Ahad, 30 Mei 2010

Pemimpin ll JUDI ll Bola ll Malayaku.



Assalamualaikum semua...



Kali ni nak berkongsi pendapat tentang isu yang PANAS..PANAS sedang melanda Tanah Malaya kita saat ini..

Sana sini semua mengatakannya. Ramai yang Marah.. Ramai juga yang buat-buat tak tau.. dan mungkin juga lebih ramai yang malas nak ambil 'port' dalam isu ni..paling teruk, yang tak tau langsung Malaysia dan perkembangannya saat ini.

PANAS..MEMANG PANAS..= Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan Piala Dunia..[untuk makluman yang belum tahu dan berminat untuk tahu.]

Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan Piala Dunia

Saya cuma akan highlight 'isi-isi penting' petikan yang menyebabkan kerajaan akan meng'HALAL'kan judi bola :

1- KERAJAAN Mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

2- Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

3- "Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

4- Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

5- Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

6- "Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

7- "Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya

SUMBER ASAL : BERNAMA


Pendapat peribadi saya sebagai orang yang masih WARAS.. PENGERTIAN-PENGERTIAN PETIKAN ISI-ISI PENTING DI ATAS SAMALAH BUNYI SEPERTI DI BAWAH :

1- Kalau nak merempit lepas ni, kena lah mohon lesen yang sah, jadi aktiviti itu akan jadi halal dan tidak menyalahi undang-undang..

2- Kalau nak buat bisnes PELACURAN.. Mohonlah lesen yang sah, jadi perniagaan anda akan 100% HALAL dan tiada perlanggaran undang-undang dalam negara ini.

3- Kalau nak MINUM ARAK, kena mohon lesen yang SAH , Jadi selepas itu anda boleh meminumnya dimana-mana pun, iyalah, siapa nak marah..anda dah ada LESEN SAH..

4- Kalau nak buat duit dari judi, anda juga perlu MOHON LESEN yang SAH dan ianya tidak akan menyalahi undang-undang Malaysia TERCINTA ini.

JANGAN RISAU, SEMUA KITA NAK BUAT, CUMA MOHON LESEN JE, SEMUA AKAN JADI HALAL DAN TIDAK MENYALAHI UNDANG-UNDANG..MAKNANYA..KITA SELAMAT BUAT APAPUN, JANJI ADA LESEN YANG SAH..

P/S : Dah terang-terang hukum judi tu haram, nak kaji-kaji apa lagi?

Baru lepas melayan cerita 'Sunan Kalijaga & Syeikh Siti Jenar' Jom sama-sama dengar dan fikir skrip di dalamnya : [ cuma nak kongsi part 6 ni , selebihnya bolehlah browse ke youtube ]

"Lebih senang kau membuang waktu di tempat JUDI" [Kata Watak isteri kepada suaminya]

"Dia itu PEMABUK,PENJUDI" []

" Benar, tapi kalau kita FIKIR DALAM-DALAM, kesalahannya adalah kesalahan KITA juga sebagai PIMPINAN di sini. NAH, KENAPA TEMPAT JUDI DIIZINKAN? " [Kata watak Sunan Kalijaga]

" DARI SITU KAMI DAPAT WANG BANYAK, DEMI PETI UNTUK PUSAT KERAJAAN" [Watak pemerintah menjawab ]

" Apa tidak ada jalan lain?" Tanya Sunan Kalijaga Lagi.

"Rasanya tidak ada yang Bisa didapat lebih mudah daripada itu" JAWAB PEMERINTAH KEDUA.

"Nah itu gunung-gunung, hutan itukan semuanya milik KERAJAAN?, mengapa pedagang-pedagang begitu mudah mengambil dan menjual hasil hutan yang jelas-jelas milik KERAJAAN?"

SOAL PEMERINTAH SATU KPD PEMERINTAH 2 : "Apakah mungkin santanak2 menutup mata?"
PEMERINTAH 2 MENJAWAB : "Mustahil, Untuk apa itu dilakukan?"

Sunan Kalijaga berkata : "kemungkinan itu bisa saja, kalau memang masih ada ORANG YANG DIHINGGAPI SYAITAN"

PEMERINTAH 2 :" UNTUK MEMPERKAYAKAN DIRI YA KAN SUNAN?"

SUNAN :"IYA, PADAHAL DENGAN WANG ITU, KITA BISA MENIADAKAN JUDI, BERAPALAH JUMLAH WANG YANG DI DAPAT DARI HASIL JUDI, DIBANDINGKAN DENGAN KEROSAKKAN AKHLAK, YG BISA MEMBUATKAN MEREKA SESAT?"

"SALAH SATU DARI MODAL HIDUP ITU ADALAH AKHLAK, BUDI PEKERTI"
"SEBAGAI UMAROH, HARUS TAU SEBAB MUSABABNYA, HARUS BIJAKSANA MENGATASINYA."
"BUATLAH RAKYAT MENJADI TENTERAM, ADA RASA AMAN PADA DIRI MEREKA, JANGAN MEMBUAT MEREKA JADI TAKUT PADA KITA"
"DARI BAIK, KAYA, SAMPAI AKHIRNYA JADI PENJUDI, MISKIN, DAN KEJAM"




"Hai si muda, jangan ingat matimu tua,
hai si tua, jangan pikir kau tak mati-mati"

Isnin, 10 Mei 2010

Dosa Dalam Facebook..



Saya suka untuk berkongsi sesuatu yang mungkin memberikan sesuatu pengetahuan baru kepada semua sahabat.

Artikel ini saya petik daripada Akhbar Harian Metro, bertarikh 09 Mei 2010 Ahad, m/s D18 Segmen An-Nur, tulisan Ustaz Zaharuddin Abd.Rahman (Pensyarah perbankan & kewangan Islam UIAM).

Tajuk besar Tulisan tersebut “Dosa dalam Facebook, ada beberapa cara penggunaan boleh menyebabkannya menjadi haram”

Suka saya untuk berkongsi dengan semua yang mungkin terlepas pandang atau tidak terfikir sesuatu yang kita lakukan jatuh kepada ‘haram’. Moga hasil Tulisan Ustaz Zaharuddin, mengubah persepsi kita daripada yang sedia ada. Saya ringkaskan tulisan kepada bentuk poin yang akan mudah untuk kita fahami. Jom teruskan pembacaan.

Menurut Beliau [Ustz.Zaharuddin], ada beberapa cara pengunaan facebook yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan itu kepada haram, malah berganda-ganda haranmnya, beliau menyenaraikannya kepada enam iaitu :

1- MENDEDAH KEAIBAN SUAMI ATAU ISTERI DI FACEBOOK :

Pemilik facebook meluahkan rasa kecewa, sedih, benci, marah, atau Mendesak pasangan terhadap pasangan di ruangan status mereka.. [pada wall status]

Sebagai contoh, ada pasangan yang secara terbuka mendesak suami membelikan pinggan mangkuk, perabot, pakaian, dan sebagainya. Tertekanlah suami serta serba salah.Kemudian status tersebut mendapat komentar daripada rakan masing-masing.

Tanpa disedari, perbuatan tadi tergolong dalam perbuatan mengumpat. Pemilik facebook terbabit tidak boleh sewenang-wenangnya bercerita hal rumah tangga atau pasangan mereka secara terbuka. Hanya dibenarkan untuk meluahkan masalah rumahtangga kepada yang mempunyai kuasa seperti ibu bapa, mentua, adik beradik [yang boleh dipercayai untuk membantu dan bukan menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga]. Boleh juga dikongsikan kepada pihak kadi, mufti, ilmuan, ustaz, ustazah, atau kaunselor rumahtangga.

Pendedahan yang akan mengaibkan pasangan adalah sama sekali tidak dibenarkan untuk disebarkan melalui facebook.

2- TERLEBIH GAMBAR :

Ramai wanita pada hari ini yang punyai ’rupa’ meletakkan terlalu banyak gambar yang mungkin mahu dipuji atas kecantikkan yang dimiliki. Sebahagian mereka ada yang sudah punyai suami, dan seola-olah pasangan memberi kredhaan atas tayangan gambar kepada khalayak tanpa rasa cemburu dan prihatin.

Lebih bahaya, ramai pula lelaki yang menontonnya, memberikan pujian, malah bergurau senda serta membuat ’lamaran’ nafsu. Tuan punya facebook tersebut hanya membiarkan sahaja komen-komen yang tidak sepatutnya dibaca oleh orang lain, sedangkan mereka mampu untuk memadamnya.


3- PENYAMARAN :

Ada lelaki yang menyamar menjai wanita dan begitu juga sebaliknya untuk menjadi ’friend’ dan mendapat maklumat mengenai individu tadi. Ini terjadi kerana ada pihak yang tidak dapat mengakses profail lelaki / perempuan tadi. Jadi mereka melakukan penyamaran agar mereka di 'approve' sebagai 'friend'

Sekiranya penyamaran tadi berjaya, lelaki atau wanita tadi mampu untuk melihat seluruh gambar dan membuat sesuka hati terhadap gambar tadi.

Kerana itu walaupun gambar tadi terhad untuk dilihat rakan-rakan anda, pastikan ianya masih terhad dan terjaga.

4- MUAT TURUN GAMBAR UNTUK SIMPANAN TATAPAN:

Dimaklumkan juga, akibat gambar wanita terlalu bersepah di facebook, ada lelaki berhati buas memuat turun gambar trbabit untuk dijadikan koleksi peribadi. Untuk wanita yang mempunyai ’rupa’ perlu lebih berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan ini. Malangnya golongan inilah yang terlalu ghairah untuk meletakkan gambar di dalamnya. Simpan sahaja gambar comel anda.

Adakah anda terlalu tidak sabar? Sedarlah, kecomelan anda mungkin akan menjadikan sebuah rumahtangga hancur serta cemburu wanita lain kerana boleh jadi wujud gejala suami membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika ini berlaku, pemilik gambar tadi mendapat saham dosa.

5- TANDAKAN GAMBAR TANPA IZIN & GAMBAR SILAM YANG MEMBUKA AURAT:

- Tandaan sesuatu gambar [ tag ] adalah berfungsi untuk menyebarluaskan sesuatu gambar kepada orang lain. Fungsi ini juga boleh menjadikannya dosa kerana ;

a- Sebahagian individu dalam gambar terbabit mungkin dulunya tidak menutup aurat, tetapi kini melakukannya, maka penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit didalam rumah, bersama ahli keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana didalam rumah sendiri. Akibat ketidakprihatinan sebahagan ahli keluarga terhadap hal aurat menyebabkan gambarnya yang demikian tersebar kepada orang lain.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi yang akan mengaibkan. Sekiranya orang tersebut adalah ’seseorang’ yang terhormat dalam masyarakat dan mempunyai kedudukan yang baik, maka apabila gambar tadi tersebar, ia akan mencemarkan nama baiknya.

6- MENGUTUK DIRI SENDIRI & KEBAIKAN :

Ada juga wanita berpenampilan solehah dan berpakaian sepatutnya dalam bab menutup aurat sewaktu zaman persekolahan atau universiti. Namun setelah memasuki alam pekerjaan / perkahwinan, imejnya tadi berubah [ berpakaian tidak menutup aurat, bermekap yang keterlaluan] Apa yang menyedihkan disini ialah apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian sopan di facebook, tuan punya badan tadi akan tanpa malu dan segan mengutk diri sendiri samada secara langsung atau tidak, contohnya melahirkan kata-kata :

’Zaman aku ekstrim’, ’zaman solehah’, ’zaman suci’, atau ’zaman kuno’, dan lain-lain frasa yang membawa maksud yang sama, tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban diri sendiri, sekaligus seolah-olah mengutuk pemakaian sopannya satu masa lalu.

KESIMPULAN:

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala ataupun gandaan dosa, jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berpada-padalah dalam menggunakan facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwah antara rakan lama, sekolah, dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda diantara suami atau isteri orang juga antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Jangan lagi mempermainkan nama ukhuwah untuk membuat dosa.

P/S: Gaya penulisan yang diolah daripada sumber asal adalah untuk meringkaskan penulisan.

Wassalam..

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...