life tomorrow” Dia mengingatkan awak. Ingatan dari seorang sahabat, terngiang-ngiang segar di telingamu kini. Barang-barang yang pernah lelaki itu hadiahkan buat awak, awak renung satu demi satu.

1:19 pagi, masih awal, awak berkata sendiri. Tangan ligat menyusun semua barang-barang tadi, semua barang-barang yang pernah awak sayangi satu masa dulu. Tapi kini, awak akan membuang semuanya dari lipatan sejarah hidup, dan akan membuang terus semuanya dari pandangan mata zahir.

Hadiah dari lelaki itu kau capai satu persatu, dalam gerak yang agak longlai,: -HP Motorola v3, segala jenis macam baju t-shirt , seluar jeans, gambar-gambar awak dan lelaki itu, surat-surat, kad-kad,segala patung ‘teddy bear’ atau bear dan teddy, dan..oh ya, satu lagi..Diari kamu..Ya, Sebuah diari kamu, diari awak dan lelaki itu. Atau lebih mesra menurut awak ‘Exchange Book’, Diari yang akan kamu tukar-tukarkan bila sampai waktunya kamu akan bertemu. Diari itu juga adalah segalanya cerita tentang rutin sehari-hari apabila awak dan lelaki itu berjauhan batu dan jarak. Segala rasa Rindu yang membeku, dan terpaku dihati Awak dan lelaki itu ,akan kamu luahkan di dalam ‘exchange book’ itu. Dulu awak kata, idea ini gila, tetapi menarik, sudah menarik, kreatif, dan kata awak lagi, ala-ala Romantik. Tapi itu dulu..Sekarang, bila semuanya sudah membeku, bila segala rasa tidak lagi punya rasa, semuanya sudah bubar entah kemana.

Aku lihat Mata awak berkaca-kaca apabila menatap perenggan akhir ‘exchange book’ itu. Aku malas untuk bertanya, dan aku tahu awak dah jumpa ubatnya kan? Dulu aku pernah ingatkan awak, lelaki itu bukanlah serius untuk mengangkatmu selayaknya berstatuskan isteri, tapi awak marahkan Aku. Awak kata Aku dengki dengan hubungan kamu. Awak kata lagi, aku menyimpan perasaan dengan lelaki itu. Aku jujur akui dia lelaki yang tergolong dalam golongan kacak dan menjadi buruan gadis-gadis. Tapi awak sangat silap dalam menilai Aku. Aku mengingatkan awak sebab atas dasar sayangku pada awak, atas dasar seorang sahabat yang tidak mahu membiarkan sahabatnya tenggelam dan lemas dalam menjalani hidup berlorongkan hawa nafsu.

Memang lelaki itu kacak! Tiada siapa nafikan fakta itu, tapi awak juga patut tahu, Aku hanya tergugah dengan seorang lelaki yang cintanya kuat buat Rabbnya melebihi cintanya buat Aku, Aku hanya berdoa dan mampu menyimpan harapan Agar Allah kurniakan Aku seseorang yang selayaknya untuk aku, bagi mengisi hidup aku di masa mendatang.
Rasa sedih, duka, lara, terluka, calar, dan balar hati awak Dapat aku kesani pada biasan wajah awak. Aku hanya diam, dan hanya memerhatikan gerak mu.

Aku masih ingat awak kata : “ Memang aku boleh buang semua barang-barang ni, campak kat mana-mana, tapi kenangan dan perasaan aku yang masih bersisa untuk lelaki itu macamana Aku nak buang?” Awak menitiskan air mata dibahu aku.

“ Kenangan itu tak dapat dibuang secara terus, Aku mengerti, tapi awak harus mengerti juga, setiap apa yang dah berlaku pernah memakan masa, dan apa yang awak nak buat sekarang ini juga pasti akan memerlukan masa..Biar masa yang menentukannya. Awak pun, kenalah rajinkan merenung diri, berdoa selalu, Agar Allah kurniakan kembali ketabahan, pulangkan semula kekuatan dan keyakinan, Berlapang dada, itu yang pasti ” Aku jawab perlahan, lidah itu lembut untuk memutarkan bicara, dan aku gusar jika Awak salah dalam menfsirkannya. Awak hanya diam, hanya terdengar esakan tangis di hujung nada suara awak.

Usai awak mengemas segala barang-barang yang bakal dibuang, Aku meminta diri untuk pulang. Aku fahami, awak memerlukan ruang untuk bersendirian. Aku harap kau akan temui ketenangan itu. InsyaAllah, Aku sentiasa mendoakan.

Mengantuk..sambung besok..-To be Continue-

Jumaat, 10 Julai 2009

Tension? Jom Rehatkan Minda ..

Assalamualaikum..

Banyak cerita nak dikongsikan..tapi hanya menunggu masa untuk di publishkan kat sini.
Kali ni nak kongsi lagi beberapa gambar yang menarik, lucu, dan out of box.. semuanya kerana hasil art depa..Semuanya kerana ilham yang agak gila depa..Semuanya hanyalah kerana otak dan akal yang ada pada mereka..Dan pastinya semuanya Milik Allah semata, pencipta segala-galanya. Seajaib2 ciptaan manusia yang cantik, 'detail', atau kreatif.. ajaib lagi penciptaan Akal manusia yang telah Allah anugerahkan buat hambanya hingga terhasil artwork sebegini rupa..

First sekali nak share : CARA UNTUK MELINDUNGI KERETA DARIPADA DICURI..jom tengok.





Teringat lak macam kereta Mr.Bean:


Yang ni paling Kreatif.. Tertipu juga la mula-mula tengok..




heheh..sekali di buka daa..


YANG NI PULAK KOLEKSI GAMBAR 3D STREET PAINTING'..[sangat suka tengok gambar2 ilussion camni ]








Selamat menjamu mata..Jangan 'tension2' yea..

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...