Rabu, 21 Oktober 2009

Wulan, Entri Ini Buat Kamu.



“ Sebesar manapun kaki gajah, lebih baik menjadi kepala Ayam..” besar betul makna bahasa yang Wulan katakan kepada saya.


Dia selalu mengujakan saya dengan gaya pemikiran yang sangat berbeza. Dia memang berbeza daripada kawannya yang datang dari negara yang sama sepertinya. Sangat Berbeza.... Perbezaan yang ada pada dia membuatkan kami ’ngam’, dan kami boleh untuk berfikir selari.


Dia kaya dengan falsafahnya yang indah-indah, bertambah nilai tambahnya dengan makna yang bisa menyeret akal untuk berfikir.

"Jadilah teman yang baik, sedikit bicara, banyak berkerja ” itu pesan dia kepada sesiapa yang dilihatnya banyak bersembang tapi sedikit berkerja sewaktu berkerja. Teguran yang halus tapi dalam bentuk yang halus juga cuba menasihati... .


Dia itu, seorang sahabat dari seberang, datang dengan kisahnya sendiri, hadir dengan sejuta warna yang membiaskan jutaan lain warna kehidupan, menjadi warna warna yang terwarna, di atas peta kehidupan.


Dia, seorang kawan, atau saudara yang mengajar seorang aku tentang sesuatu sisi kehidupan yang lain, kehidupan yang mana belum pernah aku lewati. Satu takah kitaran hidup yang belum pasti aku berpeluang untuk melalui, sama sepertinya... .


Dia, seorang sahabat, karakter yang berbeza, pemikiran yang berbeza, dan perbezaan itu buat kami akrab....


Kehidupan, walau adakalanya tidak seperti yang kita harapkan, Ia pasti mengajar kita tentang sesuatu yang tak pernah kita fikirkan.

Hati, walaupun hati kita sering tercabar dengan onar manusia lain, ia tetap mengajar kita tentang iman dan sabar, tentang sabar... .

Oh, saya teringat kata-kata Wulan tiga hari lepas:


"Sabar mas Don goreng kentangnya... orang sabar itu pasti subur...” 
Tersengih saya mendengarnya, suburkan iman barangkali..lalu dia menyambung,


"Tapi, jangan sampai terlalu sabar, karena biasanya malah bisa di tinggal kabur” yang ni, saya tak paham lagi maknanya, ada waktu nanti, saya akan tanyakannya semula.


Wulan, entri ini khusus buat kamu, biarpun kamu tak mungkin akan membacanya, moga apa yang dicari, akan kau jumpa dalam perjalanan ini.... 

Katamu, persediaan itu belum cukup untuk kau berubah selagi hati belum terbuka, tapi kataku, tolong simpan baik-baik, bilamana baru tadi aku nyatakan empat kali kepadamu ;


"Wulan, sepertinya tingkap atau daun pintu, kalau kita tidak berusaha untuk membukanya, cahaya dari luar mana mungkin bisa menembusi tingkap dan daun pintu. Hati, kalau kita tidak belajar untuk membukanya sikit-sikit, mana mungkin cahaya hidayah akan bisa menerobosi kerasnya hati kita..”


Dia, Wulan, salah seorang sahabat dari kalangan sahabat-sahabatku yang lain, Dia termasuk kalangan sahabat-sahabat terbaik yang pernah ku miliki dalam hidup.


Terima Kasih Hidup, dan terima kasih kepada Pengurus segala hidup, kerana menyelitkan laluan hidup ini dengan ujian-ujian yang ternyata hebat, dan belum tentu semuanya akan Kuat, dan boleh jadi ramai yang akan meluat dalam ujianMU yang hebat-hebat..


Wallahua’lam..

8 ulasan:

  1. kakakku..

    kerna sabar itu benih, buahnya nanti saja dituai..
    terus kuat, kamu tau bukan kamu harus terus di sini.. ^_^

    pssssttt..nanti kenalkan wann kt mbak wulan eh..hik3

    BalasPadam
  2. sungguh touching entri kali ini....betul tu ijja, semoga kita sm2 dapat meneruskan persahabatn yang terbina ini..eh, jeles pulak post untuk wulan je..hehe...just kidding...

    Buat ijja, terus bersabar dalam menghadapi segala ujian dan dugaan. Harap dpt bertemu sabtu ini...

    Salam dr jauh....:P

    Rindu semua di sana...tak sbr nk dgr cerita org2 kat sana, wpun xsmpi sbln tak berjumpa tp terasa begitu byk benda yang terjadi...

    BalasPadam
  3. salam...
    ijja kuatkn iman ..
    huhu..lma xjmp ijja..tp jmp kt cni pn jdilah..jd tukang baca setia entri2 ijja..hehehe

    ...>> kirim salam kt shbt baru ijja...

    BalasPadam
  4. Sahabat yang sering melontarkan kata2 nasihat seperti ini harus dijaga dengan baik kerana sekiranya dia menghilang, pasti sukar untuk dicari ganti..

    BalasPadam
  5. ijja ll Wann >> hehe, mbak wulan tu sntiasa ada..nak kenal ke? kena sediakan perisai untuk membalas tiap ayat pujangga dia.. ;D

    II Min >> Haaa..lepasni ijja update sal sume bbuDAK PUNB keh..tggu ijja update..

    II nNur Iman >> Thanx da..insyaAllah..doa kamu penguat buat sa di sini..

    II Merah_s >> ;D.. selamat datang ke belog ini..sudi2 melawat lagi okeh.. ;D

    BalasPadam
  6. huhu wulan tu cakap jak..hahahahahah
    (dia duduk d sebelah aku,,, padan muka!!)

    BalasPadam
  7. heh azreff, nama kamu sedap juga ya..hehe.jangan jeles, pasni saya buatkan pula entri untuk semua sahabat khas untuk kalian.. saya sayang semuanya..

    BalasPadam
  8. terima kaseh.. wahai sahabatku IJja... tak sabar rasanya tengok entri untuk diri ini..huh gambar macho bagi masuk banyak sikit..hahaha

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...