Selasa, 10 Mei 2011

Padam Stress Dengan Melukis.


Setiap hari yang kita lalui, pasti ada saja cabaran yang kita hadapi.
Diuji dengan kerenah manusia, diuji dengan cabaran kerjaya, diuji dengan waktu yang menghambat,
ramai kalangan masyarakat hari ini ada yang lulus melepasi sempadan ujian, tidak sedikit juga yang terkandas dipertengahan. Stress akhirnya melanda diri, menghambat ketenangan nubari. Pada ketenangan yang hilang tadi, berapa ramai juga yang dilaporkan membunuh diri, gara-gara telah hilangnya keberanian diri untuk menempuhi cabaran duniawi.

Stress. Redakan stress itu.

Terdapat banyak cara untuk kita meredakan stress tinggal saja pilih untuk kita jalani ikut keselesaan. Selain mendengar puisi A.Samad Said, atau deklamasi puisi yang bernilai tinggi bahasanya, saya gemar melukis. Melukis apa saja yang terlintas.

Beberapa contengan ketika sedang stress, dan setiapkali selepas melukis, pasti akan ada idea baru muncul difikiran.  (Idea untuk menyelesaikan masalah atau mencari nilai tambah untuk diaplikasikan pada perniagaan yang baru ditubuhkan.)


Lagi contengan..


Masih menyimpan cita-cita untuk melukis ilustrasi buku kanak-kanak ataupun remaja. Cuma jalannya saya buntu untuk bermula. Asyik kumpul contengan saja, dan dibawah ini ada lagi contengan..


Banyak sangat conteng-contengan yang dibuat semasa stress ataupun semasa fikiran sedang buntu.. antara contengan yang paling digemari adalah dibawah ini :
(Lukisan ringkas ini dibuat tanpa perancangan.)


Ada juga karya conteng-conteng ini saya abadikan ia menjadi testi e-kad untuk iluvislam.com :

Gambar 1 : Lukisan sebelum ditransformasikan :


Rujuk pada link ini untuk gambar percuma di testi iluvislam.com : 


Gambar 2 : Sesudah diedit dengan bantuan grafik komputer. Saling melengkapi.


Sesudah berumahtangga, idea lukisan menjadi sedikit berbeza.  Contohnya lukisan separa siap dibawah ini :


P/S : Anda ada lukisan ketika anda stress? Kongsikan bersama-sama saya.. Lukisan lidi dan tak lidi pun tidak mengapa. Sebab ini bukan peraduan Melukis. Hihihi.. (Tinggalkan link anda..^^)




Harap contengan ini mampu redakan sedikit stress anda.

Sampai berjumpa lagi semua. Salam tenang-tenang saja ya.. Yakinlah Allah maha tahu apa yang terbaik untuk kita. RencanaNya hebat sekali. Tinggal kita saja berani ataupun tidak untuk harungi dan usahakan ikhtiar untuk menggapai solusi. Manusia itu hebat. Jika tidak, tidaklah gunung-ganang dan semesta bumi berani memikul amanah sebagai Khalifah. 
Allah selalu ada. DIA tidak pernah sekalipun menjauh..

Wassalam. 

Ijja1912,
Bandar Baru Bangi, Mei 2011

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...