Khamis, 9 Julai 2009

Tentang Syurga Cinta



Alhamdulillah, dapat juga kembali menulis untuk entri kali ini.
Agak rindu untuk ‘menghupdet’ blog ni sebenarnya, ada sawang dah sikit-sikit blog ni.

Semalam baru saja usai menonton cerita ‘Syurga Cinta’ Filem arahan Ahmad idham, Sebenarnya dari awal jualan tiket lagi saya tergerak untuk melihat cerita tersebut, tapi baru semalam saya berkesempatan untuk menontonnya. Itupun bukan tengok di panggung, saya Cuma download aje dari internet.

Pada Awalnya saya agak rasa macam ‘excited’ untuk menontonnya sendiri, apatah lagi ramai yang mengatakan cerita ini ‘sangat Best’ , ‘Best Gilerr’ , ‘huiyooo, ko kene tengok’ begini la bunyinya komen-komen orang yang telah menonton sendiri cerita ni. Seperti kebiasaannya, saya sangat jarang menggunakan pakai semula / mengambil pendapat orang lain tentang sesuatu filem yang di tayangkan. Selalunya saya hanya akan mendengar sahaja komen mereka, tanpa menyampuk atau bertanya apa-apa, dan selepas itu, saya akan menonton sendiri, berfikir sendiri, dan menilai sendiri sejauh mana kebenaran kata-kata komentar yang saya dah dengar tadi.

SYURGA CINTA, Dibintangi oleh : Awal Ashaari > wataknya sebagai Irham, Hadziq Tom Tom Bak> wataknya sebagai Ikmal dan Heliza AF5 yang membuat penampilan pertamanya di layar perak sebagai Cikgu Syuhadah. Pada awal jalan cerita, cukup menunjukkan ‘lifestyle’ Awal [ Irham ] dan kawan-kawan nya yang memang sudah tersasar jauh dari landasan hidup sebagi seorang muslim. Gaya hidup bebas, Arak, Zina, sudah menjadi perkara biasa bagi mereka. Irham [Awal ], sering dicabar untuk memikat mana-mana gadis, dan jika dia Berjaya wang adalah imbuhan untuknya. [Macam beat la]

Cerita seterusnya bermula dari sebuah café, dimana Irham dicabar untuk ‘mengayat’ seorang gadis bertudung, kerana mereka [dua orang kawan irham tadi >Zainal dan Alex ]tahu Irham tidak menyukai perempuan bertudung. Perkataan mereka yang saya ingat tentang perempuan bertudung ni:
“Mak aku kate, Nal, ko buat la semua yang ko nak buat, apa-apapun, ko buat je..tapi satu ko kena ingat..Kalau nak cari calon isteri, ko kena cari yang pakai tudung..” >>Tersengih senget je saya dengar ayat macam ni <<

Secara kebetulan cikgu Syuhada [ Heliza ] adalah gadis yang menjadi mangsa mereka. Dari sini lah bermula semuanya adegan ‘tackle2’ si Irham, dan dia menggunakan Adik angkatnya >Hadziq
Hehe, bagi yang dah tengok cerita ni, dah tahu la jalan ceritanya kan, bagi yang belum tengok, kena tengok sendiri la, sebab saya Cuma nak ‘berkomentar’ sedikit tentang filem Syurga Cinta ni. Perasaan saya semasa menonton filem ni, sangat mendatar, maksud saya cerita ini sangat mudah pada plotnya, tidak terdapat unsur ‘suspen’ dan kalau ada pun tidak berapa Berjaya saya kira. Saya kira banyak terdapat lowong kosong yang tidak begitu tepu dan sarat dengan pengajaran. Maksud saya ianya di sampaikan dalam bentuk yang sangat ringkas, tidak begitu Nampak ‘natural’ >> cth: Heliza yang sering mengungkapkan semula beberapa mutiara kata yang bulat-bulat seolah dari pembacaan.
Saya tersengih sendiri bila tiap kali mutiara kata bulat-bulat dari buku dikutip untuk dijadikan skrip cerita.

Kelemahan yang nyata saya kesani adalah pada olahan Skrip. Skrip yang di suakan ‘kurang menyengat’ ataupun agak kurang untuk memegang penonton. Yang mana keseluruhan skrip agak biasa-biasa, ataupun yang sering ‘popular’ di pendengaran kita.

Salah satu skrip yang agak segar saya dengar hanya ini :
Syuhada:Atuk pernah cakap yang jodoh itu terbahagi pada tiga.

Irham:
Tiga?

Atuk:
Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.

Yang keduanya, jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah.

Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA. [ Terima kasih buat Mfrstudio menyertakan sekali skrip asal ]

Plot cerita kurang kuat, dan agak goyang, yang mana saya dapat kesani, pengarah masih agak tercari-cari kearah mana mesej dalam filem itu perlu pergi, dan berdiri di sebelah mana. Pada umumnya memang Nampak pengarah cuba membawa tema ‘Cinta Islami’ Tapi agak kurang Berjaya, namun demikian boleh dikatakan percubaan untuk permulaan yang baik saya kira.

Sebelum ini pun, saya pernah melihat cerita dari Indonesia yang seakan-akan cerita Syurga Cinta ini. Saya tidaklah mahu menuduh Syurga Cinta Meniru cerita tersebut, namun plot, tema, watak dan perwatakan antara keduanya hampir sama. Siapa pernah menonton ‘Kiamat Sudah Dekat’ Filem inilah yang saya maksudkan. Cuma dalam watak lelaki [Kiamat Sudah Dekat] ini, dia adalah seorang lelaki yang agak ‘rock kapak’ dan jahil tentang agama. Perempuan yang ingin dipikatnya itu adalah seorang anak tuk imam di kampung tersebut. Nak tahu selanjutnya kenalah cari cerita tu. Nilai sendiri.


Pada pertengahan cerita, selepas Awal membuat pengakuan bahawa Syuhada hanya di permainkan, dan di malukan di hadapan Zainal + Alex, babak sedih yang dilakonkan Awal sangat menjadi pada ekspresi muka, tapi sayangnya pengarah kurang menggunakan kekuatan yang ada pada watak Awal. Adegan Awal memujuk cikgu syhadah juga berlangsung dengan sangat mudah, dan penyelesaian cerita juga sangat mudah, malah tidak begitu menggalakan penonton berfikir sendiri [ Berdikari ] dengan apa yang akan terjadi selepas itu.

Kesilapan Imam ketika menyebut hadis nabi [ Ketika cuba menenangkan Irham ], sedikit buat saya terkejut, kerana kata-kata itu bukan lah firman, tetapi adalah hadith dari Rasulullah SAW [Riwayat Muslim] >
Moga penerbit + Pengarah akan lebih cakna selepas ini <

Dan hadith yang sebenarnya adalah :
Daripada Usamah, bahawasanya beliau telah mendengar Abi said maula Abdillah bin Amir bin Kuraiz mengatakan : saya telah mendengar Abu Hurairah mengatakan : Telah bersabda Rasulullah saw “Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada (kecantikan) tubuh badan kamu, dan tidak pula melihat kepada rupa kamu, tetapi pandangan Allah jatuh kepda hati-hati kamu” seraya Rasulullah saw menunjukkan kearah dadanya (tempat hati itu berada). (Muslim)


Antara babak yang terkesan di jiwa saya > Pada malam sewaktu Irham dirayakan selepas berterus terang dengan syuhadah tentang rancangan bertiga mereka, Irham di ajak untuk ber'gembira' di bar tempat biasa mereka melepak. Dan dalam kegalauan jiwa, antara mahu dan tidak, Irham hampir2 meneguk arak yg dihidangkan, namun dia segera tersedar apabila kalimah 'bismillahirahmannirahim' yg terluah pada mulutnya ketika mahu meminum air tersebut. Tersedar dari kekhilafan, dia segera beredar dari tempat tersebut.

Satu babak yang saya kira sangat buat saya mual + tersenyum sinis di mana babak Awal melamar Heliza. Gayanya ala-ala cerkapan sedikit filem ‘hindustan’ dan sedikit lagi dari cerkapan filem barat. Nampaknya tema cerita ini sudah menjadi Rojak Islami. Apapun saya berpandangan positif dengan percubaan Penerbitnya > David Teo & Pengarahnya >Ahmad Idham yang berani mencuba untuk membentangkan idea ‘Filem kita, Wajah kita’.

Agak rugi rasanya jika budaya masyarakat kita tidak digunakan sepenuhnya untuk di terap dalam sesuatu karya. Secara keseluruhannya, saya nilaikan filem SYURGA CINTA masih agak sederhana pada skrip, terutamanya.
Kedua jalan cerita dan saya kira masih banyak yang perlu di perbaiki pada filem itu.

jadi setakat ini , saya masih menganggap Filem ‘Ayat-ayat Cinta’ adalah yang terbaik, untuk filem yang mengangkat tema cinta islamik.

Rating saya Untuk SYURGA CINTA dalam 1/5 bintang atau 2/5 Bintang saja, dan tidak akan sampai tahap ‘best Giler’.
Saya bukanlah pakar menilai filem, tapi hati hanya dapat disentuh juga dengan Hati. Sekadar komentar peribadi..

p/s : suka teknik penggambaran filem 'ayat2 cinta' , 'nur kasih' , tentang dia, ungu violet.>> cz teknik depa seolah seni fotografi,atau lukisan dalam filem..

7 ulasan:

  1. syawal ke awal?hehe

    bg saya, cerita ini sgt2 mengecewakan..tema di angkat dgn terlalu ringan, dgn byk skali klise..


    p/s: pasni kte tgok ketika cinta bertasbih plak ye kak..pasti lebih best dari ayat2 cinta..


    .^_^.

    BalasPadam
  2. salam
    saya pun pikir camtu gak..lemah lg filem ni,tapi xpla,adela jugak usaha nak sedarkan para pencinta..huhu

    BalasPadam
  3. II Wann >> Tu ar pasalnye, sy pun agak sedikit frust ngn movie ni. Banyak ruang kosong yg tak digunakan sepenuhnya oleh pengarah, Kurang membekas dihati, dan hanya beberapa babak je yang masih terlekat di ingatan sy waktu ini.

    II Anissa Balqis >> betul2, at the end sy pk gitu jugak. Apa yang paling penting sesuatu karya tu ada manfaatnya, tapi lagi bagus jika sesuatu karya itu padat dengan mesej, kaya dengan wacana, tepu dengan pengetahuan ilmu baru, originality..apapun, tetap sokong filem Malaysia..

    BalasPadam
  4. tiga jenis jodoh itu ayat dia salah, itu bukan ayat dari filem tersebut.

    terutamanya ayat no 3, tak ada kalimah "cinta berputik" dalam filem tersebut. saya yakin anda telah copy paste dari orang yang dah ubah skrip filem tersebut.

    dalam filem tersebut di sebut "mata bertentang mata, dari mata turun ke hati" dan bukannya "cinta berputik".

    saya rasa saya tahu anda copy dari siapa ayat yang telah diubahsuai itu.

    BalasPadam
  5. ini saya paste kan skrip sebenar:

    Syuhada:Atuk pernah cakap yang jodoh itu terbahagi pada tiga.

    Irham:Tiga?

    Atuk: Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.

    Yang keduanya, jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah.

    Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.
    ----
    insyaAllah saya akan ulas mengenai skrip ini dalam blog saya nanti.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. ll mfrstudio >> Assalamualaikum, untuk pengetahuan mfr, petikan ayat tu memang di amik dari 'sumber tersebut', disebabkan saya tidak mengingati secara keseluruhan ayat datuk C.syuhadah dalam filem tersebut. Untuk isi + Komentar yang lain adalah komen saya secara peribadi. Harap Maklum, terima kasih yea..

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...