Sabtu, 12 Disember 2009

Agama Vs Bangsa ll Kita Yang Memilih



Assalamualaikum..

India Otak, Cina Otak, Otak Melayu.. begitu tajuk entri sebelum ini. Alhamdulillah baru hari ini mampu untuk memberikan feedback, berkenaan tajuk tersebut.

Pertama sekali, perlu diingatkan, saya bukanlah seorang ahli politik, aktivis politik, atau penganalisis politik, dalam masa yang sama saya juga bukanlah seorang yang ’Buta Politik’.. Tabiat suka memerhatikan, membaca, dan sering membuat ’homework’ mencari bahan tambahan mengenai ilmu politik, dan sekali-sekala menghabiskan duit membeli dan membaca buku-buku tentang perjuangan sesuatu politik, dan parti-parti tertentu dalam Malaysia itu yang sedikit sebanyak membantu dalam sesuatu ’homework’ yang saya lakukan. Secara tanpa sengaja juga saya dikelilingi beberapa orang sahabat-sahabat yang meminati politik, dan tanpa sengaja juga saya mengenali dekat beberapa individu yang giat dalam aktiviti politik.

Persoalan yang saya tinggalkan pada entri yang sebelum ini mencetuskan beberapa jawapan. Deretan jawapan dan pendapat itu adalah hak masing-masing, dan saya tidak akan membetulkan atau menyalahkan pendapat setiap penulis. [ Terima kasih diucapkan buat semua yang sudi memberikan pendapat ]

Berapa harga Otak Melayu? [ Terserah anda, mahu meletakkan berapa harganya ]..
Tetapi bukan itu isu yang mahu diketengahkan.
Isunya disini ialah, mana yang perlu diperjuangkan.. perjuangan bangsa atau agama? Beberapa tahun yang lalu, saya tidak dapat menahan otak saya untuk berterusan memikirkan persoalan ini. Pernah juga terjadi, saya menjadi keliru dalam persoalan ini.

Bangsa dan agama adalah dua perjuangan yang sama.. Setiap individu tergolong dalam sesuatu etnik, suku, ataupun bangsa, yang mana bangsa itu akan memberikan sesuatu identiti kepada setiap individu tadi. Namun demikian, bangsa memerlukan agama untuk menjadi panduan dalam setiap kehidupan. Agama tadilah yang akan memisahkan beberapa amalan ’khurafat’ yang terdapat dalam sesuatu ritual amalan dalam satu bangsa. Agama sebagai pelengkap dan panduan dalam kehidupan untuk menuju kehidupan yang lebih abadi. Sekiranyalah hidup ini hanya ditafsirkan hanya untuk hidup di dunia semata, mana mungkin Allah ciptakan dan datangkan hari kematian untuk setiap makhluk yang bernyawa di dunia ini. Bukankah hanya dengan kematian itu yang akan menemukan setiap kita dengan ’cinta’ Yang lebih abadi?

Pernah seseorang memberikan pendapatnya kepada saya, bahawa perjuangan bangsalah yang akan menentukan perjuangan agama akan dapat diteruskan. Beliau menambah, kita perlu mengutamakan perjuangan bangsa Melayu, dan selepas itu barulah Islam dapat diperjuangkan dengan aman dan berterusan. Maka dengan itu, menurut beliau adalah perlu untuk kita menyokong perjuangan bangsa terlebih dahulu, dan perlu diutamakan. Beliau memberikan hujah bahawa, sekiranya kita tidak memperjuangkan bangsa Melayu dan membiarkan bangsa lain yang memerintah negara ini, besar kemungkinan, agama Islam tidak lagi dapat diamalkan secara aman, sepertia apa yang berlaku di negara Thailand. Justeru itu, adalah penting beliau menekankan bahawa perjuangan Melayulah yang lebih pertama. [ Apa pendapat anda tentang pendapat ini? ]

Pernah juga seseorang menyuarakan pendapatnya kepada saya, ahli politik yang mengaku dirinya memperjuangkan Islam, hanya menggunakan agama sebagai alat untuk meraih undi, dan menang kerusi di Parlimen. Beliau juga menambah..apalah perlunya memperjuangkan Islam, sedangkan bagi beliau, Semua agama adalah sama, semua agama mengajarkan yang baik-baik untuk setiap penganutnya..1Malaysia katanya, jadi apa perlunya kita sungguh-sungguh memperjuangkan Islam, bukankah tiada paksaan dalam menganut agama? [ Bagi anda yang membaca entri ini, apa yang terdetik dalam hati anda saat ini? ]

Sekadar cetusan pendapat, saya lebih suka jika perjuangan agama dan bangsa itu diselarikan, bukankan bangsa dan agama itu saling memerlukan dan saling melengkapi? Jadi mengapa perlunya kita memisahkan perjuangan antara keduaya? Apa yang saya lihat, pemisahan antara perjuangan agama dan bangsa inilah yang membuat kita berpecah, dan tidak bersatu. Bukankah Melayu terkenal dengan pepatahnya ’Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul’? Bukankah bangsa Melayu juga terkenal dengan kata-kata ’Bersatu kita teguh, bercerai kita Roboh’..Apa yang terjadi hari ini, kita bukan lagi seperti apa yang digambarkan dalam pepatah tadi. Masing-masing taksub dengan fahaman sendiri, sehingga ketaksuban itu membutakan mata hati kita untuk menilai dengan lapang dada tiap kebenaran yang terhidang didepan mata. Sekaligus menumpulkan daya fikir kita untuk keluar daripada kongkongan fahaman taksub tadi.

Atas fahaman taksub tadilah yang akan mengakibatkan kita berpecah, dan meyakini bahawa perjuangan masing-masinglah yang lebih tepat. Saling menyalahkan yang lain, menjatuhkan yang lain yang kita anggap bertentangan daripada fahaman masing-masing. Ketaksuban ini menyebabkan kita terpecah, Sedangkan bukankah kita seagama dan dari suku bangsa yang sama? Jadi mengapa kita perlu jatuh menjatuhkan, dan memprovok pihak yang lain?

Menurut Perkara 153 dalam perlembagaan – kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum-kaum lain, definisi Melayu dalam perlembagaan mencirikan tiga [ 3 ] asas iaitu ;

1- Bertutur dalam bahasa Melayu
2- Beragama Islam.
3- Mengamalkan adat istiadat Melayu.


Bukankah daripada tiga ciri diatas cukup membuktikan bahawa bangsa dan Agama itu saling melengkapkan? Contohnya begini, jika seseorang itu membuang agamanya, bukankah juga secara automatiknya dia membuang bangsa Melayunya? [ Jika menurut pemahaman daripada perkara 153 dalam perlembagaan tersebut ]
Secara logiknya, cukup jika ciri dalam perkara 153 diatas seolah menyatakan bahawa :
Melayu itu Islam dan Islam Itu Melayu.

Namun demikian, adakah masih praktikal ungkapan diatas? Sedangkan seperti yang kita maklumi.. sudah ramai individu yang berbangsa Melayu ‘murtad’ atau keluar daripada agama Islam dan menganut agama lain, sekaligus memberikan persoalan baru di minda saya, adakah tepat Melayu itu Islam dan Islam Itu Melayu? Sedangkan ramai Bangsa lain selain Melayu yang menganut agama Islam, Bangsa Cina Yang Muslim, India Muslim, Sikh, dan bangsa-bangsa lain. Ini memberikan satu lagi persoalan baru dan mencambahkan lagi persoalan lain difikiran saya, yang adakalanya seolah membebankan fikiran, mahu tidak mahu, saya secara tidak sedar meluangkan masa yang agak banyak untuk terfikir persoalan ini. Mencari jawapan dan jalan keluar daripada kekeliruan ini. Bagaimanakah pula kedudukan istimewa bangsa lain yang beragama Islam tetapi bukan Melayu? Adakah adil jika Islam hanya membantu satu-satu kaum sahaja tanpa memandang kaum lain yang beragama Islam?

Sekiranya setiap individu yang berbangsa Melayu itu adalah Islam, dan Islam itu Melayu, bagaimana pula penerimaan bangsa lain? Yang Islam tetapi bukan Melayu, adakah mereka patut menghilangkan identiti bangsa mereka untuk mendapatkan hak istimewa orang Melayu?
Bukankah tuhan menjadikan bangsa untuk proses berkenalan dengan suku bangsa yang lain, Dan Islam wujud sebagai satu jambatan penyelamat dan untuk menyatukan semua bangsa?

Jika sejarah empayar Kesultanan Melaka ditelusuri, dapat kita lihat, Empayar Melaka runtuh kerana diserang Portugis, Belanda, dan Inggeris, yang mana pada masa itu Empayar Melaka tidak lagi sepenuhnya mengamalkan ajaran Islam.

Adakah menjadi masalah untuk kita memperjuangkan Melayu dan Islam sekaligus? Adakah Islam dan bangsa itu perlu dipisahkan menjadi dua [ 2 ] perjuangan yang berbeza? Sedangkan jika diteliti, Melayu akan jadi kuat jika dasarnya dikuatkan dengan berpegang pada nadi Islam sekukuhnya. Justeru itu mengapa patut dipisahkan keduanya, Sedangkan keduanya saling memerlukan dan saling berkaitan? Bagaimanakah pula caranya untuk kita jernihkan semula kekeruhan dalam inti perjuangan itu, Memperjuangkan Agama ataupun Bangsa? Jom sama-sama fikirkan dan Berfikir..

WallahuTa’alam..

P/S : Pendapat seseorang berkenaan semua agama adalah betul membuat Saya tidak selesa dengan kenyataan tersebut. Saya menyanggah jika ada sesiapa lagi yang menyatakan agama Islam sama dengan agama yang lain, Kerana agama Islam nyata berbeza dari yang lain. Bagi saya Orang yang menyatakan semua agama adalah sama adalah pendapat orang yang tidak beragama. Kalaulah semua agama itu sama, jadi apa perlunya kita menganut agama lagi?

Sabtu, 14 November 2009

[India Otak][Cina Otak][Otak Melayu]


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Baru saja balik dari kem BTN baru-baru ni, [ 05-08 November ], kem ni di jalankan di Kem Mega Crystal, Kuala Selangor. Siapa yang pernah ikut kem BTN? Angkat tangan.. sy masih ingat lagi, sebelum ni, adik saya yang berumur 19 tahun nak sangat terpilih utk ’join’ kem BTN ni, bukan atas sebab apa, tapi bagi beliau, mahu memupuk sifat pemimpin dan kepimpinan katanya, tapi sampai skangni blom terpilih-pilih lagi. Lepasni ikut la program PUNB PERANTIS lak, mesti nak tak nak, suka atau tidak kna ikut kem ni, tiada pilihan lain.

Macam biasa la, modul sepanjang kem ni adalah untuk menyedarkan insan2 betapa pentingya mempertahankan kedaulatan negara, tahu hak-hak sebagai orang melayu / Bumiputera, tahu apa itu isi-isi penting dalam undang2 Persekutuan Perlembagaan Tanah Melayu, Wasiat Raja-Raja Melayu, Perkara [153] , [152], [14] , Tentang sikit-sikit perihal cara undian di kira, Dan lain-lain.. ada juga istilah yang saya dengar, Kem BTN ni nak kipas, nak Jack kerajaan je lebih. Tak Adil la, dan berat sebelah dalam membincangkan isu kenegaraan. [ Nak buat camna, BTN ni kan memang di bawah kelolaan dan ditaja penuh dari kerajaan, misi kerajaan juga adalah untuk meningkatkan kesedaran generasi muda ttg kepentingan sesebuah negara ] = Apapun, sesiapa yang ’join’ Kem ni, pandai-pandailah menilai, analisis, dan berfikir secara kreatif dan kritis. Bagi individu yang tak minat sejarah, ’of course’ akan menidurkan diri masa modul kenegaraan kat dewan..tambah-tambah lagi dengan suasana kondusif..lena tido.

Ok skangni tak nak cerita panjang berjela pasal Kem, Cuma nak kongsikan satu cerita yang agak relevan untuk di fikir-fikirkan..

Pada zaman dahulu, ada seorang ’Britishman’ pengkaji arkeologi a.k.a saintis la juga, mendarat ke Tanah Melayu. [Beliau amat fasih berbahasa Melayu ]. Tujuan British ni sanggup jauh2 datang ke TM [Tanah Melayu ] ni adalah untuk mengkaji Otak-otak yang ada didalam kepala setiap penduduk TM ketika itu. Beliau pun bertemu la dengan sorang penggali Kubur di Suatu perkampungan TM.

BRITISH : ”Pakcik, ada tak Orang yang mati hari ni? Saya nak otak dia, nak buat kajian..”
PAKCIK : ”Ada-ada..”[Kebetulan ada orang India baru meninggal ]
BRITISH : ”Berapa Harganya?”
PAKCIK : ”OOO...Ni orang India, harga dia boleh tahan, dalam 7 Ribu la..”
BRITISH : “Ok-ok, saya beli..”

Minggu depannya, British ni datang semula..tanya soklan yang sama..lalu Pakcik tu jawab :

“Ada-ada...Hari ni ada orang Cina baru Mati..”
“Berapa Harga otak dia?”
“Huihhhhhhhhhhhhh...Mahal-mahal...” [Pakcik tu JAWAB SAMBIL geleng-geleng kepala ]
“Kenapa Mahal?” [Dahi british tu berkerut-kerut]
“Mestilah Mahal...Orang cina ni pandaiiii..sangat pandai dari kaum-kaum yang lain dalam Tanah Melayu ni“ Pakcik tu jawab ’slumber’.
“Takpa2, saya beli, berapa harganya??“
”15 Ribu sajaaaa..” Pakcik tu jawab. Orang British tu beli gak otak tu.

3Hari lepas tu, British ni datang semula, macam hari sebelumnya, dia bertanyakan soklan yang sama, pakcik tu jawab :

PAKCIK : ”Ada, hari ni ada orang Melayu meninggal pagi tadi..mau bili ka?”
British tu angguk-angguk..
”Berapa Harga?” BRITISH TU TANYAKAN HARGA..

Belum pun pakcik tu menjawab.. saya terus potong ayat pakcik tu...

”Chop-chop...biar pembaca belog ni yang tentukan berapa harga Otak orang Melayu”

”Haishh..mana boleh...British ni nak cepat ni..” Pakcik tu cam sebal je..

“Camne? Bleh TAK korang tolong letakkan berapa harga otak Orang Melayu??..cepat2 orang british nak cepat nih”

[Ni juga startegi meletakkan harga barang ketika berjual beli..selamat meletakkan harga..]

;D

P/S > Penulis sengaja meringkaskan tiap perkataan, menulis dalam slanga bahasa yang biasa-biasa. Ketidak logika adanya matawang alam bentuk Ringgit Malaysia pada zaman dalam cerita ini juga adalah memang disengajakan..

Rabu, 4 November 2009

BlogBlogBicaraSempoi ll Entri ni UntukMu..

Assalamualaikum..

CLUB BLOG BICARA SEMPOI

MALAYSIA MEMBER CLUB


Semenjak 3 bulan yang lalu dah masuk bulan yang keempat bulan ini, diri semakin jauh dan adakalanya terpaksa berjauhan dengan rumahku di alam maya ini. Kadang-kadang ada masanya idea banyak mencurah-curah untuk menulis, tapi jari-jariku pula yang seakan cramp akibat mengupas kentang berkilo-kilo di kilang makanan, menyebabkan keluar lah satu pepatah baru > Hati mahu, tapi jari tak mampu <
Hati mahu menulis, Jari tak mampu, mata pula mengantuk akibat tenaga yang dah habis di 'spin', sewaktu berkerja.

Dalam mood yang jarang-jarang menulis atau men'hupdet' sesuatu dalam blog ini pun, tak sangka mendapat sedikit perhatian, prihatin, atau kasih sayang daripada intaian kelab blog > Kelab Blog-blog Bicara Sempoi < dan jemputan rasmi daripada pihak admin untuk menyertai kelab ini tertera pada shoutbox disebelah kanan blog ini. Walaupun agak lambat memberi 'respon' dengan jemputan beliau-beliau, tidak bermakna saya menolak undangan ini, kecil jari-jariku, tapak tangan yang sederhana besar ini juaku tadahkan.
Makasih kepada Pihak Admin Kelab Blog-blog BiCARA sEmpOi..

Err..Sempoikah tulisan-tulisan dalam blog saya ini? saya juga masih mencari makna sempoi dalam kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi terbaru, namun belum menjumpainya, jadi nyatalah buat saya, sempoi itu bahasa kita yang dicipta untuk suka-suka tapi pasti ada makna.

Mungkin juga tujuan saya berblog ini adalah hanya untuk menyempoikan diri, dalam kehidupan yang tercipta, walaupun kadang-kadang antara suka dan duka pasti ada hikmah yang tersembunyi dalam setiap perjalanan 'hidup' yang dilalui. Blog ini bukanlah blog dakwah, atau bukanlah blog luahan perasaan, atau juga blog mencari kenalan, atau mencari 'ranking' teratas,atau apa-apa sebab yang lain, namun cukup saja andai saya secara ringkasnya meminjam kata-kata Ramli Sarip > "Aku Menulis Bukan Kerana Nama"

> terpulanglah kepada setiap pembaca untuk mengambil pengajaran, mengutip pengalaman yang bersepah-sepah dalam perjalanan kehidupan seorang 'saya', pengalaman yang bersepah dan terakam dalam blog ini hanyalah secebis berbanding pengalaman-pengalaman yang dimiliki oleh orang-orang terdahulu berbanding saya..<

Tentang Kelab bLOG-bLOg Bicara Sempoi ini, setelah saya menjelajah blog ini sendiri, dan membuat sedikit bedah siat-siat, bagi saya Kelab ini ibarat hostel..atau 'Centre' Yang mengumpulkan pelbagai cerita, kisah, daripada semua golongan dan lapisan masyarakat, selain itu, Blog ini juga ibarat perkongsian ilmu yang merakamkan pelbagai ilmu seperti it, software, ebook, atau ada juga yang menjana kewangan dari sini > Peluang mempromosikan bisnes anda<

Sedikit ayat Kopi n Teh Dari blog tersebut :

> Didalam Blog-Blog Bicara Sempoi tersenarai blog-blog yang kebanyakannya blog peribadi dari pelbagai golongan.. baik dari yang muda, tua, miskin dan kaya.. tidak kisah lah siapa anda.. yang pasti anda sudah memiliki sebuah 'blog' sudah menulis berbagai-bagai cerita.. pelbagai maklumat, pelbagai petua, pelbagai tips dan trik.. dan bla..bla..bla...


tujuan sebenar kita membina sebuah 'blog' semua ini adalah untuk aper !!

----------------------BerBagai Bagai Tujuan----------------------
----------------------BerMacam Macam Minat------------------

:ada yang membina blog kerana ingin meluahkan perasaan ..
:ada yang membina blog kerana ingin mencari kenalan ..
:ada yang membina blog kerana ingin berkongsi cerita sedih ..
:ada yang membina blog kerana ingin berkongsi pengalaman ..
:ada yang membina blog kerana ingin berjuang entah aper yang dijuangkan'
:ada yang membina blog kerana ingin merapu ikut rasa hatie tak takut mati'
:ada yang membina blog kerana ingin ----------
:ada yang membina blog kerana ingin ----------
:ada yang membina blog kerana ingin ----------

terlalu banyak sebab dan tujuan para blogger..


Club Blog-Blog Biacara Sempoi Diwujudkan adalah untuk menggumpulkan cerita cerita terkini
Update-update posting dari para blogger untuk ditampirkan dan menarik minat pembaca berkunjung keblog tersebut.. berbagai bagai tajuk boleh dipilih mengikut citarasa minat tersendiri..

Pasti ramai pengunjung di sini pasti juga ramai yang akan tertarik membaca posting diblog anda..
kenapa saya katakan begitu.. kerana sistem disini bukan mengikut rangking sesebuah blog..
sistem disini adalah mengikut blog update terkini dari posting.. blog mereka akan terus ke list pertama.. dan akan turun list kedua ketiga keempat dan seterusnya.. sekiranya anda masih tidak berpuas hati untuk sentiasa berada dirangking yang pertama.. rajin-rajin la update posting di blog anda.. nak update satu hari 15kali pun tak aper.. tiada siapa pun boleh marah..

Wasiat Dariku > Anda berminat? atau mahu lebih kenal dengan kelab ini, klik saja link di atas..

Wassalam.

ll Perantis Life 01 ll



Assalamualaikum..

Diam tak diam atau saja-saja nak duduk diam-diam, hampir 4 bulan kami bergelar siswazah perantis di bawah seliaan PUNB [Perbadanan Usahawan Nasional Berhad]. Ada diantara kami yang hampir 5 bulan dan ada yang dah masuk 6 bulan. Kursus perantisan ini sepatutnya akan memakan masa setahun, disebabkan ada manusia yang suka mencipta masalah, atau layaknya di gelar sebagai mastermind utk membuat ’PLAN’ menimbulkan masalah, kami berlima mengambil keputusan untuk memendekkan tempoh kursus di sini..[Nama syarikat sengaja dirahsiakan untuk mengelakkan saman-menyaman] .

Sebagai intro, apa kata nyanyi sendiri-sendiri lirik lagu kat bawah ni, suara sumbang dan merdu masing-masing tidak akan masuk dalam penilaian pengadil. Apa yang penting setiap anda ’feel’ makna lirik bawah ni. [ Ikut Rentak lagu 10 Budak Hitam ]

7 orang perantis, Masuk syarikat ini,
1 Tarik Diri, Tinggal lagi 6..
6 Orang Perantis, Asyik kerja yang sama,
1 Dikatakan Malas, Tinggal Lagi 5..
5 Orang Perantis, Asyik buat samosa,
1 Disabotaj, Tinggal Lagi 4..
4 orang Perantis, seringkali diuji,
Masih juga sabar..sabar..sabar..sabar..


“To Live is to learn, to learn is to love, to love, is to live” [aish, pening gak baca frasa ni, silalah baca beberapa kali untuk memahami makna ayat..]

Baru masuk bulan ketiga dan nak masuk bulan keempat ini saja, terlalu banyak moral ‘value’ yang kami dapati dari kilang ini. [Produk syarikat ni kira ada nama yang agak kuat juga di persada perniagaan, walaupun baru beroperasi masuk tahun keempat]

Masuk bulan-bulan ni, Alhamdulillah, bertambah lagi ilmu. Nak kata ilmu perniagaan, amatlah sedikit diperolehi dari sini. Ilmu paling banyak kami cedok kat sini ialah, ilmu baru dalam memerhati gelagat manusia :

1- Memahami Gelagat, riak muka, aksi atau bahasa tubuh seseorang ketika berbohong..

2- Cara-cara mengenali ayat-ayat manusia yang sangat suka mengorek cerita orang lain

3- Cara menganalisis bahasa PSIKOLOGI yang digunakan hampir tiap orang yang berpengaruh untuk mempergunakan orang-orang bawahan.

4- Cara-cara untuk lepas daripada peraturan bisnes yg jujur dan telus..mudah saja sifirnya..
> “Kami ada duit, kamu buat saja kerja, kami akan bayar..”< [Ucapan terus dari orang berpengaruh kaum-kaum atasan yang lidahnya tidak perlu bayaran tol, zakat atau insurans. ]

5- Bagaimana menjadi bijak untuk ‘save cost’ dalam mengeluarkan produk, walaupun saya terkejut kerana berlaku satu insiden dimana resepi cutlet a.k.a bergedil dibuat testimoni untuk dicampurkan tepung supaya menjimatkan kos kentang, dan daging ayam di tukar kepada kiub ayam? Haishh..terpegun saya mendengar idea orang-orang atasan yang berpengaruh.. –
* Nota kaki ; Nasib baik la..idea ni hanya bertahan 3 kali sahaja, sebab saya dan chef Don[*Bukan Nama sebenar ] + rakan-rakan perantis yang lain mengutuk, mengecam, dan mentertawakan rasa cutlet a.k.a bergedil yang sangat ganjil rasanya, dan lebih ganjil lagi orang-orang atasan berpengaruh terfikir idea seperti ini:
> Jimat Kos Kentang dan ayam > Tambah Tepung > Output banyak = tapi hasilannya > Kualiti rasa Cutlet a.k.a Bergedil yang langsung tak sedap. [Tidak bermakna menghina makanan, tapi kenyataannya kalau kita nak hasilkan produk yang baik, buatlah baik-baik, terbaik dan sehabis baik, so orang lain yang makan pun tak lah sampai terkebil-kebil biji mata hendak meneka makanan apa yang sedang dikunyah tu.]
*Nota kaki lagi : Kami buat kesimpulan, walaupun dapat output banyak, Rasa tak sedap, habis tu siapa yang nak beli lagi kalau dah tak sedap? = sales akan turun, efek kepada pulangan produk & keuntungan syarikat tu.
Lagi berbisa ayat Chef Don > “Ini curang dalam bisnis namanya ni”
Saya pula membalas > “Pelik manusia ni, bila dah kaya makin tamak, bila dah makin mampu, semakin risau akan kekurangan..”


6- Cara bagaimana orang-orang atasan memberikan jalan keluar, atau tunjukkan jalan keluar kepada orang-orang bawahan, tidak kira samaada dengan cara terpaksa, memaksa, atau mensabotaj orang lain.

7- Cara bagaimana mahu kelihatan mulia depan orang lain, seolah-olah kita tidak pernah memberhentikan sesiapa, tidak pernah memburukkan sesiapa, dan tidak pernah mensabotaj sesiapa, sifirnya juga mudah, :
> Cakap depan mangsa ayat lain, cakap didepan staff lain, ayat yang lain pula<

8- Perlu tahu undang-undang syarikat, undang-undang ordinan buruh, pastikan orang-orang bawahan kita jahil tentang undang-undang ini, dengan kejahilan mereka, kita boleh sesuka hati memaksa mereka untuk terus berkerja sampai pukul 3.00-4.00 pagi, selain daripada itu kita bolehlah memerah ooopppsss..disebabkan sekarangni dah zaman moden, saya tukar istilah perah ini kepada > SPIN< meme’spin’ tenaga pekerja sehabis-habisnya sampai kering untuk bermati-matian berkerja, yang penting syarikat untung banyak. oleh itu adalah sangat penting ilmu ini, sangat berguna untuk menyalahgunakan ilmu ini, lebih-lebih lagi kepada orang-orang bawahan yang jahil tentang hak mereka sebagai pekerja, apatah lagi sebagai manusia.

9- Tak perlu tahu sangat kira mengira atau congak-congak sangat. Dengan ketidak ‘berapa pandaian’ sangat kira mengira ini, bolehlah kita mengambil ringan semasa pengiraan gaji dan overtime dikira. Mana yang setengah-setengah masa, atau Cuma 2, 3 hengget tak payah kira, dan tak perlu masukkan dalam ‘salary voucher’ pekerja tadi.

10 – Selain daripada kepandai-pandaian atau sifat memandai-mandai di atas tadi, seseorang yang berjiwa nak jadi usahawan atau nak jadi orang-orang atasan, paling penting, semasa membuat keputusan tu, tak kira la keputusan apa, tapi selalunya berkaitan dengan permasalahan pekerja atau lebih tepatnya orang-orang bawahan atau kata paling tepat sebagai hamba, ikutlah emosi anda semasa membuat keputusan, tidak perlu fikir panjang-panjang, tidak perlu fikir-fikir masalah orang bawahan, yang penting anda sebagai orang atasan lepas, yang penting reputasi kemuliaan anda sebagai orang-orang atasan tidak terjejas dan tergugat didepan pekerja lain anda, yang mana belum menjadi mangsa anda, atau bakal mangsa anda. Ini sangat penting agar pekerja lain tahu anda adalah orang atasan yang baik hati, jujur, amanah, telus, tulus, berkerjasama, bertatasusila, berhemah tinggi, berkaki lebar, dan sentiasa tersenyum lebar.

Tapi anda kena ingat, sebagai usahawan, bakal usahawan, atau bakal orang-orang atasan, anda manusia biasa, mati bila-bila masa, entah hari ni, esok atau lusa, nyawa tidak lagi bersisa, kubur kata MARI-MARI, CINTA MATI..rumah kata PERGI-PERGI, DARI SINI, tiada yang abadi..Allah tu maha Adil, cepat atau lambat, Tidak Disini mungkin disana, pembalasan itu ada, malah Sebesar zarahpun kebaikan atau kebatilan yang dilakukan, Allah takkan pernah terlepas pandang..

11- Disebabkan Kami, para perantis dan orang-orang yang bergelar orang bawahan yakin dan tahu Allah itu ada, kami tetap bersabar, kerana sabar itu subur.. Selagi mana sabar itu masih bersisa, para perantis yang mahu belajar akan tetap terus belajar, walaupun jalan itu sangat pahit, dan menyakitkan jiwa yang merasa.

SABAR..Itu pelajaran terbesar daripada semua pelajaran-pelajaran di atas tadi.
Dalam masa yang sama berusahalah untuk mencari jalan keluar memperbaiki keadaan yang terang-terangan tak betul, tapi andaikata orang-orang atasan tetap merasa gah dengan semua tadi, apa salahnya kami orang-orang bawahan angkat kaki, bawa diri, juga hati berhijrah ke tempat lain. Daripada diri turut terpalit sama, carilah rezeki itu di tempat lain.

Bumi tuhan, walaupun mungkin sederhana kecil, keluasan rezekinya tidak pernah dapat dihitung buat sesiapa yang tetap berusaha mencari dan tidak merasa putus asa dari rahmat ilahi.

Pengajian tentang ilmu-ilmu baru tadi akan disambung semula pada entri berikutnya.
”Kehidupan adalah sekolah yang terbaik, selagi mana kita mahu belajar di dalamnya”


Wallahu Ta’alam..

Dedikasi Khas :
Rakan-rakan Perantis,
1- Buat sist Iela [*Bukan nama sebenar ], Take it easy kak, Fight for our Right..Kerana bumi tidak pernah berhenti putarannya, kita perlu teruskan misi, walaupun terpaksa beberapa kali sabar seakan tercalar, yakin kita dipihak yang benar..
2- Munirah [*Bukan Nama sebenar ], sabar mun, nnt ijja update pelajaran kita hari tu..(^^,) simpan2 ulu ilmu tu..
3- Raiyan [*Bukan nama sebenar ], Lepas ni kena kuat dan berani untuk katakan ’TIDAK’ and you need to do it..dah nak habih ni, InsyaAllah kejayaan akan mengiringimu.
4- Azrul [*Bukan nama sebenar ] InsyaAllah, semuanya yang terbaik akan memihak pada orang-orang yang benar..
5- Min [*Bukan nama sebenar ] Sobat, manapun dirimu kau bawa pergi, yakin ukhwah ini tak pernah sy lepaskan, walau jarang msg, emel atau ym, paling penting DOA antara kita adalah tali hubungan yang tak berhijab dan tidak memerlukan perantara ditengahnya..
6- Ning [*Bukan nama sebenar] Semoga Allah melindungimu selalu. Kejayaan itu ada dimana-mana, dan seringkali ia terjadi dan menyusul selepas kejayaan yang pertama..

Rabu, 21 Oktober 2009

Wulan, Entri Ini Buat Kamu.



“ Sebesar manapun kaki gajah, lebih baik menjadi kepala Ayam..” besar betul makna bahasa yang Wulan katakan kepada saya.


Dia selalu mengujakan saya dengan gaya pemikiran yang sangat berbeza. Dia memang berbeza daripada kawannya yang datang dari negara yang sama sepertinya. Sangat Berbeza.... Perbezaan yang ada pada dia membuatkan kami ’ngam’, dan kami boleh untuk berfikir selari.


Dia kaya dengan falsafahnya yang indah-indah, bertambah nilai tambahnya dengan makna yang bisa menyeret akal untuk berfikir.

"Jadilah teman yang baik, sedikit bicara, banyak berkerja ” itu pesan dia kepada sesiapa yang dilihatnya banyak bersembang tapi sedikit berkerja sewaktu berkerja. Teguran yang halus tapi dalam bentuk yang halus juga cuba menasihati... .


Dia itu, seorang sahabat dari seberang, datang dengan kisahnya sendiri, hadir dengan sejuta warna yang membiaskan jutaan lain warna kehidupan, menjadi warna warna yang terwarna, di atas peta kehidupan.


Dia, seorang kawan, atau saudara yang mengajar seorang aku tentang sesuatu sisi kehidupan yang lain, kehidupan yang mana belum pernah aku lewati. Satu takah kitaran hidup yang belum pasti aku berpeluang untuk melalui, sama sepertinya... .


Dia, seorang sahabat, karakter yang berbeza, pemikiran yang berbeza, dan perbezaan itu buat kami akrab....


Kehidupan, walau adakalanya tidak seperti yang kita harapkan, Ia pasti mengajar kita tentang sesuatu yang tak pernah kita fikirkan.

Hati, walaupun hati kita sering tercabar dengan onar manusia lain, ia tetap mengajar kita tentang iman dan sabar, tentang sabar... .

Oh, saya teringat kata-kata Wulan tiga hari lepas:


"Sabar mas Don goreng kentangnya... orang sabar itu pasti subur...” 
Tersengih saya mendengarnya, suburkan iman barangkali..lalu dia menyambung,


"Tapi, jangan sampai terlalu sabar, karena biasanya malah bisa di tinggal kabur” yang ni, saya tak paham lagi maknanya, ada waktu nanti, saya akan tanyakannya semula.


Wulan, entri ini khusus buat kamu, biarpun kamu tak mungkin akan membacanya, moga apa yang dicari, akan kau jumpa dalam perjalanan ini.... 

Katamu, persediaan itu belum cukup untuk kau berubah selagi hati belum terbuka, tapi kataku, tolong simpan baik-baik, bilamana baru tadi aku nyatakan empat kali kepadamu ;


"Wulan, sepertinya tingkap atau daun pintu, kalau kita tidak berusaha untuk membukanya, cahaya dari luar mana mungkin bisa menembusi tingkap dan daun pintu. Hati, kalau kita tidak belajar untuk membukanya sikit-sikit, mana mungkin cahaya hidayah akan bisa menerobosi kerasnya hati kita..”


Dia, Wulan, salah seorang sahabat dari kalangan sahabat-sahabatku yang lain, Dia termasuk kalangan sahabat-sahabat terbaik yang pernah ku miliki dalam hidup.


Terima Kasih Hidup, dan terima kasih kepada Pengurus segala hidup, kerana menyelitkan laluan hidup ini dengan ujian-ujian yang ternyata hebat, dan belum tentu semuanya akan Kuat, dan boleh jadi ramai yang akan meluat dalam ujianMU yang hebat-hebat..


Wallahua’lam..

Isnin, 12 Oktober 2009

Lagu Best..

"Jadilah teman yang baik, sedikit bicara banyak berkerja" Wulan menegur seorang pekerja lain yang asyik saja bercerita dari tadi.

Saya memandang Wulan, dan hanya mengukir senyum. Ada saja falsafahnya.. Spontan tetapi dia seorang yang sangat kaya dengan bahasa juga frasa. Apatah lagi dia berasal daripada Sumatera, Indonesia, pasti saja kekayaan bahasa yang dia punyai menarik perhatian saya. Saya terbuka untuk bersahabat dengan dia, berkongsi cerita dengan dia, dan bagi saya semua cerita tentang negara, kebudayaannya, bahasanya, semuanya menarik.

Dia bukanlah seorang yang mempunyai pendidikan tinggi, tapi adakalanya bahkan selalunya dia selalu mengujakan saya dengan ada saja gaya fikirnya yang membawa saya jauh untuk memikirkan tentang sesuatu isu. Biarpun dia kerap merasa rendah diri apabila bercampur dengan kami, Dia masih saja tetap mampu membawa dirinya terbaik untuk mencampuri kelompok kami.

" Kamu tu TJ, Juga MIN, habis saja di sini, kamu tu bisa jadi usahawan berjaya, Bisa buka gedung besar-besar. Lagi kan di malaisia, mudah aja prosesnya membuka perusahaan sendiri kain. Beda dengan negara Wulan" Saya hanya tersenyum mendengar hujahnya.

"Min, nanti bila wulan ada perusahaan sendiri, kita bisa kerjasama kan, min buka cawangan di Perak, Ijja Di sabah ya, kalau Wulan ada perusahaan, pasti kilang ini bisa berkubur.." Tawa kami pecah, ada-ada saja idea wulan yang spontan.

Di waktu yang lain, saya, Min, Wulan, dan seorang supervisor kami makan di sebuah kedai mamak berhadapan dengan kilang kami. Kedengaran seorang kanak-kanak menangis dengan kuat beberapa meter dari kami. Tangisnya yang agak kuat kemungkinan besar membuat Wulan terganggu. Tiba-tiba Wulan meluahkan ketidakpuasan hatinya,
" Wulan ni lagi nggak suka dengar anak-anak kecil berteriakkan, bingit banget.. macam mau marah aja rasanya. Kenapa anak-anak kecil itu perlu menangis bila mahu sesuatu?"

Min dan supervisor saya hanya mengukir senyum tanpa jawapan. Khali sejenak. Tiba-tiba entah bagaimana saya bertanya kepada Wulan.

"Wulan, nanti bila wulan dah kahwin, dan ada anak, Wulan mahu tak Tuhan bagi anak tu nanti tak dapat menangis, atau lebih tepatnya, anak itu bisu?"

Ahad, 11 Oktober 2009

Hati, Cinta, Pelangi, dan kehidupan





Assalamualaikum..

‘ Pelangi tu indah kan?.. tapi ia hanya akan muncul selepas mendung, petir, kilat dan hujan..’

Kejayaan yang di kecapi juga di ibaratkan seperti mahu meraih pelangi yang indah.. namun ia bukanlah terus ada sebelum kita melalui beberapa proses dalam kehidupan. Kejayaan tidak mungkin akan datang dengan terlalu mudah, kejayaan juga sangat jarang menggunakan jalan ‘short-cut’. kalau adapun jalan pintas tu, kemungkinan besar kejayaan itu hanya akan bertahan untuk beberapa ketika sahaja.

Ada waktunya seorang insan yang berhati waja, akan menemui satu dinding yang
mngkin akan memberikan dua keadaan kepadanya, samaada dia perlu menongkahnya atau berpatah balik ke belakang, atau juga hanya duduk berdiam diri, menanti masa berlalu, menunggu keajaiban berlaku dalam kehidupannya. Hentikan bermimpi wahai insan yang hanya tahu menikmati mimpi, tapi tidak berani untuk menjadikan mimpi itu menjadi satu kenyataan.. kalau anda mahukannya, tunggu apa lagi.. berusaha la sungguh-sungguh, berusaha la sehabis baik untuk mendapatkannya. Jangan pernah behenti sebelum kamu memang benar-benar tidak berupaya meneruskannya.. Harungi laluan itu, berlarilah sekuat mungkin, lepasi sempadan yang ada, dan lihat sejauh mana anda boleh pergi.

Motivasi..Inspirasi..kehidupan.. Mungkin ada yang memandang enteng tentang satu lagi makanan kepada diri ini. Kehidupan tanpa motivasi ibarat makanan tanpa nutrisi. Tekanan perasaan yang menimpa ke atas diri seseorang kadang akan memberikan impak yang besar dalam kehidupannya. Selagi mana manusia itu bernama manusia, selagi itu ia memiliki sekeping hati yang mudah rasa ’down’ , ’futur’, ’kecewa’, Patah hati, mahu menangis, dan selalunya orang-orang yang ada dalam situasi seperti ini, seolah hilang sudah hala hidup dan kehilangan sesuatu dalam hidupnya. ’Lost’..

’Menangislah..bila hati mahu menangis, dan manusia pun bisa, mengambil hikmah..’

Kita akan melalui pelbagai takah kehidupan, yang mana pelbagai ujian yang menanti kita di hadapan. Kadang kita di uji dengan kesihatan, kesakitan, penderitaan, kewangan, kemiskinan, dan kekayaan. Sejauh mana kuatnya kita mengahadapinya, bergantung sejauhmana kuatnya pergantungan kita padaNYA..

Kepada siapa kita mahu mengadukan rasa, saat kita rasa tertekan, saat terasa terluka, saat rasa patah hati, saat hati di caca marbakan oleh manusia lain, saat kita rasa terpinggir, saat kita kehilangan punca, mahu kemana dan kemana..Hilang arah dalam hidup..sewaktu hati kita menjadi parah hingga menjadi serpihan yang terpisah-pisah? Terasa dunia ini tidak lagi indah untuk didiami, terasa ruang waktu yang ada menjadi sempit, sesempitnya pandangan kita terhadap hidup ini. Hati bila rasa tertekan.. syaitan akan mudah mencucukkan bisikannya kedalam jiwa manusia. Hati bila tidak kuat, akan mudah goyah dan goyang, yang akan membawa manusia ke dalam lembah kebinasaan diri, hati, jiwa dan agama itu sendiri.

Buat hati yang sedang menangis, Buat hati yang sedang merasa ’give-up’ dalam kehidupan ini, buat hati yang terasa patah-patah, carilah ubat hati itu.. ia ada buat sesiapa yang mahu mencarinya. Kita berhak untuk merasa sedih, kerana kita manusia biasa, Kita juga berhak untuk menangis, saat hati kita mahu menangis, selagi kita manusia yang memiliki hati. Walaupun kita berhak untuk bersedih dan menangis, jangan biarkan ia untuk selamanya, kita hanya manusia biasa, kerana kebiasaan kita itu, selayaknya kita adukan semua rasa-rasa yang kita rasai itu buat DIA, pengurus segala urusan kita yang paling atas, MAHA atas..

DIA yang meminjamkan hati itu buat kita, merintihlah di hadapannya, mengadulah di hadapannya, kerana hanya DIA yang memiliki segala penawar buat hati yang sedang terluka, buat hati yang sedang lemah..

Syukuri, Redhai musibah yang sedang melanda, kerana itu tandanya Allah masih ingatkan kita.. masih mahu mendengar kita merintih-rintih di hadapannya. Berlapang dadalah..Sesungguhnya Allah itu sangat dekat, lebih dekat daripada urat leher kita. DIA maha mendengar, maha melihat setiap hati-hati hambaNYA. Moga asbab dari musibah tadi akan lebih mendekatkan kita kepada DIA yang selama ini semakin kita jauhi, yang mana hubungan kita denganNYA mulai renggang, dan terbatas..

Dengan namaMu Ya Allah, yang MAHA pengasih lagi MAHA Penyayang..kuatkanlah hati yang lemah ini, jangan biarkan kami sendiri tanpaMU, dan jangan biarkan kami menentukan nasib kami sendiri walaupun dalam kadar sekelip mata pun..
Saat kita terasa kehilangan, yakinlah..Allah takkan pernah hilang dan tak pernah membiarkan kita. Jaga hubungan baik denganNya, InsyaAllah, Dia akan menjaga kita..
Wallahu’alam..


p/s >> dengar lagu tombo Ati daripada Opick..

Khamis, 8 Oktober 2009

[-_-]


Assalamualaikum..

Selamat Berpagi-pagi.. sempat lagi mengupdate sesawang ini sebelum membawa diri ke tempat kerja dan meninggalkan hati dalam rumah ni.. [ Makan dalam betul ayat nih..untuk orang yang memahami.. ] Jangan bangun lewat.. nanti rezeki lambat masuk.. ;D

Semalam saya ambil cuti, hari ni pun rasa macam nak cuti, besok pun kalau ikut hati yang belum berapa stabil ni, rasa macam nak cuti terusss..dan cari tapak baru. Tapi kuatkan hati..tabahkan hati.. gagahkan diri, aduan, ku adukan buat DIA pengurus yang paling atas. Lebih atas, dan MAHA atas..Moga DIA menguatkan semangat yang hampir hilang, hampir terurai dari tembok kejiwaan manusia hamba yang lemah seperti saya.. DIA saja sumber motivasi saat ini. Mahu di letakkan manusia lain sebagai sumber motivasi, rasanya ia belum cukup untuk menguatkan seseorang yang lemah selemah saya.. Moga DIA akan membuka jalan yang ku cari selama ini.. Perlu terus bertahan atau membawa pergi seluruh kehidupan daripada sini.. [ Bermadah pula ]

Kelmarin, agak rasa tidak senang bila melihat sekumpulan makcik-makcik atau lepak mate mereka duduk senang lenang di tembok laluan awam kat bawah [ Ground Floor ]. Hostel saya deretan rumah kedai beberapa tingkat. Bukan sekali dua nampak mereka melepak, yang kalau di lihat seimbas ibarat meeting tembok.. Saya jenis tak kisah sangat orang nak lepak atau tak kat bawah tu.. tapi agak-agak la juga masa nak bersosial pun.. huh..saya betulbetul tak puas hati.. keadaannya macam ni, Setiap kali keluar dari tempat kerja pukul 6.30 petang, saya pasti akan melalui team makcik-makcik tadi. Senyum je.

Naik saja dalam rumah, dari atas bilik saya, kedengaran jelas tiap butir perbincangan mereka. Memandangkan bilik saya betul2 tepi tingkap, tingkap tu pula memang menghala hanya beberapa meter sahaja dari jarak makcik-makcik tadi. Terdengar tanpa sengaja juga mereka berbicara tentang apa, tentang artis..tentang anak si folan dan si folan.. Gossip, dan ketawa mereka yang nyaring agak menganggu..saya tak pasti sama ada Cuma saya yang rasa terganggu atau ada org lain yang merasakan seperti apa yg saya rasa.

’takpe2..sat lagi depa balik la tu’ Bisik hati saya..

Azan Maghrib berkumandang, sayup2 dan sesekali agak jelas di bawa oleh angin ke halwa telinga, menyedihkan, makcik-makcik tadi masih juga bersembang, bergelak ketawa, bergurau senda. Sedikit pelik mengetuk pintu hati...errr kalau di lihat umur, umur makcik-makcik ni memang dah menjangkau atas 30, atau 40an..dah bearanak pinak dah pun..tapi mengapakah...??

Sering juga solat terganggu dek bunyi suara-suara mereka di bawah yang agak menganggu..

Susah nak cakap.. kerap juga setiap makcik tu melepak bersama anak-anak kecil mereka.. Dan selalunya mereka menutup tirai ’perlepakkan’ mereka tiap pukul 10 lebih malam.. huh? Bukankah bagus kalau masa yang di buang beberapa jam tu di isi dengan aktiviti yang lebih berfaedah.. kalau bukan dari segi aktiviti keagamaan pun, sekurang-kurangnya sesuatu aktiviti yang boleh menjana ekonomi untuk membantu suami yang seorang diri mencari rezeki.. sia-sianya masa tu.. kalau sehari di buang dari pukul 6.30 petang hingga 10.30malam, darab dengan seminggu, atau setahun..dah berapa lama umur mereka di sia-siakan untuk sesuatu aktiviti yang tidak menjana apa-apa itu? Moga hati mereka di bukakan untuk menganjak paradigma diri. Ameen

Sekian untuk update kali ini..

Moral of The Story : Hargai Masa..dan hormati perasaan jiran kita..

Wallahu’alam..

Ahad, 4 Oktober 2009

Sekitar B2B Bersama Karangkraf



Assalamualaikum..
Hari ni cuti..Ahad.. 4 Oktober 2009..

”Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh. Kenapa Ramai lelaki yang tak berapa hensem atau perempuan yang tak berapa cantik dapat pasangan yang cantik atau hensem?”
Kata-kata awal pembuka bicara Daripada Datuk Hussamuddin Yaacub. Pengarah Kumpulan Karangkraf, merangkap ayah angkat kepada laman Web iluvislam.com sejak bulan Mei yang lalu, disambut gelak ketawa para hadirin yang hadir.

Sedikit perkongsian.. Sabtu 03.10.2009, Alhamdulillah..saya berpeluang menyertai program B2B [Back To Basics ] Bersama Krew-krew iluvislam.com, dan hadir juga beberapa ’User’ iluvislam.com yang terpilih [Kira bertuah la mereka yang terpilih, namun demikian agak rugi juga kepada mereka yang tidak dapat menghadirkan diri kerana inilah peluang para user untuk beramah mesra bersama krew..]

”Kita seringkali gagal, kerana kita selalu merasakan diri kita sudah cukup, sudah hebat, sedangkan sepatutnya kita perlu sentiasa meletakkan iri kita under Dot..”
[Atau lebih tepatnya kita kena merasakan diri kita ni banyak benda lagi yang perlu kita pelajari.] Dengan demikian, kita akan lebih bersungguh-sungguh bila mahu melakukan sesuatu. Kata-kata motivasi daripada Datuk saya hadamkan sungguh-sungguh, dan kaitkan semula dengan apa yang sedang saya lalui sekarang ini. Baru beberapa hari yang lalu juga saya ada menyatakan benda yang sama di dalam entri saya yang sebelum ini [Kaktus, Ulat bulu,Bunga dan Rerama ] – Be H U M B L E –

”Dulu, semasa saya masih belajar di Kolej, ada seorang siswi yang memang tak cantik dalam kampus tu. Tapi Dia boleh dapat seorang pasangan yang paling hensem, dan paling berada dalam kolej tu.. Apa yang dia buat sehingga dia boleh dapatkan lelaki tu? ” Datuk menyambung lagi sedikit percikkan kenangan masa lalunya kepada kami. Kami seolah tidak sabar, untuk mengetahui kesinambungan cerita datuk yang mana saya kira menarik dalam perkongsiannya.

” Siswi tu setiap hari lalu di tepi motor scrambbler lelaki tu. Suatu hari siswi tu menendang motorsikal siswa tersebut sampai jatuh” Sambung cerita Datuk Hussamuddin, ketawa hadirin kedengaran lebih nyaring berbanding yang pertama tadi. Saya juga tidak dapat menahan perasaan gelihati dengan cerita tersebut.

”Siswa tu sangat marah, siswi tu pun meminta maaf, dan mengakui dia tidak sengaja menendang motorsikal tersebut, sebagai tanda meminta maaf kepada siswa tersebut, siswi itu berjanji untuk membasuh motorsikal tersebut selama sebulan” Saya Terdiam, begitu juga dengan hadirin yang lain, yang kedengaran bisikan-bisaikan halus di belakang saya, ada juga ketawa kecil yang sempat telinga saya menangkapnya.
”Apa yang siswi tu buat selama sebulan tu? Sambil dia membasuh motor tersebut, dia mencuba bersungguh –sungguh untuk ’approach’ lelaki tersebut. Akhirnya siswi tersebut berjaya mendapatkan lelaki tersebut.”
Datuk Hussamuddin menyambung lagi cerita lampaunya.

” Moral daripada cerita ni, kita perlulah bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu, Biarpun kejayaan itu mulanya kecil, ia akan merebak menjadi kejayaan yang besar-besar pula selepas ini.”
”Kejayaan itu akan develop perlahan-lahan bila kita tidak pernah berhenti untuk berusaha.”


Perkongsian yang menarik buat saya, bukan kerana cerita itu bersangkut paut bagaimana mahu mencari pasangan ye, tapi ’the hidden moral of the story.’ [Moral lain, jangan sesuka hati tendang motorsikal atau kereta orang lain kalau rerasa duit tak cukup untuk bayar gantirugi kemek kereta atau motor tu..]

Tentatif program di antaranya penyampaian hadiah kepada para 'user' yang berjaya memenangi pertandingan meriah Ramadhan. Tahniah diucapkan kepada semua 'user' yang berjaya dan untuk yang belum sampai rezekinya memenangi pertandingan tersebut, jangan putus asa yea, sila-silalah aktifkan diri selepas ini sekiranya iluvislam.com menganjurkan lagi aktiviti seumpama ini.

Perkongsian selepas itu adalah daripada Imran Koyube [ Presiden iluvislam.com ], yang mana beliau juga menceritakan secebis kisah zaman kanak-kanaknya yang penuh dengan kenakalan, dan hanya kerana kereta mainan tamiya, beliau merajuk di belakang bangunan dan buat ibubapanya mencari-cari di mana beliau merajuk dan membawa diri. Heheh, kelakar juga membayangkan cerita presiden ni. Cerita beliau disambut gelak tawa daripada kami.


Selepas itu, Wakil daripada kumpulan Mestica, [Terlupa nama la] memberikan sedikit perkongsian bagaimana kumpulan mereka masih bertahan sehingga kini, beliau ada memetik kata-kata :
”Kalau diikutkan dari segi pencapaian dan kejayaan, kami belum layak lagi sebenarnya untuk berada disini untuk berkongsi tentang kejayaan, kerana ada lagi kumpulan nasyid yang lebih layak di luar sana seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, dan yang lain-lain.” Kesimpulan daripada perkongsian tersebut, saya sangat tertarik dengan perkataan ni, kena jadi ’sukaredhawan..’ Berbeza sedikit daripada makna sukarelawan, kerana Sukaredhawan lebih besar maknanya.

B2B bersama karangkraf kali ni juga memberikan saya peluang untuk mengenali dan bertemu mata dengan teman-teman krew iluvislam yang selama ini hanya saya kenali lewat ym atau menjelajah blog mereka. Agak teruja dapat bertemu dengan:

kak Asniza [Ketua Moderator]> Kak, moga ada lagi pertemuan kita selepas ini, lain kali kena stay kat umah akk la, baru berpeluang bersembang panjang dengan akk lagi yea..[laksa yang akk masak tu, tak sempat saya nak rasa..dah habih! Huh, sangat laris..]
Princess Islam [Iela] >> Pasni mesti boleh jumpa dah jalan ke karangkraf dan tak sesat-sesat lagi yea.
Saidah [Kecik molek jer orangnye..dengan pertanyaan > jangan wisau2, assignment korang pasti dapat siap..],
Masyitah >> Masyitah udah2 le usik akk pasal tuttttt.... heheh <
Puteri >> Sorry..sebab asik tersalah panggil nama puteri, jadi masyitah.Patut la akk panggil tak nyahut, rupanya nama dia Puteri, bukan masyitah..hehe sori2..
Adik Najah >> Gud luck SPM yer..mesti boleh buat nyer.. nakal yea, baru tau akk pun nakal juga ngalahkan dia, sampai tak cukup rahang mulut nak ketawa..[Bulih cramp mulut nak ketawa]
Asma’ >> Ini pertemuan kali ke empat dengan Asma’, kali ni dia bawak anak buah dia yang comel dan mudah mesra ngan orang, [Naina] InsyaAllah ada lagi pertemuan bakal meyusul selepas ini.
Syawal dan Aman > Masing-masing cuba mengambil hati naina, rupa2nya korang blom ader aura ke bapaan lagi ni, menangis budak tu di buatnya. Hehe..Lain kali bawak la gula-gula ke, coklat ke kalau nak amik hati dia..rasuah nampaknya..
Syikin >> Kami Asik sembang pasal bisnes, pasal marketing, pasal frozen food, pasal peluang bisnes.. hehe..lepas ni kalau ada bisnes, boleh la kita JV yer..
Nur Suhana >> Moga sempat siap slot Modul 3 tu ye..InsyaAllah sempat nnt saya emel kan..
Wann >> Makasih atas skim pinjaman kamera DSLR nikonnya..hehe, teruja juga mengambil gambar, ikutkan hati mahu saja ku bawa pulang kamera tu..
Bro Firdaus >> Makasih kerana menyediakan perkhidmatan transportnyer..
Aina >> Si kecil molek yang berjiwa besar..Moga terus berjaya.
Lisam .>> Tegur-tegur melambai tangan je.
Zarina >> Sori..sori terlupe lak..hehe..ni pertemuan kali kedua dengan zarina, 1st jumpa masa majlis ifthar di Masjid Usamah, Wangsa Maju.. lepas ni bila ada program lagi, insyaAllah akan try melibatkan diri secara aktif dan proaktif..

Kepada semua krew yang tidak tersiar namanya di sini.. Saya amat rasa gembira, bersyukur, dan mengharapkan ada lagi pertemuan kita yang bakal akan menyusul selepas ini. Bukan hanya di alam maya, tetapi juga di luar Maya. Moga terus thabat dan Istiqamah..

Akhirul kalam.. Selamat menyambut Ulang tahun yang ke tiga iluvislam.com.. Moga langkah ini tidak akan pernah berhenti, walau pun nanti kita akan mengalami tempangnya sebelah kaki, jalan ini perlu terus dirintis dan diteruskan kerana jalan ini tiada akhiran, ia kekal berterusan hingga nyawa diambil. Mudah-mudahan ada bahagian saham kita di akhirat sana. Amin..


p/s .. Sesiapa yang ada gambar semasa di b2b tu, share la di thread forum ok.. ini pula perkongsian gambar yang di ambil oleh seorang krew iluvislam. Klik link di bawah :
>> http://www.flickr.com/photos/15341172@N06/sets/72157622387130163/

Jumaat, 2 Oktober 2009

Kaktus, Ulat Bulu, Bunga dan Rerama...


Assalamualaikum..

" Kita mahukan bunga yang indah..Tapi kita diberi bunga Kaktus, Kita mahukan binatang peliharaan yang comel dan manja, tapi apa yang kita dapat.. Seekor ulat bulu kecil berwarna hijau.. "


Itu bait madah mentor kami sewaktu mengakhiri mesyuarat pendek 30hb semalam.. sementara saya masih berfikir apa yang cuba dia sampaikan, Mentor kami menyambung kesudahan madah tadi :

" Biarpun Kaktus itu berduri dan tidak terlalu cantik, Namun bila sampai waktunya ia akan mengeluarkan bunga di celahan durinya,



" Ulat bulu tadi, biarpun tidak secomel yang kita mahukan, Bila tiba saatnya, Ia akan bertukar menjadi rama-rama yang indah.. "




Saya agak terpaku seketika mendengar madah berunsur motivasi pagi itu. Sebelum sempat saya menafsirkan keseluruhan ayat tu, mentor menyambung lagi..

" Allah tak bagi apa yang kita mahukan..
Tapi..Allah bagi kita apa yang kita perlukan.. "


[ Ayat motivasi yang mengalami sedikit inovasi dari ijja ]

" Ok..tu aje, assalamualaikum semua, go..go..go!.." Mentor menepuk tangannya 3 kali sebelum bersurai. sedikit terbakar jugakla minyak motivasi pagi ni sebelum memulakan kerja i bahagian 'production' hari ini. Sepanjang memasukkan kentang-kentang kedalam mesin..otak saya ligat memikirkan ayat tadi..

"Kita mahukan hari yang cerah..tapi Allah lebih tahu mengapa hujan perlu di turunkan"
Mungkin itulah ayat yang membawa makna seakan sama dengan ayat yang pertama tadi..

Sedikit perkongsian.. Bulan Oktober ini, produk-produk jenama D'heritage akan di hantar ke Dubai, Dalam 1 kontena yang bersamaan dengan jumlah 200020 Ribu kotak.. Wah!! sangat memberangsangkan..tapi sah-sah la staff yang ada i production department akan tergolek2 untuk mencapai target output sebanyak 9000 biji setiap hari..

Mesyuarat pendek pagi tadi pula adalah berkenaan dengan order baru yang di terima. Order dari Negara China. Mungkin kontena seterusnya ini akan jalan selepas order Ke Dubai di hantar. Menandakan Darul Intelek akan menambahkan lagi bilangan pekerjanya selepas ini.

" Allah tak bagi apa yang kita mahu..Tapi Allah bagi apa yang kita perlukan "

Kita selalunya akan cepat mengeluh dengan apa yang kita ada, Kita sering merisaukan apa yang kita tidak punyai,apa yang kita ada pula, jarang untuk kita syukuri..

Sepanjang berada dalam training + kerja di sini, Biarpun sering perasaan sabar saya teruji, Biarpun sering perasaan tidak puas hati seolah bercambah-cambah.. saya masih akan terus bertahan di sini, hingga ke matlamatnya. hampir dua bulan saya di dalam 'production Department' ~ Bertanggungjawab untuk mengeluarkan output seperti :

> Cutlet { Bergedil ayam, bergedil daging, Bergedil sayur }
> Cucur kacang atau kuih kasturi..

Supervisor di department ni pula sukar untuk lepaskan saya untuk rotate ke department lain berikutan kata beliau,

" Kalau ijja yang handle cutlet atau kasturi, saya tak risau, dan saya tak perlu pantau sebab saya tau, dia dah boleh buat sendiri "


terdiam juga dengar komen beliau, sedangkan kalau di ikutkan schedule training PUNB, sepatutnya para perantis seperti kami hanya akan di tempatkan dalam satu department tu anggaran dalam 2 atau 3 bulan shj. kalau macamni keadaannya, takkan la saya kena duduk dalam satu department yang sama tu selama setahun? sedangkan kalau berbalik kepada objektif training ni, adalah untuk mendedahkan para perantis dengan dunia keusahawanan, awal dari tahu membuat produk, mengedarkan barangan, mencari market, meluaskan market,dll.. [ Ini lah dilema yang kami sedang hadapi, dan perlukah nak bertahan di sini, atau tukar mentor, atau tarik diri dari training ni?? ]

Dan bila mengenangkan semua ni, saya kaitkan pula dengan ayat mentor saya tadi..
" Allah tak bagi apa yang kita nak.. Tapi Allah bagi apa yang kita perlukan "
Saya berfikir-fikir sepanjang malam tadi..
dan hasilan muhasabah diri tu, sepanjang saya menimbang2 keadaan di sini dan kaitkan pula dengan diri sendiri.. apa yang saya dapati.. Pelajaran yang terbesar sekali saya pelajari di sini ialah sifat:

1- SABAR..KESABARAN..
> Mungkin selama ni, kesabaran saya belum benar-benar teruji.. tapi bila ada di sini.. Hati seolah kebal dan masih boleh ukir senyuman walaupun kalau ikut logik, saya boleh memberontak dan lahirkan kemarahan yang ada..

2- Humble, Merendah Diri..

- Jadilah orang yang merendah diri, Bukan rasa rendah diri.. Dua perkataan yang seakan sama, tapi makna yang berbeza.. Training ni mengajar saya lagi tentang 'humble' letakkan diri dalam keadaan pengembara yang sedang mencari ilmu, yang dahagakan ilmu.. letakkan diri kita yang banyak benda lagi perlu di pelajari, banyak benda lagi yang kita tak tahu buat.. dengan mindset ni, hati akan lebih terbuka untuk menerima teguran, kritikan, dari orang-orang atas atau pekerja yang dah lama dalam bidang tu. [ Saya letakkan anda, bayangkan anda berada di bawah arahan orang-orang yang taraf pendidikan lebih rendah dari anda, ataupun dia adalah seorang warga asing dari Bangladesh, Atau Indonesia, atau India, sudah tu pula adakalanya mereka menegur anda, dengan cara yang memang tiada skill komunikasi langsung, Jadi..apa perasaan anda? ]

- Setiap orang ada ego masing2, dan kebanyakkan orang mahu mempertahankan, memenangkan ego tadi, jadi mampukah anda letakkan diri anda betul2 di bawah untuk mendengar arahan orang yang bagai langit dan bumi perbezaannya engan anda? -


Itu yang saya belajar di sini.. Be HUMBLE.. Siapapun dia..apapun status seseorang tu, Dia pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari, yang boleh kita ambil iktibar dari tiap pengalamannya yang lepas2.

- Belajar Untuk membuat keputusan.. saya sedang berada dalam proses ini sekarang ini.. Perlukah saya terus di sini, menjadi master produce 'cutlet a.k.a Bergedil ? '
Selama sepanjang training ini? atau perlukah saya ke SIRIM Pertengahan bulan Oktober ini, atau perlukah saya tukar Mentor bertempat di Kelantan atau Terengganu??

Mungkin saya belum nampak secara jelas, kalaupun bukan skill dalam bidang keusahawanan saya akan bertambah di sini, kemungkinan besar akan ada benda lain yang bakal saya pelajari disini, itu yang saya tengah cari sekarang ni..

Doakan saya terus bersabar..Dan saya akan terus berdoa Allah Berikan saya sesuatu yang lebih baik daripada apa yang saya harapkan..

Isnin, 14 September 2009

Mati Itu Pasti, Hidup Perlu Terus..




Assalamualaikum...

Salam Ramadhan..selamat menjalani ibadah ramadhan dengan penuh sabar dan owh yea..ceria-ceria selalu ye..jangan cepat marah aaa.. entri kali ni didedikasikan buat semua sahabat..tetapi dikhususkan buat sahabat yang sedang rasa bersedih..rasa tertekan..atau rasa kehilangan sesuatu dalam hidup. Sabar yea..Allah sedang berbicara dengan kita..DIA mahu kita merintih-rintih dan mengadukan semuanya padanya..smile..(",)

ALLAH knows best

ALLAH knows what is best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain.

We always want laughter
and the merriment of cheer
but our heart will lose
their tenderness
If we never shed a tear.

ALLAH tests us often
with suffering and sorrow
He tests us not to punish us
but to help us meet tomorrow.

For growing trees are strengthened
if they can withstand the storm
and the sharpness of the chisel
gave the marble its grace and form.

ALLAH tests us often
and for every pain
He gives us
provided we are patient
Is followed by rich gain
So whenever we feel that
everything is going wrong
It is just ALLAH'S way
to make our spirit strong.


P/S >> " Jika Bukan pada Allah tempat kita bersandar, Maka kepada siapa lagi tempat kita untk bersandar? Jika Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung, maka untuk apa Kita perlu merasa Takut ??"

Ahad, 13 September 2009

Pautan yang Rapuh



Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Agak terasa dengan lirik lagu ni.. yea..siapa makan gula dia terasa manisnya..siapa makan cili, dia juga akan terasa pedasnya..gitu gak la halnya kalau makan garam.. makan ajinomoto, sup tulang dan sebagainya.. sendiri makan, sendiri terasa.. bukan orang lain..

Pertama kali, seperti kali-kali pertama hari2 yang lepas..maaf sebab bersawang blog ni.. [ ni syawal cakap ] kena tarik balik ayat ni "InsyaAllah akan rajin update lepas ni", moral kat sini, buat dulu, baru cakap.. jangan cakap..cakap..cakap tapi tak buat..paling parah kalau tak bergerak.. jalan paling selamat.. Biar senyap, tapi bergerak..

Berbicara tentang cakap, apapun yang nak di cakapkan..hati-hati saat menutur kata, bimbang terlepas ayat, ada hati yang akan terluka, ada jiwa yang terasa, ada perasaan yang akan mengharap..

" Jangan bercakap sebelum pasti, jangan terlalu mudah untuk berjanji, kelak akan jadi beban kepada yang berjanji, akan bercambah pula harapan kepada yang menerima janji"

Akhir kalam > maafkan saya jika selama saya kenal dengan semua sahabat2, ada janji yang belum tertunai, ada kesalahan saya yang belum sempat saya pohonkan kemaafan kepada yang pernah terasa, atau kepada yang pernah mengharap apa-apa dari saya, saya hanyalah insan biasa - biasa.. maaf..maaf..maafkan saya..

Buat yang pernah rasa bersalah dengan saya..atau apapun kisahnya.. Demi Allah kemaafan tu sudah lama milik kalian..saya tahu, hidup ini terlalu singkat untuk kita penuhkan ia dengan sisa-sisa dendam atau permusuhan..entah hari ni, esok, lusa, atau mungkin usai menulis blog ini, kematian tu akan menjemput tiba..kalau boleh siapa pun mahukan kematian yang baik..InsyaAllah..

Maafkan saya jika ada pesanan yang tidak berbalas, ada sms yang tidak berjawapan..

> Saya senyap, tidak bermakna saya marah.. Saya hilang, tidak bermakna saya pergi, saya menyepi, tidak bermakna saya membenci..percaya..walau betapa jauh pun kita di tempatkan..yakin Doa itu adalah talian penghubung..ia tetap akan sampai tanpa dapat di halang atau di hadang dengan tembok atau bangunan agam apa pun..<< Moga Doa itu di angkat ke langit..aminn..amin..


- the End -

Isnin, 31 Ogos 2009

Di Beri Atau Mencari ?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"Perbezaan Antara program dari SIRIM dan PUNB [Perbadanan Usahawan Nasional Berhad]tak banyak..cuma SIRIM akan ambil intake yang sangat terhad dalam satu sesi, macam intake sekarang ni cuma 15 ~ 20 Orang sahaja yang akan terpilih untuk training ni, tempat tinggal semua di tanggung..Kalau di PUNB pula, peserta [ Siswazah Perantis ]kena pandai2 cari apa yang diorang nak belajar atau catch sepanjang 'attachment' bersama mentor tu"

Suara En.Fa*** [Seorang koordinator program SIRIM ]masih terngiang-ngiang, dan seolah masih bergema-gema suara dia di hujung talian lewat panggilan telefon petang kelmarin. Sudah tiga kali beliau menghubungi saya mahu saya berfikir masak-masak samaada mahu meneruskan perjuangan ini di bawah PUNB atau di bawah kelolaan pihak diorang.. menurut beliau training under SIRIM memakan masa selama setahun 4 bulan. [ Wahh lama tu.. ] 4bulan training teori n pratikal ttg keusahawanan..setahun yang berbaki tu Peserta yang lulus dalam exam TE1 Akan di'attach' bersama dengan mentor / join inkubator yang bernaung di bawah SIRIM..

Arghh..nak terangkan panjang lebar takut ada yang tak dapat menangkap pula. Tapi 'point' nya kat sini Antara dua simpang jalan , 2 simpang Peluang, yang mana DI Kedua-dua simpang ini, saya harus memilih.. kali pertama SIRIM maklumkan yang saya berjaya dalam permohonan tu, terasa bersyukur sangat, tapi PUNB lebih awal mengubungi saya tentang kejayaan saya dalam sesi temuduga 3 hari lebih awal dari SIRIM. Blurr..

Alhamdulillah, saya rasa hati saya lebih ringan untuk terus bertahan di sini..saya tidak dapat jelaskan sebabnya dengan lebih terperinci, tapi..sedikit analisis yang saya dapat buat..:

~ saya sanggup memilih training under PUNB walaupun kemungkinan besar mentor yang akan mendidik saya tidak menjalankan training secara tersusun seperti SIRIM, yang mana dalam SIRIM, setiap peserta akan di beri task tertentu dalam setiap bulan untuk dihabiskan, [Ala2 macam study course bussines ]

- Mungkin ada yang menganggap saya buat kesilapan dalam memilih..tapi saya mahu mencari, saya mahu rasakan 'feel' sebenar pencarian tu.. mungkin agak dangkal, namun bagi saya kedua-dua pihak yang menaja program ni baik sebenarnya, terpulang pada individu untuk membuat pilihan.

- Kalau saya memilih training under SIRIM, kemungkinan besar saya akan menjadi seorang yang malas, malas sebab semuanya hanya perlu menunggu di suap..di suap oleh SIRIM, just follow the task, and Complete the task, finished. Tapi pilihan saya untuk berada di bawah PUNB, memaksa saya melakukan sesuatu yang berbeza dari kebiasaan..memaksa saya untuk kerja kuat, mendesak saya supaya keluar dari 'comfort Zone', berhenti menjadi individu yang hanya mahu di beri, di suap, dan hanya menerima..

- Perjalanan dalam satu pencarian tu sangat bermakna dan lebih besar maknanya daripada kita hanya menanti untuk diberi.. Kemungkinan juga sepanjang langkah kita dalam pencarian ini, akan menemukan kita jalan-jalan yang jarang orang-orang kita mahu melaluinya..dan kemungkinan besar kita adalah orang-orang pertama yang akan menemui jalan baru itu, dan bersedialah untuk menjadi perintis, dan pembuka jalan untuk orang-orang yang terkemudian..

- Mungkin ada yang kurang faham makna mencari dalam entri kali ni.. secara ringkasnya, macamni, Pihak PUNB Memang dah sediakan schedule + Task untuk setiap perantis penuhkan dalam tiap2 bulan tertentu, namun demikian, mentor yang di atas saya sekarang ini tidak mengikuti 'totally' task tersebut..jadi kami kena pandai2 tangkap, menangkap apa yang dapat di kutip dalam sehari semasa training tu. Berbeza dengan SIRIM, pihak mereka memang strict ikut task yang diorang dah sediakan [Lebih tersusun la maknanya ]

- Meminjam kata-kata Mentor saya.. "Apa yang patut kamu buat..Buka Mata, Buka Telinga,Buka Minda, Buka Hati, Buka Mulut..untuk belajar..ikhlaskan hati, jaga niat, InsyaAllah proses mencari yang kamu nak cari tu akan jadi sangat menarik.." -

- saya selalu berfikir, mungkin ramai antara kita menghakimi sesuatu hanya dengan memandang isu itu dalam satu perspektif, hingga kita tanpa sedar membuat pagar / sempadan / pemisah kepada diri sendiri untuk keluar dari perasaan dan pemikiran negatif yang akhirnya kita buta untuk melihat sesuatu di luar lingkungan yang kita tak nampak di sebalik tiap sesuatu yang kita nampak tak sempurna.. - Bukankah kita perlu keluar dari kotak yang kita sendiri ciptakan??

Optimis..dan Positif..tu yang penting..paling penting juga..Motivasi, tanpa motivasi hidup pasti tiada nutrisi..

- Bertahan Disini, jangan pernah kalah..atau Walah..Yakin Allah adalah sumber kekuatan..-

- Banyak lagi mahu di kongsi..InsyaAllah akan rajin update blog selepas ini..

p/s : UNTUK SAHABAT YANG BERTANYA KAT MANA ADA JUAL PRODUK2 D'HERITAGE, BOLEH LA intai-intai di lokasi-lokasi ni :

- Giant, Tesco, Warta Bangi, NSC? , Mydin, Mydin Bazaar, mane lagi eh? lupe2..nnt saya check balik..

Kalau kat hotel, syarikat ni supply kepada >> Hotel Istana, De'Palma, Sheraton, Hilton..ada lagi, tapi tak ingat..

Satu benda yang saya nak belajar dari mentor saya ni, macamana dia boleh menembusi banyak pasaran sedangkan syarikat dia baru sahaja Run 4 tahun..usia yang agak muda saya kira, dan atas sebab ini juga saya akan bertahan di sini walaupun agak sakit dan perjalanan sepanjang pencarian bukanlah jalan yang ber'aspal' rata.. syarikat ni juga sedang mengintai-ngintai peluang untuk melebarkan sayap ke Dubai, Brunei, Singapura, Indonesia..InsyaAllah..

Sabtu, 29 Ogos 2009

Sedetik Titik dalam Detik..

Assalamualaikum..

Sedetik..
Dua Detik..
Tiga Detik..
titik..titik masa yang kat hujung tinggal
hanya satu titik..
di akhirannya langsung tidak bertitik..

Masa di sini sangat pantas tanpa sempat saya kira titik2 detik yang tertinggal..
semuanya nampak terhadapan..

Pertamanya, sebelum jari ni lebih jauh menaip bait aksara bicara..mohon maaf saya panjangkan buat semua sahabat kerana sudah lama tidak update blog ni.. rantaian waktu, kekangan tugas yang seakan menghimpit tidak memberikan saya sedikit waktu pun untuk bermanja2 di depan skrin komputer..tambahan lagi laptop saya tak bawak, pc apatah lagi..jadinya menumpang di cyber cafe sajalah jawabnya..

"Hilang Kemana?" Ada orang cari saya yea?? Terima kasih untuk yang mencari saya.. saya tidak mintak untuk di cari apa lagi mahu di rindui.. tapi terpulang la dengan rasa masing2..itu hak kamu..

saya tak hilang ke mana..cuma sekarang ni saya ada di Kajang..mengejar, belajar, mencari, berlari, dalam satu tarian waktu yang Allah tetapkan.. Besar sungguh anugerah itu..[Agak skema la pulak ayat ni tukar tune jap ]

Kat Kajang ni saya buat ape?? hehe..saya mencari sesuatu yang belum tentu jadi milik saya..impian dan cita2.. di ringkaskan di sini, saya sedang menjalani latihan + Krusus + Pekerjaan dalam bidang makanan..'Frozen Food' , Sekadar berkongsi..brand untuk frozen Food ni namanya 'D'Heritage.., produk ada dalam 14 jenis :

- Roti Canai,
- Wade,
- MasalaWade [Masak Lodeh agaknye],
- Donut,
- Bergedil inti ayam ,inti daging,inti sayur,
- Karipap inti ayam,inti daging,Inti sayur, Inti sardin.
- Samosa inti Daging, inti ayam, inti sayur,
- Popiah,
- cucur kacang..

dan apa lagi yea? agak terlupa..hmm..-

Semenjak berlari dalam arena ni..tak menyempat nak melepakkan diri di ym atau benda2 yang ada kaitan dengan alam maya ni..Maaf Semua..

- Sejak 'first Day' saya dalam kilang makanan ni..Alhamdulillah semuanya berjalan baik..paling menarik bossnya orang melayu kita, orang bumiputera kita, orang Islam kita..jadi kawan2..utamakan produk Orang Islam kita Okeh..apa lagi tangan2 yang menyediakan makanan2 ni adalah Orang Islam kita..halal Pastinya..Suci InsyaAllah.. makanan mempengaruhi jiwa dan Rohani kita kan?? Jadi jangan anggap Ringan soal makanan yang kita makan okeh..

- Kali ni taip dalam point2 saja..agak cramp otak dan jari2 ni saat ini..apapun saya sangat teruja sampai di kilang ni..Banyak benda yang saya dapat tentang makanan..tentang teknologi makanan..setiap saat yang berlalu adalah penuh dengan pelajaran dan pengajaran2..banyak sangat..terlalu banyak..Alhamdulillah..Boss pula seorang yang tidak kedekut ilmu, kaya dengan motivasi dan inspirasi..Moga saya dapat bertahan di sini hingga tahun Depan..InsyaAllah..

- Pasal tempat tinggal, Alhamdulillah..housematte yang sangat ok..sangat memahami..sangat sekepala walau kami tidak datang dari kapal yang sama..tapi misi kami sama..InsyaAllah usai timbaan dan cedokan ilmu dari kilang ini, kami akan unite utk menubuhkan bisnes yang saling kait berkait..dan motifnya adalah semata2 kerana Allah jua.Keduanya adalah untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah..ketiganya untuk memajukan ekonomi Ummah kita..[Betul..Islam akan hancur tanpa base ekonomi yang kukuh..sampai bila kita perlu bergantung kepada yang lain? Sampai Bila Kita mahu menjadi pengguna.,Tidak menjadi pengeluar?? Sampai Bila ]

- Banyak lagi mahu di kongsi dalam kiraan detik waktu yang terhad ini..InsyaAllah..akan saya sambung kemudian..InsyaAllah..

- Terasa waktu berlari mendahului larian..dalam sempitnya detik2 waktu..saya terasa betapa besarnya Anugerahnya Allah..Betapa luas..seluasnya rahmatNYA yang tidak mampu saya luahkan lewat perkataan..

~ Allahu Rabbi..moga kau membantu aku dalam melewati detik2 ini..yang hampir tidak terlihat titik antara titiknya..moga jalan ini terus terang, dan moga Allah membantuku dalam membuat sesuatu Keputusan yang terbaik umtuk diriku..Ameen~

Selasa, 11 Ogos 2009

Puisi : "Maaf"



Assalamualaikum..

Maaf..
Andai semua yang tertinggal dibelakangku,
Belum sempat aku usaikan,
Saat Waktu ini berjalan..

Maaf…
Andai Hijrahku nanti,
Meninggalkan bekas,
Keluh kesah, resah gelisah, Luka duka,
Kepada semua yang akan ku tinggalkan
Di Belakang..

Maaf….
Andai aku tidak pernah punya
Cukup waktu untuk kalian..
yang ada di belakangku,
selalu menyokongku,
saat jalan-jalan ku,
penuh liku berselekoh ..

Maaf..Berjuta kali Maaf….
Untuk semua yang belum sempat aku tunaikan,
Walau pernah aku menjanjikan..

Buat Kalian,
Yang ku tinggalkan di belakang,
Aku akan Pulang..
Setelah usai ku tuai hasil dari ladang,
Selepas penuh bakul keranjang,
Aku akan pulang..Kerana

Yang Kutinggalkan Di belakang..
Adalah semua yang aku sayangi..


II Menanti hari..Melangkah pergi..Dari Sini..Lembah Sunyi II

Isnin, 10 Ogos 2009

Jawapan Kuiz..



Assalamualaikum.. Best2..dah dapat jawapan untuk kuiz Personaliti 2 hari yang lalu..
Ni jawapan2 nya >>

Semua orang mempunyai buah kegemaran masing2. Menurut kajian, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semuala jadi khususnya tumbuh2an seperti buah2an. Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia iaitu:

1. Jenis limau contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli
Kamu cenderung kepada warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan2 kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian. Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara2 yang menyeronokkan kamu.

2. Buah2an tropika contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas
Kamu sukakan pengalaman2 yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu. Teman2 beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3. Jenis buah ladang .Contohnya epal dan pear
Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup. Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.


4. Jenis tembikai contohnya tembikai dan tembikai susu

Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Melambangkan seorang individu yang berhati2.

5. Buah2an jenis beri .Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato

Kamu gemarkan party dan keseronokan. Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah. Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman. Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan2 yang berperasa lain daripada yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti.

6. Jenis kekacang .Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain2
Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman2 hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia. Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

7. Buah2an jenis labu .Contohnya kundur
Kamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari pa yang mampu manusia lihat. Kamu sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2. Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang mendatang. Cenderung pada warna2 yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

P/S : Walau apapun buah2an kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri.Betul-betul.. Tapi camner lak ngan orang yang tak suka makan buah-buahan? takder personaliti ke kalau camtu ? ;D

Ahad, 9 Ogos 2009

~syaitan yang Licik..~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum..

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid
Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid
ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,
dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan lagi menuju ke masjid .

Dalam perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju,
berwudhu dan berjalan lagi menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab

"Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'


Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan menuju ke masjid

Ketika sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang
membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.

lelaki itu menolak.

pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.
lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (setan)

Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan kemudian menjelaskan,

'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid , Allah memaafkan semua dosa2mu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah , kamu tetap memutuskan kembali masjid ."

"Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.
Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai dimasjid dengan selamat....'
Sambung si setan tadi.


Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kita lakukan kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg akan kita dapat dari segala kesulitan yg kita temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Jawapan Kuiz..



Assalamualaikum.. Best2..dah dapat jawapan untuk kuiz Personaliti 2 hari yang lalu..
Ni jawapan2 nya >>

Semua orang mempunyai buah kegemaran masing2. Menurut kajian, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semuala jadi khususnya tumbuh2an seperti buah2an. Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia iaitu:

1. Jenis limau contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli
Kamu cenderung kepada warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan2 kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian. Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara2 yang menyeronokkan kamu.

2. Buah2an tropika contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas
Kamu sukakan pengalaman2 yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu. Teman2 beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3. Jenis buah ladang .Contohnya epal dan pear
Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup. Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.


4. Jenis tembikai contohnya tembikai dan tembikai susu

Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Melambangkan seorang individu yang berhati2.

5. Buah2an jenis beri .Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato

Kamu gemarkan party dan keseronokan. Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah. Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman. Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan2 yang berperasa lain daripada yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti.

6. Jenis kekacang .Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain2
Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman2 hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia. Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

7. Buah2an jenis labu .Contohnya kundur
Kamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari pa yang mampu manusia lihat. Kamu sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2. Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang mendatang. Cenderung pada warna2 yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

P/S : Walau apapun buah2an kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri.Betul-betul.. Tapi camner lak ngan orang yang tak suka makan buah-buahan? takder personaliti ke kalau camtu ? ;D

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...