Isnin, 5 Disember 2011

Bahagia Itu Apa?

Ini pastilah bukan gambar milik saya.

Sumber gambar dari pak Google.


-->
29 November 2011, Selasa.

Bagi orang miskin, wang itulah kebahagiaan.
Orang yang sakit, kesihatan itulah kebahagiaan.
Untuk yang masih bujang, pasangan hidup dan pernikahan itulah kebahagiaan.

Setiap mahasiswa, mendapat gelar sarjana itulah kebahagiaan.

Penganggur-penganggur, mendapat pekerjaan itulah kebahagiaan.

Untuk yang sentiasa sibuk, berliburan itulah kebahagiaan.

Kepada ibu bapa, anak yang berbakti itulah kebahagiaan.

Mereka yang lumpuh anggota, dapat berjalan itulah kebahagiaan.

Bagi orang buta, dapat melihat itulah kebahagiaan.

Pencandu alkohol,  arak itulah kebahagiaan.

Mereka yang kaya-raya, membeli-belah itulah kebahagiaan.

Golongan politikus, menguasai jabatan dan mendapat kuasa itulah kebahagiaan.

Bagi selebriti, ledakan populariti adalah kebahagiaan.

Masing-masing punya pengertian tentang kebahagiaan.  Berbeza-beza dan bermacam sisi pandang.
Kebahagiaan-kebahagiaan di atas sebenarnya bukanlah kebahagiaan hakiki,
ia lebih tepat hanyalah kesenangan, kepuasan dan kegembiraan yang singkat dan sementara. Semuanya itu belum tentu didapatkan.
Masing-masing mencari kebahagiaan, namun sedikit sekali yang mengatakan hidup dalam kasih Allah dan rasa syukur itulah kebahagiaan yang paling indah!
Manusia sering tersilap dalam mencari kebahagiaan, sering tersalah menilai kebahagiaan. 
Kebahagiaan sejati hanya ada dalam kasih Allah dan rasa syukur atas tiap nikmat yang Allah kurniakan.
Hanya kasih-Nya, dan rasa syukur seorang hambalah yang mampu mendatangkan sukacita, kedamaian, keceriaan, dan rasa sempurna dalam menikmati kurniaan-Nya.   
Bersyukurlah, mintalah kepadaNya, DIA sangat dekat dengan  kita.  Hidup menjadi lebih indah apabila kita tahu indahnya hidup dengan hati yang penuh dengan kesyukuran.
Semoga bahagia yang didamba, datang memenuhi segenap ruang hati.  Bahagia bersama kasih sayangNYA..
ahya ijja

Selasa, 13 September 2011

Buku Hari Ini ll PTS


"Apakah yang akan kita lakukan jika kita diberi peluang melalui semula satu hari bersama orang yang kita sayang, yang sudah pun pergi?"


Karya kedua daripada penulis Mitch Albom (Selepas buku 'Tuesday With Professor Morrie')  sungguh mengujakan! Membaca blurp pada bahagian belakang kulit buku sahaja, sudah mampu menarik minat pembaca untuk membelinya. (Ini ditambah pula dengan penangan jatuh cinta pada novel pertama beliau yang diterjemah oleh PTS)
Puas juga mencari buku For One More Day di kedai-kedai buku, tidak berjumpa. Alhamdulillah, pagi tadi berkesempatan mengunjungi Syarikat penerbitan buku tersohor Malaysia, PTS.  Selepas berkursus pendek, saya mengambil kesempatan untuk melaburkan sedikit wang untuk membeli buku-buku disana. Berjaya membeli dua buah buku. Lain hari boleh datang kesana lagi untuk berbelanja buku.

** buku For One More Day ini, saya masih belum dapat berkongsi tentangnya, kerana belum menghabiskan pembacaan. Saya akan habiskan secepat mungkin. (Ada beberapa lagi buku yang sedang menunggu untuk dihabiskan )

****************************

Buku kedua hasil belian : 

- Senyumlah : Hidup Ini Indah - Penulis : Kusyi Hirdan - 2011
Sebuah Buku dibawah kategori baru Motivasi Untuk Remaja. (PTS Teen)

"Tidak ada manusia yang hidupnya tidak pernah dilanda dugaan.  Tetapi tidak semua manusi yang mampu menghadapi dugaan.  Hanya manusia-manusia hebat sahaja yang akan mengambil dugaan sebagai cabaran dalam hidup.  Senyumlah : Hidup Ini Indah, adalah rangkuman cerita kisah motivasi bagi mereka yang berhadapan dengan dilema sepanjang menelusuri zaman remaja.  Mereka adalah manusia-manusia hebat kerana berjaya melaluinya dengan senyuman".

Saya membaca buku ini sepanjang perjalanan. 
Saat berada didalam teksi menuju ke Terminal Putra  LRT Gombak, 
ketika didalam tren LRT menuju ke KL-Sentral, dan berjaya membacanya setengah buku ketika berada dalam keretapi dari KL-Sentral ke Serdang. (Membaca penuh semangat kerana mahu membuat sedikit 'homework' untuk belajar dan memahami laras bahasa yang diterima dalam penghantaran manuskrip ke PTS nanti).

- Dan, ya. Saya berjaya habiskan pembacaan pada pukul satu pagi tadi. Jika tiada selingan aktiviti ketika sampai dirumah tadi, sudah pastilah pembacaan menjadi lancar dan tiada sekatan masa. ;D

Sambung cerita pasal buku Senyumlah :

Buku ini mengandungi 13 bab, dimana cerpen motivasi pendek di kompilasikan dalam satu buku. Konsep menarik saya kira. Di antara kesemua cerita, bab berikut adalah bab terbaik ketika saya membacanya : 

Bab 1 - Emak Baru, Guru Baru, 
Bab 2 - Tudung Kepala Atau Tudung Saji, 
Bab 5 - Gemuk Pun Istimewa, 
Bab 7 - Aku Bukan Si Itik Hodoh!, 
Bab 8 - Cinta, Pergilah Dahulu,

Bab-bab di atas membuat saya sedikit teremosi dengan jalan penceritaan. Biarpun buku ini untuk kategori remaja, namun ia sesuai juga di baca untuk golongan yang sudah berumur, seperti saya. Haha!

Untuk lebih penghayatan, silalah membeli, atau meminjamnya di perpustakaan awam. ^_^

Jika tidak rajin mahu membacanya, hadiahkan buat anak murid, anak buah, anak-anak, anak saudara, atau sesiapa yang kita sayangi. Sangat sesuai jika diberikan kepada mereka yang sedang meniti ke usia remaja.
{Moga-moga ada perubahan terhadap sikap selepas mereka membaca buku ini}

Sudah pukul 2.20pagi, esok sambung lagi dengan cerita lain. Sungguh mata seperti di gam 'yUHU'

Wassalam, terima kasih buat semua.

Rabu, 7 September 2011

Kisah Budak Penjual Kuih.

**Sumber gambar daripada Google

Diambil daripada : http://www.facebook.com/notes/syahirulcom/kisah-budak-penjual-kuih/238038059564841

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan 'highway' PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintasi ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" tanyanya sambil tersenyum.  Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik, abang sudah pesan makanan", saya menjawab ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Email dari hamba Allah :)

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...