Sabtu, 30 Mei 2009

Hikmah.. 'BAB 1' diharamkan dalam Islam



Assalamualaikum..

Untuk menjawab soalan 'kenapa Dalam Agama Islam, terdapat beberapa binatang yang di haramkan Untuk di makan, Disini dengan sukacitanya saya nak berkongsi beberapa info tentang haiwan tersebut. Disini saya mengambil binatang 'babi' untuk kajian.. Kerana ramai kawan-kawan dan sahabat saya yang bukan 'non Muslim' seringkali bertanyakan soalan yang sama. Kenapa Dalam Islam tidak boleh makan itu, makan ini, buat macamni, buat macam tu.. Bagus juga dorang tanya soalan-soalan macam ni, Boleh trigger kita, khasnya penganut Islam sendiri untuk lebih berfikir tentang hikmah-hikmah tiap sesuatu Yang Allah ciptakan, Yang Allah jadikan..

BUKTI PERTAMA, Hikmah 'BABI' DIHARAMKAN DALAM ISLAM:

1- Allah MAHA MAHA Mengetahui apa yang dia Ciptakan, Dan Dia Maha mengetahui apa yang terbaik untuk tiap hamba-hambaNYA.. Di sini saya attach sekali video di mana dalam video ni, seorang individu telah melakukan kajian keatas daging babi yang di siram dengan air Cola. Hasil kajiannya / eksperimennya mendapati, timbul banyak cecacing-cecacing yang halus-halus di permukaan daging babi tadi..ini menunjukkan Parasit tadi tidak akan pernah mati walaupun badan babi yang dia tumpangi sudah tidak bernyawa.. Just imagine, kepada yang memakan daging babi ni, parasit itu akan menumpangi tubuh si pemakan tadi..



Boleh buat eksperimen sndiri lepas ni kat rumah masing-masing..

2- Saluran pernafasan babi memiliki penerima (reseptor) yang peka terhadap virus-virus seperti flu babi, flu manusia dan flu burung. Kerana alasan itu, babi membesarkan kemungkinan virus-virus baru muncul di saat semua jenis virus itu menular secara bersamaan. Virus A/H1N1, sebuah gabungan dari virus flu manusia, babi dan burung, hanya muncul pada penerima-penerima (reseptor) yang terdapat dalam saluran pernafasan babi; dengan kata lain, babi berperanan sebagai sarang bagi virus-virus untuk bergabung bersama (berpadu). Kerana manusia tidak memiliki kekebalan alamiah terhadap virus tersebut dan keranaa penyebarannya sangatlah cepat, Badan Kesihatan Dunia (WHO) telah memperingatkan bahwa penyakit tersebut bakal menyebar di luar kawalan sebagai sebuah wabah.- Sumber daripada Baltimoresun.com:http://www.righthealth.com/topic/Flu_Swine?p=l&as=goog&ac=519 , Harun yahya.com,

3 - Babi mengandung belerang dengan kadar tinggi

Karena babi mengandung belerang dengan kadar tinggi, ketika dimakan maka sejumlah besar belerang diserap tubuh. Jumlah yang berlebihan dapat menyebabkan berbagai penyakit, seperti infeksi persendian ketika belerang menumpuk di dalam tulang rawan, otot dan saraf; pengapuran dan hernia. Ketika babi dimakan secara teratur, jaringan ikat lunak dari babi menggantikan tulang rawan keras di dalam tubuh. Akibatnya, tulang rawan menjadi tidak mampu menopang bobot badan, yang pada akhirnya membawa pada kelainan persendian.

4- Babi mengandung hormon pertumbuhan dalam jumlah berlebih

Hormon pertumbuhan dalam kadar berlebihan yang tercerna melalui daging babi mengakibatkan pembengkakan dan kelainan bentuk jaringan. Hal itu dapat menimbulkan penimbunan lemak secara tiba-tiba dan berlebihan. Orang yang memakan babi pada umumnya memiliki bahaya lebih besar mengidap kegemukan. Hal itu berkemungkinan mendorong pertumbuhan yang tidak wajar pada tulang hidung, rahang, tangan dan kaki. Hal paling berbahaya mengenai hormon pertumbuhan dalam jumlah berlebih adalah bahwa hal ini membuka jalan bagi munculnya kanker.

5- Memakan daging babi menyebabkan penyakit kulit

Zat yang dikenal sebagai “histamin” dan “imtidazol” pada daging babi menyebabkan gatal berlebihan. Zat-zat ini juga membuka jalan bagi penyakit-penyakit kulit menular seperti eksem, dermatitis dan neurodermatitis. Zat-zat ini juga meningkatkan bahaya terjangkiti bisul, radang usus buntu, penyakit kantung empedu dan infeksi pembuluh darah nadi. Karenanya, para dokter menyarankan penderita penyakit jantung agar menghindari makan babi.

6- Memakan babi menyebarkan cacing trichina

Cacing-cacing trichina yang dicerna melalui daging babi memasuki peredaran darah melalui lambung dan usus dan menyebar ke seluruh tubuh. Cacin trichina terutama mendiami jaringan otot pada daerah rahang, lidah, leher, tenggorokan dan dada. Cacing ini menyebabkan kelumpuhan pada otot-otot gerak mengunyah, berbicara dan menelan. Hal ini juga menimbulkan penyumbatan pembuluh darah balik (vena), meningitis dan infeksi otak. Kasus-kasus parah bahkan dapat berujung pada kematian. Sisi paling berbahaya penyakit ini adalah tidak adanya obat untuk menyembuhkannya. Berjangkitnya wabah cacing trichina telah diamati dari waktu ke waktu di Swedia, Inggris dan Polandia, walaupun sudah dilakukan pengawasan kesehatan hewan.

7- Babi sangatlah berlemak dan mengandung zat-zat beracun

Babi sangatlah berlemak. Ketika dicerna, lemak tersebut memasuki peredaran darah dan menyebabkan pengerasan pembuluh darah nadi, meningkatkan tekanan darah dan serangan jantung (coronary infarct). Selain itu, babi mengandung suatu racun yang dinamakan “Sutoxin.” Kelenjar getah bening dipaksa bekerja lebih keras untuk mengeluarkan racun ini dari tubuh. Hal ini ditandai dengan membengkaknya kelenjar getah bening, khususnya pada anak-anak. Jika penyakit ini berlanjut, semua kelenjar getah bening akan membengkak, suhu badan naik dan rasa sakit mulai terjadi.

Ini hanyalah sedikit bahagian hikmah di sebalik pengharaman Allah memakan babi. Allah juga menunjukkan kepada kita hikmah pengharaman ini dengan menciptakan flu babi di Zaman Akhir.

Bagi orang beriman yang tulus, sekalipun tidak memahami mengapa Allah mengharamkan hal apa pun, kewajiban utamanya adalah menjaga batas yang telah ditetapkan-Nya. Namun dengan adanya wabak baru-baru ini Allah memberitahukan kepada kaum beriman satu bahagian lagi dari hikmah-hikmah itu.

Sumber rujukan; http://www.harunyahya.com/

Jumaat, 29 Mei 2009

Pantun 'kenapa Malas Nak Solat'



"Kenapa Malas Nak Solat?"

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!


Renung2kan Dan Selamat BeramaL!!...
yg. baik tuh dari DIA, yg. Buruk tuh Dari kite sume arrr.

- Unknown Source -

Khamis, 28 Mei 2009

Kebesaran solat dua rakaat

Petikan dari artikel harian metro.

ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap. Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?” Lalu Allah berfirman yang ber maksud: “Tidak.”

Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.

Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”

Kemudian Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal.”


Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:
• Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.
• Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
• Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.
• Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan.
• Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
• Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.

"1Borneo ,Bab 1, Anjing , dan Agama?"



Assalamualaikum semua..

Semalam, jenjalan sat p One Borneo [1B], niat di hati nak p usha speck, malas gak nak jalan-jalan ni, lelagi kalau sorang2..
Sampai je di One Borneo, direct p kedai cousin saya, Rozario..[actually, family depa bukan la muslim..] atuk dia adik beradik tiri ngan mak saya..
hmm, lupakan sat pasal susur galur nih..

Dah tanya-tanya khabar camtu, kami tukar-tukar lak cerita, ingat nak ganti bingkai speck ni aje, memandangkan lens masih ok..dah guna speck ni sejak tahun 2004 lau tak silap,tak pernah lagi ganti lens, n lens ni memang agak lasak juga, beberapa kali tertindih, anak buah pernah pijak, n bengkokkan, tapi Alhamdulillah, nyawa spek ni panjang lagi..Bosan gak pakai spek ni, ingat nak try produk 'permata Hijrah' nanti, tapi tak tau lagi bila ada masa free nak g usha2 produk ni. Harap Allah mudahkan Urusan, n target sehari-hari akan tercapai..InshaAllah..

Nak dijadikan cerita, tengah kami best2 cerita ceriti, ntah macam mana boleh kuar isu babi2 ni..'kazen' saya ni tiba-tiba ajukan soalan macam ni kat saya..
" Eh..kenapa lam agama Islam 'ndak' bulih makan babi, anjing ha?"
uiksss..terpana jap.tentiba ja masuk soklan camni..saya diam beberapa saat..nak jawab on da spot bleh aje, tapi otak ni tiba-tiba terfikir nak jawab soalan ni biar menampakkan betapa Islam itu sangatlah Indah..

Saya tidak jawab terus soalan tu..tapi saya tanya dia Balik,
"Selama yang kamu pernah makan la binatang2 tu kan, yang ko nampak binatang macam babi atau anjing ni makan apa ha selalunya?"

"Macam-macam dorg [macam org pulak hewan2 ni] makan..kalau babi, semua dia makan, termasuklah najis sendiri..anjing lebih kurang la.." Kazen jawab selamba.
saya angguk-angguk..faham.

" oh, Kalau camtu, binatang-binatang lain, macam kerbau, sapi, kambing ayam,makanan dorang apa pulak?" Saya soal lagi.

Terus Dia bantai gelakkan saya, besar lak tu ketawa, pekerja dia yang lain pandang-pandang..ada gak Customer lain yang terkejut..huh, dia ni betullah..mesti dia anggap saya aoal soalan yang agak bodoh alang..huh..takpa2..tak kisah pun kalau dia anggap camtu.

" Apala soal soalan macamni..",sambil ketawa-ketawa dia cakap macam tu..
" Ayam mestilah makan jagung, bertih, beras, dan yang bukan daging memang dia makan."
pastu dia jawab g..
"kerbau, rumput, kambing pn sma, tak makan benda2 daging..makan tumbuhan saja" Ketawa dia masih lagi dengar2 sikit, tapi agak slow sikit banding yg memula tadi.

"Apa beza antara binatang-binatang tadi yang ko cakap tu?" Saya soal balik kat dia.
Terus dia senyap sekejap, berfikir..
"Beza dia binatang tu makanan dorang masing-masing la.." Dia jawab ringkas.
" Tapi kenapa babi makan semuanya?" Saya soal balik
Dia diam tiada jawapan..
" Jadi apa? " Dia tanya saya balik, blurr agaknya.
"dalam agama islam, ajaran + peraturan + sistem yang ada sangat lengkap..dari semua aspek..sudah ada undagn2 & tatacaranya sndiri..bermula dari bangun tidur, sampailah mau tidur balik..semuanya ada adab dan peraturannya, smpai nak masuk tandas pun ada doa khusus, nak makan, nak tido dan lain-lain..dari benda sekecik gaban sampai benda yg sebesar2 gajah" Saya bagi intro jawapan.

"camtu jugak la dalam agama Islam, bila mau makan pn ada adabnya" Saya menyambung pendek.

"dalam soklan ko tadi, Dalam Islam 'ndak' boleh makan babi, anjing, rimau n dsb cz..,
stiap apa yg masuk ke perut kita ni akan mempengaruhi tabiat kita, makan benda ok, ok la perangai, sebab tu dalam Islam, ada hukum 'halal dan haram' utk membezakan mana yang boleh di makan dan 'ndak' boleh dimakan." Saya cuba bagi contoh yang sangat ringkas supaya dia mudah memahami..kalau nak cakap / terangkan hujah kaitkan dengan Hadis, mesti dia susah nak tangkap makna saya.

" lagipun bila tengok lifestyle babi n anjing, yg agak pengotor..mestila macam2 penyakit ada kat binatang ni kan?" , kalau tidak kenapa boleh wujud penyakit dari binatang2 ni, terutama sekali babi.." Saya cuba bagi hint..

"Saya ada terbaca artikel pasal virus h1n1, yang mana babi ni jadi sarang segala penyakit yang baru-baru..macam penyakit yang tidak pernah kita dengar sebelum-sebelum ni.., dalam artikel ni juga du sebutkan yang babi ni jadi perumah segala macam jenis penyakit / virus membiak.." Saya sambung lagi, saya tengok dia mula khusyuk mendengar..

"sebab tu la, antara kebaikan / hikmah Dalam Islam, kenapa di haramkan makan binatang2 tadi, selain utk jauhkan penyakit2 yg kita tak tau..adalah jugak utk menjaga perangai manusia, supaya tidak jadi ala2 perangai macam babi dan anjing tadi"

Muka dia terus naik 'pink'2 [Tak taulah kalau dia terasa yg saya cakap perangai dorg cam binatang2 tadi, apapun saya tiada niat mahu memprovok..saya cuma mahu terangkan kedudukan yang sebenar..]

Dia Diam, Tiba-tiba dia tanya lagi, [seakan menukar topik, tapi masih dalam hal tentang agama ]

" Tapi saya rasa, semua agama pun 'butul' bah, semua agama pun bagus.."
Saya Senyum bila dengar dia cakap macamni..dan mungkin ada lagi kalangan kita yang ada bercakap ala-ala maksud ayat ni kan?

"semua agama pn mengarah kepada kebaikkan" Dia cakap lagi.
"n smua pnganut2 agama2 lain pun mesti akan masuk syurga" Dia sambung lagi..wahh ni dah lebih, dalam hati saya istighfar saja yang terbisik..sambil tu, senyum saya pun antara jadi tak jadi je.

"Kalau manusia la kan.." Saya mula bagi contoh-contoh yang agak mudah lagi..
" ha, kenapa manusia? " Dia Soal saya tidak sabar.
" kalau manusia, dalam satu komuniti tu ada 4 atau 5 ketua kampung satu masa..apa jadi ngan kampung tu?" Saya menduga.
"hahahahahah..." pastu dia jawab..sambil gelak2
"hahah macam di perak la berebut kuasa.." Dia sambung gelak.
"kalau sudah berebut kuasa?" saya tanyakan lagi.
"mestila bah bergaduh..mana bulih dalam satu negara ada 2 Najib" Dia jawab spontan.
Pastu kali ni saya pulak bantai ketawakan dia..tapi ketawa yang terkawal lah..

Dia Terdiam..dan pandang saya..hairan.

"kenapa ko ketawakan saya, apa yang lucu?" Dia soal saya, muka dia cam dah blushing2 juga la saya tengok.Dia masih tidak dapat menangkap maksud saya tadi.

" Macam tu jugak dengan Tuhan.." Saya jawab pendek..
" What Do You Mean?" Dia masih tak faham.
" kalau smua agam betul, dan semua tuhan tu betul, kita ada berapa tuhan? kalau dah banyak tuhan, dorang tidak bergaduh ka?" Saya senyum-senyum.Rasa kelakar pun ada juga tengok reaksi muka dia.

Lidah dia 'cramp' untuk menyanggah cakap saya tadi..yeala, dia soal, pastu jawab sendiri soalan dia.. huih senjata makan tuan nampak..

"Pandangan yang cakap semua agama tu sama dan betul, hanyalah pandangan dari orang-orang yang tidak beragama" Saya memberi ulasan ringkas..

"Terus saya sambung lagi, kalaulah semua agama tu betul, jadi knapa kita mesti beragama?" Saya bagi lagi ayat ni, bagi otak, akal, dan hati dia berfikir sikit secara mendalam. Orang edukated kenapa tak boleh fikir dalam-dalam agaknya?

"smua cahaya tu fungsinya sama..menerangi sesuatu tmpat..tapi tak smua cahaya tu sama
ada yg gelap..ada cahaya yg samar2, ada yg malap.The light is not different, [ though ] the lamp has become different."
Saya meminjam kata-kata Maulana Rumi..dan saya harap dia akan memikirkan diskusi pendek kami malam ni..

Dia terus diam..sambil merenung saya..saya ukir senyum, ikhlas hendaknya..

"Ok la, nnti saya datang balik pilih speck kat sini..ada hal sikit ni di kedai," saya meminta diri, memandangkan waktu asar hampir masuk waktunya..

"oK..bye.." Dia bersalam dgan saya, melambaikan tangan. Saya masih seperti tadi, tetap ukir senyum, sambil di hati menitipkan doa, agar Allah yang maha pemurah melimpahkan hidayah buatnya..amin..'

Glosori ;

- ndak = inda'/tidak
-Bulih = Boleh
- Butul = Betul
- Bah = ayat2 penyedap bahasa cam kat kedah ada 'no' di johor ada 'ek' di ganu ada 'deh' dsb..

P/S : Kalau korang kena tanya camni, apa korang jawab?

Selasa, 26 Mei 2009

Beberapa Contoh design kat testi iluvislam.com

Assalamualaikum.Kat ruangan ni contoh-contoh beberapa artwork yg dah penah sy wat.. takla power, biasa2 aje..

nak lebih banyak contoh2 artwork sy..jgn lupa ziarahi kat sini : http://testi.iluvislam.com/







Walimatul Urus - Anda Semua Dijemput Hadir -






blogger-emoticon.blogspot.com
Salam Alaik..majlis Walimah..oh yea, before tu nak cerita sikit..selitan cerita before nak uar-uarkan tentang majlis ni..

" Salam..kak, kenapa blog akak tak dapat nak masuk?" Kotak chat ym saya digegar 'buzz' oleh seorang sahabat yang lebih muda dari saya..
"assalamualaikum..Ijja, napa saya tak dapat nak log in blog Ijja ?" Begitu pula aduan yang saya terima melalui 'sms'.
"Sedihnya, saya tak dijemput pun untuk jadi pembaca blog Akak" Seseorang yang agak rapat dengan saya pula meluahkan rasa sedihnya.
" Heh, ana pun tak dapat gak log in, invited readers only " kata seorang sahabat lagi..

Sejak 4 hari yang lalu, hingga malam semalam, itu la persamaan ayat-ayat aduan dan luahan yang saya terima. Blog saya 'hidupuntukyangmahaHidup' gagal di akses oleh semua orang. Saya tidak terkata apa, hanya senyum terukir di tubir bibir.

Pertama-tamanya..saya ingin memohon maaf buat semua sahabat, teman seperjuangan, krew-krew iluvislam, guru-guru saya, dan semua individu yang agak-agaknya berkecil hati kerana tak dapat log in blog saya 4 hari yang lalu.. Maafkan saya, masalah kalau dah jadi, memang takleh elak kalau memang nak jadi.. :)
Untuk pengetahuan semua, 4 hari yang lepas, blog saya mengalami masalah..kod 'template' blog semuanya hilang..hilang macam tu aje masa saya tengah edit-edit command baru la kononnya..
Ini lah akibatnya kalau suka explore sesuatu secara mendalam yang mana tidak mempunyai ilmu yang cukup mengenai bidang kajian tu..sesat jadinya.hee
sudahnya kod template yang asal saya tak save..

Agak lucu, bila saya 'view' blog saya, yang keluar hanyalah paparan berwarna putih, kosong, + kod-kod misterius di tepi-tepi penjuru blog. 'Waaahh terlebih explore ni, terkejut + pelik saya di buatnya..nak tanya siapa yea? yang tau pasal coding2 ni?'

Saya p balik bahagian edit html, check katna silap..tapi kalau takder basic, macamna nak tau katna yang tersilap coding? huhu.. saya 'view' balik kat main page, sama juga..kali ni langsung tak keluar apa-apa. Masih paparan warna putih, cuba lagi 'check' kat html, dalam beberapa kali juga la saya cuba untuk membetulkan. Keadaan tetap sama..huh!

02.35 pagi, Saya cuak. Mata macam ada lekitan cairan gam pada kelopak mata, kepala sudah beberapa kali tersenguk-senguk. Semangat sahaja yang masih tersisa saat-saat macam ni. Saya tidak putus asa. Untuk mencari di mana silapnya kod template blog saya ni.

Akhirannya, saya 'download' template yang lain, menggantikan template yang asal. Harap-harap semua pembaca menggemari 'layout' yang baru ni, [ dah dapat ISO & SIRIM ] Kiranya ni. Bil eletrik dah habis bayar, dan dah tak gelap gulita macam blog yang sebelum ini.

Agak pening-pening juga semasa cuba memahami hati budi template yang baru ni. Ni pun tak ' setel ' sepenuhnya lagi. Biasa la, saya ni tak 'campin' = terrer bab nak make up2 blog nih..

Apapun, saya mohon maaf pada semua, Blog ni saya tukar settingnya 4 hari lepas >> author only'' yang dapat view blog saya, saya la authornya..huhu.

Lastly, salam bertemu kembali. Moga paparan, + artikel + cetusan pendapat yang terdapat pada blog ini, akan dapat kita manfaatkan bersama.. Gambatte!!

Eh..ehh.. Ijja, dah habih ke? DETAIL MAJLIS WALIMAH TU??

''heheheh..saja jer, wat gempak2 sikit.. apapun, Terima kasih kerana sudi membaca.."

Jumaat, 22 Mei 2009

Where Is Your Cheese?

Assalamualaikum..

Buat semua yang sedang dok baca blog saya nih.. Baru hari ni berkesempatan meng’update’ kan blog kali ni.. ‘busy’ yang mengikat diri membuat saya terpaksa berenggang seketika dengan internet.. heheh.

Semalam, baru jer setel kemas bilik, meng’update’ kan susun atur bilik, tidaklah bermakna bilik saya sudah ‘semak’, tapi saya sengaja menukar susun aturnye, so that tak la rasa ‘Boring’ bila menghabiskan waktu di bilik. Memang orang-orang yang berjiwa sagitarius sukakan perubahan, dan tidak suka sesuatu yang rutin sama sehari-hari..[ tak tahulah yang lain..hehe ] = sekadar ramalan astrologi + ilmu falak semata..baca boleh, percaya jangan..

Tengah kemas-ngemas semalam, banyak la buku-buku + Novel + Majalah, dan lain-lain yang saya dah baca lama dulu di selongkar balik. selalunya buku / novel yang ‘best’ saya akan letak kat atas meja + yg hampir ngan saya cz nxt time, bila-bila saya nak wat rujukan / recall balik diri, mudah saya nak baca balik.
Buku - buku yang dah habih baca tp kureng skit ranking bestnye, saya akan letak lam almari n susun ikut kategori tertentu, senang nak cari kemudian hari.

Berbalik tentang buku, saya terjumpa balik buku tajuk ni “Who Moved My Cheese ?” karya sorang motivator ‘femes’ = DR JOHNSON SPENCER

Buku ni saya beli setahun yang lepas, nipis aje bukunya, saya beli pun selepas ikut kursus Motivasi selama seminggu ‘Softskills’= Skills to related human more better. Motivatornya seorang Chinese, Chris Daniel..dia ni member kepada penulis buku – Dare To Fail, Billy Lim- memang best sangat program ni, dan tidak seperti kebiasaan kursus yang pernah saya ikut sebelum ni..Chris Daniel yang agak gila-gila, kreatif, + menghargai setiap orang di sekelilingnya. Mudah jugak la nak sesuaikan diri dengan dia..


Ooop..oopp..out of topik sat.heh, berbalik tentang Buku Tadi, Who Moved My Cheese?, saya baca balik untuk kali kelima semalam. Buku ni asalnya kalau yang baru tak silap saya dalam RM29.Brapa sen ntah, tapi dalam lingkungan harga camtu2 la.. tapi saya beli ngan harga murah aje, cz saya beli di sebuah buku yang ader jual buku2 lama + 2nd + brapa2 hand dah..murah jer saya beli lam RM6 lebih, tgok buku tu pn takla teruk sangat, kulitnya masih ok, takder yang koyak-koyak, tapi kat lam buku tu ader beberapa frasa + perkataan yang dah digariskan kat bawahnya, guna pen, then ada gak penjuru-penjuru sesetengah ‘page’ yg di conteng ngan pen + Pensil, tp sy tak kisah sangat, apa yg ex-owner buku ni conteng adalah makna frasa-frasa yg ada kat buku ni. Ada jugak kata-kata motivasi. Heh sekali imbas, buku ni macam saya pemilik asalnya, sebab saya pun suka conteng-conteng buku-buku yang saya beli [ memandai tambah-tambah footnote / header kat lembaran buku + sometimes saya akan tulis apa yg saya fikir kat page buku tu, macam feedback saya ngan pandangan penulis buku tu la kiranya ]

Owh, Berbalik lagi pasal buku ni, [ WMMC ], Kalau ada yang tak penah baca lagi, saya sarankan korang cari buku ni..rerasanya kat MPH, Kinokuniya ader kot..Kengkadang susah jugak nak cari buku ni, kira nasib baik la kalau korang jumpa. Versi movie pun ada juga..tapi saya berpeluang tengok movie ni masa program tu aje, kalau search kat youtube, memang takkan jumpa. Kami berpeluang tengok pasal Motivator Chris Daniel tu dapat lesen utk bagi setiap peserta tengok.. Memang best Movie dia, katun..2 ekor tikus dan 2 orang manusia kerdil.. tiap-tiap pagi dorang akan bangun awal pagi, pakai baju jogging dan akan berlari-lari dalam maze untuk cari ‘cheese’.. Setiap Hari macam tu..

Who Moved My Cheese, = Siapa yang memindahkan Keju saya. Buku ini sebenarnya bukan buku baru. Tapi isinya masih relevan untuk kita baca sampai hari ini. Jika ada yang sedang bingung menentukan pilihan, misalnya jodoh, jurusan kuliah, atau pekerjaan mungkin buku ini boleh menjadi salah satu rujukan untuk menentukan pilihan.

Who Move My Cheese adalah sebuah buku sederhana yang mudah dibaca dan dicerna, cz tulisannya besar-besar dan macam buku cerita untuk bebudak .

Buku ini bercerita tentang 4 watak >> 2 ekor tikus bernama Sniff dan Scurry , 2 orang kenit bernama Hem dan Haw. Sniff dan Scurry mewakili karakter yang penuh keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru, sedangkan Hem dan Haw mewakili karakter yang biasa dan suka dok lam zon Selesa.

Selepas berhari-hari depa lari-lari lam maze tu, dorg akhirnya terjumpa dengan satu kawasan yang banyak Cheese, di stesen C. Keempat-empat karakter ni pindah kat stesen C.. Menyedari banyaknya Cheese di tempat tu, Hem dan Haw berubah, depa dah tak bangun pagi-pagi lagi macam dulu, lambat-lambat, dan akan bersenang lenang di Stesen C sambil makan Cheese yang ada sepuas-puasnya. Berbeza dengan Sniff & Scurry, dorang masih kekal macam yang dulu, setiap pagi tetap bangun awal-awal, berjoging dan berlari-lari di dalam maze itu untuk mencari Cheese yang seterusnya. Kerana Mereka yakin Cheese yang ada di stesen C akan habis, selain dari tu depa gak yakin, mesti ada cheese yang lebih baik dan banyak daripada apa yang depa dah dapat sekarang ini.

Dengan pengalaman yang ada, Sniff & Scurry mampu menghidu kawasan mana yang kemungkinan besar mempunyai Cheese yang mereka cari. Sniff & Scurry menggunakan cara ‘trial & Error’ dalam mencari cheese tersebut. Contohnya, jika depa masuk satu lorong ni, dan dapati cheese tiada, depa akan cari di lorong yang lain, dan akan mengingat di lorong mana yang ada Cheese dan tiada cheese. Sniff akan menghidu jejak Cheese, manakala Scurry berlari-lari terlebih dahulu untuk mencari lorong yang betul dalam maze tersebut. Selalu juga depa bertembung dengan tembok & jalan mati, namun demikian depa dapat gak cari jalan keluar dari situ.

Lama-kelamaan tanpa hem & Haw sedari, Cheese yang ada di sekitar Stesen C hampir habis, hinggalah suatu hari cheese yang ada betul-betul telah habis. Hem & Haw sangat terkejut, dan berulang kali menjerit
“ WHO MOVED MY CHEESE? WHO MOVED MY CHEESE..THIS IS UNFAIR!!” mereka menjerit penuh marah.. depa siap cangkul dan korek dinding maze tu untuk cari ke mana Cheese depa hilang, dan siapa yang memindahkannya..

Huh, nak cerita balik kisah depa ni, memang agak panjang, kalau ade yang berminat, boleh cari la buku ni untuk sambungan seterusnya.. nak petik satu point dari buku ni :

“ What would you do if you not afraid? ”

Jawab soalan ni, sebenarnya soalan ni membawa kita untuk menerobos sempadan diri yang kita cipta.. akan lebih merasa bebas dan yakin untuk melakukan perubahan kearah yang lebih baik, dan akan menemukan kita kepada jalan-jalan keluar yang lain.

Akhir sekali,
“Apa yang menyebabkan seseorang tenggelam di dalam air ?. Sebabnya adalah dia TETAP berada disana, dan bukannya bergerak BERPINDAH ke tempat lain !” [ Billie PS Lim, Berani Gagal ]

Kata-kata ini merupakan sebuah kunci yang sangat jelas tentang bagaimana caranya kita memecahkan masalah yang kita hadapi / akan hadapi. Kalau saat ini kemalangan selalu menghentam kita, maka kita harus mulai berpindah. Kalau kita TETAP berada disana, maka kita akan TENGGELAM.

Ketika saya menghabiskan buku ini, saya tetapkan di dalam hati saya untuk selalu meneliti posisi saya dan memindahkan Cheese saya. Jangan terlalu mahu tetap diam di sesuatu tempat, kerana bila terlalu berada dalam zon selamat, kelak akan tenggelam.


Jom, lakukan perubahan hari ini,Jumpa di Cheese Station seterusnya!!!.

Rabu, 20 Mei 2009

Assalamualaikum..


Kita Lobak / Telur / Kopi ??





Assalamualaikum..

Huh tak habih-habih dengan motivasi je.. hihi.. saya memang suka motivasi dan suka berkongsi sumber inspirasi dengan siapa aje..
kali ni nak kongsi satu kisah pendek, untuk siapa yang dah tau & pernah dengar, baca sekali lagi at least boleh 'recall' balik diri..
Untuk sesiapa yang tak pernah baca, dan ini kali pertama baca, saya harap kita wat pilihan yang tepat..nak jadi si Lobak, Telur, atau Si hitam Kopi [ bak kata shearer, kopi p Ramlee ].. dan harapnya mampu menjana sesuatu dalam hati yang hampir 'futur'.., putus asa..atau hilang semangat. Jom sama-sama baca kisah ni..


Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya

mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru. Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.



Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya

dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.



Dia mengasingkan lobak dan meletaknya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.


Lalu dia bertanya kepada anaknya,



"Apa yang kau lihat, nak?"

"Lobak, telur dan kopi", jawab si anak.



Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras. Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama,direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.




Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan.

Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.

Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.



"Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.


Bagaimana dengan kita ?



Apakah kita adalah si lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan.

Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku.

Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?


Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik.

Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.




Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?


Selasa, 19 Mei 2009

Cantik Lelaki Dan Gagah Wanita..


Assalamualaikum..
blogger-emoticon.blogspot.comSedikit renungan..untuk kita..

Kecantikkan seorang lelaki bukan terletak pada rupa fizikal, tetapi pada murninya rohani.
Lelaki yang cantik..

- Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan,
- Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
- Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
- Adalah lelaki yang tenang, dan lapang dada,
- Adalah lelaki yang berbaik sangka, dan
- Adalah seorang lelaki yang tidak pernah berputus asa.
kecantikan seorang lelaki berdiri di atas kemuliaan hati, Seluruh 'kecantikan yang ada pada Muhammad yang Ummiy, Adalah kecantikan yang sempurna Untuk seorang lelaki..



Kegagahan seorang wanita, Bukanlah pada pejal otot badan, tetapi
pada kekuatan perasaan..

Perempuan yang Gagah...
- Adalah Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
- Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
- Adalah seorang perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah di tinggalkan.
- Adalah seorang perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
- Kegagahan seorang perempuan berdiri di atas teguhnya iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan,
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan..

>> Kamukah itu yang aku kenali sebagai seorang lelaki yang cantik?
>> Atau, kitakah itu Perempuan yang gagah seperti khadijah?
blogger-emoticon.blogspot.com




Creative..

Assalamualaikum.. Sihat ke..
Hari ni nak share lam label >> Santai ll Rilek ll Lawak ll Fikir ll Sinis << aje..

Dah lama tak tengok masquerade .. Jadi tadi 'godek2' youtube, jumpa beberapa masquerade yang agak kreatif dan saya rasa menarik untuk di kongsi.. Terfikir, camana depa boleh dapat idea camni.. sangat kreatif, dan ada gak moral value kat sini.. 'Teamwork', masquerade show ni takleh jalan kalau sensorang, kecuali kalau peserta tu beraksi untuk individu..

Definisi Teamwork? Secara umum teamwork didefinisikan sebagai kumpulan individu yang bekerjasama untuk mencapai suatu tujuan. Kumpulan individu-individu tersebut memiliki aturan dan mekanisme kerja yang jelas serta saling bergantung antara satu dengan yang lain.

Oleh karena itu sekumpulan orang yang bekerja dalam satu kumpulan, bahkan didalam satu projek, belum tentu merupakan sebuah 'teamwork'. Ketika seseorang bekerja didalam kelompok (team), akan ada dua isu yang muncul. Pertama adalah adanya tugas-tugas (task) dan masalah-masalah yang berhubungan dengan pelaksanaan pekerjaan. Hal ini seringkali merupakan topik utama yang menjadi perhatian team. Kedua adalah proses yang terjadi di dalam teamwork itu sendiri, misalnya bagaimana mekanisme kerja atau peraturan sebuah team sebagai suatu unit kerja , proses interaksi di dalam team, dan lain-lain. Dengan kata lain proses menunjuk pada semangat kerjasama, koordinasi, prosedur yang harus dilakukan dan disepakati seluruh anggota, dan hal-hal lain yang berguna untuk menjaga keharmonian hubungan antara individu dalam kelompok itu.

Tanpa memperhatikan proses maka sebuah teamwork tidak akan memiliki nilai apa-apa bagi sesuatu pertubuhan dan hanya akan menjadi sumber masalah bagi pertubuhan dalam pembentukan sebuah teamwork. Sebaliknya jika proses tersebut ada dalam sekumpulan orang yang bekerjasama, maka performance mereka akan meningkat kerana akan mendapat sokongan secara teknikal ataupun moral.

Mengapa Teamwork Diperlukan? Teamwork merupakan saranan yang sangat baik dalam menggabungkan berbagai kelebihan dan dapat memberikan solusi inovatif suatu pendekatan yang mapan. selain itu ketrampilan dan pengetahuan yang beranekaragam yang dimiliki oleh anggota kelompok juga merupakan nilai tambah yang membuat teamwork lebih menguntungkan jika dibandingkan seorang individu yang 'briliant' sekalipun.
~ JOM SATU PADUKAN HATI - HATI KITA ~
owhh..Jom tengok kreativiti depa..


REFLECTION


ALL MESSED UP

Ahad, 17 Mei 2009

Kita Mahu terus MENCARI @ Mahu MENJADI ?

~Munajat Cinta ~

' Bersalin jumaat tadi,3.30 ptg, berat 3.64kg, hosp.Selayang, sorri lambat reply '
Eh..sms untuk siapa ni? 012358**** huh..ke orang silap sent ni? nak balas ke tak nak balas yea? camne lak kalau memang pengirim sms ni orang yg di kenali?
Teragak-agak saya membalasnya.

'Err..maaflah, ni siapa yea?' sambil menunggu balasan sms dari si pengirim, kotak fikir cuba -cuba untuk mengingat -ingat.. nombor siapa ni yea?

'Ni kak Intan*bukan nama sebenar*, adek da lupa yea? kita kan pernah sebilik masa di uitm dulu'
Senyum..terasa hati macam berbunga-bunga, gembira sangat dapat hubungi balik insan-insan yang pernah berkongsi suka dan duka suatu masa dulu. Rindunya saat itu, hanya Allah yang tahu.

'Tahniah kak intan, alhamdulillah..dah ade baby yea..bestnya kalau dapat datang ziarah akak, nanti sent la gambar baby yea..' saya agak teruja untuk berkongsi perasaan gembira tu [ hehe, kongsi jer la yang mampu, nak jadi mak orang belum sampai saatnya lagi ]

' Rindu sangat dengan adek..bila yea dapat jumpa, akak selalu cerita kat suami pasal adek.. rasanya akak tak terlambat lagi nak ucap banyak2 terima kasih atas nasihat adek 2-3 tahun yang lepas, '
saya baca ayat itu berulang kali, apa maksudnya yea? seingat saya, saya jarang bagi orang lain nasihat, kecuali hanya pandangan-pandangan secara peribadi dan pandangan itu juga sebenarnya adalah untuk peringatan kepada diri sendiri yang selalu terlupa..

'nasihat apa yea, kak?'

'ingat tak lagi, dulu akak pernah 'share' problem akak, pasal jodoh akak?, '
seketika saya menyepi, memberi laluan kepada stor memori memutar balik masa, cuba mengingat semula hal-hal yang terpenting yang pernah saya lalui dahulu. Dalam 2 hingga 4 minit itu, baru lah saya mampu mengingat..[ tidak perlu la saya ceritakan masalah kak Intan masa tu kat blog ni ]

'Adek dah 'kawen' ke sekarang?' HAH..adeihh awatla soalan ni di ajukan kepada saya..
'lom lagi kak Intan' Pendek saya jawab.
' Habis tu, bila? akak nak p sabah ni, nak makan nasik Minyak, tapi kalau calonnye orang area2 kl / selangor ni, senang sikit akak nak ziarah'
saya telan liur. Nak kawen macamana, calon pun saya tidak pernah nak sibuk-sibuk cari.. biarlah dulu,
' Takde calon lagi kak..' Pendek juga saya menjawab..
' ha, memilih sangat ni, ke adek nak cari yang soleh..kriteria ketat sangat tu' Kak Intan tidak putus menduga, saya tahu sebenarnya dia masih mencuba untuk mengorek rahsia hati saya. Dia tahu saya macamana, macam dulu-dulu juga, saya susah sangat nak berkongsi tentang sesuatu yang belum pasti, lebih-lebih lagi soal perasaan. Biar waktu yang menjawabnya.

'Adek cari yang soleh yea?' Soal lagi
saya tersenyum sendiri, SOLEH?
'Tak lah kak, saya cari yang biasa-biasa saja, yang sesuai dengan diri saya, dan yang bersesuaian dengan saya..' saya jawab jujur.

'Adek, nanti akak contact balik yea, baby nangis..Assalamualaikum'
Selesai membaca mesej, saya terus berfikir..Yang Soleh? Betul ke saya mencari yang soleh? berangan la..saya rasa, saya tidak layak untuk yang soleh kerana saya juga tidak solehah, tapi saya tidak pernah berhenti berusaha untuk ubah diri saya menjadi yang terbaik, cuba untuk menjadi muslimah yang terbaik, jika Solehah itu tidak layak saya rangkul..

Kita selalu sangat sibuk untuk mencari, tapi bukan mudah untuk mendapatnya.
Kita Juga selalu sangat sibuk untuk mencari, tapi jika dah jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Jika kita bertemu dengan pasangan hidup dalam suasana usrah, Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada 'benchmark' solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga?

Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

RAHSIA di sebalik Perkataan Anda.

Salam alaik..
waa, ni ada info baru, tak tau la kalau ada yang dah lama tau. hehe, betul la, apa je yang kita ucapkan, adalah bayangan peribadi kita sama ada kita sedari atau tidak..
tak nak cakap banyak, 'bah' [ok] mari 'tinguk' [tengok] apa makna perkataan kamu..

Perhatikan kata-kata yang terkeluar ketika kita bercakap...Nak tahu apa rahsianya...?

1~ "Saya Memang.."
= Mereka ini menginginkan sesuatu yang boleh memberikan rasa selamat pada diri mereka. Selain itu, mereka juga sangat mengambil berat tentang diri orang² yang disayangi

2~ "Saya Rasa.."
= Mereka merupakan seorang yangs sensitif dan agak emosi. Pantang tersentuh,angin satu badan nampaknya. Sebab itu kena banyak gunakan diplomatik sekiranya berurusan dengan mereka ini. Sekiranya mereka ini terluka, luka itu akan sentiasa diingati sepanjang hidup. Dalam erti kata lain mereka ini agak pendendam orangnya.

3~ "Saya Fikir.."
= Kamu dikatakan bijak dalam membuat keputusan dan sentiasa berfikir jauh. Kamu juga seorang gemar berfikir tentang perkara apa saja dan gemar bertukar pendapat tentang apa saja untuk meluaskan pandangan.Bahkan mereka ini terbuka untuk menerima idea dan pendapat baru daripada orang lain.

4~ "Saya Percaya.."
= kamu merupakan seorang bersemangat dalam hidup dan ia juga melambangkan keyakinan diri. Kamu mudah percaya pada orang lain dan itu juga kelemahan diri kamu. Sebabnya, nanti mudah tertipu .Namun yang penting, kamu percaya kepada diri sendiri dan kebolehan yang dimiliki.

5~ "Pada Pendapat Saya.."
= Jelas sekali kamu ini yakin dengan apa yang kamu lakukan. Tapi kadangkala keyakinan itu tidak betul. Jadi kamu harus belajar unutk menimbangkan pendapat orang lain.

6~ "Saya Tahu.."
= Kamu mempunyai pendapat yang kukuh tentang apa juga perkara. Mungkin kerana kamu ini merupakan seorang yang genar membaca dan luas pandangan. Kadangkala itu. kamu seorang ibarat "kamus bergerak". Tanya saja . mesti tahu punya. Satu kelemahan kamu, kadang kala kamu seolah2 berlagak, macam Profesor serba tahu pula.

7~ "Saya Akan.."
= Mereka ini dikatakan sukar berkata "tidak" dalam apa jua perkara sekalipun apatah lagi perkara itu memeng menjadi target utama kamu selama ini. Kamu yakin kamu berjaya mendapat apa sahaja yang kamu inginkan selama ini.Tapi ingat, usaha itu pun perlu ada, yakin saja tidak memadai .
blogger-emoticon.blogspot.comp/s: hehe, ada yang terkena ke?

Monolog

Pujangga Cinta -Hamka

11.55 malam,16/05/09, waktu Malaysia, masih duduk depan komputer, siapkan ‘bizz proposal’.. sambil jari mengetak mengetuk askara di ‘keyboard’, Entah kenapa secara tiba-tiba hati rasa berdebar.. ada satu perasaan halus hadir di situ..

Ya Allah..Astaghfirullah..hati istighfar perlahan..terpana seketika di depan skrin Komputer.

Allahu Rabbi.. kenapa tiba-tiba tertebar debar di ruang hati..iskk..apasal nih..aku blurr

Ada semacam perasaan menyamai perasaan ‘rindu’ atau memang ianya perasaan rindu?

Ya Allah, Bantulah hambamu yang lemah ini, jangan biarkan hambamu ini mengingati hambamu yang lain melebihi ingatanku kepadamu.

Ya Allah, jangan biarkan hambamu ini merindui hambamu yang lain, melebihi rinduku padamu..
Ya Allah, bantulah aku, andainya perasaan ini imaginasi syaitan, maka lenyapkan ia Ya Allah..

Ya Allah, matikan perasaan debar ini, matikan perasaan ini, kerana aku tidak mampu untuk hidup dalam murkamu, kerana ia tidak halal bagiku.

Ya Rabbi, Ampuni aku, fitrah hati hambamu ini terlalu berat untuk ku buang, namun ya Allah, berikan aku kekuatan untuk terus aku berjuang, demi meraih cintaMu..agar aku takkan pernah mengharapkan cinta dari hambamu yang lain, teguhkan hatiku untukMu Ya Allah, agar hati ini tidak kecundang dijajah cinta manusia yang dusta.

Allahu Rabbi, hanya padamu ku sandarkan Harapan, dan hanya rindu, cinta & sayangmu yang aku harapkan. Ya Allah, damaikanlah perasaan ini, agar ia lebih tenang dalam mengingatimu, ya Allah, aku berlindung denganmu ya Allah, agar terus memberikan aku sekeping hati yang suci dan bersih, Ya Allah, jauhkan aku dari sesuatu yang akan mendatangkan murkamu. Kerana aku tidak mampu untuk hidup dalam pandangan murkamu. Ya Allah, siapalah aku tanpamu, dan aku bukanlah siapa-siapa jika tanpaMU ya Allah..Wahai tuhanku yang maha mendengar, Ampunkan aku kerana perasaan ini, ya Allah kurniakan aku petunjukmu yang lurus, dan jangan biarkan aku sendirian tanpaMu ya Allah..

Ya Allah, kepada siapa lagikah tempat aku mengadu melainkan hanya padamu,
Ya Allah, kepada siapa lagikah tempat aku mengharapkan pertolongan, melainkan hanya
padamu, Ya Allah, engkaulah tuhanku yang maha penolong dari segala yang
penolong..bubarkanlah rindu yang bertandang ini Ya Allah..lapangkanlah perjalanan ini.
Ya Allah..hanya padamu tempatku mengadu..bantulah hambamu ini ya Allah..sesungguhnya engkau tidak pernah menzalimi hamba-hambamu, wahai tuhanku yang maha pengasih, Wahai tuhanku yang Maha penyayang dari semua yang penyayang..

Jari – Jemari kembali menari di atas keyboard, perasaan debar yang singgah sebentar tadi, beransur hilang, sedikit demi sedikit..SubhanAllah..

Alhamdulillah..monologku didengari tuhan.. senyum terukir, lega.
Ya Allah..hanya engkau destinasiku…

Sabtu, 16 Mei 2009

Lagu Untuk KITA..

Salam Alaik..

" Sejauh mana pun kita pergi, bila sampai masanya, ke liang lahad juga akhirnya tempat kita "

Ayat yang sempat saya petik dari sebuah drama islami, hari ini, tajuknya ' Liang lahad '.. siapa pelakonnya bagi saya bukanlah persoalan utama, tapi apa pengisian cerita itu lebih penting. Bercakap tentang mati, orang-orang yang hidup semestinya tidak dapat menghuraikannya secara terperinci, yang mampu dijadikan rujukan hanyalah berdasarkan Hadith-hadith Rasulullah SAW semata.

" Kematian itu adalah pasti, apabila sampai waktunya, tiada siapa yang mampu menahannya walau sesaat, atau memintasnya Walau sesaat."
Sering-seringlah tanyakan pada diri, apa bekalku untuk bertemu denganMu ya Allah.. adakah sudah mencukupi ataupun tidak.. Hari-hari yang kita lalui adakah kita pernah menyakiti hati orang lain, dan sudahkah kita memohon maaf kepada mereka.

Mati itu pasti, dan tidak ada jalan 'U' turn untuk hidup, awasi diri tiap hari, apa yang kita lakukan akan di minta pertanggungjawabkan Oleh Allah di akhirat nanti. Gunakan semua nikmat yang di beri untuk jalan-jalan kebaikan..

Jangan sia-siakan hidup yang diberi, kita ada Misi, kita ada Visi, justeru Allah tidak jadikan kita secara sia-sia, Maka capailah Misi dan Visi itu tadi, kerjakan ia dengan penuh Amanah & Rasa Tanggungjawab.

Kerana Hidup ini adalah untuk Yang MAHA HIDUP, dan
Matinya kita adalah untuk Hidup yang lebih Tinggi.
Titipan Khas untuk Semua..


Jumaat, 15 Mei 2009

Dialog si Mamat, Anjing & Kucing


Salam alaik..
nak share satu kisah Pendek.

Al-Kisah, sepasang kekasih sedang 'berdating' di bawah tiang lampu yang hampir rebah.
Sedang asyik bergelak ketawa, seekor anjing merapati mereka. Lalu 'mamat' menghalau anjing itu dengan penuh semangat,
" Syoh..syoh.. ish anjing ni, NAJIS, haram kalau kena kat aku "

Anjing tu pun 'blah' dari situ, mencebik bibir, bengang . Kebetulan si kucing, sahabatnya sedang memerhatikan si anjing dengan hairan-hairan.

"Anjing, kenapa kau bengang sangat ni, manusia -manusia tu hina kau lagi ke?" Kucing tanya penuh rasa ingin tahu. Anjing mengerutkan dahi, Telinga dan hatinya masih panas dengan perlakuan mamat terhadapnya tadi.

" Aku bengangla kucing, bukan pasal dorang tak hulur-hulur sikit sisa makanan kat aku..tapi yang buat aku bengang, boleh diorang kata aku Ni, Najis, haram..siapa tak bengang "

" Wahahahahaha...lawak..lawak.. " kucing ketawa sampai bergolek-golek.
" Apasal kau gelak tahap gaban ni? apa yang lawak?" Anjing bertambah bengang.
" Laa..betul la, anjing kan memang haram dan najis pada manusia, lain la kalau aku, aku kucing..ada hak istimewa sikit dengan manusia. " Kucing jawab dengan bangga. Kembang kempis ekornya. Anjing mencebik.

" Elleh..aku bengang bukan pasal apa, yang aku bengang ni, manusia cakap aku ni najis dan haram..tapi At least, kalau dorg tersentuh aku pun, masih boleh di sucikan dengan air tanah (samak)..yang mamat tu pegang awek dia sana sini, tak haram? tak najis? lagi satu mana boleh samak..macam aku, huh.." Anjing memandang si kucing yang mengigit-gigit kukunya, berfikir.. betul juga yea..

p/s: Anjing pun tau hukum haram dan halal..jadi, tempatkan darjat manusiawi itu di darjat yang sepatutnya..

Hitam Putih

HITAM , PUTIH ..
" Macam kaler kopi " ~
" Kopi P.Ramlee, Kot "
" Gelap ni, dah lama tak bayar bil api yea?"
" Eh bukanlah, tapi menyahut kempen save our earth"
[ jawapan 'Cover line' ]
Banyaknya soalan tentang hitam , buat otak berfikir..
hitam dan putih ni warna ke? Siapa boleh tolong jawab ni ?
sepanjang jadi budak 'Art' , dan sepanjang buat painting, tiada satu warna pun yang bila di campurkan satu dengan yang lain akan menjadi warna hitam. Kalau Gelap pun, ianya bukanlah hitam, melainkan warna gelap semata.
Begitu jua putih, campurlah warna apa pun, ia tetap takkan jadi warna putih..melainkan warna yang terang tetapi bukan terangnya si putih.
Hitam dan putih, saling melengkapi, seiring sejalan, seia sekata, biar berbeza namun bahagia.
Hitam dan putih, tanpa kalian takkan wujud si warna dan si warni..
Hitam, selalunya kita perlu mengenal si HITAM, untuk mengenal betapa terangnya cahaya si Putih.

J O D O H ?





Selamat Hari-Hari Hari Untuk Guru.

Selamat Hari -hari HARI UNTUK GURU.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- USMAN AWANG1979-
PUISI PENUH:

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG1979

Rindu Seorang Aku

“ Assalamualaikum, cikgu ” Suara dihujung talian menyapaku. Kantukku yang masih bersisa bubar entah kemana.

“ Wa’alaikumussalam..Ni munirah yea? ” Mana mungkin aku dapat menyisihkan memoir dengan bekas pelajar-pelajarku, yang pernah menghiasi sedikit cebisan kehidupanku taktala pernah bergelar seorang ‘cikgu’

Cikgu Khatijah, Cikgu Ijja, Cikgu Baik, Ustazah Comel. Gelaran itu seakan masih terngiang di cuping telinga. Rindunya aku untuk bergelar lagi sebagai seorang guru ! Biarpun gelaran itu ku sandang hanya untuk beberapa bulan, namun aku pasti, gelaran ‘cikgu’ itu akan ku sandang hingga mati, buat mereka yang pernah mengenali aku sebagai seorang ‘cikgu’.

Indahnya bergelar seorang guru, indahnya bila dapat menyumbangkan sesuatu buat mereka yang tidak mengetahui. Bertugas di sebuah daerah pedalaman, jauh dari perkembangan teknologi, jauh dari bekalan air bersih yang sempurna, dan jauh dari ‘kesempurnaan’ hidup yang sempurna yang dinikmati insan lain.

Betullah, keindahan itu bukanlah terletak pada satu kesempurnaan, tidak juga pada kecacatan. Tetapi sesuatu itu Nampak sempurna kerana ketidak sempurnaan tadi. Aku temui sesuatu yang lebih sempurna di sini, berbanding kehidupan yang sempurna di luar sana, di daerah ini, daerah yang tidak pernah sunyi dari tawa ria masyarakatnya, Suraunya yang selalu penuh dari awal Ramadhan hingga ke hujungnya, Ukhuwwah yang tidak pernah ku temui titik hujungnya. Acapkali, aku naik segan bila penduduk daerah ini sangat menyanjung tinggi kepada kami, gelaran ‘cikgu’ mengangkat kami setinggi bukit, setinggi langit. Yang Tua, yang makcik, yang Pakcik, Yang atuk, yang nenek, yang ayah, yang emak, yang kakak, yang kanak-kanak juga, mereka mengutamakan kami, dan keutamaan kepada kami itu membuat aku terasa rendahnya di sisi Tuhan. Betapa Ukhuwwah itu terlalu indah bila dijalani dan dihubungkan bila dasarnya hanyalah mengharap kasihnya Tuhan.

“ Cikgu, kami ‘nda’ lama lagi ‘mau’ peperiksaan, cikgu doakan kami ya” Begitu pinta Munirah. Sesekali aku dapat mendengar suara kawan-kawannya yang lain dari belakangnya.
“ InsyaAllah, Cikgu doakan, sudah siap sedia kah untuk ber’jihad’?” Aku soal menduga.
“ Emm, sudah cikgu, tapi ‘nda’ tau lah cikgu, macamana nanti ni, takut ‘nda’ dapat jawab.” Ada suara bergetar dan mendatar dihujung nada. Aku faham perasaannya, kerana aku juga pernah belajar, dan menjadi pelajar. Betapa peperiksaan adalah soal seolah penentu hariku dikemudian hari.
“ InshaAllah, boleh jawab punya, sudah usaha sungguh-sungguh, takkan tak boleh juga kan? Sebelum peperiksaan ni, minta doa mak dan bapa juga, minta maaf dengan semua guru-guru.” Aku cuba memujuk.
“Kenapa mau mintak maaf cikgu?” Munirah ingin tahu.
, " sebab ibubapa dan guru adalah orang-orang yang tergolong makbul doanya, jadi keberkatan dan redha Allah ada pada ‘diorang’” Ringkas aku terangkan.
“Oh..,” Munirah jawab pendek.
Cikgu, kami semua rindu tau dengan cikgu. Di sekolah baru ni, ‘nda’ berapa ‘siok’ cikgu. Kalau cikgu yang ajar kami, mesti ‘siok’, ada baca doa belajar sebelum belajar. Cikgu ‘bilang’ supaya kami cepat faham dan supaya Allah lapangkan hati masa belajar. Di sekolah baru ni juga kan cikgu, masa pendidikan agama Islam saja yang akan baca doa sebelum belajar. Kalau mata pelajaran lain, tiada. Kalau cikgu yang ajar kami, ‘nda’ kira semua mata pelajaran pun cikgu mesti mula dengan doa. Sebab cikgu bilang, Semua apa yang kita buat mesti mulakan dengan niat yang baik dan doa.Niat dan doa cikgu bilang tidak boleh diasingkan atas sebab apa pun..kan cikgu?”
Munirah mengulang ayat yang pernah aku ungkapkan setahun yang lepas. Hu, ada nada sayu bertandang disanubari. Secara tiba-tiba hati rasa mahu menangis. Dari satu sudut hati yang lain, berdoa agar ilmu yang pernah ku ajarkan buat mereka di limpahi keberkatan. Ameen.

“ Cikgu, duit syiling mau habis sudah ni, cikgu, semua kawan-kawan disini kirim salam, jangan lupa doakan kami ya cikgu, babai..” Bunyi talian terputus disebelah sana, aku meletak ganggang.
Secara tiba-tiba air mata bertakung, entah kenapa. Terharu barangkali. Rindu bercampur baur, terkenang daerah pedalaman yang aku tinggalkan. Rindu dengan bahasa angin dari lautnya, Rindu untuk menghayati langit lazuardi dihiasi hamparan laut yang tertebar di saujana mata, setiap petang di jeti. Paling rindu, bila murid-murid kerap datang menghantar kekayaan hasil laut yang dijaring dari jala para nelayan daerahnya. Segar-segar, dan selalu juga aku tidak mungkin kerap dapat menikmati hasil laut yang sebegitu disini. Rindu taktala terdengar azan berkumandang memecah sunyi didada maghrib. Rindu dan syahdu bercampur bila tiap subuh, azan itu juga yang menyapa halwa telinga. Indahnya saat itu, Hanya Allah yang tahu.

Namun, antara semua kerinduan-kerinduan ini, ada lagi yang paling aku rindukan. Aku terasa seolah mahu bergelar lagi sebagai seorang cikgu! Terasa sangat indah bila ilmu yang dicurahkan buat anak-anak murid lekat dikepala dan lekat juga dihati mereka. Moga Ilmu itu tidak dipersiakan. Baru ku tahu, betapa indahnya bergelar cikgu. Betapa besarnya nilai seorang guru, betapa luhurnya hati seorang guru..
Buat ex-cikgu-cikgu yang pernah mengajarku erti hidup, Selamat hari guru, Moga Allah terus memberikan nikmat-nikmat buat kalian, Terima Kasih Cikgu, atas semua jasa, semuanya yang tidak mungkin aku dapat sebutkan satu persatu jasa kalian. Hanya ALLAH yang layak membalasnya.

Tidur-tidurlah, Belum Tentu Esok Untuk Kita..


Islam adalah agama yang sangat sempurna, dari hal sekecil zarah, hingga hal yang besar-besar, semuanya sudah ada aturannya sendiri..betapa lengkap dan indahnya Islam, jika kita mahu mengetahui dan mengamalkannya.

Tidur. Tidur adalah perkara semulajadi untuk manusia dan semua benda hidup di dunia. Namun, tidur juga boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan akhirat jika kita tahu caranya.

Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Mengantuk itu pula bukanlah sesuatu yang dicari / diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari.
Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat.
Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas segar semula. Di akhirat ada habuan bagi manusia itu.
Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat.

ADAB – ADAB SEBELUM TIDUR :

1- Bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk.
Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.
Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya.
Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiripun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur.

2- Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air(khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya. Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w.

3- Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya.
Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun pada hujung malam. Ini kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat-ingat akan niatnya.

4- Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat.
Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia.
Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu.
Orang yang mempunyai keyakinan mengenai bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur.

5- Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup. Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk. Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada kudrat Allah SWT. Justeru dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati.

6- Seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok.

Dengan mengamalkan adab-adab ini, dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya.

Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud):

"Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.

"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.

"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.

"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."

Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a..w., telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi..

Selasa, 12 Mei 2009

Lagi Entri Baru!


Analogi..

Salam Alaik semua..Moga Hari ni lagi baik dari hari semalam..InshaAllah..

10.05, Chat ngan sorang sahabat dari krew ILI..'Soleh' , memang sllnya kami akan 'chat', kerap isu yang akan kami diskusikan adalah tentang hal-hal dan isu-isu semasa..dan lawak 'toreh' tu ada gak la sikit, sebagai selingan.

10.05, Soleh 'share' tentang konvensyen 'Berakhirnya agenda Zionis' yang dihadirinya pada ~ 09.05.09 ~

Banyak juga yang kami bincangkan, tak silap kami 'chat' mula, 12.23 pagi ~ 2.54 pagi, diskusi yang bermanfaat ! Di akhir chat, 'soleh' 'share' ayat yang dianalogikan dari salah sorang ahli panel majlis tu, Dr. Mohsen Soleh :

= One day, you are having a cup of tea in a restaurant. Suddenly, you find a fly in your cup of tea. Then, What would you do? =

~If I'm an American, I'll leave my cup of tea.
~If I'm a British, I'll remove the fly and drink my tea.
~If i'm a Palestinian, I'll drink my tea and swallow the fly.
~If I'm a japanese, I'll eat the fly and leave my tea.
~But, If I'm a Jew, I'll sell my tea to a British, I'll sell the fly to a japanese, and I'll fine the restaurant owner because he/she is trying to poison me by putting a fly in my drink.

Rerasa saya la kan, dari semua bangsa2 yang ada dalam dunia ni, Yahudi paling Pintar, Paling Kejam, Dan paling licik dalam mengambil kesempatan atas orang lain..dan dalam masa yang sama memanipulasikan sesuatu keadaan..

Simple Analogy, tapi cukup luas dan mendalam jika kita fikirkan, & Perhatikan..

Umur Kita, Berkat Atau Tidak?

Salam Alaik..

Terdetik nak 'share' sedikit ilmu yang saya perolehi awal pagi ini, sebetulnya agak sibuk semenjak dua menjak ni, hingga design2 untuk 'testi' iluvislam terpaksa saya 'hold' dulu, dah ada tiga yang dalam proses nak 'touch-up', namun ruang masa yang terhad memungkinkan saya untuk hold seketika 'design' ni..Mudah-mudahan Allah lapangkan Urusan saya sehari-hari..

Menyentuh tentang tajuk kat atas, 'umur', pagi ni, tengah bersiap-siap nak 'standby' keluar , sempat bukak TV1, secara rawak jer bukak tv, dan tak sempat nak pilih 'channel' kat mana-mana, Kebetulan, satu rancangan yang menarik untuk saya ikuti, 'BICARA MUFTI', tak silap, rancangan ni di buat kat Shah Alam..

Direct to the point, ada seorang pakcik Haji ni tanya soklan camni kat mufti,
" Apakah tanda-tanda bahawa Umur seseorang itu di berkati Oleh Allah?" Lantas, jawab Tuan Mufti tu [ tengok dah kat tengah rancangan, jadi tak tau siapa nama Tuan Mufti tu], yang pertamanya,

" Semakin Panjang umurnya, Semakin banyak amal dan ibadatnya, Semakin banyak ilmunya, "

" Semakin mewah & banyak rezekinya, semakin kuat hatinya untuk mendermakan / bersedekah sebahagian rezekinya untuk manusia lain, kerana mereka tahu harta kekayaan yang di perolehi tidak akan dapat di bawa mati, Di akhirat nanti Allah Hanya akan menyoal "Dari mana sumber rezeki yang kamu perolehi, dan kemana iannya diinfakkan / di belanjakan.."

" Semakin bertambah kekuatan / kemahuan untuk menambah, belajar tentang Ilmu-ilmu yang bermanfaat dan ilmu-ilmu yang membawanya mendekati Allah SWT. "

" Semakin sayang kepada manusia lain, sayang yang semata-mata hanya menharapkan redha dan kasih sayang Allah.."
Kemudian, Mufti itu menyambung lagi,
"Perlulah kita meneliti diri kita, samada kita tergolong dalam golongan ini atau sebaliknya,
adakah kita, semakin banyak ilmu, ada ijazah, master, atau phd, adakah kita semakin bongkak dan menganggap kita lebih pandai dari yang lain? dan menganggap orang lain tidak sepandai dan sebijak kita?",
Adakah semakin kaya, semakin banyak harta kita, membuatkan kita semakin jauh dari Allah, semakin sibuk dengan hal dunia, hingga nak solat tak sempat, Zakat tidak ditunaikan, Haji tak buat, Apatah lagi bersedekah kepada orang lain, ini menandakan bahawa umur dan rezeki kita tadi telah hilang keberkatannya, kerana semakin kita senang, semakin sombong, semakin pula jauhnya kita Dari Allah dan tidak mensyukuri segala nikmatNya.

Terakhir sekali, Mufti tersebut bagi beberapa cara bagaimana nak perolehi keberkatan umur, di antaranya :
- Tunaikan semua Rukun Islam Dan Rukun Iman + Fardhu Ain..
- Tunaikan Fardhu Kifayah
- Tunaikan Ibadah2 Sunat..Usahakan, dan istiqamah melakukannya, cth: Kalau tak sempat wat solat sunat Rawwatib, usahakan bangun utk bertahajjud di setiap hari, Kalau tak mampu, usahalah buat solat Sunat Dhuha dll, apa yang paling penting, Istiqamah..[berterusan ] , Kerana ibadah2 sunat ini akan membantu melengkapkan ibadah wajib yang tidak sempurna.
- Eratkan Silaturrahim sesama kita..
- Kemudian kita hendaklah mengawasi solat-solat yang telah diwajibkan kepada kita agar kita sentiasa ada hubungan dengan Allah. Begitu juga dengan menunaikan zakat dan bersyukur atas rezeki-Nya, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan fardu haji.

Satu pengisian yang baik saya kira, biarpun sudah berulangkali mendengar tentang ini, tetapi ada baiknya kita selalu-selalu & kerapkan ingatkan kepada diri, agar kita x terlupa.. awasi diri dan jangan sampai Umur yang dikurniakan ini, hilang keberkatannya..

Sabtu, 9 Mei 2009

BOSANN!!


Lagi Entri Baru!

Entah kenapa hari ni rasa bengang semacam, rasa macam nak ketuk2 jer 'Remote tv' di tangan, tekan punat ni, kuar cerita tangkap Jiwa Jiwang..soksek sana, soksek sini, tekan lak punat yang ni, sama juga, plot perebutan harta, nak bunuh sana bunuh sini, yang penting harta dapat..
tekan lak punat yg lain, sama juga..program bual bicara 'realiti tv' membincangkan : Siapa yang akan menang pada pertandingan kali ni, apa sebab-sebab peserta tu boleh menang, undiannya 'maintain' atau tidak setiap minggu..

Eiiii...Geram..budget mahal-mahal tersiar rancangan ni kat tv, hanya nak bincangkan isu ni? Baik duk bawah pokok mangga, tak pun kat warung 'Singgah Dulu' la nak cerita dan berforum tentang isu yang tak membawa apa-apa faedah kepada pendengar, penonton, dan panel itu sendiri, membazir air liur, buang masa, rugi jer siapkan slot utk disiarkan kat tv ni..
'AKU DAH MUAK!!' hati mendengus, bukan kerana aku seorang yang perengus, tetapi keadaan ni buat jiwa terasa terhiris dan terasa diperbodohkan oleh media..

Dah habiskah idea orang-orang filem kita utk terbitkan sesuatu yang lebih bermakna, lebih membangun jiwa, dan lebih membawa masyarakat bagaimana menangani isu masyarakat, isu Ummah, isu remaja kita yang merempit tak sayang nyawa, isu masyarakat kita,'mengapa kita semakin kejam', isu wanita sedang mengandung terkorban akibat diragut, isu seorang pemandu lori yg dicampak mayatnya di tepi jalan oleh seorang perompak..politik yang entah siapa yang benar2 memperjuangkan hak rakyat + agama / hanya untuk kuasa semata? Sudah habiskah idea para pembikin filem yang gah namanya di persada?

Aku terfikir, Kenapa drama tv yg plotnya berkisar tentang CINTA yang entah berpaksi mana, plot tentang berebut harta & wasiat, plot Bunuh sana, bunuh sini, Plot cinta 3 Segi, 4 segi dan lapan segi yang tidak berkesudahan, kenapa drama yang berkisar tentang ini boleh ditayangkan di tv sebanyak 4x dalam seminggu, tetapi Kenapa Ceramah agama / forum agama / perlu menunggu hingga hari Jumaat sahaja utk di siarkan?
Kenapa Drama-drama Islami, yg cuba menerapkan Roh jihad, Roh islam hanya pada musim Ramadhan, Musim Hari Raya, Hari Raya AidilAdha, dan perayaan-perayaan tertentu sahaja? Kenapa perlu menunggu musim2 tertentu utuk menerbitkan rancangan seumpama ini di media?
Apakah memupuk, dan usaha menyuburkan iman ini perlu menunggu musim-musim tertentu sahaja? Sedangkan dengan jelas Iman kita sentiasa meningkat dan berkurang..kita mengambil waktu yang panjang utk merasai betapa Manisnya Iman, hingga ada juga yang langsung tidak dapat merasainya, tetapi kita hanya memerlukan masa yang sangat singkat sahaja utk melontarkan iman kita ke lembah yang hina..

'Huh..' Keluhan berat aku lepaskan, Punat tv ku tekan, skrin menjadi gelap.. terasa betapa kejamnya Media yang selama ini dipercayai boleh mempengaruhi masyarakat, yang bisa merubah masyarakat ke arah yang lebih baik, apabila menghidangkan santapan utk mata, telinga, jiwa dan rohaniku kepada jalan yang sia-sia ini..ingat bil letrik tak payah bayar ke?

Betapa kejamnya Media kerana memperbodohkan penonton seperti aku, kau , kamu & Kita yang mana mereka berforum bagai nak rak hanya nak berbincang siapa yang kekal dan siapa yang tersingkir..dah takder ke isu lain? Palestin umpamanya, mengapa kita tidak berforum bagaimana nak wujudkan roh jihad seperti anak-anak palestin di sana, terapkan roh itu untuk remaja & masyarakat kita di Malaysia yg tercinta ini?

Dalam sendirian begini, Novel FT bertajuk 'Tuhan Manusia' lebih baik & lebih bermanfaat utk aku uliti, biarpun ada yang menuduh beliau 'syiah'..aku tidak kisah dengan tuduhan mereka Terhadap FT, bukan kerana aku bukan FT, tetapi soal ini, Hanya Allah yang MAHA mengetahui, dan itu urusannya dengan Allah KALAUpun tuduhan itu benar..

Orang lain boleh berikan apa shj pendapat, tetapi siapa Aku untuk Menghukum? Siapa aku untuk 'mengkafirkan' manusia lain.. Justeru Allah Lebih mengetahui, Apa yg tidak aku ketahui, jadi aku rasa aku tidak perlu jadi tuhan kepada manusia untuk menghukum mereka.

Moga sama2 mendapat manfaat !

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...