Sabtu, 1 Ogos 2009

Puisi : Mahkamah Hati



Berjalan-jalan Disini,
melihat, meninjau, mendengar,
dan berfikir.


Di satu sudut sana,
ada si pesalah
menanti untuk dibicarakan.

Di sudut satu lagi,
ada si pesalah lain,
sabar menunggu hukuman dijatuhkan..


Aku tiba-tiba
duduk diatas kerusi sang hakim?
Kenapa aku di sini?
Mendengar pengakuan,
dan keterangan-keterangan..

'Apa keterangan kamu?'
si pendakwaraya melontar soalan
kepada si pesalah yang hitam.
Aku kaget, si pendakwaraya itu
berwajah aku?
bertambah kaget lagi,
si pesalah hitam itu
wajahnya aku..


Aku hampir terjatuh dari
kerusi kehakiman..
Mujur si putih bercahaya
sempat menyelamatkan aku pada sisinya.

'Kenapa semuanya aku?'
Aku bertanya si putih yang bercahaya, dia diam saja,
mendengar perbicaraan yang
sedang berlangsung..


'Kenapa aku jadi hakim?,
Kenapa aku jadi si pendakwaraya?,
kenapa aku si peguambela,
dan kenapa aku juga si pesalah?'
Bertalu soalan tanpa jawapan.

'Tuan hakim, sila bacakan hukuman untuk
si pesalah yang bersalah'
Wakil juri yang berwajah aku di depanku
berbicara tentang hukuman?


'Aku di mana?
adakah ini mimpi?
realiti? Fantasi ?'
Semuanya tanpa jawapan, tanpa tafsiran, aku hairan..

Si putih bercahaya tanpa berwajah
ku kira sedang memandangku..
'Kamu lupa?
kamu adalah pesalah disini,
kamu juga adalah barisan juri,
pendakwaraya, dan juga peguambela disini..
paling tinggi, kamu dilantik sebagai hakim disini,
dan aku disini,
hanya sebagai penasihatmu..'
Si putih bercahaya tiada wajah menjawab tenang.


'Tapi..aku dimana?'
Aku menuntut jawapan..

Si putih bercahaya seolah mengukir senyum
menjawab..
' Kita sedang bersidang di mahkamah hati,
sedang menimbang-nimbang,
sedang bermuhasabah,
mengenang antara dosa juga pahala..'


'Mahkamah hati?'
'Bersidang?'
Aku kurang faham..

'Iya..bersidang..'

'Bukankah persidangan ini
akan mencerahkan jalan?
sebelum kamu meneruskan jalan,
di atas jaln keputusan?'

'Bukankah hati itu,
perlu sentiasa bersidang?'


'Jangan risau,
Kami tidak akan pernah menipu,
apa lagi menjatuhkan hukuman palsu,
jauh sekali buat kamu keliru..
selagimana kamu
menghidup suburkan kami
dengan baja iman dan taqwa,
dan kami
akan terus kekal hidup'

ahyA1912, usai isyak..

4 ulasan:

  1. salam ukhwah...puisi yg agk pnjg...nmun ckup bmakna :)

    BalasPadam
  2. ll Ina Nailofar >> Salam ukhwah ina, hehe..puisi ni tak panjang mana ni.. panjang lagi puisi Al-Amin tau..
    [ Pak Samad..] Thanx sudi berziarah..

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...