Khamis, 28 Mei 2009

"1Borneo ,Bab 1, Anjing , dan Agama?"



Assalamualaikum semua..

Semalam, jenjalan sat p One Borneo [1B], niat di hati nak p usha speck, malas gak nak jalan-jalan ni, lelagi kalau sorang2..
Sampai je di One Borneo, direct p kedai cousin saya, Rozario..[actually, family depa bukan la muslim..] atuk dia adik beradik tiri ngan mak saya..
hmm, lupakan sat pasal susur galur nih..

Dah tanya-tanya khabar camtu, kami tukar-tukar lak cerita, ingat nak ganti bingkai speck ni aje, memandangkan lens masih ok..dah guna speck ni sejak tahun 2004 lau tak silap,tak pernah lagi ganti lens, n lens ni memang agak lasak juga, beberapa kali tertindih, anak buah pernah pijak, n bengkokkan, tapi Alhamdulillah, nyawa spek ni panjang lagi..Bosan gak pakai spek ni, ingat nak try produk 'permata Hijrah' nanti, tapi tak tau lagi bila ada masa free nak g usha2 produk ni. Harap Allah mudahkan Urusan, n target sehari-hari akan tercapai..InshaAllah..

Nak dijadikan cerita, tengah kami best2 cerita ceriti, ntah macam mana boleh kuar isu babi2 ni..'kazen' saya ni tiba-tiba ajukan soalan macam ni kat saya..
" Eh..kenapa lam agama Islam 'ndak' bulih makan babi, anjing ha?"
uiksss..terpana jap.tentiba ja masuk soklan camni..saya diam beberapa saat..nak jawab on da spot bleh aje, tapi otak ni tiba-tiba terfikir nak jawab soalan ni biar menampakkan betapa Islam itu sangatlah Indah..

Saya tidak jawab terus soalan tu..tapi saya tanya dia Balik,
"Selama yang kamu pernah makan la binatang2 tu kan, yang ko nampak binatang macam babi atau anjing ni makan apa ha selalunya?"

"Macam-macam dorg [macam org pulak hewan2 ni] makan..kalau babi, semua dia makan, termasuklah najis sendiri..anjing lebih kurang la.." Kazen jawab selamba.
saya angguk-angguk..faham.

" oh, Kalau camtu, binatang-binatang lain, macam kerbau, sapi, kambing ayam,makanan dorang apa pulak?" Saya soal lagi.

Terus Dia bantai gelakkan saya, besar lak tu ketawa, pekerja dia yang lain pandang-pandang..ada gak Customer lain yang terkejut..huh, dia ni betullah..mesti dia anggap saya aoal soalan yang agak bodoh alang..huh..takpa2..tak kisah pun kalau dia anggap camtu.

" Apala soal soalan macamni..",sambil ketawa-ketawa dia cakap macam tu..
" Ayam mestilah makan jagung, bertih, beras, dan yang bukan daging memang dia makan."
pastu dia jawab g..
"kerbau, rumput, kambing pn sma, tak makan benda2 daging..makan tumbuhan saja" Ketawa dia masih lagi dengar2 sikit, tapi agak slow sikit banding yg memula tadi.

"Apa beza antara binatang-binatang tadi yang ko cakap tu?" Saya soal balik kat dia.
Terus dia senyap sekejap, berfikir..
"Beza dia binatang tu makanan dorang masing-masing la.." Dia jawab ringkas.
" Tapi kenapa babi makan semuanya?" Saya soal balik
Dia diam tiada jawapan..
" Jadi apa? " Dia tanya saya balik, blurr agaknya.
"dalam agama islam, ajaran + peraturan + sistem yang ada sangat lengkap..dari semua aspek..sudah ada undagn2 & tatacaranya sndiri..bermula dari bangun tidur, sampailah mau tidur balik..semuanya ada adab dan peraturannya, smpai nak masuk tandas pun ada doa khusus, nak makan, nak tido dan lain-lain..dari benda sekecik gaban sampai benda yg sebesar2 gajah" Saya bagi intro jawapan.

"camtu jugak la dalam agama Islam, bila mau makan pn ada adabnya" Saya menyambung pendek.

"dalam soklan ko tadi, Dalam Islam 'ndak' boleh makan babi, anjing, rimau n dsb cz..,
stiap apa yg masuk ke perut kita ni akan mempengaruhi tabiat kita, makan benda ok, ok la perangai, sebab tu dalam Islam, ada hukum 'halal dan haram' utk membezakan mana yang boleh di makan dan 'ndak' boleh dimakan." Saya cuba bagi contoh yang sangat ringkas supaya dia mudah memahami..kalau nak cakap / terangkan hujah kaitkan dengan Hadis, mesti dia susah nak tangkap makna saya.

" lagipun bila tengok lifestyle babi n anjing, yg agak pengotor..mestila macam2 penyakit ada kat binatang ni kan?" , kalau tidak kenapa boleh wujud penyakit dari binatang2 ni, terutama sekali babi.." Saya cuba bagi hint..

"Saya ada terbaca artikel pasal virus h1n1, yang mana babi ni jadi sarang segala penyakit yang baru-baru..macam penyakit yang tidak pernah kita dengar sebelum-sebelum ni.., dalam artikel ni juga du sebutkan yang babi ni jadi perumah segala macam jenis penyakit / virus membiak.." Saya sambung lagi, saya tengok dia mula khusyuk mendengar..

"sebab tu la, antara kebaikan / hikmah Dalam Islam, kenapa di haramkan makan binatang2 tadi, selain utk jauhkan penyakit2 yg kita tak tau..adalah jugak utk menjaga perangai manusia, supaya tidak jadi ala2 perangai macam babi dan anjing tadi"

Muka dia terus naik 'pink'2 [Tak taulah kalau dia terasa yg saya cakap perangai dorg cam binatang2 tadi, apapun saya tiada niat mahu memprovok..saya cuma mahu terangkan kedudukan yang sebenar..]

Dia Diam, Tiba-tiba dia tanya lagi, [seakan menukar topik, tapi masih dalam hal tentang agama ]

" Tapi saya rasa, semua agama pun 'butul' bah, semua agama pun bagus.."
Saya Senyum bila dengar dia cakap macamni..dan mungkin ada lagi kalangan kita yang ada bercakap ala-ala maksud ayat ni kan?

"semua agama pn mengarah kepada kebaikkan" Dia cakap lagi.
"n smua pnganut2 agama2 lain pun mesti akan masuk syurga" Dia sambung lagi..wahh ni dah lebih, dalam hati saya istighfar saja yang terbisik..sambil tu, senyum saya pun antara jadi tak jadi je.

"Kalau manusia la kan.." Saya mula bagi contoh-contoh yang agak mudah lagi..
" ha, kenapa manusia? " Dia Soal saya tidak sabar.
" kalau manusia, dalam satu komuniti tu ada 4 atau 5 ketua kampung satu masa..apa jadi ngan kampung tu?" Saya menduga.
"hahahahahah..." pastu dia jawab..sambil gelak2
"hahah macam di perak la berebut kuasa.." Dia sambung gelak.
"kalau sudah berebut kuasa?" saya tanyakan lagi.
"mestila bah bergaduh..mana bulih dalam satu negara ada 2 Najib" Dia jawab spontan.
Pastu kali ni saya pulak bantai ketawakan dia..tapi ketawa yang terkawal lah..

Dia Terdiam..dan pandang saya..hairan.

"kenapa ko ketawakan saya, apa yang lucu?" Dia soal saya, muka dia cam dah blushing2 juga la saya tengok.Dia masih tidak dapat menangkap maksud saya tadi.

" Macam tu jugak dengan Tuhan.." Saya jawab pendek..
" What Do You Mean?" Dia masih tak faham.
" kalau smua agam betul, dan semua tuhan tu betul, kita ada berapa tuhan? kalau dah banyak tuhan, dorang tidak bergaduh ka?" Saya senyum-senyum.Rasa kelakar pun ada juga tengok reaksi muka dia.

Lidah dia 'cramp' untuk menyanggah cakap saya tadi..yeala, dia soal, pastu jawab sendiri soalan dia.. huih senjata makan tuan nampak..

"Pandangan yang cakap semua agama tu sama dan betul, hanyalah pandangan dari orang-orang yang tidak beragama" Saya memberi ulasan ringkas..

"Terus saya sambung lagi, kalaulah semua agama tu betul, jadi knapa kita mesti beragama?" Saya bagi lagi ayat ni, bagi otak, akal, dan hati dia berfikir sikit secara mendalam. Orang edukated kenapa tak boleh fikir dalam-dalam agaknya?

"smua cahaya tu fungsinya sama..menerangi sesuatu tmpat..tapi tak smua cahaya tu sama
ada yg gelap..ada cahaya yg samar2, ada yg malap.The light is not different, [ though ] the lamp has become different."
Saya meminjam kata-kata Maulana Rumi..dan saya harap dia akan memikirkan diskusi pendek kami malam ni..

Dia terus diam..sambil merenung saya..saya ukir senyum, ikhlas hendaknya..

"Ok la, nnti saya datang balik pilih speck kat sini..ada hal sikit ni di kedai," saya meminta diri, memandangkan waktu asar hampir masuk waktunya..

"oK..bye.." Dia bersalam dgan saya, melambaikan tangan. Saya masih seperti tadi, tetap ukir senyum, sambil di hati menitipkan doa, agar Allah yang maha pemurah melimpahkan hidayah buatnya..amin..'

Glosori ;

- ndak = inda'/tidak
-Bulih = Boleh
- Butul = Betul
- Bah = ayat2 penyedap bahasa cam kat kedah ada 'no' di johor ada 'ek' di ganu ada 'deh' dsb..

P/S : Kalau korang kena tanya camni, apa korang jawab?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...