Sabtu, 18 Julai 2009
Tanpa Tafsiran.
Semacam Ada beban rasa,
terpaksa ku galas dihati,
Walau cuba di usir,
dipujuk, biar tenang,
tapi rasa itu tetap datang..
Tiba-tiba juga,
ada semacam perasaan,
palu memalu,
menggetarkan rasa,
ritma jantung tidak seirama berirama,
semuanya berterabur..
Perasaan terusik,
Seolah ada yang menyeru,
dari kejauhan, namaku diulang, bertalu..
Adakah itu panggilan Rindu?
Tuhan,
Kuatkan aku dengan sedikit kekuatanmu,
agar aku bisa membungkus
perasaan resah gelisah ini,
ku pulangkan semuanya padaMU,
pemilik hakiki.
Kerana aku,
tidak mampu,
membuka pintu,
yang sudah Terkunci kaku..
-ahyA1912,
seusai subuh,
aku masih berteleku,
mendambakan satu ketenangan hati
yang sedang bergetar hebat!..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Shaklee Ready Stock Sabah
Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...
-
"Hidup adalah sebuah perjalanan, mencari kebahagiaan, sekaligus kehilangan bahagia yang lain. Hidup adalah tidak mendapatkan,...
-
Alhamdulillah, dapat juga kembali menulis untuk entri kali ini. Agak rindu untuk ‘menghupdet’ blog ni sebenarnya, ada sawang dah sikit-sikit...
-
Assalamualaikum.. “Jika Allah sudah berkata ‘Kun Fayakun’, jadilah, Maka terjadilah ia. Maha Suci Allah, yang ditangan-Nya Segala Kekuasaan,...
salam ijja..
BalasPadamsound mcm ada masalah jer.. hmm..
banyakkan bersabar yer, semoga Allah memberi petunjuk dan jalan yang terbaik untuk ijja..^_^
ll Kak Asniza >> ;D, Sepanjang masa manusia berdepan dengan bakal masalah..
BalasPadamtak pasti lah, ini masalah atau bukan..sebab itu puisi ini tiada takrifan ttg apa yang saya rasakan sekarang ini, huh..hanya pada DIA jua kita pulangkan semuanya.. ;(
kamu cuma perlu tahu ujian itu tarbiah dr nye..gagal atau berjaya menyelesaikn satu mslh bkn pengukur iman kita...hadapilah dngn tenang pasti die telah menyediakn sesuatu untk hambanya sama ada kita menyedarinya atau tidak..tu yg sy tahu..:)
BalasPadamll Asteroide >> iya..setuju deh dengan pendapatmu itu..
BalasPadamujian itu hanya menguatkan roh dalaman.. ;D