Selasa, 16 November 2010

Eid Adha Mubarak..



Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Korban buat semua rakan-rakan, sahabat pembaca walau di manapun kalian berada. Selamat bercuti buat yang bercuti.

Saya menemui satu 'link' cerita yang membuat perasaan saya gundah tentang ibadah Haji ini, buat anda, selamat melayani cerita ini, moga mendapat manfaat, moga diringankan hati kita untuk selalu bersyukur ketika dilanda ujian, dugaan dalam bentuk susah atau senang.

Syukuri apa yang kita punyai, Jangan risau tentang apa yang belum kita punyai, usahakan ikhtiar, gantungkan harapan hatimu 100% hanya buat Allah SWT, bantuan akan menyusul..

Jom nikmati dan hayati cerita ini, moga ia membekas dalam hati juga diri. Ini 'teaser' sahaja, mahu siri sepenuhnya, layari You Tube 'okeh'!.





Terkesan dengan kata-kata dalam satu babak ini :

Kata Zain : "Emak, kita ke Mekah naik perahu saja ya"

Emak dengan tulus menjawab, "Jangan dipikirin, kalau emak sampai tidak naik haji. Ya, kalaupun Allah belum memanggil emak sebelum emak sempat ke sana. Mak ikhlas. Raga emak mungkin tidak mampu untuk melewati samudera luas begitu untuk ke tanah suci. Tapi mak yakin, Allah pasti tau, hati emak sudah lama ada disitu, sudah lama ada disitu"

Wassalam.

Isnin, 15 November 2010

50-50 lah, Ekstrim!!



Assalamualaikum..

Panas..

Isu yang dari dulu memang Panas, sederhanalah dalam beragama. Buat yang Mampu saja.

Sederhana. Apakah maksud sederhana itu? untuk pemakaian konteks dalam beragama, yang sekaligus dijadikan pakaian, amalan buat diri dalam kehidupan sehari-hari?

"Dunia Kita Mahu, Akhirat pun kita mahu, fifty-fifty lah..janganlah ekstrim sangat!"

Apabila maksud SEDERHANA itu di salah ertikan,akan menimbulkan salah faham yang akan menjerumuskan Umat Islam hari ini ke dalam perangkap Nafsu dan Syaitan.

Sederhana mengikut kata orang-orang hari ini, ialah 50-50. Dunia 50, Akhirat 50.

Mengikut Pendapat seorang Ustaz yang saya rujuk, Hari ini Islam semakin berdaki Fitnah, sehingga begitu mengelirukan.

Jika benar dalam beragama ada istilah 50-50, akan lahirnya perkara seperti :

1- Campur aduk antara hal-hal yang membawa dosa dengan pahala. Antara maksiat dan amal soleh.

2- Tidak boleh ekstrim dalam beragama. Iaitu tidak boleh ikut 100% ajaran Islam itu. Ikut setakat mana yang tidak bercanggah dengan adat resam atau budaya Melayu.

3- Mengimbangkan amalan dunia dan akhirat, iaitu 50% untuk dunia, dan 50% untuk akhirat.

Secara realitinya, apa yang berlaku hari ini dengan merujuk punca di atas ialah :

1- Kita pergi ke masjid, tapi dalam masa yang sama, kita pergi juga ke panggung wayang. Kita pergi ke Mekah, tapi pergi ke Disko juga. Kita berpuasa tapi kita dedahkan Aurat. Kita berzakat, tapi ambil Riba. Di televisyen misalnya, selepas siarkan azan, siarkan semula rancangan nyanyi-nyanyi, tari menari.

2- Menurut Ustaz, bila berlaku seperti ini, akan berlakulah Islam kembali pelik dalam dunianya sendiri. Apabila ada orang serius beragama, akan di katakan ekstrim. Wanita berpurdah dikatakan Ekstrim, Isteri yang taatkan suami dianggap bodoh dan membabi buta. Makan dalam talam dituduh pengotor, menghidupkan sunnah di tuduh pula 'ortodoks'. Asyik dengan Al-Quran dikatakan gila, Zuhud dikatakan 'anti establishment'

Pendek kata, kalau ajaran Islam diamalkan lebih dari yang biasa yang diamalkan kebanyakkan orang, akan dikatakan ekstrim.
"Pakai biasa saja sudahlah, jangan sampai tak nampak hidung dan muka, cukup pakai baju kurung dan mini telekung"

Daripada sini, akan lahir tanggapan, dengan akhirat cukup hanya kita bersederhana saja..

Jika benar untuk mendapatkan Akhirat yang jauh lebih indah tempatnya, maka harus di tinggalkan berapa % hati kita untuk dunia?

Analoginya,

Semasa kita mengambil Peperiksaan UPSR Dan SPM, adakah kedua usaha kita sama tahapnya? sedang tahap SPM itu lebih tinggi dari UPSR?

Apa sebenarnya konsep SEDERHANA dalam beragama itu? Wujudkah ia?

Isnin, 8 November 2010

Zaman Batu : Pembohongan Dalam Sejarah.



Assalamualaikum..

Di petik daripada buku hasil kajian Sarjana Saintis Muslim : Harun Yahya :

Tahukah anda, 700'000 tahun dahulu, manusia merentasi lautan dengan binaan kapal yang bagus?

Atau pernahkah anda dengar manusia digelar sebagai 'Orang Gua Primitif' memiliki kemahiran artistik & pemahaman sebagaimana yang dipunyai oleh artis moden?

Adakah anda tahu bahawa Neanderthal yang hidup sejak 80'000 tahun dulu dan digambarkan oleh para evolusianis sebagai 'manusia beruk', juga mampu membuat alatan muzik, memperoleh keselesaan dari pakaian dan aksesori, berjalan diatas pasir panas beralaskan sandal?

Dalam segala kemungkinan, anda mungkin tidak pernah mendengar fakta-fakta berkenaan. sebaliknya anda telah diberi tafsiran salah bahawa manusia tersebut adalah separuh manusia dan separuh beruk, tidak mampu berdiri lurus, kurang kemahiran untuk berkomunikasi dan hanya mengeluarkan bunyi dengusan yang pelik. Ini kerana dalam masa lebih 150 tahun, kebanyakkan orang telah dihujani oleh keseluruhan penipuan ini.

Tujuan Mereka yang mereka-reka penipuan ini tidak lain hanyalah untuk meneruskan perjuangan falsafah Materialis yang menafikan Kewujudan Allah SWT. Menurut perspektif yang menyeleweng ini, alam semesta dan kebendaan adalah abadi. Dengan erti kata lain, ia tiada permulaan, dan juga tiada pencipta. Asas yang kononnya saintifik untuk kepercayaan karut ini adalah : Teori Evolusi.

Oleh kerana mereka [ Para ahli evolusianis menyeleweng ] mendakwa bahawa alam semesta wujud tiada pencipta, mereka harus memberi penjelasan tentang bagaimana kehidupan & sejumlah spesis lain yang wujud di bumi ini. Untuk tujuan ini, mereka menggunakan teori evolusi. Berdasarkan teori ini, semua kejadian dan kehidupan di alam semesta berlaku secara kebetulan. Sebahagian benda tidak bernyawa di zaman purbakala bercantum tidak sengaja lalu membentuk sel hidup pertama. Kenudian organisma terwujud hasil daripada ketidaksengajaan selama jutaan tahun. Akhirnya manusia wujud sebagai peringkat terakhir rantaian evolusi.

SEJARAH AWAL MANUSIA - yang dianggap hasil daripada perubahan secara kebetulan selama jutaan tahun dan setiap satunya lebih mustahil daripada perubahan terakhir, telah diselewengkan untuk menyokong senario songsang ini. Evolusianis, yang sememangnya ketiadaan bukti-bukti kukuh mendakwa bahawa asal sejarah manusia adalah seperti berikut :

1- Bermula daripada bentuk kehidupan lain, berlangsung daripada organisma purba hingga kepada manusia yang dipercayai perkembangan paling maju berbanding yang lain. Oleh itu sejarah manusia kononnya berkembang daripada komuniti primitif kepada masyarakat bandar yang moden. Hakikatnya, anggapan ini sama sekali tidak mempunyai sebarang bukti. Ia juga menggambarkan sejarah manusia seperti yang didakwa oleh falsafah materialis dan teori evolusi.

Para Saintis Evolusianis - dalam usaha mereka untuk menyokong proses evolusi yang dianggap bermula daripada sel tunggal kepada organisma berbilang sel, kemudian beruk kepada manusia- bukan sahaja telah 'menulis' semula asal-usul manusia, bahkan juga telah 'mencipta' era khayalan seperti 'orang zaman Batu' dan 'Zaman Batu' untuk menjelaskan cara hidup 'orang Primitif'. Evoluisanis, yang percaya pada kepalsuan bahawa manusia dan beruk berasal daripada moyang yang sama, telah memulakan usaha dalam kajian baru demi membuktikan dakwaannya. Untuk itu, mereka telah meneliti setiap batu, atau mata panah, atau mangkuk yang ditemui semasa penggalian arkeologi. Walau bagaimanapun, gambaran 'manusia beruk' duduk di dalam gua yang gelap sambil berpakaian berbulu serta tidak mampu bercakap dengan baik, semuanya adalah rekaan semata-mata. Orang primitif tidak pernah wujud, begitu juga dengan zaman batu. Semuanya dalah pembohongan evolisianis dengan sebahagian bantuan media.

Dakwaan para evolusianis telah diruntuhkan sepenuhnya oleh perkembangan terbaru dalam bidang sains- terutamanya dalam ilmu biologi, paleontologi, mikrobiologi, dan genetik. Pendapat bahawa masing-masing spesis berubah menjadi 'versi tebaru' telah dibuktikan salah.

Manusia juga tidak berkembang daripada makhluk beruk. Manusia sememangnya adalah manusia sejak kewujudan mereka lagi, dan mempunyai peradaban canggih sehingga ke hari ini. Maka 'evolusi' Tidak pernah terjadi.

Bukti-bukti saintifik membuktikan bahawa 'evolusi sejarah manusia' hanyalah pembohongan semata-mata.

Manusia wujud didunia ini dengan penciptaan sempurna Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.

-Akan di sambung dalam beberapa siri yang Lain-

: Pembongkaran mengenai :

1- Tinggalan 'Masyarakat Purba' Yang mengagumkan :

- Megalit

- Newgrange

- Stonehenge

- Tinggalan menakjubkan di bandar Tiahuanaco

- Mesir Purba

- Tamadun Sumeria

Dan Banyak lagi topik yang akan dikongsikan.

Wassalam.

Ijja1912

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...