Selasa, 19 Januari 2010

Rokok - "Aku Memang Nak Berhenti"



Assalamualaikum..

“Aku memang nak berenti merokok ni, tapi ..memang susah..aku tak suka sebenarnya asyik nak membakar duit ni je, tapi tak tahu lah, macamana lagi caranya aku nak berhenti ni..ni la gatal sangat nak cuba-cuba zaman sekolah dulu, sekarangni, dah susah nak patah balik”

Jumaat lepas, 15 Januari 2010, luahan bernada keluhan yang keluar dari mulut seorang sahabat masih segar terakam di gegendang telinga. Saya hanya diam mendengar setia keluhan-keluhan sahabat yang dah terjerumus ke lembah rokok ni.

Pagi, Jumaat, sebelum menanti kedatangan En.Syed untuk memulakan mesyuarat, saya, Razak, Shah, dan Aizat [ Newbie Perantis, lapor diri hari ini ] bersarapan bersama-sama di O.K Katering, kanopi warna Kuning, hanya beberapa langkah saja daripada Jalan belakang Kilang Hikmah Food.

Nasi lemak, telur dadar, kuah sambal sotong, dan secawan teh ais jadi pilihan buat sarapan saya pagi ini. Aizat pula cukup dengan ‘tapau’ yang dibawanya dari rumah, baru saya tahu, Aizat minat memasak, ayahnya pemilik restoran [ Dan saya awal-awal lagi dah mintak kongsi2 resepi yang best..] Razak dan Shah cukup dengan kuih-muih sebagai santapan awal pagi. Razak, memang sukakan kuih-muih, saya pernah berseloroh dengannya bulan lepas waktu kami buat ‘sales&Marketing’,

“Razak memang suka makan kuih je yea kalau sarapan?”

“Ha’ah, ada kuih pun dah cukup”

“Hah, lepas ni kenalah cari calon isteri yang terrer buat kuih”

”Huih, mesti la..hari-hari makan kuih pun takpa” sambil tersengih dia menjawab
Tersenyum saya dengar pengakuan ikhlasnya. [ Sesiapa yang merasakan diri tereer buat dan masak kuih, hantar resume kat saya okeh! ^^ Sempat lagi ’promote’ ]

Sebaik saja masing-masing menghabiskan sarapan pagi, kami hanya berbual-bual, berkongsi idea tentang ’planning’ masa depan, Shah dan Aizat mula mengeluarkan Rokok dari kotak rokok. [ Saya tahu kebanyakkan perokok gemar merokok sehabis makan, inilah waktu yang sangat ’feel’ buat korang kan? ^^,]

”Razak tak merokok yea?” Aizat soal Razak yang hanya memerhatikan mereka sejak mula menyalakan mancis tadi. Razak gelengkan kepala.

”Memang tak pernah merokok pun dari zaman belajar dulu-dulu lagi, tak tau lah, tapi memang tak boleh dan tak ” Sambil menjawab, Kotak rokok dicapai, dan dibelek-belek.
Semua tahu kan kotak rokok sekarangni dah ada amaran bergambar? Gambar tu la yang Razak perhatikan sambil dahi berkerut-kerut.


”Aku dah lama sebenarnya nak berhenti merokok ni, tapi susah, jadi aku start slow kan pembelian rokok, kalau dari 4 kotak sehari aku kurangkan sekotak demi sekotak, sampailah hari ni kotak yang ni dah 2 minggu baru habis, dan ini rokok yang terakhir dalam kotak ni” Aizat mencelah.



”Oh gambar kotak kita sama, gambar baby..” Sambil ketawa Shah menyedut asap rokoknya.
”Ko pun akan ambil gambar babY jugak yea?” Aizat mengangkat kening.
”Ha’ah, aku kalau beli rokok ni, aku akan pilih gambar baby je, taknak la gambar mulut ke, kaki ke, usus, paru-paru ke..geli la tengok” Shah menerangkan. Saya dan Razak mula faham isu apa yang akan bermain dikepala setiap perokok selepas melihat amaran bergambar disetiap kotak rokok.

”Kiranya, korang takde selera la ni nak merokok bila tengok gambar-gambar tu?” Saya mula mengikuti isu mereka.
”Entahlah, rasa macam geli lah tengok gambar kaki-kaki, mulut-mulut orang kat gambar tu, kalau gambar baby ni, ok sikit, nampak ok je..” Shah tersenyum sambil mengembuskan asap rokok ke udara.
”Boleh pula yea main pilih-pilih gambar..” Razak mencelah lagi sambil tersenyum.
”Nanti dah habis gambar baby, terpaksa la ambil gambar mana yang tinggal je yea?” Saya pula mencelah.
Shah dan Aizat berpandangan saja sambil ukir senyum.



”Aku memang niat nak berhenti ni, kalau aku dengan bapak aku jalan sekali aku nampak lagi tua daripada bapa aku, sebab bapa aku tak merokok. Tu yang aku agak menyesal bila ingat balik kenapalah aku gatal sangat nak cuba-cuba isap rokok ni time sekolah dulu, kang nak berenti susah, skangni duit pun asik terbazir je sebab beli rokok” Aizat meluahkan kekesalannya.

” Takpe, yang penting kalau korang betul-betul berazam, mesti bolehnye nak berhenti, balik kat diri korang je, nak stop ataupun tidak, kemahuan tu kuat atau tidak.” tanpa sedar saya seolah memberikan ceramah motivasi pula.^^

”Apa lagi tips nak berhenti merokok ni yea?” Shah meminta pendapat kami yang tak merokok..

- Korang ada tips camana nak berhenti merokok? Tips yang korang memang pernah cuba dan berkesan, apatah lagi jika korang memang EX-Perokok yang tegar tapi dah berjaya berhenti daripada tabiat ini, kalau saya yang nak bagi tips ni agak plastik pula, sebab mesti saya akan research kat internet cari tips-tips kan? Selain yang dah ada ni, ada lagi tips terbaru korang?- kalau ada, Feel Free to Comment.. Lot Of Thanks..^_^

P/S: semua nama yang terlibat hanyalah nama samaran. ^^,


ijja1912,Gombak, Sel..

2 ulasan:

  1. takde ke orang nak bg tips? walaupun daku bukanlah seorang perokok..nak juga gatal2 bg tips..ijja, g tau kat aizat, ni pglaman big bro sy, dia dah berenti mrokok, cara dia :
    1-Kemahuan yang kuat nak stop..
    2-kemahuan yang kuat nak stop
    3-kemahuan yang kuat nak quit smoking..
    4- rajin2 mandi..
    5- minum air banyak..rasa nak merokok je trus minum air..smp knyg pun takpe..
    6- beli la mentos ke, candy ke utk dimakan bila rasa2 nak merokok.
    7- rajin2 solat, doa yg ketagihan tu akan ilang..
    8- Kurgkan minum kaffien2..

    ok..selamat mencube..

    BalasPadam
  2. Rokok boleh bagi IDEA untuk berfikir djah... sepatutnya semua budak sekolah patut di suruh hisap rokok!!! budak sekolah ni la yang banyak berfikir. hahahaha, sambil mata emak aku merenung tajam dan bapa aku tersenyum happy.hahaha =teringat atok aku cakap mcm tu dulu, menyatakan tindakan merokok tu bagus..al maklum org dulu-dulu, pemikiran pun lain..

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...