Jumaat, 22 Mei 2009

Where Is Your Cheese?

Assalamualaikum..

Buat semua yang sedang dok baca blog saya nih.. Baru hari ni berkesempatan meng’update’ kan blog kali ni.. ‘busy’ yang mengikat diri membuat saya terpaksa berenggang seketika dengan internet.. heheh.

Semalam, baru jer setel kemas bilik, meng’update’ kan susun atur bilik, tidaklah bermakna bilik saya sudah ‘semak’, tapi saya sengaja menukar susun aturnye, so that tak la rasa ‘Boring’ bila menghabiskan waktu di bilik. Memang orang-orang yang berjiwa sagitarius sukakan perubahan, dan tidak suka sesuatu yang rutin sama sehari-hari..[ tak tahulah yang lain..hehe ] = sekadar ramalan astrologi + ilmu falak semata..baca boleh, percaya jangan..

Tengah kemas-ngemas semalam, banyak la buku-buku + Novel + Majalah, dan lain-lain yang saya dah baca lama dulu di selongkar balik. selalunya buku / novel yang ‘best’ saya akan letak kat atas meja + yg hampir ngan saya cz nxt time, bila-bila saya nak wat rujukan / recall balik diri, mudah saya nak baca balik.
Buku - buku yang dah habih baca tp kureng skit ranking bestnye, saya akan letak lam almari n susun ikut kategori tertentu, senang nak cari kemudian hari.

Berbalik tentang buku, saya terjumpa balik buku tajuk ni “Who Moved My Cheese ?” karya sorang motivator ‘femes’ = DR JOHNSON SPENCER

Buku ni saya beli setahun yang lepas, nipis aje bukunya, saya beli pun selepas ikut kursus Motivasi selama seminggu ‘Softskills’= Skills to related human more better. Motivatornya seorang Chinese, Chris Daniel..dia ni member kepada penulis buku – Dare To Fail, Billy Lim- memang best sangat program ni, dan tidak seperti kebiasaan kursus yang pernah saya ikut sebelum ni..Chris Daniel yang agak gila-gila, kreatif, + menghargai setiap orang di sekelilingnya. Mudah jugak la nak sesuaikan diri dengan dia..


Ooop..oopp..out of topik sat.heh, berbalik tentang Buku Tadi, Who Moved My Cheese?, saya baca balik untuk kali kelima semalam. Buku ni asalnya kalau yang baru tak silap saya dalam RM29.Brapa sen ntah, tapi dalam lingkungan harga camtu2 la.. tapi saya beli ngan harga murah aje, cz saya beli di sebuah buku yang ader jual buku2 lama + 2nd + brapa2 hand dah..murah jer saya beli lam RM6 lebih, tgok buku tu pn takla teruk sangat, kulitnya masih ok, takder yang koyak-koyak, tapi kat lam buku tu ader beberapa frasa + perkataan yang dah digariskan kat bawahnya, guna pen, then ada gak penjuru-penjuru sesetengah ‘page’ yg di conteng ngan pen + Pensil, tp sy tak kisah sangat, apa yg ex-owner buku ni conteng adalah makna frasa-frasa yg ada kat buku ni. Ada jugak kata-kata motivasi. Heh sekali imbas, buku ni macam saya pemilik asalnya, sebab saya pun suka conteng-conteng buku-buku yang saya beli [ memandai tambah-tambah footnote / header kat lembaran buku + sometimes saya akan tulis apa yg saya fikir kat page buku tu, macam feedback saya ngan pandangan penulis buku tu la kiranya ]

Owh, Berbalik lagi pasal buku ni, [ WMMC ], Kalau ada yang tak penah baca lagi, saya sarankan korang cari buku ni..rerasanya kat MPH, Kinokuniya ader kot..Kengkadang susah jugak nak cari buku ni, kira nasib baik la kalau korang jumpa. Versi movie pun ada juga..tapi saya berpeluang tengok movie ni masa program tu aje, kalau search kat youtube, memang takkan jumpa. Kami berpeluang tengok pasal Motivator Chris Daniel tu dapat lesen utk bagi setiap peserta tengok.. Memang best Movie dia, katun..2 ekor tikus dan 2 orang manusia kerdil.. tiap-tiap pagi dorang akan bangun awal pagi, pakai baju jogging dan akan berlari-lari dalam maze untuk cari ‘cheese’.. Setiap Hari macam tu..

Who Moved My Cheese, = Siapa yang memindahkan Keju saya. Buku ini sebenarnya bukan buku baru. Tapi isinya masih relevan untuk kita baca sampai hari ini. Jika ada yang sedang bingung menentukan pilihan, misalnya jodoh, jurusan kuliah, atau pekerjaan mungkin buku ini boleh menjadi salah satu rujukan untuk menentukan pilihan.

Who Move My Cheese adalah sebuah buku sederhana yang mudah dibaca dan dicerna, cz tulisannya besar-besar dan macam buku cerita untuk bebudak .

Buku ini bercerita tentang 4 watak >> 2 ekor tikus bernama Sniff dan Scurry , 2 orang kenit bernama Hem dan Haw. Sniff dan Scurry mewakili karakter yang penuh keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru, sedangkan Hem dan Haw mewakili karakter yang biasa dan suka dok lam zon Selesa.

Selepas berhari-hari depa lari-lari lam maze tu, dorg akhirnya terjumpa dengan satu kawasan yang banyak Cheese, di stesen C. Keempat-empat karakter ni pindah kat stesen C.. Menyedari banyaknya Cheese di tempat tu, Hem dan Haw berubah, depa dah tak bangun pagi-pagi lagi macam dulu, lambat-lambat, dan akan bersenang lenang di Stesen C sambil makan Cheese yang ada sepuas-puasnya. Berbeza dengan Sniff & Scurry, dorang masih kekal macam yang dulu, setiap pagi tetap bangun awal-awal, berjoging dan berlari-lari di dalam maze itu untuk mencari Cheese yang seterusnya. Kerana Mereka yakin Cheese yang ada di stesen C akan habis, selain dari tu depa gak yakin, mesti ada cheese yang lebih baik dan banyak daripada apa yang depa dah dapat sekarang ini.

Dengan pengalaman yang ada, Sniff & Scurry mampu menghidu kawasan mana yang kemungkinan besar mempunyai Cheese yang mereka cari. Sniff & Scurry menggunakan cara ‘trial & Error’ dalam mencari cheese tersebut. Contohnya, jika depa masuk satu lorong ni, dan dapati cheese tiada, depa akan cari di lorong yang lain, dan akan mengingat di lorong mana yang ada Cheese dan tiada cheese. Sniff akan menghidu jejak Cheese, manakala Scurry berlari-lari terlebih dahulu untuk mencari lorong yang betul dalam maze tersebut. Selalu juga depa bertembung dengan tembok & jalan mati, namun demikian depa dapat gak cari jalan keluar dari situ.

Lama-kelamaan tanpa hem & Haw sedari, Cheese yang ada di sekitar Stesen C hampir habis, hinggalah suatu hari cheese yang ada betul-betul telah habis. Hem & Haw sangat terkejut, dan berulang kali menjerit
“ WHO MOVED MY CHEESE? WHO MOVED MY CHEESE..THIS IS UNFAIR!!” mereka menjerit penuh marah.. depa siap cangkul dan korek dinding maze tu untuk cari ke mana Cheese depa hilang, dan siapa yang memindahkannya..

Huh, nak cerita balik kisah depa ni, memang agak panjang, kalau ade yang berminat, boleh cari la buku ni untuk sambungan seterusnya.. nak petik satu point dari buku ni :

“ What would you do if you not afraid? ”

Jawab soalan ni, sebenarnya soalan ni membawa kita untuk menerobos sempadan diri yang kita cipta.. akan lebih merasa bebas dan yakin untuk melakukan perubahan kearah yang lebih baik, dan akan menemukan kita kepada jalan-jalan keluar yang lain.

Akhir sekali,
“Apa yang menyebabkan seseorang tenggelam di dalam air ?. Sebabnya adalah dia TETAP berada disana, dan bukannya bergerak BERPINDAH ke tempat lain !” [ Billie PS Lim, Berani Gagal ]

Kata-kata ini merupakan sebuah kunci yang sangat jelas tentang bagaimana caranya kita memecahkan masalah yang kita hadapi / akan hadapi. Kalau saat ini kemalangan selalu menghentam kita, maka kita harus mulai berpindah. Kalau kita TETAP berada disana, maka kita akan TENGGELAM.

Ketika saya menghabiskan buku ini, saya tetapkan di dalam hati saya untuk selalu meneliti posisi saya dan memindahkan Cheese saya. Jangan terlalu mahu tetap diam di sesuatu tempat, kerana bila terlalu berada dalam zon selamat, kelak akan tenggelam.


Jom, lakukan perubahan hari ini,Jumpa di Cheese Station seterusnya!!!.

1 ulasan:

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...