Ahad, 2 Ogos 2009

Puisi Lagi >> Istighfar..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Astaghfirullahal'azim..
Saat Istighfar meluncuri bibir,
Satu persatu dosa hitam,
gugur di sucikan..

Astaghfirullahal'azim..
saat istighfar dilafaz perlahan,
Hati sebak dalam teresak,
dengan timbunan dosa,
yang apakah akan terampun?

Astaghfirullahal'azim..
lafazkan ia dengan penghayatan,
luahkan ia dengan penyesalan,
Banyakkan ia dengan pengharapan,
Tuhanku MAHA memberi ampunan..

Astaghfirullahal'azim..
Aku mohon keampunan-MU ya Allah,
Atas dosa yang atasnya dosa lagi,
Di atasnya dosa lagi,
dan dosa lagi..

Ia menimbun-nimbun,
bertindan-tindan,
Tindih menindih,
Hingga hati rintih merintih,
basah dengan air mata..

Astaghfirullahal'azim..
Setelah beristighfar,
kembali lagi
mengulangi dosa-dosa..

Astaghfirullahal'azim..
Tuhanku,
betapa lemah hamba-MU
Selepas memohon ampunan,
ia lupa lagi,
selepas menangisi dosa-dosa,
Ia kembali berdosa..

Ya Allah,
betapa besar dosa yang kubentangkan
di hadapanmu,
Nyata..
rupa-rupanya,
Rahmat, ampunan, dan kasih sayangMU
Jauh lebih besar dan luas tanpa sempadan
melebihi dosa-dosaku..
SubhanAllah..


p/s >> moderator tgh sedih..bila sedih idea utk mencipta puisi berlebih2 mengusik QOLBU..heheh.. T_T

6 ulasan:

  1. manusia biasa...lepas istighfar...bila dah lalai..buat dosa tu balik...itu lah aku...seorang manusia biasa...

    BalasPadam
  2. Adusss ... lemah rasa seluruh badan. Cukup kah bekal untuk melangkah ke alam akhirat?

    BalasPadam
  3. salam...
    semoga teampun sekelian manusia...
    bley ke? hehehe.. landing jap jer..

    BalasPadam
  4. salam sedamai firdausi...

    rutinnya hidup ini dpenuhi pelbagai kekhilafan...tp berusahalah mjd yg tbaik!

    May Allah bless u :)

    BalasPadam
  5. II asyraf, Precious , kunyiil, Ina NaiLofar , arnamee >> betul..manusia biasa yang sering terlupa..selagi bernama manusia tiap saat sarat dengan ujian2..ujian senang atau duka, luka, juga derita..wahai diriku yg sering terlupa..kukuhkah benteng iman menjadi perisai untuk me'maintain' iman yang sentiasa turun dan naik??

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...