Selasa, 12 Mei 2009

Umur Kita, Berkat Atau Tidak?

Salam Alaik..

Terdetik nak 'share' sedikit ilmu yang saya perolehi awal pagi ini, sebetulnya agak sibuk semenjak dua menjak ni, hingga design2 untuk 'testi' iluvislam terpaksa saya 'hold' dulu, dah ada tiga yang dalam proses nak 'touch-up', namun ruang masa yang terhad memungkinkan saya untuk hold seketika 'design' ni..Mudah-mudahan Allah lapangkan Urusan saya sehari-hari..

Menyentuh tentang tajuk kat atas, 'umur', pagi ni, tengah bersiap-siap nak 'standby' keluar , sempat bukak TV1, secara rawak jer bukak tv, dan tak sempat nak pilih 'channel' kat mana-mana, Kebetulan, satu rancangan yang menarik untuk saya ikuti, 'BICARA MUFTI', tak silap, rancangan ni di buat kat Shah Alam..

Direct to the point, ada seorang pakcik Haji ni tanya soklan camni kat mufti,
" Apakah tanda-tanda bahawa Umur seseorang itu di berkati Oleh Allah?" Lantas, jawab Tuan Mufti tu [ tengok dah kat tengah rancangan, jadi tak tau siapa nama Tuan Mufti tu], yang pertamanya,

" Semakin Panjang umurnya, Semakin banyak amal dan ibadatnya, Semakin banyak ilmunya, "

" Semakin mewah & banyak rezekinya, semakin kuat hatinya untuk mendermakan / bersedekah sebahagian rezekinya untuk manusia lain, kerana mereka tahu harta kekayaan yang di perolehi tidak akan dapat di bawa mati, Di akhirat nanti Allah Hanya akan menyoal "Dari mana sumber rezeki yang kamu perolehi, dan kemana iannya diinfakkan / di belanjakan.."

" Semakin bertambah kekuatan / kemahuan untuk menambah, belajar tentang Ilmu-ilmu yang bermanfaat dan ilmu-ilmu yang membawanya mendekati Allah SWT. "

" Semakin sayang kepada manusia lain, sayang yang semata-mata hanya menharapkan redha dan kasih sayang Allah.."
Kemudian, Mufti itu menyambung lagi,
"Perlulah kita meneliti diri kita, samada kita tergolong dalam golongan ini atau sebaliknya,
adakah kita, semakin banyak ilmu, ada ijazah, master, atau phd, adakah kita semakin bongkak dan menganggap kita lebih pandai dari yang lain? dan menganggap orang lain tidak sepandai dan sebijak kita?",
Adakah semakin kaya, semakin banyak harta kita, membuatkan kita semakin jauh dari Allah, semakin sibuk dengan hal dunia, hingga nak solat tak sempat, Zakat tidak ditunaikan, Haji tak buat, Apatah lagi bersedekah kepada orang lain, ini menandakan bahawa umur dan rezeki kita tadi telah hilang keberkatannya, kerana semakin kita senang, semakin sombong, semakin pula jauhnya kita Dari Allah dan tidak mensyukuri segala nikmatNya.

Terakhir sekali, Mufti tersebut bagi beberapa cara bagaimana nak perolehi keberkatan umur, di antaranya :
- Tunaikan semua Rukun Islam Dan Rukun Iman + Fardhu Ain..
- Tunaikan Fardhu Kifayah
- Tunaikan Ibadah2 Sunat..Usahakan, dan istiqamah melakukannya, cth: Kalau tak sempat wat solat sunat Rawwatib, usahakan bangun utk bertahajjud di setiap hari, Kalau tak mampu, usahalah buat solat Sunat Dhuha dll, apa yang paling penting, Istiqamah..[berterusan ] , Kerana ibadah2 sunat ini akan membantu melengkapkan ibadah wajib yang tidak sempurna.
- Eratkan Silaturrahim sesama kita..
- Kemudian kita hendaklah mengawasi solat-solat yang telah diwajibkan kepada kita agar kita sentiasa ada hubungan dengan Allah. Begitu juga dengan menunaikan zakat dan bersyukur atas rezeki-Nya, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan fardu haji.

Satu pengisian yang baik saya kira, biarpun sudah berulangkali mendengar tentang ini, tetapi ada baiknya kita selalu-selalu & kerapkan ingatkan kepada diri, agar kita x terlupa.. awasi diri dan jangan sampai Umur yang dikurniakan ini, hilang keberkatannya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...