Khamis, 25 Februari 2010

15 Hari Promosi..



Assalamualaikum..

Wah. Lamanya tak update blog ni. Kian bersawang-sawang.

Menjelang 15 Hari yang akan menduga ketahanan fizikal, dan Mental. 15 hari yang akan di lalui dengan penuh sabar.

Kesempatan ni, nak jemput semua sahabat yang berkelapangan untuk memeriahkan majlis Promosi dan Jualan produk keluaran bumiputera bimbingan Jabatan Perikanan Malaysia pada :

19/02/2010 - 23/02/2010 : Jaya Jusco One Utama, Damansara Utama [ Misi Selesai ]

26/02/2010 - 02/03/2010 : Jaya Jusco, Bukit Tinggi Klang, Selangor.

05/03/2010 - 09/03/2010 : Jaya Jusco, Setiawangsa.

Jom Meriahkan Majlis & Sokonglah produk bumiputera kita.. Macam-macam ada, Harga promosi, Murah daripada Harga biasa.

Pernah makan Pizza Pah ? Hah, datang nanti jangan lupa beli satu, dua, untuk 'family'.



Nak rasa air SeaWeed lemon.. unik rasa air ni.. sebotol RM2.00, Nak dapat murah, beli masa 'peak Hour' hoho..hari tu beli RM5 untuk 3 botol..



Nak kelainan lagi..jom beli Mr.Keli.. Ikan keli yang disardinkan.. Beli harga RM5.90



Banyak lagi produk lain.. macam-macam ada..

- Sabun Taharah, Keropok Lekor dari KHT, Otak2 Gombak, Noba Keropok Dunia, BioHaruan,
Zarifah Aquarium, Atimas [ popia Otak2 + Popia Sata ], macam-macam la ada.. Datang jangan tak datang..

sesiapa yang nak rasa Yong Tau Foo kami, ni la masanya. Hikmah Food membuka peluang perniagaan untuk sesiapa yang berminat, kos sangat berpatutan.

Jom..Jom..

Sekian saja iklan kali ni.. ^^

Ahad, 7 Februari 2010

Tengkorak Yang 'Sengal-Sengal' Tulang


> Gini la agaknya nasib seorang blogger<

Assalamualaikum..

Hari ni Hari Ahad, Hujan turun dari pagi sampai ke petang. 'Best'.

Hujan adalah perkara yang paling saya sukai. Bukan untuk tidur, tapi bertambah semangat untuk siapkan kerja. Jangan tanya kenapa. Memang hujan adalah hari yang paling best untuk duduk diam di dalam rumah.

Sambil-sambil siapkan kerja, saya search You tube, nak cari tutorial best. Lain di cari, lain yang dijumpa. Tak nak cerita panjang, Jom Layan jap video kat bawah.

Amaran Awal : Sila pastikan anda tidak bersendirian ketika melihat video ini. Pastikan juga anda bebas daripada serangan sakit jantung, semput, kencing manis atau sakit lutut. Ok, Jom Klik.




Dah..dah..
ketawa lebih-lebih akan mengeraskan hati..

Wassalam, keep u'r face smile..

Sabtu, 6 Februari 2010

Panduan : Public Speaking Skill


Assalamualaikum..

'Public Speaking'. Pernah tak kita berucap dihadapan ramai orang yang akan membuat kita gugup, tiba-tiba 'blank' tak tau nak cakap apa walaupun skrip sudah terakam di minda? Malah yang teruk lagi, tiba-tiba rasa nak terkencing, dan ter ter semuanya masa nak buat 'presentation'. Ini perkara yang biasa & sihat. Menunjukkan bahawa anda prihatin dan mahu melakukannya dengan betul. Tetapi, terlalu gentar juga tidak baik.

Kemahiran ini bukan saja penting untuk pembentangan malah sangat berguna jika diaplikasikan sebagai satu kemahiran berkomunikasi bersama rakan-rakan, 'staff', majikan, Pelanggan, dalam mesyuarat, dan apa sahaja lingkungan komunikasi bersama orang yang kita dah kenal ataupun belum. Tahun lepas saya ada beli sebuah buku IK [Irfan Khairi ]- Nota Jutawan, Nota Motivasi, buku yang simple, padat, tidak membosankan dan berbaloi untuk dibeli, Kualiti kertas yang baik, berwarna warni, juga diselitkan karikatur yang agak berdialog lucu. [ Pendapat Peribadi saya ] nak tau lebih lanjut, beli sendiri buku ni okeh^^

Muka surat 33, tajuk bab > Kemahiran yang akan mengubah hidup anda - Pengucapan Awam [ Public Speaking ]



10 panduan agar tak gugup & mengigil nak bercakap dikhalayak ramai :

1- Kenali bilik itu. Biasakan diri dengan tempat di mana anda akan berucap. Datang awal, berjalan sekeliling tempat berucap dan berlatih menggunakan mikrofon dan alat pandang dengar.

2- Kenali penonton anda. Sapa penonton anda apabila mereka sampai. Adalah lebih mudah untuk bercakap dengan sekumpulan kawan daripada sekumpulan orang asing.

3- Fahami bahan ucapan - Jika anda tidak biasa dengan bahan-bahan ucapan atau tidak selesa mengenainya, kegentaran anda akan bertambah. Berlatih berucap dan buat pembetulan jika perlu.

4- Bertenang. Legakan ketegangan dengan membuat senaman atau tarik nafas panjang, hembus perlahan-lahan.^^ [ Selalu dipraktikkan ]

5- Bayangkan diri anda memberikan ucapan. Bayangkan diri anda sedang bercakap dengan suara yang kuat, jelas dan berkeyakinan. Apabila anda bayangkan anda berjaya, anda akan berjaya.

6- Sedarlah bahawa orang lain mahu berjaya. Penonton mahu mendengar dari seorang yang menarik, bermotivasi, berinformasi dan menghiburkan. Mereka tidak mahu mendengar daripada seseorang yang gagal.

7- Jangan minta maaf. Jika anda beritahu bahawa anda sedang gentar dan meminta maaf atas masalah mengenai ucapan anda, anda sebenarnya membuka peluang kepada penonton untuk mencari kesilapan anda

8- Beri perhatian kepada mesej yang hendak disampaikan, bukannya cara penyampaian. Tumpukan perhatian kepada mesej yang anda sampaikan dan penonton anda, dan bukannya kepada kegusaran anda. Kegentaran anda akan berkurangan.

9- Tukar kegentaran kepada tenaga yang positif. Tumpukan tenaga anda dan tukarkannya kepada semangat dan kesungguhan.

10- Dapatkan pengalaman. Pengalaman membina keyakinan, di mana ianya adalah kunci kepada ucapan yang efektif.



JOM PRAKTIK^^

Sharing is Caring, ijja1912

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...