Sabtu, 14 November 2009

[India Otak][Cina Otak][Otak Melayu]


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Baru saja balik dari kem BTN baru-baru ni, [ 05-08 November ], kem ni di jalankan di Kem Mega Crystal, Kuala Selangor. Siapa yang pernah ikut kem BTN? Angkat tangan.. sy masih ingat lagi, sebelum ni, adik saya yang berumur 19 tahun nak sangat terpilih utk ’join’ kem BTN ni, bukan atas sebab apa, tapi bagi beliau, mahu memupuk sifat pemimpin dan kepimpinan katanya, tapi sampai skangni blom terpilih-pilih lagi. Lepasni ikut la program PUNB PERANTIS lak, mesti nak tak nak, suka atau tidak kna ikut kem ni, tiada pilihan lain.

Macam biasa la, modul sepanjang kem ni adalah untuk menyedarkan insan2 betapa pentingya mempertahankan kedaulatan negara, tahu hak-hak sebagai orang melayu / Bumiputera, tahu apa itu isi-isi penting dalam undang2 Persekutuan Perlembagaan Tanah Melayu, Wasiat Raja-Raja Melayu, Perkara [153] , [152], [14] , Tentang sikit-sikit perihal cara undian di kira, Dan lain-lain.. ada juga istilah yang saya dengar, Kem BTN ni nak kipas, nak Jack kerajaan je lebih. Tak Adil la, dan berat sebelah dalam membincangkan isu kenegaraan. [ Nak buat camna, BTN ni kan memang di bawah kelolaan dan ditaja penuh dari kerajaan, misi kerajaan juga adalah untuk meningkatkan kesedaran generasi muda ttg kepentingan sesebuah negara ] = Apapun, sesiapa yang ’join’ Kem ni, pandai-pandailah menilai, analisis, dan berfikir secara kreatif dan kritis. Bagi individu yang tak minat sejarah, ’of course’ akan menidurkan diri masa modul kenegaraan kat dewan..tambah-tambah lagi dengan suasana kondusif..lena tido.

Ok skangni tak nak cerita panjang berjela pasal Kem, Cuma nak kongsikan satu cerita yang agak relevan untuk di fikir-fikirkan..

Pada zaman dahulu, ada seorang ’Britishman’ pengkaji arkeologi a.k.a saintis la juga, mendarat ke Tanah Melayu. [Beliau amat fasih berbahasa Melayu ]. Tujuan British ni sanggup jauh2 datang ke TM [Tanah Melayu ] ni adalah untuk mengkaji Otak-otak yang ada didalam kepala setiap penduduk TM ketika itu. Beliau pun bertemu la dengan sorang penggali Kubur di Suatu perkampungan TM.

BRITISH : ”Pakcik, ada tak Orang yang mati hari ni? Saya nak otak dia, nak buat kajian..”
PAKCIK : ”Ada-ada..”[Kebetulan ada orang India baru meninggal ]
BRITISH : ”Berapa Harganya?”
PAKCIK : ”OOO...Ni orang India, harga dia boleh tahan, dalam 7 Ribu la..”
BRITISH : “Ok-ok, saya beli..”

Minggu depannya, British ni datang semula..tanya soklan yang sama..lalu Pakcik tu jawab :

“Ada-ada...Hari ni ada orang Cina baru Mati..”
“Berapa Harga otak dia?”
“Huihhhhhhhhhhhhh...Mahal-mahal...” [Pakcik tu JAWAB SAMBIL geleng-geleng kepala ]
“Kenapa Mahal?” [Dahi british tu berkerut-kerut]
“Mestilah Mahal...Orang cina ni pandaiiii..sangat pandai dari kaum-kaum yang lain dalam Tanah Melayu ni“ Pakcik tu jawab ’slumber’.
“Takpa2, saya beli, berapa harganya??“
”15 Ribu sajaaaa..” Pakcik tu jawab. Orang British tu beli gak otak tu.

3Hari lepas tu, British ni datang semula, macam hari sebelumnya, dia bertanyakan soklan yang sama, pakcik tu jawab :

PAKCIK : ”Ada, hari ni ada orang Melayu meninggal pagi tadi..mau bili ka?”
British tu angguk-angguk..
”Berapa Harga?” BRITISH TU TANYAKAN HARGA..

Belum pun pakcik tu menjawab.. saya terus potong ayat pakcik tu...

”Chop-chop...biar pembaca belog ni yang tentukan berapa harga Otak orang Melayu”

”Haishh..mana boleh...British ni nak cepat ni..” Pakcik tu cam sebal je..

“Camne? Bleh TAK korang tolong letakkan berapa harga otak Orang Melayu??..cepat2 orang british nak cepat nih”

[Ni juga startegi meletakkan harga barang ketika berjual beli..selamat meletakkan harga..]

;D

P/S > Penulis sengaja meringkaskan tiap perkataan, menulis dalam slanga bahasa yang biasa-biasa. Ketidak logika adanya matawang alam bentuk Ringgit Malaysia pada zaman dalam cerita ini juga adalah memang disengajakan..

Rabu, 4 November 2009

BlogBlogBicaraSempoi ll Entri ni UntukMu..

Assalamualaikum..

CLUB BLOG BICARA SEMPOI

MALAYSIA MEMBER CLUB


Semenjak 3 bulan yang lalu dah masuk bulan yang keempat bulan ini, diri semakin jauh dan adakalanya terpaksa berjauhan dengan rumahku di alam maya ini. Kadang-kadang ada masanya idea banyak mencurah-curah untuk menulis, tapi jari-jariku pula yang seakan cramp akibat mengupas kentang berkilo-kilo di kilang makanan, menyebabkan keluar lah satu pepatah baru > Hati mahu, tapi jari tak mampu <
Hati mahu menulis, Jari tak mampu, mata pula mengantuk akibat tenaga yang dah habis di 'spin', sewaktu berkerja.

Dalam mood yang jarang-jarang menulis atau men'hupdet' sesuatu dalam blog ini pun, tak sangka mendapat sedikit perhatian, prihatin, atau kasih sayang daripada intaian kelab blog > Kelab Blog-blog Bicara Sempoi < dan jemputan rasmi daripada pihak admin untuk menyertai kelab ini tertera pada shoutbox disebelah kanan blog ini. Walaupun agak lambat memberi 'respon' dengan jemputan beliau-beliau, tidak bermakna saya menolak undangan ini, kecil jari-jariku, tapak tangan yang sederhana besar ini juaku tadahkan.
Makasih kepada Pihak Admin Kelab Blog-blog BiCARA sEmpOi..

Err..Sempoikah tulisan-tulisan dalam blog saya ini? saya juga masih mencari makna sempoi dalam kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi terbaru, namun belum menjumpainya, jadi nyatalah buat saya, sempoi itu bahasa kita yang dicipta untuk suka-suka tapi pasti ada makna.

Mungkin juga tujuan saya berblog ini adalah hanya untuk menyempoikan diri, dalam kehidupan yang tercipta, walaupun kadang-kadang antara suka dan duka pasti ada hikmah yang tersembunyi dalam setiap perjalanan 'hidup' yang dilalui. Blog ini bukanlah blog dakwah, atau bukanlah blog luahan perasaan, atau juga blog mencari kenalan, atau mencari 'ranking' teratas,atau apa-apa sebab yang lain, namun cukup saja andai saya secara ringkasnya meminjam kata-kata Ramli Sarip > "Aku Menulis Bukan Kerana Nama"

> terpulanglah kepada setiap pembaca untuk mengambil pengajaran, mengutip pengalaman yang bersepah-sepah dalam perjalanan kehidupan seorang 'saya', pengalaman yang bersepah dan terakam dalam blog ini hanyalah secebis berbanding pengalaman-pengalaman yang dimiliki oleh orang-orang terdahulu berbanding saya..<

Tentang Kelab bLOG-bLOg Bicara Sempoi ini, setelah saya menjelajah blog ini sendiri, dan membuat sedikit bedah siat-siat, bagi saya Kelab ini ibarat hostel..atau 'Centre' Yang mengumpulkan pelbagai cerita, kisah, daripada semua golongan dan lapisan masyarakat, selain itu, Blog ini juga ibarat perkongsian ilmu yang merakamkan pelbagai ilmu seperti it, software, ebook, atau ada juga yang menjana kewangan dari sini > Peluang mempromosikan bisnes anda<

Sedikit ayat Kopi n Teh Dari blog tersebut :

> Didalam Blog-Blog Bicara Sempoi tersenarai blog-blog yang kebanyakannya blog peribadi dari pelbagai golongan.. baik dari yang muda, tua, miskin dan kaya.. tidak kisah lah siapa anda.. yang pasti anda sudah memiliki sebuah 'blog' sudah menulis berbagai-bagai cerita.. pelbagai maklumat, pelbagai petua, pelbagai tips dan trik.. dan bla..bla..bla...


tujuan sebenar kita membina sebuah 'blog' semua ini adalah untuk aper !!

----------------------BerBagai Bagai Tujuan----------------------
----------------------BerMacam Macam Minat------------------

:ada yang membina blog kerana ingin meluahkan perasaan ..
:ada yang membina blog kerana ingin mencari kenalan ..
:ada yang membina blog kerana ingin berkongsi cerita sedih ..
:ada yang membina blog kerana ingin berkongsi pengalaman ..
:ada yang membina blog kerana ingin berjuang entah aper yang dijuangkan'
:ada yang membina blog kerana ingin merapu ikut rasa hatie tak takut mati'
:ada yang membina blog kerana ingin ----------
:ada yang membina blog kerana ingin ----------
:ada yang membina blog kerana ingin ----------

terlalu banyak sebab dan tujuan para blogger..


Club Blog-Blog Biacara Sempoi Diwujudkan adalah untuk menggumpulkan cerita cerita terkini
Update-update posting dari para blogger untuk ditampirkan dan menarik minat pembaca berkunjung keblog tersebut.. berbagai bagai tajuk boleh dipilih mengikut citarasa minat tersendiri..

Pasti ramai pengunjung di sini pasti juga ramai yang akan tertarik membaca posting diblog anda..
kenapa saya katakan begitu.. kerana sistem disini bukan mengikut rangking sesebuah blog..
sistem disini adalah mengikut blog update terkini dari posting.. blog mereka akan terus ke list pertama.. dan akan turun list kedua ketiga keempat dan seterusnya.. sekiranya anda masih tidak berpuas hati untuk sentiasa berada dirangking yang pertama.. rajin-rajin la update posting di blog anda.. nak update satu hari 15kali pun tak aper.. tiada siapa pun boleh marah..

Wasiat Dariku > Anda berminat? atau mahu lebih kenal dengan kelab ini, klik saja link di atas..

Wassalam.

ll Perantis Life 01 ll



Assalamualaikum..

Diam tak diam atau saja-saja nak duduk diam-diam, hampir 4 bulan kami bergelar siswazah perantis di bawah seliaan PUNB [Perbadanan Usahawan Nasional Berhad]. Ada diantara kami yang hampir 5 bulan dan ada yang dah masuk 6 bulan. Kursus perantisan ini sepatutnya akan memakan masa setahun, disebabkan ada manusia yang suka mencipta masalah, atau layaknya di gelar sebagai mastermind utk membuat ’PLAN’ menimbulkan masalah, kami berlima mengambil keputusan untuk memendekkan tempoh kursus di sini..[Nama syarikat sengaja dirahsiakan untuk mengelakkan saman-menyaman] .

Sebagai intro, apa kata nyanyi sendiri-sendiri lirik lagu kat bawah ni, suara sumbang dan merdu masing-masing tidak akan masuk dalam penilaian pengadil. Apa yang penting setiap anda ’feel’ makna lirik bawah ni. [ Ikut Rentak lagu 10 Budak Hitam ]

7 orang perantis, Masuk syarikat ini,
1 Tarik Diri, Tinggal lagi 6..
6 Orang Perantis, Asyik kerja yang sama,
1 Dikatakan Malas, Tinggal Lagi 5..
5 Orang Perantis, Asyik buat samosa,
1 Disabotaj, Tinggal Lagi 4..
4 orang Perantis, seringkali diuji,
Masih juga sabar..sabar..sabar..sabar..


“To Live is to learn, to learn is to love, to love, is to live” [aish, pening gak baca frasa ni, silalah baca beberapa kali untuk memahami makna ayat..]

Baru masuk bulan ketiga dan nak masuk bulan keempat ini saja, terlalu banyak moral ‘value’ yang kami dapati dari kilang ini. [Produk syarikat ni kira ada nama yang agak kuat juga di persada perniagaan, walaupun baru beroperasi masuk tahun keempat]

Masuk bulan-bulan ni, Alhamdulillah, bertambah lagi ilmu. Nak kata ilmu perniagaan, amatlah sedikit diperolehi dari sini. Ilmu paling banyak kami cedok kat sini ialah, ilmu baru dalam memerhati gelagat manusia :

1- Memahami Gelagat, riak muka, aksi atau bahasa tubuh seseorang ketika berbohong..

2- Cara-cara mengenali ayat-ayat manusia yang sangat suka mengorek cerita orang lain

3- Cara menganalisis bahasa PSIKOLOGI yang digunakan hampir tiap orang yang berpengaruh untuk mempergunakan orang-orang bawahan.

4- Cara-cara untuk lepas daripada peraturan bisnes yg jujur dan telus..mudah saja sifirnya..
> “Kami ada duit, kamu buat saja kerja, kami akan bayar..”< [Ucapan terus dari orang berpengaruh kaum-kaum atasan yang lidahnya tidak perlu bayaran tol, zakat atau insurans. ]

5- Bagaimana menjadi bijak untuk ‘save cost’ dalam mengeluarkan produk, walaupun saya terkejut kerana berlaku satu insiden dimana resepi cutlet a.k.a bergedil dibuat testimoni untuk dicampurkan tepung supaya menjimatkan kos kentang, dan daging ayam di tukar kepada kiub ayam? Haishh..terpegun saya mendengar idea orang-orang atasan yang berpengaruh.. –
* Nota kaki ; Nasib baik la..idea ni hanya bertahan 3 kali sahaja, sebab saya dan chef Don[*Bukan Nama sebenar ] + rakan-rakan perantis yang lain mengutuk, mengecam, dan mentertawakan rasa cutlet a.k.a bergedil yang sangat ganjil rasanya, dan lebih ganjil lagi orang-orang atasan berpengaruh terfikir idea seperti ini:
> Jimat Kos Kentang dan ayam > Tambah Tepung > Output banyak = tapi hasilannya > Kualiti rasa Cutlet a.k.a Bergedil yang langsung tak sedap. [Tidak bermakna menghina makanan, tapi kenyataannya kalau kita nak hasilkan produk yang baik, buatlah baik-baik, terbaik dan sehabis baik, so orang lain yang makan pun tak lah sampai terkebil-kebil biji mata hendak meneka makanan apa yang sedang dikunyah tu.]
*Nota kaki lagi : Kami buat kesimpulan, walaupun dapat output banyak, Rasa tak sedap, habis tu siapa yang nak beli lagi kalau dah tak sedap? = sales akan turun, efek kepada pulangan produk & keuntungan syarikat tu.
Lagi berbisa ayat Chef Don > “Ini curang dalam bisnis namanya ni”
Saya pula membalas > “Pelik manusia ni, bila dah kaya makin tamak, bila dah makin mampu, semakin risau akan kekurangan..”


6- Cara bagaimana orang-orang atasan memberikan jalan keluar, atau tunjukkan jalan keluar kepada orang-orang bawahan, tidak kira samaada dengan cara terpaksa, memaksa, atau mensabotaj orang lain.

7- Cara bagaimana mahu kelihatan mulia depan orang lain, seolah-olah kita tidak pernah memberhentikan sesiapa, tidak pernah memburukkan sesiapa, dan tidak pernah mensabotaj sesiapa, sifirnya juga mudah, :
> Cakap depan mangsa ayat lain, cakap didepan staff lain, ayat yang lain pula<

8- Perlu tahu undang-undang syarikat, undang-undang ordinan buruh, pastikan orang-orang bawahan kita jahil tentang undang-undang ini, dengan kejahilan mereka, kita boleh sesuka hati memaksa mereka untuk terus berkerja sampai pukul 3.00-4.00 pagi, selain daripada itu kita bolehlah memerah ooopppsss..disebabkan sekarangni dah zaman moden, saya tukar istilah perah ini kepada > SPIN< meme’spin’ tenaga pekerja sehabis-habisnya sampai kering untuk bermati-matian berkerja, yang penting syarikat untung banyak. oleh itu adalah sangat penting ilmu ini, sangat berguna untuk menyalahgunakan ilmu ini, lebih-lebih lagi kepada orang-orang bawahan yang jahil tentang hak mereka sebagai pekerja, apatah lagi sebagai manusia.

9- Tak perlu tahu sangat kira mengira atau congak-congak sangat. Dengan ketidak ‘berapa pandaian’ sangat kira mengira ini, bolehlah kita mengambil ringan semasa pengiraan gaji dan overtime dikira. Mana yang setengah-setengah masa, atau Cuma 2, 3 hengget tak payah kira, dan tak perlu masukkan dalam ‘salary voucher’ pekerja tadi.

10 – Selain daripada kepandai-pandaian atau sifat memandai-mandai di atas tadi, seseorang yang berjiwa nak jadi usahawan atau nak jadi orang-orang atasan, paling penting, semasa membuat keputusan tu, tak kira la keputusan apa, tapi selalunya berkaitan dengan permasalahan pekerja atau lebih tepatnya orang-orang bawahan atau kata paling tepat sebagai hamba, ikutlah emosi anda semasa membuat keputusan, tidak perlu fikir panjang-panjang, tidak perlu fikir-fikir masalah orang bawahan, yang penting anda sebagai orang atasan lepas, yang penting reputasi kemuliaan anda sebagai orang-orang atasan tidak terjejas dan tergugat didepan pekerja lain anda, yang mana belum menjadi mangsa anda, atau bakal mangsa anda. Ini sangat penting agar pekerja lain tahu anda adalah orang atasan yang baik hati, jujur, amanah, telus, tulus, berkerjasama, bertatasusila, berhemah tinggi, berkaki lebar, dan sentiasa tersenyum lebar.

Tapi anda kena ingat, sebagai usahawan, bakal usahawan, atau bakal orang-orang atasan, anda manusia biasa, mati bila-bila masa, entah hari ni, esok atau lusa, nyawa tidak lagi bersisa, kubur kata MARI-MARI, CINTA MATI..rumah kata PERGI-PERGI, DARI SINI, tiada yang abadi..Allah tu maha Adil, cepat atau lambat, Tidak Disini mungkin disana, pembalasan itu ada, malah Sebesar zarahpun kebaikan atau kebatilan yang dilakukan, Allah takkan pernah terlepas pandang..

11- Disebabkan Kami, para perantis dan orang-orang yang bergelar orang bawahan yakin dan tahu Allah itu ada, kami tetap bersabar, kerana sabar itu subur.. Selagi mana sabar itu masih bersisa, para perantis yang mahu belajar akan tetap terus belajar, walaupun jalan itu sangat pahit, dan menyakitkan jiwa yang merasa.

SABAR..Itu pelajaran terbesar daripada semua pelajaran-pelajaran di atas tadi.
Dalam masa yang sama berusahalah untuk mencari jalan keluar memperbaiki keadaan yang terang-terangan tak betul, tapi andaikata orang-orang atasan tetap merasa gah dengan semua tadi, apa salahnya kami orang-orang bawahan angkat kaki, bawa diri, juga hati berhijrah ke tempat lain. Daripada diri turut terpalit sama, carilah rezeki itu di tempat lain.

Bumi tuhan, walaupun mungkin sederhana kecil, keluasan rezekinya tidak pernah dapat dihitung buat sesiapa yang tetap berusaha mencari dan tidak merasa putus asa dari rahmat ilahi.

Pengajian tentang ilmu-ilmu baru tadi akan disambung semula pada entri berikutnya.
”Kehidupan adalah sekolah yang terbaik, selagi mana kita mahu belajar di dalamnya”


Wallahu Ta’alam..

Dedikasi Khas :
Rakan-rakan Perantis,
1- Buat sist Iela [*Bukan nama sebenar ], Take it easy kak, Fight for our Right..Kerana bumi tidak pernah berhenti putarannya, kita perlu teruskan misi, walaupun terpaksa beberapa kali sabar seakan tercalar, yakin kita dipihak yang benar..
2- Munirah [*Bukan Nama sebenar ], sabar mun, nnt ijja update pelajaran kita hari tu..(^^,) simpan2 ulu ilmu tu..
3- Raiyan [*Bukan nama sebenar ], Lepas ni kena kuat dan berani untuk katakan ’TIDAK’ and you need to do it..dah nak habih ni, InsyaAllah kejayaan akan mengiringimu.
4- Azrul [*Bukan nama sebenar ] InsyaAllah, semuanya yang terbaik akan memihak pada orang-orang yang benar..
5- Min [*Bukan nama sebenar ] Sobat, manapun dirimu kau bawa pergi, yakin ukhwah ini tak pernah sy lepaskan, walau jarang msg, emel atau ym, paling penting DOA antara kita adalah tali hubungan yang tak berhijab dan tidak memerlukan perantara ditengahnya..
6- Ning [*Bukan nama sebenar] Semoga Allah melindungimu selalu. Kejayaan itu ada dimana-mana, dan seringkali ia terjadi dan menyusul selepas kejayaan yang pertama..

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...