Jumaat, 24 Julai 2009

Tentang Sahabat..


Assalamualaikum..
Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Berkasih jangan cuma satu sahaja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul!^__^

Allah SWT menciptakan makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.


Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud:

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita kepada Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”

Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaruhi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Sumber daripada : Taman-Taman Syurga

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Sekian, selamat bersahabat- 

ijja1912
Hidup untuk yang Maha Hidup...

40 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Pertanyaan :

    Apa yang wajar kita lakukan terhadap mereka yang dikatakan tidak layak untuk menjadi sahabat itu?

    Jika perlu dibimbing mereka ke jalan yang baik, bukankah terlebih dahulu kita perlu menjadikannya sebagai sahabat terlebih dahulu?

    Takkan kita hanya sekadar membiarkan mereka ke jalan salah di dalam dunia mereka yang gelap?

    Terima Kasih, Salam Bahtera Persahabatan (",)

    BalasPadam
  2. II Che An Dusuki > Terima kasih kerana berkunjung di sini. pertamanya, tentang soalan saudara, ianya subjektif. Artikel diatas dipetik daripada Website Taman-taman Syurga.

    Pendapat peribadi + Pengalaman saya sendiri : saya bersetuju dengan soalan yang mana saudara sudahpun menjawabnya sendiri, yang mana tidak perlulah saya menjawabnya, namun demikian, suka saya untuk berkongsi, jika saya berikan saudara situasi seperti ini:

    1- Sahabat A, luarannya mungkin tidak menutup aurat, tapi dari segi komunikasinya dengan orang lain masih lagi beradab dan sopan. Cuma silapnya dia tidak beradab dengan Undang-undang Allah. Kemungkinan dia masih boleh dibimbing, secara langsung, tidak langsung, secara halus atau terang-terangan. Ya, saya setuju dengan jawapan 'perlu membimbing mereka ke jalan yang baik, menjadikannya sahabat terlebih dahulu'

    2- Situasi kedua, Sahabat ini terkenal dikampungnya seorang perompak / pencuri / atau status lain yang berstatus penjenayah ataupun bersifat seperti itu, perlukah kita merapatinya sebagai seorang sahabat? Mungkin ya, jika kita kuat dan mempunyai ilmu untuk berhadapan dan membimbingnya dan tidak membiarkan mereka ke jalan salah dalam dunia mereka yang gelap.

    Kita mampu berusaha untuk memimpin mereka, Namun Hanyalah Allah yang mampu memberikan hambanya yang terpilih untuk menerima hidayah.

    Begitu banyak ceramah di media massa, media cetak, namun tidakkah mereka yang berada dijalan yang gelap itu terfikir untuk berubah. Perlukah seseorang datang dalam kehidupan seseorang yang lain untuk mengubah kehidupannya? Sedangkan tiap diri kita sendiri adalah ejen perubahan diri sendiri.

    WallahuTa'alam.

    BalasPadam
  3. OK,
    Terima kasih atas pandangan.

    Sebenarnya saya juga diaju soalan sedemikian.
    Maka saya search ke laman-laman web juga blog untuk dapatkan idea.

    Saya dapati blog ini panjang menghuraikan tentang sahabat dalam bentuk islami, maka sebab iyulah saya bertanyakan kepada saudara untuk mendapatkan penjelasan.

    Salam "Bahtera Persahabatan"

    BalasPadam
  4. assalamualaikum...

    drpd pertanyaan Che An Dusuki sy nak tambah sket pertanyaan..

    mcm mn dengan seorang sahabat(A) yang berkawan dengan seseorg (B) (yang memang diketahui umum tentang cara hidup yang sosial dan tabiat buruknya) dengan niat hendak mengubahnya ke arah kebaikan..si B ini pula ingin berubah dan bersedia untuk berubah.. akan tetapi B ini diperli, dikutuk dan dicemuh pula..begitu juga A, atas tindakannya berkawan dengan B..dia dipulau malah difitnah pula sehinggakan memberi tekanan kepada A ni..

    minta pendapat..

    BalasPadam
  5. artikel yang baik...
    syukran atas perkongsian :)...
    izin kan ana copy...

    BalasPadam
  6. izinkan saya share dan olah di blog saya.... saya sertakan link blog saudara di entry saya....

    BalasPadam
  7. to Zayed : Silakan saja. Ilmu itu untuk dikongsi.

    BalasPadam
  8. salam, saudara. sy dh shre blog suadra kat fb sy. maaf ye, sebb buat sblum dpt izin.. huhu.
    ap pon, sy mahu mnta pandagn, andai kwn tersebut mngeluarkan kata-kata ynag kesat dan boleh menyakitkan hati..adakah kita perlu brsbr lagi??wlhal, kita dah mntak maaf andai ad silap, dn cuba berbaik.tapi, masih tidak berubah...

    BalasPadam
  9. ll Ainroslan : Terima Kasih, sudi berkunjung ke blog ini. Terlebih dahulu saya mohon maaf, saya bukanlah pakar kaunseling, namun tidak dinafikan saya atau sahabat saya yang lain mungkin juga pernah mengalami keadaan yang sama.

    Apa yang boleh saya katakan, kita sebagai manusia tidak pernah lepas dari membuat kesilapan. Secara fitrahnya manusia sentiasa mahukan yang terbaik walau diri sendiri tidak baik.

    Bersabarlah, dan jarakkan sedikit diri, bagi ruang waktu kepada kawan tadi. Mungkin persaan marahnya belum reda lagi. Kemaafan yang kita minta tidak perlu di paksa untuk meraihnya, hakikatnya kita sudah cuba yang terbaik untuk memperbaiki keadaan. Berdoa selalu agar hatinya di lembutkan dan terbuka hatinya untuk memaafkan. Adakalanya manusia ini walaupun dalam diam sudah memaafkan, tapi mulut sungguh ego untuk mengakuinya. Mungkin juga dia sukar melupakan apa yang kita dah buat kepada dia.

    Berdoa, doa juga adalah ikhtiar, dengan doa juga selalunya keadaan akan berubah, lantaran hati kita Allah yang mengenggamnya, Allah jua yang mampu mengubahnya.

    Wassalam.

    BalasPadam
  10. Salam ukhuwah. izinkan ana share blog anti di fb. Sgt tertarik dgn coretan anti.

    BalasPadam
  11. saya mohon share jgk ye..=p

    BalasPadam
  12. mnx permission ntuk shre .

    BalasPadam
  13. tanpa nama : Sila..silakan share.. terima kasih.

    BalasPadam
  14. menarik...izinkan saya untuk share ye?

    BalasPadam
  15. saya mohon share jugak ya..? =)

    BalasPadam
  16. Kalau kawan saya Syiah, tapi sy ASWJ.. boleh kawan x???

    BalasPadam
  17. ii Tanpa Nama : Kalau kawan saya kristian, Buddha, Atheis, boleh kawan tak? Soalan ini, tidak memerlukan jawapan daripada saya. Tanpa nama boleh fikir-fikirkannya sendiri. Terima kasih, wassalam.

    BalasPadam
  18. saya ske ktrangan anda..:)

    BalasPadam
  19. salam..mohon share blog anda di blog sy..terima kasih..

    BalasPadam
  20. salam. saya ada sedikit masalah. sahabat saya seperti tidak memperdulikan saya .. maaf jika saya berkata yang saya seorang yang agak lembut, saya sangat sukar mencari sahabat lelaki, agaknya mereka kekok.. saya hanya mencari sahabat sejati. adakah jelas mereka ini bukanlah sahabat yang saya cari? terkadang rasa kecil hati dengan sikap mereka yang mengendahkan diri saya ..

    BalasPadam
  21. aslamualaikum w.b.t trima ksih kpd pnulis blog ini krn tlah mnyedarkn sya erti persahbtn yg sbenr mnurut hadis ..alhmdillah...mohon share..

    BalasPadam
  22. saya ambil sedikit info ke blog saya..
    info yg membantu
    mekaseh yer,,

    BalasPadam
  23. Untuk Eira,Iekin,Tanpa nama,Anis Hilwani,Taufiqr8, Luqman, dan Nurul : Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog yang sudah mula ditumbuhi lumut ini.

    Perkongsian info adalah digalakkan. Semoga kebaikkannya tertebar dimana-mana.

    BalasPadam
  24. saya sudah copy sepotong ayat dari blog ini . harap tidak marah =)
    maafkan saya .

    BalasPadam
  25. assalamualaikum... ana mempunyai 4 orang teman yang rapat... tetapi ana sgt kasihkan seorang sahabat ana yg sorang ni... dia sudah lama kenal ana... dia bnyak membimbing ana... akibat drpd perbuatan ana yang terlalu mendampingi sahabat ana ni, teman ana yang berdua 2 terasa hati dengan tindakan ana... apa yang patut ana lakukan?
    terima kasih

    BalasPadam
  26. salam izin kan saya copy ayat ini
    di fb sayan

    BalasPadam
  27. salam izin kan saya copy ayat iniuntuk fb saya

    BalasPadam
  28. minta maaf, sy copy dan tag entry ini di blog saya, mohon dihalalkan ilmu :)

    BalasPadam
  29. assalamulaikum
    saya mempunyai masalah dan saya keliru sama ada harus berkawan dengannya lagi atau tidak.
    macam ni persoalannya,
    saya dah lama berkawan dengannya dan kami memang rapat. namun, sejak kami bekerja kami dah jarang berjumpa. saya dapat rasakan yang saya merindui sahabat saya itu. setiap masa berharap agar berjumpa dengannya semula. adakah saya normal? dan apakah yang saya harus lakukan seandainya saya dah mempunyai perasaan yang menyimpang dari landasan agama?
    mohon bantu sangat2. kemukakan hadis sekali jika boleh.

    BalasPadam
  30. salam...saya memohon keizinan pihak tuan utk berkongsi hadis2 di atas...

    BalasPadam
  31. saya copy page ni yer...

    BalasPadam
  32. Assalamualaium . Mohon copy kerana saya mahu share :) Harap dibenarkan . Terima kasih

    BalasPadam
  33. :) .. Terima kasih ye atas info yang d berikan..

    BalasPadam
  34. saya ada seorang kawan.. yg boleh dikatakan sbg sahabat.. tapi.. dlm persahabatan ini.. saya x nmpk dia hargai setiap apa yg saya lakukan..dia akan bersama saya bila dan saat dia dlm kesusahan.. dia akan igt pada saya bila dlm kebuntuan.. saya nie pula jenis mudah sgt menghulurkan bantuan.. sampaikan saya sendiri yg mendapat ssh kerana ingin membantu.. saya syg shbt sy sbgmana sy syg diri saya sendiri.. bnyk hal dan perkara saya selalu mengalah.. wlw pun silap itu dtgnya dari sahabat.. tp saya yg meminta maaf.. bahkan pernah juga suatu ketika saya digelar dgn pelbagai2 gelaran... saya x pernah mengucapkan ungkapan2 kasar pd shbat sya.. tetapi sahabat saya.. bila dia marah semua terluar dibibir seorg shbt yg saya syg.. saya sbr.. mungkin ini perangai dia.. saya juga pernah tgu shbat sy.. bkn 30 min atw 1 jam.. tapi 2 jam lamanya.. saya masih sabar.. bila saya x mpu utk membantunya kerana saya sendiri berada dlm kesusahan.. mcm2 yg di ckp.. tapi x pernah sekali saya tdk membantu beliau.. bila mana saya mampu.. saya akan ikhtiar membantu.. saya tahu syhbt saya dlom kesusahn..namun.. apa yg boleh sya lakukan saat itu.. jika sy sendiri juga brda dlm kesusahan.. kdang2 saya terpaksa mengalah dgn sikap shbt sya.. saya cuba memahami shbt sy.. tpi dia x pernah faham keadaan dan situasi saya.. kadang2 juga saya lihat shbat saya nie pentingkan diri.. sgla kemahuan shabt ingin dipenuhi tnpa mengira keadaan saya masa tersebut.. nth lah.. pernah satu ketika saya dimarah kerana cuba membantu beliau dlm mencari pekerjaan.. niat sy baik.. tp xsngka.. saya masih dan tetap bersabar.. kerana hanya dia shbat yg saya ad.. saya nak cerita bnyk nti takut terbuka aib.. takut2 juga nanti jadi mengadu domba.. namun.. inilah hakikat sebenarnya...

    BalasPadam
  35. Kita banyak bicara tentang sahabat sahaja tapi kenapa kita tak membicarakan tentang " sahabat Islam itu umpama sebatang tubuh, jika sakit sesuatu bahagian maka sakitlah seluruh tubuh itu"! Kenapa kita tidak fikirkan satu cara bagi mengatasi kesakitan ini secara bersama. Sempati hanyalah ikhtiar yang paling malas berikhtiar. Doa juga mestilah disertai dengan ikhtiar. Hari ini dalam solat berjemaah kita berbeza 'isi perutnya'. maksud saya ada berjemaah dengan terpaksa perut kosong dan ada yang perut kenyang? Jadi mengikut pandang saya kita perlu jadikan "DERITAMU ITU ADALAH DERITAKU JUA". sILA PANDU BLOG : mELAYU hANYUT 2020 DARI BAB 1 HINGGA KE BAB 20an. Mungkin kita boleh berbincang tentang Sahabat untuk yang maha Esa.. terimakasih. Assalamualaikum.

    BalasPadam
  36. I'm excited to discover this web site. I need to to thank you for ones time just for this wonderful read!! I definitely savored every part of it and I have you saved to fav to check out new stuff in your blog.
    Also see my webpage :: amber leaf

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum... sy disini ingin share video tentang sahabat ini..
    http://www.youtube.com/watch?v=CaG1C2dxdg8

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...