Khamis, 28 Januari 2010

Penyamaran di Giant.



Assalamualaikum..

Hari yang cerah, kami bertiga [ Perantis ] sampai ke bahagian Pix&Mix Giant [ Lokasi Cawangan dirahsiakan ]. Dari jauh kelihatan promoter yang dilantik oleh syarikat Mentor duduk di belakang kaca 'display' produk Yong Tau Foo.

Kami bertiga berdiri dihadapan kaca peragaan Yong Tau Foo tadi. Sengaja kami tidak memberitahu awal-awal kedatangan kami yang mahu membuat pantauan. Kakak promoter tu cuma memerhati. AZ dan SH [ nama singkatan ] melihat-lihat produk Yong Tau Foo.

"Nak yang mana?" Kakak Promoter tu menghulurkan pinggan tempat meletak YTF [ Yong Tau Foo ]

"Halal ke ni kak?" AZ sengaja menyoal. Kakak promoter tu hanya mengangguk, tanpa menjawab.

"Eh, mestilah halal dik, kilang dia orang Muslim punya ni" Makcik daripada kaunter lain menyampuk.

" Betul ke ni halal makcik? macam tak percaya je"
SH pula sengaja memprovok sambil mahu menguji.

" Betul la halal" Kakak promoter tu menjawab. Reaksi wajahnya seolah menjadi tegang. tiada langsung senyuman terukir.

" Beli la dik, sedap tu " Makcik A menjawab dari belakang Kaca 'display'. Saya memerhati, oh, ada dua orang makcik rupanya, seorang kakak promoter. Sorang makcik berkaca mata, sorang lagi makcik bertudung biru.

" Makcik yang mana satu sedap yea?" Saya menyampuk pula. Berlakon seolah pelanggan yang baru mahu mengenali makanan Yong Tau Foo ini.

" Semmmuuuuuaaa sedap" Makcik tudung Biru tunjuk jari 'Thumbs Up'. Saya Cuma senyum.
" Mana boleh semua sedap makcik, saya nak yang paling sedap antara semua" Saya cuba berlakon lagi, buat-buat bodoh tentang YTF.

" Ala, semua sedap dik, 'kompom'". Makcik tudung Biru menjawab jawapan yang sama juga. Kakak promoter tadi suah angkat kaki menuju ke kaunter lain dengan muka yang di gelar SH dan AZ Sebagai > 'Kerek' <. Sepatutnya kakak promoter yang dilantik oleh syarikat yang sepatutnya menjawab dan melayan semua persoalan tadi, tapi makcik ni pula yang ambil alih tugas nampaknya.

" Saya teringin nak beli la makcik, tapi saya ragu-ragu, betul ke Yong Tau Foo ni Halal?" SH menguji lagi.
"Kalau tak percaya dan ragu-ragu, tak payah beli " Agak kasar jawapan makcik berkaca mata menjawab dari belakang Kaca ' Display'. Saya tergamam sekejap.

" Makcik, takde tester ke?" AZ cuba-cuba berrtanya.
" Takde la dik, kami buat tester setiap hari Sabtu dan Ahad je, hari lain tak buat" Makcik tudung biru menjawab. Nada suara menjadi rendah dan seolah nampak cuak mahu melayan kami yang banyak kerenah, terpaksa pula menjawab soalan kami yan entah apa-apa.

" Kenapa buat tiap hari Sabtu dan Ahad je makcik?" Saya bertanya ingin tahu.
" Makcik pun tak tau, dah diorang suh buat hujung minggu, kami ikut sajalah." Makcik tudung biru menjawab.

Mata saya meliar mencari kelibat kakak promoter tadi, langsung dia hanya menjeling tajam ke arah kami daripada jauh. Saya pelik melihat gelagatnya.

" Takpe la kalau macam tu makcik, nanti kami beli kat kilang je" SH tiba-tiba bercakap seolah mahu membocorkan rahsia.

" Nanti tolong pesan kat kakak Promoter tu, kami daripada office Kilang Yong Tau Foo Hikmah ni, saja datang sini jalan-jalan" AZ berterus terang. Makcik tudung biru sedikit tergamam, Makcik Berkaca mata di sebalik kaca 'display' menunduk-nundukkan muka seolah cuba menyorokkan wajah di sebalik Kaca. Saya hanya buat selamba. Dalam hati hanya Allah saja yang tahu.

Kami sengaja menyoal soalan-soalan seperti di atas untuk menilai sejauh mana setiap promoter yang bertugas mampu memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan. Apatah lagi kepada pelanggan yang baru. Sepatutnya, kakak promoter tu perlu menjawab soalan-soalan tadi dengan sabar, dan jangan 'assumed' yang semua pelanggan tahu apa itu Yong tau Foo. Makcik tudung biru pula, sepatutnya perlu bersifat lebih membantu dan memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan. Memang la semuanya sedap, tapi apa yang terbaik untuk kita syorkan kepada pelanggan?

Teringat saya apabila ada 'new walk in customer' yang baru mahu mencuba-cuba merasa YTF ini, dia tanya kepada saya, produk mana satu yang sangat sedap dan perlu dicuba. Masa tu, saya belum pernah lagi membeli satupun produk Hikmah Yong Tau Foo, tapi saya terlibat dalam urusan mengambil order pelanggan tetap melalui telefon juga, apa yang saya jawab dengan 'customer' tadi adalah berdasarkan pesanan yang terbanyak dibuat oleh pelanggan tetap. Walaupun kita tidak tahu secara menyeluruh, jangan sesekali nampak kita tidak tahu langsung tentang produk yang kita jual. Petang, sebelum balik ke rumah, saya membeli beberapa jenis YTF Hikmah, untuk merasa sendiri yang mana satu yang paling 'best' antara yang lain, lepas ni bolehlah 'recommend' kat bakal pelanggan yang baru nak cuba-cuba merasa YTF ni.

Halal, sebaiknya makcik tadi meyakinkan kami yang produk mereka jual ini adalah Halal, tapi cara mereka menjawab soalan, sangat-sangat la keluar daripada rules in customer Satisfaction. Macam nak halau kami cepat-cepat je, ataupun secara simboliknya jawapan macam tu boleh diibaratkan macamni :

" Kalau taknak beli, 'blah' je la, banyak bunyi pula"

Hmm..camana yea kita nak yakinkan pelanggan bahawa produk kita terbaik, kalau pennjual tu sendiri seolah tidak yakin dengan kelebihan produk tu.

Poin Penting :

1- Kadang-kadang, tetapi selalunya, pelanggan bukanlah melihat secara total kelebihan produk kita, tetapi melihat diri kita. Maksudnya disini, kadang-kadang, walaupun barangan kita bukanlah yang setanding kualiti tinggi, tetapi pelanggan tu tetap akan beli juga jika kita membina satu hubungan yang positif dengan pelanggan tadi. Baik camana sekalipun produk tu, kalau layanan hancur, orang akan berfikir dua lima kali untuk membeli, namun ada juga yang langsung berubah hati tak nak beli produk tu. Tapi dalam keadaan yang lain, ada juga yang terpaksa juga beli, kerana tiada barang gantian atau tiada penjual yang lain menjual produk yang sama. Tapi saya berani 'bet' la, kalau tiba-tiba produk tu ada saingan, bersedialah untuk kehilangan pelanggan.

Sekadar perkongsian selama beberapa hari tidak sempat nak menulis di sini. Teringat pula saya, [ Dulu-dulu, sebelum memboikot ] saya suka minum kopi di Starbucks, Baru nak masuk je, sorang-sorang staff yang ada di Counter 'greet' pelanggan.
" Hello.." Sorang staff yang sedang mengisar kopi di sudut kaunter melemparkan senyuman lebar, melambai tangan dan mengucapkan Hello. Begitu juga yang lain. Saya agak tergamam pada waktu mula-mula mahu merasa kopi di situ. Tergamam kerana seorang demi seorang mengucapkan Hello, bersilih ganti pula sapaan tu, kalau ada 5 orang staff masa tu, kelima-limanya sekali akan menyapa saya.

Saya terfikir, tidakkah produk berjenama tempatan atau orang tempatan yang terlibat dalam sesuatu bisnes tu mencontohi nilai positif ini?
Selalu juga saya terfikir, Orang kita apabila menjual atau terpaksa menjual sesuatu produk, mereka sering merasakan itu bukanlah produk mereka, dan mereka hanyalah sekadar pekerja yang diupah, yang hujung bulannya mengutip gaji tetap. Laku atau tak produk tu, bukan hal mereka. STOP, sampai bilakah lagi mentaliti ini akan berubah? Salahkah jika kita memberikan lebih daripada apa yang syarikat mahukan? Tanya diri, Fikir Sendiri..


Sekian dulu, ceritera hari ini. Wassalam.

ijja1912, Gombak.

p/s ; Cerita di atas adalah garapan kisah sebenar tetapi telah diolah sedikit atas tertentu.

: Sebarang slanga bahasa pasar adalah disengajakan. Jangan ditiru untuk membuat karangan Bahasa Malaysia disekolah okeh.

Roger & Out..

Ahad, 24 Januari 2010

Eh, Gambar Apakah Ini?



Assalamualaikum..

Hujung Minggu..Cuti, cuma kesihatan agak terganggu, belum pasti lagi sama ada esok dapat menghadirkan diri di pejabat baru iluvislam.com. Hari tu encik presiden mesej, saya yang masa itu agak-agak sedikit ok menyatakan persetujuan. Kuasa Allah, Semalam kita sihat, hari ini belum tahu lagi, Hari ini kita mungkin masih hidup, siapa tahu pagi besok kita meninggal dalam tidur. Tiada siapa yang tahu apa yang akan jadi hari esok, sediakan saja persiapannya untuk menghadapi esok. Mudah-mudahan urusan dilapangkan dan dapat bersama-sama menjayakan mesyuarat selepas Zohor esok. Eh..apa kaitannya pula dengan gambar di atas kan. Okey 'stop' cerita tentang hari ini dan esok hari.

Hari ni tidak kemana-mana,hanya menyiapkan beberapa tugasan dirumah, sambil-sambil mengisi masa lapang melayari internet, saya terjumpa gambar diatas daripada satu laman Web. Brcampur baur pula perasaan bila tengok gambar tu. Nak marah pun ada, nak gelengkan kepala pun ada, kat situ ditulis > HALAL, siap ada nama HJ.Naguib lagi..isk-isk.. HALAL, Tapi ada pula kepala Bab1 atau sopannya > Khinzir < terdongak santai je atas meja tu.

Hmm, malas nak ulas ppanjang lebar-lebar, satu keping gambar di atas mungkin ada sejuta cerita disebaliknya. Apapun ianya terpulang dengan persepsi masing-masing. Mungkin juga peniaga diatas pinjam meja tu, atau terlupa nak cabut papan tanda HALAL tu, atau mungkin juga pelbagai yang mungkin-mungkin..

Ni lagi satu gambar kat bawah..Alahai..ada pula 50% HALAL. Sangat mengelirukan, apatah lagi jika seseorang yang kurang dalam pemahamannya tentang sesuatu hukum terbaca perkataan itu, mesti akan terfikir untuk membeli juga kerana merasakan ianya masih HALAL walaupun cuma 50%.



Sedangkan mana ada setengah-setengah atau 70% Halal dalam sesuatu hukum. Yang baik tidak mungkin akan bercampur yang buruk, tidak akan sama sesuatu yang dikatakan baik dengan sesuatu yang buruk. Contohnya macam produk mee segera diatas, mana mungkin ada 50% Halal, jika dah terang-terang guna bahan yang haram , ia tetap jatuh Haram 100% dan 0% Halal.

Adakah pengilang atau pengeluar makanan ini berfikir dengan fikiran tersebut. Mungkin itulah kejadiannya bila sesuatu hukum atau yang sudahpun ditetapkan keadaannya dalam agama di akali dengan batasan pemikiran manusia yang sangat terbatas. Rosak Hukum, cacat keindahannya. Mana mungkin manusia mampu melawan hukum Allah yang sudah sempurna.

Wallahua'lam..

Asyik bercerita tentang makanan. Mungkin ada yang tidak kisah soal makanan, tapi sedarkah kita, Makanan punca segalanya bagi sesorang mukmin, rosak punca makanan / rezeki, maka akan mempengaruhi akhlak dan pemikiran seseorang, yang daripada kerosakan tadi, akan melarat kepada kerosakan yang lain.

Ha..sebelum makan, jangan lupa 'check' pada label, tengok daripada syarikat mana, ada logo Halal ke takde.. logo tu pula mestilah yang ikeluarkan oleh JAKIM, JAIN,Atau MAIN. nak senang lagi, periksa melalui hp, Caranya :

Taip HALAL [nombor kod bar], Send > 32728 .

Contoh : halal [ 9551234567891], 'send' ke 32728.

Dalam tempoh yang singkat, anda akan menerima jawapan daripada Hub Halal JAKIM mengenai status semakan anda.

Sekiranya maklumat tersebut masih sah, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Sah
Sekiranya maklumat tersebut sudah tamat tempoh, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Tamat Tempoh
Sekiranya maklumat tersebut tiada di Hub Halal JAKIM, jawapan yang akan diterima ialah Tiada Dalam Senarai

Sekiranya ada didepan komputer masing-masing dan ada sambungan kepada internet, bolehlah menyemak status makanan / minuman melalui link : INI

Tapi kalau nampak makanan-makanan macam gambar kat atas tu, tak payah dah nak semak-semak, memang dah terang-terang hukumnya kan. ;D

Sekian dulu perkongsian Hari ini, Hari lain kita kongsikan lagi pengetahuan semasa, selagi masih diizinkan. Selamat makan-makan, Carilah makanan yang halal lagi berkhasiat, agar mudah untuk kita lakukan amalan, kebaikan, dan ibadat. Makan juga sebahagian daripada ibadah, jadi, pilihlah yang terbaik.

Wassalam.

sumber : link Halaljakim.gov.my

Rabu, 20 Januari 2010

Sepagi Bersama Usahawan 'Bumi''putera'



Assalamualaikum..

"Ijja, datang kilang tak hari ni?" Razak awal-awal pagi semalam sudahpun menelefon.
"InsyaAllah datang.." Sambil terbatuk-batuk sy menjawab.
"En.syed tukar plan, dia nak Razak 'ngan' Ijja Pi MIDA esok,demam dah ok ke?"
"Ok sikt dari yang sebelum ni" Sambil terbatuk lagi saya menjawab.
"Confirm yea ijja p? kita gerak kul 8.00 pagi besok"
"InsyaAllah, ijja datang awal besok"

19/01/10, Selasa, 8.00pagi..

Jam7.54pagi, saya sudahpun sampai di kilang Hikmah Food. Menantikan kereta sampai, tepat-tepat saja pukul 8.34pagi, kami bergegas ke MIDA [Malaysian Industrial Dev.Authority] , Seminar & Dialog bermula pukul 9.00 pagi, tingkat 13. Tidak sempat bersarapan pagi, perut mula berbunyi-bunyi..

Masuk saja ke 'hall' MIDA, Saya dan Razak agak tergamam, Kecanggungan mula terasa, bukan sebab tak pernah masuk dewan, tapi bila melihat deretan nama kat atas meja tu.
"Kita tak silap tempat ke ni Razak?" Saya tanya soalan bonus.
"Dok eih, betul la tempat ni" Razak mendahului masuk ke dalam.Saya mengekori dari belakang, semua mata agak tertumpu ke arah kami. Saya buat-buat tenang, Razak juga begitu, orang-orang yang ada di dalam, semuanya 'semat' belaka..hihi..berkemeja, bertali leher, ada juga yang ber kot mewah, bertali leher, yang wanita juga sama. Saya hanya berbaju 'simple' cukup syarat nak ke majlis rasmi, Razak juga begitu, cukup hanya berkemeja jalur-jalur berwarna 'maroon'.



Setelah mendapat tempat duduk, kami terus duduk. Razak yang sememangnya belum bersarapan terus menuang kopi ke cawan. Ramai juga yang saya lihat sedang bersarapan. Saya agak kekok dengan suasana begini, mujur saja diri mudah ditenangkan. Kerusi di sebelah saya di duduki oleh puan pegawai bahagian Pembangunan usahawan di PUNB..Wah, lepasni boleh tanyakan beliau tentang insentif untuk usahawan bumiputera.. ;D

Antara CEO-CEO syarikat yang hadir,Superbest Power [M] Sdn.Bhd, AJ Foods, Al-Fikrah, jcvsChocolate, Pizza Pah, Banyak lagi tauke-tauke IKS yang sudah ada nama hadir di seminar dan Dialog ini. Majlis di rasmikan pada pukul 9.30 pagi, di rasmikan oleh Dato' Wahab, pengarah kanan MIDA II, yang sudah berpengalaman luas dalam MIDA. Walaupun agak kurang faham tentang Isu yang cuba dibincangkan, saya cuba untuk mencatat serba sedikit 'terms' yang di gunakan dalam seminar ini, later on saya akan cuba tanyakan mentor tentang maksud terms tersebut. Seminar dan Dialog berlanjutan kepada masalah-masalah usahawan bumiputera, masalah yang sedang dihadapi, inisiatif kepada solusi masalah, dan sebagainya. Menariknya, banyak ilmu yang bertambah dalam kantung pelajaran saya untuk pagi ini sahaja. Sehabis dialog, kami bertukar-tukar kad nama, dan bersiap untuk ke majis makan tengahari bersama usahawan yang lain.

Duduk semeja dengan tauke kilang Mayonis, kilang coklat, dan kilang Roti, terasa sedikit kami ini agak kecil bila duduk disebelah, tapi Tauke-tauke tadi sangat rilek, tidak sombong, sudi pula memberikan tips-tips untuk digunakan dalam perniagaan, Sambil membuat round table, kami berkenal-kenalan, Bila tauke-tauke tadi tau saja kami daripada Hikmah Food, mereka terus tersenyum, dan mengatakan "Mentor kamu tu kawan baik kami, memang link juga dengan bisnes kami"

Sambil bertanyakan plan bisnes kami di masa depan, tidak putus kata-kata semangat dan dorongan yang mereka kongsikan buat kami. Terasa sangat berharga kutipan pengalaman mereka, bukan setahun dua mereka berbisnes, ada yang sudahpun menjangkau 16 tahun, dari sekecil-kecil pengalaman, hinggalah yang besar-besar, saya tekuni tiap pelajaran teori secara tidak langsung daripada mereka.

'Betul lah, industri dalam Malaysia ini sangat kecil, pasti akan jumpa juga bila ke mana-mana,' Teringat saya En.Syed mengatakan begitu kepada saya, sewaktu mula-mula melapor diri di syarikat beliau.

Sehabis makan dan bersalam-salaman, saya dan Razak bertolak pulang ke Kilang. Lepas ini ada tanggungjawab lain yang sedang menunggu..

Pelajaran hari ini:

- Dalam bisnes galakkan perhubungan yang sihat dan baik dengan usahawan yang lain.
- Elakkan jatuh menjatuhkan pesaing.
- Be Prepared, sentiasa sediakan diri untuk melihat peluang-peluang baru, kerana setiap hari, jam, saat, minit, Peluang baru sentiasa muncul, so nampak peluang tu, rebut dan buatlah yang terbaik. Siapa tahu, peluang itu bakal merubah kehidupan kita di masa depan..

Satu Hari, Kutip Satu pelajaran, Satu Hari, Satu Anjakan Perubahan, Satu hari Dalam hari ini, bakal merubah hari kita yang ada di hadapan..
Teruskan Momentum Diri.. teruskan bermotivasi..


Wassalam..

ijja,Gombak..

Selasa, 19 Januari 2010

Rokok - "Aku Memang Nak Berhenti"



Assalamualaikum..

“Aku memang nak berenti merokok ni, tapi ..memang susah..aku tak suka sebenarnya asyik nak membakar duit ni je, tapi tak tahu lah, macamana lagi caranya aku nak berhenti ni..ni la gatal sangat nak cuba-cuba zaman sekolah dulu, sekarangni, dah susah nak patah balik”

Jumaat lepas, 15 Januari 2010, luahan bernada keluhan yang keluar dari mulut seorang sahabat masih segar terakam di gegendang telinga. Saya hanya diam mendengar setia keluhan-keluhan sahabat yang dah terjerumus ke lembah rokok ni.

Pagi, Jumaat, sebelum menanti kedatangan En.Syed untuk memulakan mesyuarat, saya, Razak, Shah, dan Aizat [ Newbie Perantis, lapor diri hari ini ] bersarapan bersama-sama di O.K Katering, kanopi warna Kuning, hanya beberapa langkah saja daripada Jalan belakang Kilang Hikmah Food.

Nasi lemak, telur dadar, kuah sambal sotong, dan secawan teh ais jadi pilihan buat sarapan saya pagi ini. Aizat pula cukup dengan ‘tapau’ yang dibawanya dari rumah, baru saya tahu, Aizat minat memasak, ayahnya pemilik restoran [ Dan saya awal-awal lagi dah mintak kongsi2 resepi yang best..] Razak dan Shah cukup dengan kuih-muih sebagai santapan awal pagi. Razak, memang sukakan kuih-muih, saya pernah berseloroh dengannya bulan lepas waktu kami buat ‘sales&Marketing’,

“Razak memang suka makan kuih je yea kalau sarapan?”

“Ha’ah, ada kuih pun dah cukup”

“Hah, lepas ni kenalah cari calon isteri yang terrer buat kuih”

”Huih, mesti la..hari-hari makan kuih pun takpa” sambil tersengih dia menjawab
Tersenyum saya dengar pengakuan ikhlasnya. [ Sesiapa yang merasakan diri tereer buat dan masak kuih, hantar resume kat saya okeh! ^^ Sempat lagi ’promote’ ]

Sebaik saja masing-masing menghabiskan sarapan pagi, kami hanya berbual-bual, berkongsi idea tentang ’planning’ masa depan, Shah dan Aizat mula mengeluarkan Rokok dari kotak rokok. [ Saya tahu kebanyakkan perokok gemar merokok sehabis makan, inilah waktu yang sangat ’feel’ buat korang kan? ^^,]

”Razak tak merokok yea?” Aizat soal Razak yang hanya memerhatikan mereka sejak mula menyalakan mancis tadi. Razak gelengkan kepala.

”Memang tak pernah merokok pun dari zaman belajar dulu-dulu lagi, tak tau lah, tapi memang tak boleh dan tak ” Sambil menjawab, Kotak rokok dicapai, dan dibelek-belek.
Semua tahu kan kotak rokok sekarangni dah ada amaran bergambar? Gambar tu la yang Razak perhatikan sambil dahi berkerut-kerut.


”Aku dah lama sebenarnya nak berhenti merokok ni, tapi susah, jadi aku start slow kan pembelian rokok, kalau dari 4 kotak sehari aku kurangkan sekotak demi sekotak, sampailah hari ni kotak yang ni dah 2 minggu baru habis, dan ini rokok yang terakhir dalam kotak ni” Aizat mencelah.



”Oh gambar kotak kita sama, gambar baby..” Sambil ketawa Shah menyedut asap rokoknya.
”Ko pun akan ambil gambar babY jugak yea?” Aizat mengangkat kening.
”Ha’ah, aku kalau beli rokok ni, aku akan pilih gambar baby je, taknak la gambar mulut ke, kaki ke, usus, paru-paru ke..geli la tengok” Shah menerangkan. Saya dan Razak mula faham isu apa yang akan bermain dikepala setiap perokok selepas melihat amaran bergambar disetiap kotak rokok.

”Kiranya, korang takde selera la ni nak merokok bila tengok gambar-gambar tu?” Saya mula mengikuti isu mereka.
”Entahlah, rasa macam geli lah tengok gambar kaki-kaki, mulut-mulut orang kat gambar tu, kalau gambar baby ni, ok sikit, nampak ok je..” Shah tersenyum sambil mengembuskan asap rokok ke udara.
”Boleh pula yea main pilih-pilih gambar..” Razak mencelah lagi sambil tersenyum.
”Nanti dah habis gambar baby, terpaksa la ambil gambar mana yang tinggal je yea?” Saya pula mencelah.
Shah dan Aizat berpandangan saja sambil ukir senyum.



”Aku memang niat nak berhenti ni, kalau aku dengan bapak aku jalan sekali aku nampak lagi tua daripada bapa aku, sebab bapa aku tak merokok. Tu yang aku agak menyesal bila ingat balik kenapalah aku gatal sangat nak cuba-cuba isap rokok ni time sekolah dulu, kang nak berenti susah, skangni duit pun asik terbazir je sebab beli rokok” Aizat meluahkan kekesalannya.

” Takpe, yang penting kalau korang betul-betul berazam, mesti bolehnye nak berhenti, balik kat diri korang je, nak stop ataupun tidak, kemahuan tu kuat atau tidak.” tanpa sedar saya seolah memberikan ceramah motivasi pula.^^

”Apa lagi tips nak berhenti merokok ni yea?” Shah meminta pendapat kami yang tak merokok..

- Korang ada tips camana nak berhenti merokok? Tips yang korang memang pernah cuba dan berkesan, apatah lagi jika korang memang EX-Perokok yang tegar tapi dah berjaya berhenti daripada tabiat ini, kalau saya yang nak bagi tips ni agak plastik pula, sebab mesti saya akan research kat internet cari tips-tips kan? Selain yang dah ada ni, ada lagi tips terbaru korang?- kalau ada, Feel Free to Comment.. Lot Of Thanks..^_^

P/S: semua nama yang terlibat hanyalah nama samaran. ^^,


ijja1912,Gombak, Sel..

Isnin, 18 Januari 2010

Antara dua pakcik Teksi.

Assalamualaikum..



Selesai saja kursus RP di Residence Hotel, Bangi, saya bergegas ke KL Sentral bersama kak Yanni. Mulanya saya fikir kak Yanni nak naik teksi terus ke Stesen LRT Putra, rupa-rupanya missed Communication, yang betulnya kak Yanni nak naik bas daripada Stesen Bas Putra, KL, hmm, dah terlambat nak explain semula kat dia, mahu tidak mahu, kupon tiket teksi dah dibeli dikaunter Teksi, RM13.00 Dikenakan daripada KL Sentral ke Stesen Bas Hentian Putra, KL. Simpati pula jika nak tinggalkan kak Yanni sendiri dengan beg depan belakangnya yang nampak dan memang berat pun, saya kira. Selamat saja Kak Yanni menaiki Bas menuju ke Kuantan, Pahang, saya pula agak termangu di tepi jalan mencongak sendiri, mahu naik teksi atau kembali ke KL Sentral?

Beg sandang hampir 3KG lebih, beg dibahu kanan dekat-dekat 2KG, beg plastik digenggaman tangan, hampir ke angka Sekilo. Mahu berpatah balik, sekejap lagi Maghrib bakal menutupi langit yang cerah. Saya berfikir-fikir.

"Naik teksi atau lrt?"
Kepala terasa berat, pandangan seakan kabur, belum ditambah lagi dengan lenguh tulang belakang dan bahu yang rasanya seakan mahu patah, Badan seolah sangat terdesak mahu cepat-cepat menagih hutang rehatnya dengan aman. Sedang saya mencongak-congak sendiri,

"Teksi Dik, Nak balik mana ni?" Seorang brother teksi menegurku sambil puntung rokok yang berasap tersepit dibelahan jari telunjuk dan jari tengahnya. Beberapa butang bajunya tidak dikancing kemas.

"Errr, ha'ah, nak balik."Agak canggung saya menjawab, tambahan pula ini kali pertama saya mengambil teksi daripada hentian ini. Pelbagai persoalan bermain di minda, tambang, dan paling penting hati saya terdetik, 'Boleh percaya ke brader teksi ni?'
Entah kenapa gerak hati saya terdetik sebegitu.

"Balik Mana dik?" Brader teksi menyoal kali kedua, menyedut asap rokoknya, khayal.
"Taman Sri Gombak, Boleh?" spontan saya menjawab, jujur. Brader tu angguk-anggukkan kepala.

"Berapa Tambang pergi sana, pakcik?" Spontan juga saya bertanya, berkira-kira tentang bajet untuk tambang.

"35.00 Ringgit? boleh?" Brader bercermin mata hitam itu menjawab spontan.
"35.00 Ringgit? mahalnya pakcik..selalu saya naik teksi takde la tambang banyak tu.." Saya tiba-tiba menjawab jawapan yang di dalamnya soalan berstrategi. Saya tidak mahu menjadi mangsa ketamakkan pemandu teksi yang 'selfish'..

"Biasanya adik naik berapa bayar?"
"Tak sampai RM35.00 pun, selalu dalam RM20.00 je tak pun tak sampai pun RM20.00"
"Dah petang dah ni Dik, jalan raya jem, lagipun teksi guna meter ni" Dia membalas sambil menghembuskan asap rokoknya ke udara. Saya cuma diam. Dalam hati terasa berat sangat nak naik teksi dia ni. Melihat saya hanya diam, tiba-tiba dia berkata dengan saya,
"Ok lah Dik, RM30.00 la..bleh?"
"Sekejap yea pakcik" Saya diam saja, sambil menimbang-nimbang rasional tambang sebanyak tu dengan jarak rumah saya yang tak sejauh mana kalau diikutkan. Sedang saya menimbang tara, Sebuah teksi betul-betul berhenti di depan saya. Saya terus bertanya pakcik teksi tu,



"Assalamualaikum Pakcik, pi Tmn.Sri Gombak Berapa yea?"
" Wa'alaikumussalam, tak berani nak kata la dik, sebab kita guna meter" Pakcik tu menjawab dengan nada yang lebih saya yakini, dan kedengarannya lebih jujur berbanding pakcik yang pertama tadi. Tanpa fikir panjang, saya terus masuk ke dalam pakcik teksi yang kedua. Dari jauh saya kesani muka tak puas hati pakcik teksi yang pertama.

"Berapa dia minta dik?" pakcik teksi kedua, pakcik Saiffuddin namanya menyoalku.

"RM30.00, Pakcik. Kalau ikut pengalaman pakcik la, selama pakcik bawak teksi hantar orang ke Gombak, sampai tak RM30.00? "saya menjawab yang dalam jawapanku pasti ada soalan terselit sama.

" Susah juga nak kata dik, sebab kadang-kadang 'jammed', tapi biasanya tak adalah sampai banyak tu tambang, apa-apapun sampai nanti kita tengok berapa kena kat meter ni." Pakcik Saiffuddin jawab tenang.

Sepanjang perjalanan banyak cerita dan soalan yang saya tanyakan kepada pakcik Saiffuddin. Ada saja soalan berkaitan prosedur membawa teksi yang saya tanyakan. Mujur juga pakcik Saiffuddin ni rajin dan suka bercerita dengan saya. Hasilnya hampir banyak ilmu yang saya kutip dalam sehari, walaupun mungkin tidak secara terperinci tentang 'teksi' ,namun sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan Am dalam kehidupan.

Sampai saja depan pagar rumah, Azan Maghrib berkumandang menandakan tepat-tepat waktunya tiba. Sayup, sayu, mendamaikan dan begitu menggamit perasaan.

"RM15.30 Dik" Pakcik teksi memaklumkan. Dengan segera saya keluarkan dua keping not berwarna Merah, bertukar tangan dan bakinya biar saja pakcik Saiffudin Simpan. Kejujurannya membuat saya senang dan dia sepatutnya mendapat lebih daripada nilai yang asal.

Sebaik salam diluangkan, saya terus ke kamar tidur, menunaikan Maghrib yang dengan hakNYA, merehatkan badan,dan mental yang sudah seminggu belum dilangsaikan hutang rehatnya.

Sudahnya, saya demam masuk hari yang ketiga hari ini. Doakan saya cepat sembuh. Demam ini benar-benar menguji kekuatan.

Wassalam,
ijja1912, Gombak..
..

Ahad, 17 Januari 2010

Kursus Kawen + Kursus Bisnes


> gambaran suasana semasa Kursus <


> Kafe yang bleh dikatakan Orait <

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, selepas membuat-buat rajin, berhempas pulas melawan godaan malas yang semakin beraja didalam diri, usailah sudah 2 hari kursus kahwin bertempat di Al-shahir Management, presint 16, Putrajaya, tamat sahaja kursus, saya bergegas pula ke Hotel Residence, Dekat-dekat dengan UNITEN, Bangi, Selangor.

Banyak info dan ilmu yang disegarkan semula selepas mengikuti kursus kahwin selama 2hari di Alshahir Management ni. Nak Promo jap, klik kat link ni kalau sahabat semua berhajat nak amik kursus ni kat SINI , dan blehlah daftar online / thru sms.. yuran macam biasa, RM80.00, 2hari, makan disediakan, surau ada, slain daripada tu, al-shahir gak sy rasa, membuat services berkonsep under 1 Roof..lebih lanjut info, just klik link tadi okeh.

"Bila nak kawen ijja? dengan sapa bakal suami?"

Tersenyum paksa je saya dengar soalan camni, Saya tak fikir pulak kita patut amik kursus kawen hari ni sebab nak kahwin esok kan? sy rasa lebih baik kita siap sedia awal-awal sebelum kelam kabut menuju ke gerbang perkahwinan tu. Nanti takderla di ibaratkan payung tak ready sebelum hujan, so tak salah jika kita siap2kan payung, siap2kan perahu, dan hanya menanti hujan di langit.. Selain daripada tu, just info, akan datang kursus kawen akan di anjak dari 2 hari ke seminggu, dan kemungkinan besar yuran juga akan naik. [ Ura-ura ]
Sebab yang lain pula, sy just terfikir kalau la dilengah-lengahkan, risau tak dapat approval cuti untuk seminggu next time.

Untuk warga selangor, Mas kahwin dah naik ke RM300, takder lagi istilah janda or dara dalam borang tu, lagi satu, stiap hantaran/jumlah nilai hantaran akan dimasukkan sekali dalam borang tu nanti/wang hantaran.

Ceramah disampaikan oleh ustaz + ustazah yang bertauliah, dan sangat memberikan jawapan yang trus difahami bila diajukan soklan.

Ok setel sharing ttg kursus kawen, ni kisah kursus Rancangan Perniagaan bersama PUNB pula, Isnin Pagi trus bergegas ke Hotel Residence Bangi. Termengah-mengah membawa beban beg yang sarat dalam lebih kurang 3.5KG kat blakang, 1.5KG di sebelah bahu kanan, nasib baik ada Hamba Allah yang sudi mengangkat beban tu sedikit..Tengkiu2..



4hari 3Malam, kursus yang hapenning, dan banyak ilmu lagi dapat ditadah dari sini, tambah lagi fasi yang sangat Cool, santai, tegas, menambahkan lagi happening ni. Dedicated for, Bro Alang, Riz, Shahril, From Career.excell..banyak sangat pelajaran dari korang. Teringat kata-kata Alang :

"Anggaplah kursus 4hari ni, seolah kamu berada dalam kdai pakaian, selagi kamu tak ambil dan rasa, selagi tu kamu takkan tahu kualiti setiap pakaian tu," maksud dia, selagi kita menganggap kursus ni adalah kursus, selagi tu lah perubahan yang kita buat selepas atau semasa kursus takkan berkekalan sebab kita tak pernah tau apa kebaikkannya pada kita. Alang tambah lagi :

"So kami takkan paksa kamu semua untuk ikut atau ambil setiap apa yg kami bagi, sebab kamu yang berhak tentukan kamu nak atau tidak baju tu, tapi setiap apa yang kamu buat akan ada akibat dalam kehidupan kamu"

Ouuh..Paling penting masa kursus ni, Alang sgt2 sensitif ttg soal punctual, satu kes kami just lambat 3 minit, hampir 48minit kami disuruh muhasabah why we are late? huh..

"Apa yang penting..Kerjasama, Wonderpets pun tau moral yang ni, tapi kita manusia yang ada akal camne lak?" Ok stop crita yang kedua. next time leh sambung lagi.

Cerita 3, Intro pengenalan, adalah mengenai Ciri2 Usahawan Dalam Islam.. Of course, setiap usahawan perlulah mensasarkan perniagaannya bukan hanya untuk keuntungan dunia semata-mata, tetapi adalah untuk mencapai kekayaan + kejayaan diakhirat sana..

Hari ketiga, maisng-masing diminta siapkan Rancangan Perniagaan yang basic, sbb hari keempat, setiap perantis akan buat presentation as individual. Ingat lagi tak tido hingga pukul 4pagi semata-mata nak siapkan RP [ Rancangan Perniagaan ]ni, tertidur depan laptop, dan pagi tak sarapan. ;D

'Sharing' beberapa picture semasa kursus :


- Kak ella, kak yanni, Me, Aslam, & Fendi -


- Aril, k.Yani.k.ella.Me, n fendi -



View bilik yang best dan mendamaikan..btul2 nampak masjid UNITEN, berbumbung biru.. Room 235, [Bilik yang bizi dipromote oleh kak ella coz kami dapat bilik yang luas daripada bilik2 yg lain, biasalah corner n paling hujung, biasanya orang yang nak beli rumah mesti akan pilih yang corner, sbb halaman dapat extra, btol tak? ]

View dari tingkap bilik :


- Sempat g snap picture semasa berjalan di pagi buta bersama Raiyan, kak Ella, me, azrul, and Shahril -





- Sebahagian perantis Punb yang dah complete kan misi..Next > Siapkan Rp, be ready to be an entrepreneur.. ^^,


Akhir kursus, sy bergerak pulang menuju ke stesen bas Putra, menemani kak yani yang nak balik ke Kuantan..All The Best Kak.. ouh..Baru teringat satu insiden di mana sy hampir2 tertipu dengan sorang abg Teksi ni..ok nanti kita sambung cerita okeh.. C u Guys..

All The Best, Wassalam,
- Gombak, Bt.Caves -

Khamis, 7 Januari 2010

_Sekitar kisah Dekat2 dua bulaN_




Assalamualaikum..

Lama butul nda' 'update' apa2 lam blog ni. Pejam Celik, celik pejam mata, tggal lagi sebulan lebih jak akan bergelar as Siswazah Perantis PUNB.. iKutkan spatutnya hands on ni slama satu tahun. Tapi minta pendekkan kursus, tapi apapun kputusan pasni, wait n see bak urang putih bilang.. Hari tu bincang2 ngan [ Tn.Syed ], dia plan mau sambung g kontrak sa hands on under dia. Nda' juga menolak if rezeki utk trus menadah ilmu dari dia still Allah izinkan..Honestly..he is the best Entrepreneur yg terbaik.. nda' kdekut ilmu,Tn.Syed jugak seorang usahawan yang tahu + mahir dalam bidang dia. Cthnya sa pernah tanya dia camana kualiti fishball tu di nilai, dia bleh trangkan detail sampai ke akar2 dia, mean dia mmg arif layer by layer stiap apa yg kita akan tanya. Sebab tu jugak la, bila dah duk semeja ngan dia atau ada papa meeting, sa nda' akan lepaskan peluang untuk tnya macam2 soalan..[Haahahaha..nda' tau la kalau dia boring layan soalan sa ni ] dan kadang2 but selalunya juga sa akan tanya soalan2 yang agak cam soalan bodoh la kalau urang dengar, tapi sa nda' kisah pun apa urang mau judge atau persepsi dorang pasal soalan yang sa tanya tu, yang penting, apa yang sa nda' paham tu sa dapat paham dengan lebih paham g.. setakat tau, belum memadai bagi sa, yg pnting tu kefahaman sa ttg sesuatu perkara tu.. [Bersyukur sebab Tn.Syed jenis yang akan bagi penerangan sampai kita btul2 faham..Thanx Tuan.. ^^]

Baru jak mau masuk 2 bulan di sini, Alhamdulillah semuanya ok.. Staff very nice.. [Thanx to kak Wan= Mek kelate^^ kdg2 tercakap jugakla lam bahasa kelate skit2]^^ .. Kak Wan yang Tegas, tapi bleh berkompromi, sgt banyak ilmu yg bliau curahkan..[Tak lupa dgn sponsor majlis birthday sa hari tu,19Dec]n sure, pasti sa akan rindu smua nih..

Sedih sbnarnya kalau ditakdirkan akan tggalkan Company ni, cz walaupun kilang ni agak sempoi mempoi, tapi apa yang sa dapat dari sini, sangat2 bnyak, n kalaulah duit sbgai ukuran, mimang nda' bulih bayar punya..Duit akan habis, tapi ilmu nda akan habiskan duit melainkan semakin akan bertambah..

Huh, apa sa melalut hari ni ah? mesti urang yang baca blog sa ni cam paning2 jak baca kan? ni kali sa mau guna loghat jargon bahasa melayu juga ni, tapi dialek, ejaan dalam slanga sabah. hehe, nda' tau la kan kalau kamu faham atau nda'..apapun nanti tinguk la di kamus mini bawah ni nnt..^^

skarang ni tgah arrange balik schedule untuk aktiviti iluvislam.com [Design di Testi yg semakin jarang2 + Kurang istiqamah ,Di inspirasi Team yang belum g sa hantar apa2 design..Hukhukhuk..], Arrange masa untuk run juga bizz via o9, untuk update blog ni, dan tugasan paling prior skali wat masa ni siapkan rancangan perniagaan untuk present depan mentor n pastu p punb dalam masa terdekat ni. doakan kejayaan sa aaahh kawan2..^^

Disiplin, passion, creativity, preparation, motivation sangat sa titik beratkan masa ni, satu perubahan ketara semenjak dibawah pimpinan tn.Syed, skarangni sa akan siapkan keja on time. kalau hari ni mau, hari gak sa mesti n akan siapkan juga by hook o by crook..Kalau dulu..huh..sgt2 susa tul mau ubah habit yg satu ni..tggu bsok2..bsok.. cam kompom jak bsok pun kita still idup kan.. hohoh..

Banyaknya lagi mau share ni, sampai nda' tersusun sudah ni mau crita yg mana dulu..

hmm..mata dah lekit2, kelip pun rasa kelat2, nampaknya sampai sini dulu la taipan ku kali ni..sekadar coretan suka suki dalam ruang masa yang sgt limited edition..

Wassalam, jumpa g bsok..tmpat biasa, link biasa..Chow dulu..lambai2 ;D

-Tmn.Sri Gombak, Bt.Caves -

Mini Kamus :

Sa > Saya
Jak > Je
Nda' > Tidak / tak
urang > Orang
Bulih > Boleh
Mimang > memang..

Apa lagi ha? mana yg nda' paham tu bulih la tanya di sini jak nnt okeh..

P/S : Isi blog ini sengaja di tulis dalam singkatan perkataan ala2 taipan lam sms.. sebarang undang2 tatabahasa, huruf besar dan kecil juga adalah disengajakan. Jangan TIRU cara ini, kerana kalau di tiru.. kompom lam UPSR pun mesti akan failed.

Selasa, 5 Januari 2010

Jom Pekena Yong Tau Foo Hikmah^^



Assalamualaikum..

Kali ni tak nak crita panjang-panjang..Just nak inform kepada semua yang berminat nak membeli atau memborong produk yong tau foo [HALAL & Keluaran Bumiputera Melayu dan Muslim ] Feel free to contact me..

Butiran lanjut tentang Yong Tau Foo ni.. blehlah klik link INI

Semenjak berpindah mentor dari Kajang ke Gombak.. Hati rasa lebih lapang dan Sgt2 Bersyukur berpeluang menadah ilmu daripada seorang Mentor yang selayaknya ku angkat sebagai Mentor dalam bidang perniagaan. Lot Of thanks Tn.Syed Abdullah Syed Hassani, pengalaman beliau sy jadikan sebagai motivasi dan guide dalam satu perjalanan yang belum tahu cabarannya..

Sedikit Perkongsian, Kata-kata motivasi beliau ;

" Umpama Larian Marathon, Perlahan..tapi tidak pernah Berhenti & Mengalah "

Maksudnya, apapun yang kita lakukan perlulah ada sikap Istiqamah..^^

~ Dibalik satu kesedihan, pasti Allah ada sebabnya sendiri untuk kita, Moga2 hati kita sentiasa celik dalam mengambil hikmah "

Wassalam, Gombak..

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...