Khamis, 23 Julai 2009

' B o H o N g '



"kak akak ade katne skangni?" 'Handphone' disisi saya terpapar no telefon yang tidak saya kenali.. Saya gosok mata, membulatkan mata membaca pesanan ringkas pada skrin telefon. 1:30 Pagi. Saya sedikit hairan, 'siapa pulak mesej pagi-pagi ni?'
Baru saja berniat nak telefon si pengirim 'sms', tup-tup dia telefon dulu.

"Kak Ijja" Suara tu terus menyapa dalam nada mesra. saya cuba mengamati. Suara siapa yea? Terdengar si pemanggil ketawa mesra juga.
'oowwhh, macam kenal, alhamdulillah ingatan saya masih okey'
" Assalamualaikum..heii..Z** [ Nama di rahsiakan ] lama tak dengar cerita, sihat tak ni?" Terus ceria nada suara saya, apa tak nya, seorang sahabat lama merangkap junior masa study dulu menghubungi saya semula selepas dua tahun? miracle..tapi bersyukur juga..masih dapat menyambungkan tali silaturrahim yang seakan-akan mahu terlerai.

"Akak katne ni, rindunyer kak..dah lama cari nombor akk, mujur jumpa di facebook!"
Saya hanya tersenyum. Bertukar-tukar cerita sekejap.

" Kak Ijja.." Nada suara ex-jr saya sedikit datar, seolah ada 'something'yang tidak terluahkan.
"Kak Ijja..Z** ade 'big problem ni' akak 'free' tak sekarang ni?"
"Err, da nak tido tadi, tapi kalau big sangat2 probs ni, akk online jap, kita 'share' via ym? boleh? " Saya mencadangkan. Kantuk yang masih bersisa tadi bubar entah ke mana, perasaan simpati dan ingin tahu memagut tangkai hati. Nak teruskan tidur boleh saja, tapi, tak sanggup pula rasanya nak biarkan ex-jr saya ni terkontang kanting sendirian.
Sambil menunggu di depan pc, saya sempat tertidur..rupanya z** tak dapat nak online. Dia nak share via sms saja. Owhh..ok2..

Selepas membaca dengan teliti 'big problem' yang dia hadapi, rupanya begini al-kisahnya >>

Dia kenal dengan seorang rakan chatting ni [ biar saya gelarkan dia F sahaja ], sejak tahun 2005, dan hubungan mereka berlanjutan hingga tahun ini. Ex-jr saya ni perempuan, si F juga adalah perempuan, niat ex-jr saya ni pada mulanya hanya mahu bergurau. [ dalam chatting di ym ni, ex-jr sy menyamar sebagai lelaki ] dan si F pula bulat-bulat dah percayakan si Ex-jr ni adalah lelaki. Bermulala episod diorang bergelar 'loving couple' di alam maya. Pernah juga si F nak jumpa dengan ex-jr ni, dan si ex-jr meminta jasa baik seorang rakan sekelas lelaki untuk menyamar bagi pihak dirinya untuk berjumpa dengan si F. Sudah la pulak si F ni siap bawa parent dia untuk bertemu dengan si Penyamar tadi.. [ Iskk pulak dahh ]

>> Al-kisah seterusnya pada tahun ini, secara kebetulan si F ni menuntut pula di IPTA yang sama dengan ex-jr saya dan si penyamar tadi. Kebetulan si Penyamar terserempak dengan Si F, si F terusla sembang dengan dia. Si penyamar pula dah kalut tak tau nak buat apa..
selepas insiden tu, si penyamar ni jumpa dengan ex-jr saya, bagitau pasal ni, dan mahu menarik diri dengan penyamaran ini, dan minta ex-jr saya berterus terang dengan si F, kalau tidak si penyamar akan bagitau sendiri kat si F. [ dapat tangkap kan? ]
Mau tak mau, si Ex-jr ni terpaksa berterus terang dengan si F tentang hal ini. Apa yang terjadi selepas itu, masa itu la si ex-jr menghubungi saya, sebab dia dah blur dan tak jumpa jalan keluar untuk masalah ni, disebabkan si F dah cakap ayat-ayat yang agak kesat + menyumpah seranah.. lebih kurang macamni la maksud bunyi kata-kata tu [Perlu di edit, sebab akan menganggu gugat ketenteraman awam..]

-->> P M****S la ko, xsgka di tipu macamni oleh ko? kalau lelaki yang tipu aku, still boleh terima, ni perempuan !! Sudah, aku nak ko Ter*****e no aku besok, lepasni jangan nak kacau hidup aku lagi! Aku J***K! Kau dah buang masa aku selama ni!! <<---

"camne ni kak? saya dah sayang kat dia, tp bukanlah as lesbian ke apa..tapi dia dah banyak membantu saya selama ni"
Adu si ex-jr lagi.

Saya menarik nafas, sambil geleng-gelengkan kepala perlahan..

" Z**, Ni memang dah agak big problem juga ni, kalau akak yang kena camni pun, forsure akak terkejut..akak rasa better Z** Tak payah contact dia apa-apa dulu, sebab secara logiknya tiada siapa yang mahu dan suka di permainkan..mungkin dia dah anggap Z** jadikan dia bahan ketawa + gurauan, tambah pula korang dah ym dan dah 'declare' since 2005..lama tu." saya menghantar teks pesanan ringkas satu-satu.

" Tambahan pula, mungkin dalam jangkamasa 2005 hingga hari ni boleh jadi dalam gap masa tu ada lelaki yang betul-betul serius nak dengan dia, tapi dia tolak sebab masa tu dia dah ada Z** dan komitmen yang dia bagi betul2 tinggi. Tup-tup jadi camni, mau tak jadi gila dia di buatnya?" Saya menghantar pula sms yang kedua. Bagi dia berfikir dulu, kenapa si F berhak untuk rasa marah.

"habis tu kak,saya nak buat apa ni? saya tak boleh kehilangan dia..saya memang dah sayang kat dia" Sms balasan menyusul. Saya getap bibir.

" Akak fikir, tu yang terbaik untuk dilakukan sekarang ni, tak payah hubungi dia dulu, dan sekarangni Z** kena mintak maaf dengan dia dan kena jujur bagitau kenapa semuani boleh jadi sampai tahap parah camni. Ketepikan dulu apa yang Z** rasa sekarang ni. Takde guna kita nak simbah lagi minyak kat api yang tengah marak. Minta maaf dulu kat dia, sebab bagi akak ni dah termasuk menzalimi perasaan orang lain ni. Biarpun Z** sayang kat dia camne sekalipun, mainpoint kat sini bukan lagi tentang perasaan sayang ke apa, tapi dah masuk harga diri dia. Mungkin juga dia rasa z** Dah memijak-mijak harga diri dia."

"After mintak maaf kat dia, dah jangan lagi hubungi apa-apa lagi..selebihnya z** Mohon la keampunan tuhan..serahkan pada waktu..only time will tell. z** terpaksa belajar terima, sebab ini lah harga yang z** kena bayar atas kesilapan yang dimulakan sejak awal..memang nampak remeh..tapi impaknya jadi besar.."
Sms saya seterusnya menyusul.
Dia dah senyap. Mungkin berfikir, mungkin juga sedang mempertimbangkan apa yang saya katakan tadi..Apapun moga dia dapat mempertimbangkan sebaiknya apa yang perlu di lakukan lepas ni.
saya dah mengantuk, nak tidur dulu..

Sebelum tidur ni, refleksi daripada kisah benar hari ini ialah..

>> Jangan Bermain dengan api..mungkin benda yang kita anggap 'Funny' boleh menjadi barah dalam sepanjang hidup kita <<

>> Jangan suka berbohong, bukankah tanda-tanda munafik itu ada pada sifat berbohong salah satunya? <<

>> Petikan daripada Ihya Ulumuddin , Imam al-Ghazali :
Dalam salah sebuah kitabnya Ihya Ulumuddin, memberikan tumpuan khusus mengenai bahaya lisan atau perihal lidah. Melalui keupayaan akal, manusia berucap atau mengeluarkan kata-kata melalui perantaraan lidah. Lidah merupakan alat yang membantu manusia menterjemah dan menyampaikan sesuatu perkara melalui kod-kod bahasa, sebagai ungkapan perasaan, pendapat, pengetahuan dan sebagainya.Lidah manusia bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah S.W.T., malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara. Tanpa pancaran iman dan nilai etika, menurut Imam Ghazali, menerusi lidah akan berlakulah pendustaan (pembohongan), buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, pertelingkahan, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan. <<

>> Takyah la tipu-tipu lagi..kesannya ke atas diri sangat la menjengkelkan.. kalau tak kantoi takper gak, kiranya hanya dia, Allah, dan malaikat saja yang tahu, tapi kalau kantoi. susah dah orang nak percaya..sedangkan kepercayaan itu sangatlah mahal untuk di letakkan ke atas seseorang. Sebab lidah saja, kerana berbohong saja, Kita dah meletakkan harga diri sendiri di bawah tapak kaki sendiri..<<

>> Last Words..Respect yourself..so that you will be respected! <<


p/s >> Kisah benar untuk pagi ini, moga ada manfaatnya untuk semua..
huh, dah jauh camni masih juga tetap di cari untuk jadi kaunselor tidak berbayar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...