Isnin, 29 Jun 2009

Tolong Beri Tajuk untuk Entri ni?


" ya Allah, hamba meminta
daripada-Mu Tuhanku
asmara kasih dan kama
ku meminta-minta itu

Buatlah Cinta pada-Mu
paling tercinta bagiku
dan buatlah cinta itu
pedoman pada redha-Mu."

[Debu - Du'a Cinta]

Hari ni cuma nak berkongsi tentang segala rasa dan rasa.. sebenarnya saya agak berasa sedih hari ni, tidak tahu kenapa yea? saya bukanlah seorang yang perasa, atau cepat terasa, malah orang yang mengenali saya secara ringkasnya akan mengatakan yang saya ni manusia yang hampir tidak punya perasaan atau tidak sensitif dengan perasaan..tapi hakikatnya, saya hanya letakkan perasaan itu hanya pada tempatnya, dan hanya meluahkannya jika betul-betul saya merasakannya. Saya juga tidak tahu kenapa kedua mata ini terasa mahu mengalirkan air mata, ada bahagian hati saya yang sedikit tercalar hari ini, tapi apapun..Allah jua yang maha mengubati..

lupakan tentang semua perasaan ini, saya cuma nak kongsi sesuatu pada hari ini.. tentang cinta, perasaan, Iman, dan tuhan.... >> Syukran akhi ibn Abas atas perkongsiannya, Moga Allah membalasnya..<<

[ ] Nota bertarikh 18 Februari, 2009. Terilhamkan dari nota seorang sahabat. :)

Saya yang serba kurang, sekadar berintrospeksi..
"Dalam kacamata hakikat, seseorang belum berjalan di atas ad-diin jika semata-mata hanya 'tahu banyak tentang ad-diin' dan dalil-dalilnya tapi tidak menjalani, mengamalkan, atau meng-experience esensi maupun makna ad-diin.

Seberapa jauh bedanya? Sejauh beda antara 'jatuh cinta' dengan 'membaca deskripsi tentang cinta'."

Dalam hal-hal yang tak terlihat seperti cinta, iman.. sukar sekali untuk dikalamkan dalam bait bicara. Ujar seorang pencinta-Nya,

"Sungguh sulit untuk menggambarkan cinta dengan kata-kata. Ibarat mencuba menjelaskan lazatnya madu pada seseorang yang tidak pernah merasakan, atau bahkan melihat madu, yang tidak tahu apa itu madu."

[Syekh Muzaffer Ozak al-Jerrahi]

Selalu saja, kita pernah ataupun hampir terpedaya dengan istilah-istilah seperti ini.. kerana menganggap kita sudah sampai pada yang dimaknai, sedangkan kita lebih pandai berandai-andai saja. Bersungguh-sungguhkah kita memohon Dia, memahamkan kita? Ringan sekali lidah mendakwa ia mencintai Tuhannya, agamanya, sahabatnya, apatah lagi kekasihnya.. namun segalanya takkan terbukti, melainkan jika ia sanggup mendepani dan menyelesaikan siri ujian demi ujian yang maha berat, sepanjang jalan penghidupan.. menyucikan nafsu haiwaninya, sampai menaklukinya dengan iman. Wang, kekayaan, kedudukan, pengaruh, gaya penampilan, pujian orang.. itulah yang dipandang. Tipuan semata. Tidaklah menafi fitrah, namun yang dipuaskan itu.. Nafsu yang dimurkai-Nya. Maka di mana letaknya cinta, iman.. jika kita masih samar dalam tujuan Cinta kita. (Maka, jadikanlah tujuan Cinta, berhujung nikmat yang teragung, termulia, teristimewa - diizini-Nya untuk menatap Wajah-Nya di Sana. Maka mulai saat ini, sediakan hati yang terbaik, wadah diisi-Nya Cinta, singgahsana tatapan-Nya. Dan mengurusi hati yang tak tampak mata itulah, perlukan hati berpaling setelah terpesong kepada selain-Nya, kembali pada sebenar-benar Tujuan, bimbingan penuh ketulusan, pengetahuan tak berhujungan, kesungguhan tiada berputusan, dan penyerahan serta sandaran pada Yang Memberi Kekuatan.)

"Jikalau kamu bertaubat
tapi selalu tergoda
dan kau lemah tidak kuat
taubat lagi hai pendosa

Taubat diterima Tuhan
kembali lagi kembali
sampai taubatmu bertahan
taubatlah berkali-kali."

[Debu - Taubatlah Berkali-kali]

Iman dan cinta, untuk dirasa, difaham sampai ma'nanya.. Sesuatu yang dirasai dengan nurani, difahami dengan hati.. Cinta yang sejati; takkan berlawanan lagi, dengan Dia yang Maha Mencintai.. Duhai, semua kebaikan bersatu dalam Cinta. Cinta menghantarkan kita kepada-Nya. Menghilangkan kekosongan jiwa, memenuhkannya dengan Cahaya. Maka Cinta; dalam pengetahuan-Nya, yang mengandung makna jauh lebih besar dari kefahaman kita.. yang hakiki, itulah yang akan kekal berpanjangan di hati. Allahu Allah, Ya Wadud.. Yang Maha Mencintai. Kembalikan kami pada kesejatian Cinta kami.

"Cintailah kekasihmu,
sebab Dialah kekasihmu;
cintailah dirimu yang sejati,
sebab dirimu yang sejati adalah Dia."

[Syekh Muzaffer Ozak al-Jerrahi]

"Hai Allah, hamba meminta
daripada-Mu Tuhanku
asmara kasih dan kama
ku meminta-minta itu

Buatlah Cinta pada-Mu
paling tercinta bagiku
dan buatlah cinta itu
pedoman pada redha-Mu."

[Debu - Du'a Cinta]
Moga Allah sirami kita dengan pancaran hidayah, luas lapangkan dada, jelas jernihkan mata hati kita, dan pimpin kita sepanjang jalan ini. In sya Allah. Ingat Allah selalu, sahabat. Dia-lah yang selayaknya dicintai, barulah kita dapat mencintai makhluk-Nya. Sebenar-benar Cinta.

SubhanakaLlahu wabihamdika, asyhadu an la ilaha illa Anta,
astaghfiruka wa atubu ilaik.

Wallahu a'lam bissawab.

Ijja >> Semuanya tentang cinta? ..bahkan Cinta itu lebih luas dari cinta itu sendiri..tanpa Takrifan,buat mereka yang memahami..
AllahuRabbi, terima kasih atas perasaan luka dan duka ini, kerana ia membuat aku bertambah-tambah memaknai hidup ini..

Ahad, 28 Jun 2009

Mesti Tengook! Cara Untuk Sembunyikan Diri

Assalamualaikum..
Kali ni nak kongsi beberapa gambar yang agak kreatif + Lucu saya kira. Tapi tak mustahil boleh di praktikkan untuk sesiapa yang berminat..

Gambar ni sesuai untuk orang yang dah rasa Malu dan dah tak tau nak sorok muka kat mana, Design ni 'ngam' untuk mereka. Bukan setakat sorok muka, satu badan terusss.. huhuh..tak sanggup den pakai nih..huh..>> Menyamar jadi Mesin Minuman nih <<



Cara-cara memakainya:




Ni lah Hasilnya..Tarrrraaaa...takder sapa perasan kan..kan..kan??



Yang Ni pula untuk kanak-kanak..namanya Beg Transformers :







Dan hasilnya : Menyorok kat mana-mana..Tapi keburukan Design ni, risau lak ada bebudak yang ponteng sekolah..hehe



Gambar Yang ini pula sesuai untuk siapa-siapa yang dah bosan untuk mencari ketenangan ber rehlah di tepi pantai atau tempat2 yang sesuai..Jangan kena langgar sudahlah yea..





INGATKAN KERETA TADI..huh..khemah rupanya..jaga2 kena saman yea dik!



p/s : Sekadar Rehatkan Minda..

Nikah Yang Menyingkap Tabir Rahsia



Assalamualaikum..
Sekadar Berkongsi, berbanyak terima kasih buat sahabat yang foward emel ni..[ Doakan saja agar dikurniakan suami / isteri yang soleh dan solehah..Ameen]


UntuK Sesorang yang Bakal Bergelar suami, Ingatlah :


- Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.

- Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

-Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

- Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!




Buat Seseorang yang akan bergelar Isteri, Ingat Juga Bahawa :

- Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.


- Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof
seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis
andai diri tidak sehebat Sulaiman
DAN
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

Sabtu, 27 Jun 2009

Rahsia Dalam Rahsia


Assalamualaikum..
Hari ni saya baru sahaja habis membaca sebuah buku motivasi Karya DR.Hm Tuah Iskandar, > Membina Jatidiri Gemilang <, saya tidak berapa ingat bila kali terakhir saya membacanya. Baca punya baca, terjumpa satu bab dalam buku ni yang bertajuk
> 2 cas Untuk Bangkit <, Secara ringkasnya, bab ni menerangkan tentang kelebihan solat secara berjemaah dari perspekstif saintifik. Kajian ni telah dijalankan oleh seorang Prof dari AS. Hasil kajiannya beliau mendapati :

1- Tubuh manusia mempunyai 2 cas eletrik iaitu cas positif & Negatif. Dalam aktiviti harian manusia, proses pembakaran berlaku, dan semasa proses ini berjalan, akan berlaku pertukaran cas antara positif dan negatif. Akibatnya ketidak seimbangan akan berlaku dalam tubuh. Cas-cas ini perlu diseimbangkan kembali agar keadaan tubuh manusia kembali stabil.

2- Kajian dari Prof ini telah menunjukan bahawa solat berjemaah itu, serta jumlah rakaat yang berbeza-beza pada waktu yang berlainan adalah berfungsi untuk meyeimbangkan kembali cas-cas yang dibakar tadi. Dalam keadaan solat berjemaah, makmum perlu meluruskan saf, dan digalakkan bertemu bahu, dan bersentuhan hujung jari kaki.

3- Cas yang berlebihan, samaada negatif atau positif akan dikeluarkan dalam keadaan tadi. Manakala cas yang berkurangan akan ditarik kedalam tubuh setiap jemaah tadi. Semakin lama proses sentuhan ini berlaku, akan semakin stabil dan seimbang cas-cas yang berada dalam tubuh setiap jemaah, kerana sifat cas-cas eletrik yang tarik menarik dengan cas yang lain.

Berkaitan Tentang rakaat di dalam setiap waktu solat pula, Prof. ini mendapati :

1- Apabila kita tidur, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang, Oleh itu Kita hanya memerlukan hanya sedikit sahaja lagi untuk proses pertukaran cas untuk kestabilannya. Disebabkan itu, maka Solat Subuh hanya dikerjakan sebanyak 2 rakaat sahaja.

2- Solat Zohor,4 Rakaat > Selepas sehari suntuk berkerja, tubuh kita telahpun menggunakan sejumlah tenaga yang banyak, justeru itu solat 4 rakaat pada waktu zohor dan asar dikerjakan untuk menstabilkan semula cas-cas tadi pada tahap maksimum.

3- Solat Maghrib > Pada sebelah petangnya, tenaga kurang digunakan dan hanya sedikit rakaat yang didirikan untuk memaksimumkan kestabilan cas-cas eletrik tadi.

4- Persoalan timbul di fikiran prof. tadi kerana,mengapa pada waktu isyak solat ini 4rakaat sedangkan pada waktu malam kita kurang menggunakan tenaga. Jawapan yang belaiu temui ialah:
Melalui solat isyak ini, 4 Rakaat merupakan ruang yang dibuka dengan lebih luas untuk memberikan ketenangan dan tenaga tambahan kepada kita untuk mudah bangun mengerjakan Qiamullail. [2rakaat extra untuk tenaga yang lebih agar mudah bangun di sepertiga malam)

Kesimpulannya : Profesor tersebut sangat kagum dengan ajaran Islam yang sangat istimewa dan sangat lengkap ajarannya..Wallahu'alam..

Takbir!!!

Khamis, 25 Jun 2009

Entri ini ku namakan Hidayah..


*Syukran buat akhi Abas atas izin gambar ni:
http://firusfansuri.blogspot.com/
syukran Akhi, hanya Allah layak membalasnya..


" Nantilah aku buat, belum dapat hidayah lagi kot aku ni"
" Dapat hidayah nanti, aku pakai la.."
" Dah sampai seru nanti, aku berhenti la"
" Tuhan tu kan Maha Pengasih Dan Penyayang, sampai masanya, aku bertaubat la.."


Siapa yang tidak pernah mendengar luahan-luahan kata yang tidak berperasaan begini? siapa yang pernah pula bercakap seperti ini?
Siapa juga yang pernah mengatakan ala-ala bunyi maksudnya sama dengan kata-kata diatas?
Dan siapa juga yang pernah berfikir selepas mengungkapkan kata-kata di atas ini?

HIDAYAH..berapa ramai yang tersalah tafsir makna hidayah? dan hanya berapa kerat sahaja yang tahu apa makna hidayah yang sebenar?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.
(Surah Al-Furqan, Ayat 50)


"Hidayah tu Milik Allah, hanya Dia yang mampu memberikan kepada sesiapa yang di kehendakinya.." Itu jawapan yang saya seringkali dengar, baca, dan hampir setiap orang mengatakan begitu. Jawapan-jawapan ini akhirnya mencetuskan sesuatu persoalan di kepala dan benak saya,
"Hidayah itu memang Milik Allah, tapi bagaimana akan mendapatkannya?", bagaimana kita tahu kita mendapat hidayah?"

Meminjam kata-kata dari Akhi Faisal Tehrani,
"Ibarat Cahaya ;Ia tak Menyapa kamar
yang tidak di buka Jendelanya "


Betul, Hidayah itu milik Allah, namun jika kita tidak berusaha untuk membuka pintu atau jendela hati kita, manakan dapat cahaya dari luar menerobos masuk ke hati kita?
adakah kita berfikir hidayah itu akan datang sendirinya tanpa kita berusaha untuk membuka mata hati, dan akal kita untuk berfikir tiap hikmah kejadian, peristiwa, di sekeliling kita?

Pada pandangan saya, [ siapa yang kurang bersetuju pandangan ni, bolehlah komen yea],
>> Hidayah ada di mana-mana sebenarnya. Hidayah sentiasa ada, sentiasa ada jika kita memikirkannya dalam-dalam..Renungi Firman ini :

"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."
(Surah Az-Zumar, Ayat18)


Baca ayat di atas, dan fikirkan sedalamnya makna ayat ini..terang-terangan Allah menyatakan sesiapa yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya,
bukankah perkataan ini membawa pengertian bahawa kita perlu berusaha untuk mendengar, atau berfikir tiap apa yang datang kepada kita? lalu ayat yang seterusnya

:lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

Terang dengan jelas apa yang diterangkan dalam ayat ini bukan?

Kita perlu teruskan usaha untuk membuka mata, mata hati, minda untuk mendengar, melihat, dan berfikir tentang apa jua yang kita hadapi, sedikit kita sudahpun membuka perlahan-lahan pintu untuk laluan hidayah itu. Setelah itu, terpulang kepada Allah, adakah kita tergolong dalam hambaNya yang di anugerahi hidayah tadi.

Allah tidak pernah sekalipun menzalimi hambanya, dan Allah tidak pernah tidak adil untuk sewenangNya mencampakkan kita sebagai bakal 'Penghuni Neraka'..Pasti DIA Berikan pelbagai laluan hidayah tadi agar kita terselamat dari golongan itu, sekiranya kita mahu membuka pintu hidayah itu.


Mungkin ramai yang pernah terdetik bisik bisikan hati seperti ini ;
>> Bila lah aku nak berubah ni..
>> Sampai Bila Aku nak Berhenti dari semua ni?
>> Bila lah aku nak mula sembahyang?
>> Bila lagi aku nak pakai pakaian yang menutup aurat ni?

Adakah kita dapat menangkap 'sesuatu' di sebalik semua bisikan-bisikan halus ini? Siapa yang menggerakkan hati kita untuk terzahir bisikan-bisikan halus sebegini? Siapa lagi kalau bukan Yang sentiasa berhak ke atas kita, Allah s.w.t..
Mungkin ramai yang terlepas pandang, atau tidak langsung mahu berfikir, lintasan-lintasan hati, bisikan-bisikan halus ini juga adalah salah satu cabang hidayah. Allah itu Maha Bijaksana PerancanganNya, dengan itu juga Allah memberikan hidayahNYA dengan pelbagai cara yang kita tidak pernah menjangkakannya.

Namun, berapa ramaikah kita yang akan dan mahu menjawab bisikan-bisikan hati tadi?
Sehingga bisikan itu dilupakan terus, dan kembalilah kita hidup terus bergelumang Dosa dan noda, terus-terusan menutup pintu hidayah..

Mungkin ada yang kurang faham makna saya, jadi saya bawakan satu contoh :
>> Seorang penagih dadah tegar, suatu hari terdetik di hati kecilnya "sampai bila aku nak terus jadi penagih ni? sampai bila aku nak hidup begini?" tapi dia tak bertindak apa-apa untuk menjawab bisikan tadi.
>> Tidak lama kemudian, penagih ni di sahkan menghidap HIV Aids, tapi dia tak juga berhenti dari tabiatnya. Di sini, Allah tunjukkan lagi betapa sayangnya DIA kepada hambanya hingga diberikan sakit itu kepada si penagih agar terbuka hatinya untuk cepat-cepat bertaubat..namun penagih ni tetap tak berfikir dan tidak mengambil pengajaran..
>> Akhirnya, penagih ni dah terlantar..barulah berhenti dari menagih, dan bertaubat. Mahu kembali ke pangkal jalan.
>> Nazak, dan meninggal dunia, Mujur sempat bertaubat, jika tidak? Wallahu'alam..


Di ulangi, Pintu Hidayah itu sentiasa ada, dan terpulang kepada diri mahu membuka atau tidak laluan cahaya itu.. Benarlah firman Allah, bahawa Allah tidak sekalipun Menzalimi hamba-hambanya, bahkan kita sendiri lah yang telah menzalimi diri sendiri. Maha Suci Allah, Yang Maha Luas Rahmat dan kasih sayangNya..

Moga kita terus terpelihara dalam cahaya petunjukNYA yang lurus..berdoalah selalu agar kita terus di hidupkan dengan Iman, dan di matikan Pula Dalam keadaan beriman kepadaNya..

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Surah Al-An'am Ayat 32)


Wassalam..

Rabu, 24 Jun 2009

Ujian Bacaan



Ada sesiapa yg boleh baca ni?, bukan gambar diatas ni, tapi tulisan di bawah ni..silakanlah baca..

Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-


fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.


p/s : Kalau dapat baca..otak memang takdak masalah..
Tapi kalau macam sangkut-sangkut saja baca..heh, kena wat mri la kpala tu..heheheh

Selasa, 23 Jun 2009

Maafkan Diri, dan Teruskan Perjalanan!



"Sapu sana..ha sana lagi" Sambil jari telunjuk menuding bahagian penjuru siling.
"Ha, sebelah kiri tu lagi" Aku mengarah lagi.
"Di dinding pun ada sikit tu, buang habuk-habuk dan sawang tu, menyakitkan mata saja" Aku becok mengarah.
Semalam, saya baru sahaja membeli penyapu untuk membuang habuk-habuk dan sawang yang menumpang berumah di siling dan dinding rumah kedua saya. Saya pun ada gak rumah sendiri. Tak jauh pun rumah tu, dekat sangat. Semua boleh datang lagi lepas ni. Kat mana rumah tu? Memang dekat sangat, sentiasa terbuka sebab tak berpagar. Lepas ni sudi-sudi la datang lagi yea..
Ni la rumah kedua saya, blog ni. Jangan risau, semua habuk dan sawang saya dah bersihkan. 'confirm ' semua yang datang bertandang tak terbersin-bersin lagi. Cuma rumah saya ni gelap, maklum aje dah lama tak bayar bil..apapun, kegelapan tu takkan hilang selamanya tanpa cahaya..

"Maafkan Diri, dan teruskan hidup ini" Petikan kata yang agak ringkas, namun mampu memberi impak yang sangat besar dalam hidup, jika kita melakukannya.

Berapa ramai orang yang saya kenali sering menyalahkan diri, bila sesuatu yang di rancang tidak tercapai matlamatnya. Berapa ramai yang terus berputus asa dalam hidup, dan tidak terkira ramai juga yang berkira-kira mahu membunuh diri agar semua rasa kecewa, sedih, duka, terluka itu hilang dan pergi buat selamanya?
Jangan begitu kawan, bunuh diri adalah tindakan paling 'pendek akal' bagi saya..kerana selepas mati, perjalanan kita belum berakhir, lebih parah lagi kita tak dapat kembali untuk hidup membetulkan kesilapan kita. [Think It]

Kawan, hidup ni kan satu perjalanan, satu perjuangan. Pastinya disetiap denai laluan kehidupan kita ada pengalaman yang dapat dikutip, ada juga kenangan yang boleh disimpan, dan menurut pemmikiran saya, Hidup ini adalah sekolah kita yang paling terbaik di dunia, jika kita mahu belajar di dalamnya, jika kita sudi untuk membuka mata, hati, dan minda kita untuk menerima setiap jatuh dan bangun kita.

>> Siapa yang tak pernah gagal?[ Angkat Tangan ]
>> Siapa yang tak pernah Putus Cinta? [ Angkat Kening ]
>> Siapa yang tak pernah gagal dalam pelajaran ?
>> Siapa yang tidak pernah menganggur bertahun -tahun?
>> Siapa yang sedang menganggur?


Apapun persoalannya, apapun cerita duka kita, apapun punca kegagalan kita, pleaseeee cuba untuk maafkan diri sendiri.
"Memang saya ni tak berguna, bodoh, lembab,miskin,hodoh,tak tau bergaul, tak tau berjenaka," mungkin ada di antara kita yang kata hatinya sering bergema ungkapan sebegini. Sewenangnya kita mencemuh dan merendahkan diri.

Semua kelemahan kita, kita wajar akui, tetapi jangan sampai kita tidak menerima diri kita, jangan sampai kita asyik menyalahkan diri, takdir, hingga terjatuh kita dalam golongan orang yang berputus asa dalam rahmat Allah. Paling sadis hingga tergolong dalam golongan orang yang kufur akan nikmatNYA..

Allah takkan pernah menzalimi kita, Allah takkan pernah tidak adil kepada semua hambanya di langit atau di bumi, Allah juga tidak pernah menguji kita, melebihi kemempuan kita untuk menghadapinya. Ingatkah kita, DIA yang menciptakan kita dari tiada kepada ada, Ingatkah lagi kita, Kita ini hanyalah hamba abdinya, maka itu DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan pernah persoalkan ketentuan itu, namun demikian jangan jadikan ketentuan itu sebagai alasan untuk kita tidak memajukan diri, dan tidak mahu mengubah diri.

Maafkan diri, andai pernah membuat kesilapan,
Maafkanlah diri, andai Pernah gagal dalam ujian kehidupan,
Maafkan diri, andai cita-cita belum kesampaian,
Maafkan diri andai Cinta terputus dipertengahan,
Maafkan diri, andai kita tidak secantik,sekacak,sebijak,sekaya dan se se lagi seperti orang lain..


Maafkan diri, redhai semuanya, dan teruskan kehidupan ini.
Jangan pernah sedikitpun berputus asa dengan rahmat Allah yang Maha Luas..Kerana di saat kita merintih-rintih dengan kesusahan dan sukarnya hidup kita, ada orang lain yang lebih menderita dari kita. Kenangkan kata-kata ini :

"Di saat kita merasa sedih kerana tidak mampu untuk membeli sepasang kasut, ingatlah ada insan lain yang sedang merasa sedih kerana tidak mampu memakai kasut kerana tidak mempunyai sepasang kaki"

Allah, bila sayang kita, akan dia berikan kita ujian demi ujian. Samaada berupa kesenangan atau kesusahan.
Allah, Bila kita semakin menjauhiNya, DIA akan cepat sedarkan kita agar kita tidak terus lalai dan hanyut daripada melupakannya.
Namun ada juga diantara kita yang maki DIA sewaktu dalam kesusahan, Dan bila senang DIA terus kita lupakan. Hamba apakah kita ini? Sudahlah hanya bergelar hamba, mahu pula berlagak tuan diatas TanahNYA..

Maafkanlah Diri, dan orang yang beriman takkan membuat kesilapan yang sama berulang kali..
Maafkanlah diri, atas semua kekurangan diri,
Kerana Allah Maha Bijaksana, DIA lebih tahu mengapa tidak sempurnya kejadian diri kita.


Akhirul kalam,
Teruskanlah berjuang wahai diri,
perjalanan ini perlu kita teruskan,
Walau pincang sebelah kaki,
Walau hilnang tangan dan kaki,
Jangan berhenti,
Kerana,
Disini,
Bukan Destinasi..


labuan, p/s: lagak bahasa yang agak formal..heheh

Rabu, 10 Jun 2009

Reject..Reject..


Assalamualaikum..

"Kak ijja, ni ok?" adik saya Wanie menghulurkan sehelai 'busana Muslimah' yang seterusnya kepada saya. Saya menyambutnya dengan berat hati. Butik ini adalah butik yang terakhir saya jangka. Kaki agak penat berjalan, lapar satu hal lagi..
Busana ditangan, saya belek-belek, merasanya dengan jari-jari kualiti kain dan ketebalannya. Saya gelengkan kepala. Busana ditangan saya serahkan semula pada Wanie.
"REJECT" Saya jawab pendek.
Wanie angkat kening,"Haaa??" Wanie ukir senyum paksa, berbaur terkejut barangkali, saya hanya tersengih.

04.06.09,UK,Labuan, Berjalan-jalan dengan wanie di kompleks ni, misi hanya mahu membeli sepasang busana muslimah atau jika ada jubah yang berkenan dimata, di hati juga, Pasti saya akan beli.

Lebih 6 kedai termasuk 2 buah butik pakaian sudah kami kunjungi.Entah kenapa semua kedai dan butik tersebut langsung tidak menepati ciri busana yang saya cari. Secara jujurnya saya bukanlah seorang yang cerewet atau 'perfectionist' dalam memilih pakaian, asalkan menepati syariat sudah cukup bagi saya, tidak perlu bergaya berlebih-lebih..kerana tujuan kita berpakaian adalah untuk menutup aurat dan sebagai identiti setiap manusia..
Namanya mungkin memang Busana Muslimah, sekilas pandang memang menutup aurat.. tapi malangnya, pandang kali kedua dan seterusnya..busana tadi langsung tak menepati kehendak syariat..perasaan saya berselirat, tergamakkah nak pakai pakaian macam ni?

Baju Kedua : Memang cantik..warnanya biru gelap, sedikit hiasan batu kristal pada lengan. Labuh dah memang labuh, mencecah keparas lutut. Tetapi pada bahagian pinggang di tambah aksesori tali sebagai pelengkap gaya katanya. Saya berfikir-fikir dan menggambarkan di kepala,'Camana rupanya bila dipakai?'
- REJECT juga, bila tali / tali pinggang tadi di ikat kebelakang, akan tertonjol pula bahagian yang patut di lindungi.. Reject, dengan senang hati..

Baju Ke tiga : 'First Impression' terdetik di hati = Baju ni memang nampak menutup aurat + 'stylo' dengan coraknya. Tapi bila dikenakan di badan, MashaAllah..Melekap mengikut setiap inci lekuk dan bentuk tubuh pemakai. Bahagian bawah baju memang Longgar, tapi pada bahagian atas, ketat..Huh tak tergamak nak pakai rasanya..
REJECT!

Baju Ke Empat: Warna 'ok', Longgar dan tidak mengikut bentuk tubuh, Tapi bila saya letak baju tu dibawah cahaya lampu kedai, secara automatiknya, saya terus tidak jadi membelinya. Agak Sedih, kerana saya memang berniat mahu membelinya. Melihat kain Baju tadi yang agak nipis, dan jarang, ibarat kain langsir yang dapat diterobosi cahaya matahari lantas akan menyerlahkan segala bayang + bayangan yang saya tidak mahu membayangkan apa yang akan gen ADAM bayangkan..
-REJECT..REJECT!!-

Baju Kelima :
"Ni ok kot dik?" Tuan kedai menyerahkan dua pasang baju kepada saya, di tangan kanannya berwarna ungu, di sebelah kiri pula berwana hijau lumut. Mungkin dia menganggap saya susah untuk membuat pilihan, maka tuan kedai tu pun turut sama membantu saya untuk membuat pilihan.
[ Tidak susah sebenarnya untuk saya membuat pilihan, tetapi disebabkan pilihan-pilihan tadi telah digariskan kriteria tertentu, menyebabkan keputusan saya untuk membeli bergantung pada kriteria tadi] BAJU UNGU :Ala-ala jubah. Tapi saya sangat yakin ianya akan bertukar jadi Jubah 'body fit' jika dipakai. REJECT LAGI..REJECT!!
BAJU HIJAU LUMUT PULA : bukaan pada leher baju sangat luas..hampir sahaja saya membelinya dek pengaruh kata-kata tuan kedai, " ala, tudung adik kan besar, tak nampak lah leher tu" saya tidak menjawab apa-apa, cuma diam berfikir, hati kecil pula keras membantah untuk tidak membelinya, Spontan juga saya mengikut kata hati..
-REJECT!!-

BAJU KELAPAN : Semuanya saya reject, semuanya sama, secara peribadi, memang saya rasa kecewa. Kecewa yang bukan berpunca kerana tidak membeli mana-mana baju pun, tapi kecewa kerana, hingga pada aspek pakaian 'muslimah' juga masih bercampur dengan unsur batil. Mana mungkin perkara yang baik boleh bersama-sama seiring dan sejalan dengan yang salah dan terang-terangan batil?

Sekilas pandang, memang tampak sopan, menutup aurat, dan sememangnya wajar diberi 'title' 'busana / baju pakaian Muslimah' namun bila di teliti, kebaikan yang ada pada pakaian tu di rosakkan dengan perkara-perkara tadi.

- potongan baju dah cantik + memang menutup aurat, labuh dan longgar, tapi yang merosakkannya bila jenis kain yang dipakai terlalu nipis / agak nipis & layaknya kain begini dijadikan saja jaring untuk menangkap haiwan akuatik!

-Warna baju 'ok', hujung kengan siap berketip / berbutang, tapi kain dari pangkal bahu hingga ke hujung lengan menggunakan kain yang jarang / nipis.

- Tali temali + Tali pinggang hanya menyesakkan saya!!

- Bukaan leher yang luas/besar [sehingga boleh muat pinggang], panjang lengan baju yang hanya suku2 atau hanya lepas-lepas siku.

At the end, saya & adik wanie menapak keluar dari setiap kedai dengan tangan kosong.
Habis, semuanya di REJECT? mana ada yang di beli?

- Beli kain meter, buat design sendiri, hantar kat tukang jahit.. :) ..

-Teringat ramai orang pernah cakap camni
" Ingat nak pilih pasangan ni macam nak beli baju kat kedai?"
ironinya, apa yang saya dapati,
"Ingat nak pilih baju ni, tak susah?, macam nak pilih pasangan?" hehehe..

INFO TAMBAHAN : 5 Prinsip asas penampilan untuk Muslimah :
1- Longgar,
2- Tidak nipis hingga nampak kulit + anggota tubuh yang sepatutnya ditutup.
3- Tidak menyerupai pakaian lelaki.
4- Menutupi anggota yang sepatutnya ditutup.
Dan
5- Bukan pakaian yang pendek dalam apa jua keadaan dalam lingkungan menutup aurat .
[ Ustaz Wan Sohor Bani Leman, Majalah Anis, Nov 2007,m/s 105]

Rabu, 3 Jun 2009

Bubarkan Semuanya..Bubar..



Assalamualaikum..

Catatan dari labuan..
HEHE..hilang kejap aje..
nak share satu kisah pendek..
kali ni memang taip pendek-pendek aje..
Sure!

--->> Rindu, kat ner menghilang? <---
'huh sape hantar nih?'
check punya check..ooo..seorang hambaAllah yang dah lama tak di dengar khabar, beritanya, atau ceritanya..
'nak reply apa nih?'tanya diri sendiri..
takder idea..then saya balas camni aje..

"Rindu, Ingat, Bubarkan semuanya ke langit..
Bungkus semua rasa rasa, Pulangkan Pada DIA pencipta segala Rasa"

harapnya sesiapa yang tengah rindu atau teringat seseorang skangni..Bungkus semua perasaan tu, pulangkan pada Allah..mengadulah pada DIA, moga hati yang tengah kacau dapat di tenangkan Allah..Doa selalu yea..Gunakanlah senjata para Nabi..iaitu doa..

--->>Tu jer utk update hari ni..<---
mungkin pendek, tapi saya masih berharap agar ianya memberi manfaat utk semua hati yang celaru, dan haru biru..Rawat hati tu,jangan biarkan ia sirna ngan Rasa2 rindu yang diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya..

Okehh semua..beransur dulu..Assalamualaikum..

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...