Isnin, 13 Julai 2009

Buah Dan Manusia?

Assalamualaikum..

Jangan Suka Mendedah Tubuh ... Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia Terhadap Pasangan ... Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan Dalaman ... Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga Kesucian Dalam Pergaulan ... Jadilah seperti sengkuang.
Walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu Bertindak Adil ... Jadilah seperti tandan petai , bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin Tua Semakin Bijaksana ... Jadilah seperti cili.
Semakin tua, semakin pedas.

Jangan Bermuka-muka ... Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

4 ulasan:

  1. saya suka perumpamaan ni.
    aha~

    BalasPadam
  2. salam.. buah adalah hiburan kenikmatan diberi tuhan...
    dan manusia itu sedang bekerja... sedang merasai kenikmatan atau sebagai hiburan?

    BalasPadam
  3. terimakasih utk tajuk ini,

    sejak harini burung gagak masih pandai memberi isyarat dan masa..

    buah kalah:)

    buah itu di ekstrak akhirnya jadi serbuk yang bertaburan di mata:))

    BalasPadam
  4. ll Wal >> Perumpamaan yang bleh di pelajari dari alam sekitar untuk muhasabahkan diri..

    ll RyE >> Wa'alaikumussalam..
    Tuhan tidak hanya memberikan manusia hiburan, dan kenikmatan,
    tetapi juga sekeping hati,
    untuk memerhati,dan tahu untuk mensyukuri.. :D

    ll Muslim Doc >> Sama-sama..

    Dari awal lembaran sirah berdarah Habil dan juga Qabil,
    burung gagak adalah yang terawal memberi isyarat
    tentang cara menanam mayat?

    Buah juga tidak pernah kalah,
    bukankah dalam sejarah
    Adam dan Hawa,
    terusirnya mereka
    dari syurga
    hanya kerana pohon berBuah?

    Dan Manusia
    itu,
    sering terlupa,
    makanya, perlu selalu
    belajar dari alam,buah,dan benda..

    :D ..
    DA JADI MACAM BERBALAS PANTUN LAK.. hehe

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...