Ahad, 24 Januari 2010

Eh, Gambar Apakah Ini?



Assalamualaikum..

Hujung Minggu..Cuti, cuma kesihatan agak terganggu, belum pasti lagi sama ada esok dapat menghadirkan diri di pejabat baru iluvislam.com. Hari tu encik presiden mesej, saya yang masa itu agak-agak sedikit ok menyatakan persetujuan. Kuasa Allah, Semalam kita sihat, hari ini belum tahu lagi, Hari ini kita mungkin masih hidup, siapa tahu pagi besok kita meninggal dalam tidur. Tiada siapa yang tahu apa yang akan jadi hari esok, sediakan saja persiapannya untuk menghadapi esok. Mudah-mudahan urusan dilapangkan dan dapat bersama-sama menjayakan mesyuarat selepas Zohor esok. Eh..apa kaitannya pula dengan gambar di atas kan. Okey 'stop' cerita tentang hari ini dan esok hari.

Hari ni tidak kemana-mana,hanya menyiapkan beberapa tugasan dirumah, sambil-sambil mengisi masa lapang melayari internet, saya terjumpa gambar diatas daripada satu laman Web. Brcampur baur pula perasaan bila tengok gambar tu. Nak marah pun ada, nak gelengkan kepala pun ada, kat situ ditulis > HALAL, siap ada nama HJ.Naguib lagi..isk-isk.. HALAL, Tapi ada pula kepala Bab1 atau sopannya > Khinzir < terdongak santai je atas meja tu.

Hmm, malas nak ulas ppanjang lebar-lebar, satu keping gambar di atas mungkin ada sejuta cerita disebaliknya. Apapun ianya terpulang dengan persepsi masing-masing. Mungkin juga peniaga diatas pinjam meja tu, atau terlupa nak cabut papan tanda HALAL tu, atau mungkin juga pelbagai yang mungkin-mungkin..

Ni lagi satu gambar kat bawah..Alahai..ada pula 50% HALAL. Sangat mengelirukan, apatah lagi jika seseorang yang kurang dalam pemahamannya tentang sesuatu hukum terbaca perkataan itu, mesti akan terfikir untuk membeli juga kerana merasakan ianya masih HALAL walaupun cuma 50%.



Sedangkan mana ada setengah-setengah atau 70% Halal dalam sesuatu hukum. Yang baik tidak mungkin akan bercampur yang buruk, tidak akan sama sesuatu yang dikatakan baik dengan sesuatu yang buruk. Contohnya macam produk mee segera diatas, mana mungkin ada 50% Halal, jika dah terang-terang guna bahan yang haram , ia tetap jatuh Haram 100% dan 0% Halal.

Adakah pengilang atau pengeluar makanan ini berfikir dengan fikiran tersebut. Mungkin itulah kejadiannya bila sesuatu hukum atau yang sudahpun ditetapkan keadaannya dalam agama di akali dengan batasan pemikiran manusia yang sangat terbatas. Rosak Hukum, cacat keindahannya. Mana mungkin manusia mampu melawan hukum Allah yang sudah sempurna.

Wallahua'lam..

Asyik bercerita tentang makanan. Mungkin ada yang tidak kisah soal makanan, tapi sedarkah kita, Makanan punca segalanya bagi sesorang mukmin, rosak punca makanan / rezeki, maka akan mempengaruhi akhlak dan pemikiran seseorang, yang daripada kerosakan tadi, akan melarat kepada kerosakan yang lain.

Ha..sebelum makan, jangan lupa 'check' pada label, tengok daripada syarikat mana, ada logo Halal ke takde.. logo tu pula mestilah yang ikeluarkan oleh JAKIM, JAIN,Atau MAIN. nak senang lagi, periksa melalui hp, Caranya :

Taip HALAL [nombor kod bar], Send > 32728 .

Contoh : halal [ 9551234567891], 'send' ke 32728.

Dalam tempoh yang singkat, anda akan menerima jawapan daripada Hub Halal JAKIM mengenai status semakan anda.

Sekiranya maklumat tersebut masih sah, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Sah
Sekiranya maklumat tersebut sudah tamat tempoh, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Tamat Tempoh
Sekiranya maklumat tersebut tiada di Hub Halal JAKIM, jawapan yang akan diterima ialah Tiada Dalam Senarai

Sekiranya ada didepan komputer masing-masing dan ada sambungan kepada internet, bolehlah menyemak status makanan / minuman melalui link : INI

Tapi kalau nampak makanan-makanan macam gambar kat atas tu, tak payah dah nak semak-semak, memang dah terang-terang hukumnya kan. ;D

Sekian dulu perkongsian Hari ini, Hari lain kita kongsikan lagi pengetahuan semasa, selagi masih diizinkan. Selamat makan-makan, Carilah makanan yang halal lagi berkhasiat, agar mudah untuk kita lakukan amalan, kebaikan, dan ibadat. Makan juga sebahagian daripada ibadah, jadi, pilihlah yang terbaik.

Wassalam.

sumber : link Halaljakim.gov.my

6 ulasan:

  1. Tak perasan pada mulanya. Tetapi selepas Kak Ijja menyebut khinzir, atau bahasa kasarnya, Babi, baru saya perasan yang ada kepala sang babi terdongak ke atas.

    Ya Rabbi. Tiada perasaan bersalah langsung. Malah dengan yakinnya dia menjual daging tersebut tanpa 'segan silu'.

    Ya, betul kata Kak Ijja. " Mungkin juga peniaga diatas pinjam meja tu, atau terlupa nak cabut papan tanda HALAL tu, atau mungkin juga pelbagai yang mungkin-mungkin.. "

    Tapi bagi saya, mungkin itu pekerja asing yang diupah oleh Hj Naguib? Hehe. Sekadar persoalan.

    BalasPadam
  2. salam..
    ye la..knape ada jugak org bt mcm ni ye..
    tp..mgkn juga ada kemungkinan lain..
    Wallahua'lam..

    BalasPadam
  3. terang2 ade kepala bab1 kat situ kott ! halal la sangat ..

    BalasPadam
  4. Haha.
    Orang Melayu takut sangat nak sebut.
    "Babi".

    Itu bukan perkataan kasar manapun.
    "Khinzir" tu perkataan Arab sebenarnya.
    "Babi" pulak perkataan Melayu.

    Cuma tipikal sikit orang-orang kita nak sebut
    sebab nanti dikata kasar, mencarut, blablabla.

    Yang buatkan perkataan tu jadi bahan carutan
    dan inti perkataan kesat, sape? Haha. Jawab la sendiri. XD

    Anyway, kalau diorang kata takde dalam list,
    camne nak buat pulak kak Ijja~?

    BalasPadam
  5. haahahhaahhahahah... cantik posing kepala babi tuuu... aku rasala djah org tu sewa meja orang jual burgerla... burger tu buka sebelah malam..hahahaha

    yang gmbr satu lagi tuu..muskhil jgk 50% halal.. tapi bila aku teliti rupanya perasa AYAM BABI!!! jadi 50% ayam, 50% lagi babi! inilah namanya pandai!!! hahaha lawak btul.. pastu apalah maksud "pas susunya"???
    tp yang pasti gambar pmpn tu memang ganteng!!

    BalasPadam
  6. II Wal > hehe..dah masuk dalam topik yang lain. Ini adalah isu yang bersangkut paut dengan perkataan babi kan.. alamak tercarut suda.. hoho,
    hmm, sendiri mau ingat la, apapun yang pasti semua tu berkenaan ttg persepsi masing-masing untuk menafsir.. niat dari percakapan seseorang tu terletak pada hati memasing, jadi pandai-pandailah yea.

    II Azreff >>> huh, kalau sewa meja burger ni kan, sah-sah mimang mau kana samak ni, najis berat ni ging. huhuh..
    Tentang makna Pas susunya, itu kena tanya sama mbak wulan atau mbak Winda, atau Mbak Indra.. inda pun tanya jak sama Mas Don.. jangan tanya Mas Munirol sudah ok.. nanti dia jawab lain pula. ^^

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...