Ahad, 17 Mei 2009

Kita Mahu terus MENCARI @ Mahu MENJADI ?

~Munajat Cinta ~

' Bersalin jumaat tadi,3.30 ptg, berat 3.64kg, hosp.Selayang, sorri lambat reply '
Eh..sms untuk siapa ni? 012358**** huh..ke orang silap sent ni? nak balas ke tak nak balas yea? camne lak kalau memang pengirim sms ni orang yg di kenali?
Teragak-agak saya membalasnya.

'Err..maaflah, ni siapa yea?' sambil menunggu balasan sms dari si pengirim, kotak fikir cuba -cuba untuk mengingat -ingat.. nombor siapa ni yea?

'Ni kak Intan*bukan nama sebenar*, adek da lupa yea? kita kan pernah sebilik masa di uitm dulu'
Senyum..terasa hati macam berbunga-bunga, gembira sangat dapat hubungi balik insan-insan yang pernah berkongsi suka dan duka suatu masa dulu. Rindunya saat itu, hanya Allah yang tahu.

'Tahniah kak intan, alhamdulillah..dah ade baby yea..bestnya kalau dapat datang ziarah akak, nanti sent la gambar baby yea..' saya agak teruja untuk berkongsi perasaan gembira tu [ hehe, kongsi jer la yang mampu, nak jadi mak orang belum sampai saatnya lagi ]

' Rindu sangat dengan adek..bila yea dapat jumpa, akak selalu cerita kat suami pasal adek.. rasanya akak tak terlambat lagi nak ucap banyak2 terima kasih atas nasihat adek 2-3 tahun yang lepas, '
saya baca ayat itu berulang kali, apa maksudnya yea? seingat saya, saya jarang bagi orang lain nasihat, kecuali hanya pandangan-pandangan secara peribadi dan pandangan itu juga sebenarnya adalah untuk peringatan kepada diri sendiri yang selalu terlupa..

'nasihat apa yea, kak?'

'ingat tak lagi, dulu akak pernah 'share' problem akak, pasal jodoh akak?, '
seketika saya menyepi, memberi laluan kepada stor memori memutar balik masa, cuba mengingat semula hal-hal yang terpenting yang pernah saya lalui dahulu. Dalam 2 hingga 4 minit itu, baru lah saya mampu mengingat..[ tidak perlu la saya ceritakan masalah kak Intan masa tu kat blog ni ]

'Adek dah 'kawen' ke sekarang?' HAH..adeihh awatla soalan ni di ajukan kepada saya..
'lom lagi kak Intan' Pendek saya jawab.
' Habis tu, bila? akak nak p sabah ni, nak makan nasik Minyak, tapi kalau calonnye orang area2 kl / selangor ni, senang sikit akak nak ziarah'
saya telan liur. Nak kawen macamana, calon pun saya tidak pernah nak sibuk-sibuk cari.. biarlah dulu,
' Takde calon lagi kak..' Pendek juga saya menjawab..
' ha, memilih sangat ni, ke adek nak cari yang soleh..kriteria ketat sangat tu' Kak Intan tidak putus menduga, saya tahu sebenarnya dia masih mencuba untuk mengorek rahsia hati saya. Dia tahu saya macamana, macam dulu-dulu juga, saya susah sangat nak berkongsi tentang sesuatu yang belum pasti, lebih-lebih lagi soal perasaan. Biar waktu yang menjawabnya.

'Adek cari yang soleh yea?' Soal lagi
saya tersenyum sendiri, SOLEH?
'Tak lah kak, saya cari yang biasa-biasa saja, yang sesuai dengan diri saya, dan yang bersesuaian dengan saya..' saya jawab jujur.

'Adek, nanti akak contact balik yea, baby nangis..Assalamualaikum'
Selesai membaca mesej, saya terus berfikir..Yang Soleh? Betul ke saya mencari yang soleh? berangan la..saya rasa, saya tidak layak untuk yang soleh kerana saya juga tidak solehah, tapi saya tidak pernah berhenti berusaha untuk ubah diri saya menjadi yang terbaik, cuba untuk menjadi muslimah yang terbaik, jika Solehah itu tidak layak saya rangkul..

Kita selalu sangat sibuk untuk mencari, tapi bukan mudah untuk mendapatnya.
Kita Juga selalu sangat sibuk untuk mencari, tapi jika dah jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Jika kita bertemu dengan pasangan hidup dalam suasana usrah, Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada 'benchmark' solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga?

Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...