Assalamualaikum pembaca..
Salam Jumaat yang penuh dengan rahmat dan penghulu segala hari. Didoakan pembaca dimudahkan urusan & dimurahkan sezeki, amiin...
Wuuu..kecoh dan menjadi viral di laman Muka Buku 'FB', apabila seorang cikgu yang mengatakan selepas mengambil supplemen Shaklee, rahim beliau terus membengkak...
Saya ni baru sahaja hendak berjinak-jinak dengan Shaklee...lepas satu kontroversi, ada lagi kontroversi baru, apapun, saya yakin produk Shaklee adalah yang terbaik, inshaAllah.. Saya yakin bukan kerana teori kosong atau sekadar cakap-cakap orang, tetapi selepas menjadi pengguna Shaklee semasa mengandung anak kedua. Memang nampak hasilnya, Alhamdulillah, semua yang terjadi adalah dengan izin Allah, kita hanya berikhtiar...
Berkaitan isu ini juga, saya tertarik dengan satu jawapan daripada 'pengkomen' yang menulis di status guru tersebut :
Puan Noraini Babyana menulis:
Salam......tahun 1992 saya dibuang ovari sebelah kiri....selepas beberapa tahun saya alami masalah haid tidak teratur dan haid berterusan.....doktor kata ovari kanan jg ada cyst (2006). Saya takut dibuang lagi ovari kerana itu sangat penting untuk wanita. Saya cuba cara suplemen, dan ambil GLA Shaklee. 3 bulan juga haid asyik keluar, lepas itu ok semula, dan sampai sekarang saya masih ambil GLA. Pendapat peribadi saya,mungkin fibroid tu atau Cyst memang dah ada sebelum ambil GLA cuma kecil dan tiada simptom, tetapi bila ambil GLA, hormon mula aktif dan menyebabkan simptom dapat dikesan. Kerana dahulu ada satu kes juga, wanita ada fibroid selepas sebulan ambil Herbal***, namun jawapan pakar, fibroid ambil masa yang agak lama untuk tumbuh.... So takut jgk kena saman balik.
Cuba bincang dengan lawyer, doktor n buat saluran yg betul. Sebab saya melihat masalah itu begini:
"Anda ambil supplement untuk hamil"
- Bererti anda tidak subur atau ada masalah rahim (Punca belum hamil)
- Kedua, tentang percampuran produk. (Ini lagi bahaya sebab Shaklee akan saman semula)
- Takut nt yg beriya2 komen sama x bantu cikgu time perkara berbangkit...
Paling elok, minta laporan doktor, minta nasihat lawyer...klu betul salah produk itu kuat boleh di dakwa, alhamdulillah... Mungkin produk2 begini harus melalui perbincangan dengan doktor dahulu. Semoga cepat sembuh cikgu..
-------------------Saya kongsikan satu entri daripada seorang pengedar Shaklee, yang mana saya kongsikan kembali di entri ini. (Tarikh tulisan beliau adalah pada 3 September 2014, Rabu)
Credit untuk penulis asal : Tuan Faizalfairuz.com
.......................................
Fuh! Shaklee Penyebab Rahim Wanita Bengkak ?!!!
As salam
Salam sejahtera kepada semua. Semoga anda sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.
Sentiasa bergerak aktif
untuk membakar lebih kalori dan makan secara sederhana. Ingat pesan Nabi
Muhammad SAW, 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 untuk udara.
Jangan semua 3/3 untuk makanan semata mata. Kalau tak ikut sunnah,
itulah jadinya pelbagai penyakit kepada diri kita.
Malam ni, ada member saya PM dalam FB bertanyakan isu SHAKLEE PENYEBAB KANSER. Hurmm macam macam isu yang timbul hampir setiap bulan.
Saya jarang melatah hanya disebabkan tajuk tajuk seperti ini. Lazimnya masyarakat kita hanya baca tajuk tetapi tidak baca isi.
Jika dikatakan 'Lembu
Boleh Bertelur' pun silap silap terus kita percaya sebab ianya SENSASI
berbanding kita bagitahu 'Lembu Boleh Melahirkan Anak Lembu' .... bunyi
macam biasa ja kan !!!!
Ok let's back to this
topic. Isunya timbul apabila seorang pengguna Facebook yang merupakan
seorang Guru telah meletakkan post ini di Wall Facebook miliknya.
Tarikh 3 September 2014 |
Ok untuk mengetahui
dengan lebih lanjut apakah sebenarnya gambar gambar yang diletakkan di
Wall facebook itu, boleh tengok di bawah ini;
APA JAWAPAN SAYA?
Sebelum saya memberi
pandangan saya, jom kita tengok dulu beberapa jawapan daripada pengguna
pengguna Facebook yang lain di laman Facebook milik si 'Cikgu' ini.
CIKGU .... PANDANGAN IKHLAS SAYA
Untuk pengetahuan cikgu,
saya bukanlah di sini untuk menidakkan kebenaran yang cuba disampaikan
oleh cikgu. Jika saya la menjadi agen yang menjual supplement tersebut
kepada cikgu, pasti saya akan memberi maklum balas yang TERBAIK kepada
cikgu kembali, mungkin bermula dari awal lagi bila saya nak menjual Set
Vitamin tersebut kepada cikgu.
Saya terpaksa mengakui
sememangnya bukan semua agen Shaklee mempunyai pengetahuan mengenai
kesihatan. Demi mencari sesuap nasi bagi diri sendiri dan keluarga,
ramai mengambil langkah untuk buat bussiness. Ada yang suri rumah,
kerani dan lain lain yang berbeza dunia mereka dengan bidang kesihatan.
Mungkin tidak sesuai untuk saya menjadi wakil kepada agen tersebut untuk
meminta maaf kepada cikgu.
Tapi ternyata agen
Shaklee tersebut tidak sama dengan saya dan kawan kawan yang lain.
Mungkin bila pertanyaan cikgu tidak diendahkan, malah dikatakan membuat
fitnah, jika saya menjadi cikgu pun, mungkin saya juga akan marah
seperti cikgu. Takut jugak tengok cikgu marah seperti dalam Post di
bawah ini;
KITA SAMA SAMA MENCARI REZEKI
Saya juga ramai kawan
yang menjual supplement supplement yang lain, tetapi saya sedikit pun
tidak pernah memperlekehkan bussiness kawan kawan saya kerana saya sedar
rezeki itu datang dari Allah SWT.
Sejauh manapun kita berusaha jika ditakdirkan rezeki itu bukan milik kita, memang selama lamanya tidak akan menjadi milik kita.
Cikgu juga merupakan usahawan produk untuk menurunkan berat badan iaitu Ultra Shape.
Rupa rupanya kita di
gelanggang yang sama dengan produk yang berlainan. Semoga niat kita
bersama untuk buat bussiness diberkati Oleh Allah SWT.
Mungkin produk kami
bukan produk Bumiputera, produk kami datang daripada USA, sebuah negara
yang katanya menyokong Yahudi. Mungkin cikgu marah dengan USA sebab
serang Palestin. Saya dapat tengok sejak pertengahan bulan Ogos pun
cikgu dah menyebarkan propaganda propaganda ini.
Owh baru saya perasan,
rupa rupanya cikgu sejak dari awal lagi telah membenci kami. he he he.
Tak baik benci teruk teruk nanti akan jatuh sayangnya !!!!
BEGINILAH CIKGU .....
Apa yang berlaku antara cikgu dan agen Shaklee tersebut biarlah menjadi isu cikgu dengan agen tersebut.
Sebab jika saya, saya memang tak boleh nak terima bulat bulat apa yang cikgu cuba propagandakan. Ini berdasarkan sebab;
1. Bukti yang cikgu tunjukkan adalah tidak telus kerana kenapa perlu sembunyikan nama pengadu yang bermesej dengan cikgu.
2. Cikgu juga merupakan
usahawan produk supplement kesihatan iaitu Ultra Shape. Saya juga agak
'curious' dengan produk cikgu kerana saya tak pasti adakah ia telah
menjalani beribu ribu ujian klinikal seperti mana produk Shaklee? Yang
lebih membimbangkan adakah cikgu juga turut mengambil produk tersebut?
Saya juga boleh katakan cikgu mungkin berpenyakit kerana produk tersebut
!!!!!
Cikgu kata cikgu ambil supplement Shaklee awal Ramadhan (awal Bulan Julai) dan STOP 29 Ogos 2014.
Tapi dalam pertengahan
Bulan Ogos cikgu dah mula membenci Shaklee dengan mengatakan Shaklee
membantu Israel !!!! Dalam membenci cikgu masih makan supplement Shaklee
sehingga 29 Ogos 2014. Hurmm .....
3. Adakah mungkin rahim
cikgu sememangnya dah bengkak sebelum ini, mungkin rahim cikgu yang
bermasalah sebelum ini. Adakah terdapat sebarang pembuktian yang rahim
cikgu ok sebelum ini?
Saya bukan berniat
hendak membuktikan cikgu tidak bersalah. Tetapi saya juga orang yang
bekerja dalam kesihatan. Dalam masa 2 bulan cikgu makan supplement
Shaklee cikgu dah membuat anggapan semua ini disebabkan oleh Shaklee !!!
Cikgu perlu buktikan
dengan apa jua kajian klinikal yang mana makanan tambahan boleh memberi
kesan kepada pembengkakan Rahim jika diambil dalam tempoh hanya 2 bulan
?!!!!
Saya mungkin akan
menjadi lebih hormat kepada cikgu jika cikgu dapat buktikan sememangnya
hanya supplement Shaklee yang telah menyebabkan cikgu jadi seperti itu.
Buat ujian, buat pemeriksaan. Ini baru setakat mendapatkan pemeriksaan
di klinik yang 'pakar', cikgu telah membuat persepsi sendiri. Lagipun
doktor tu hanya bagi kat cikgu Asid Folik dan Kalsium kan .... !!!!
Untuk seorang pesakit
itu dikatakan mempunyai kencing manis sekalipun, ia bukan mengambil
masa 2 - 3 bulan tetapi penyakit itu hanya dapat dikesan setelah 5 - 10
tahun lamanya.
CIKGU ...... CIKGU ....... CIKGU .......
Jika benarlah bagai di kata, cikgu mungkin ada yang tidak serasi dengan beberapa nutrisi yang terdapat dalam supplement Shaklee.
Mungkin jugak cikgu turut mengambil supplement lain.
Mungkin jugak cikgu berdendam dengan Agen Shaklee tersebut.
Mungkin juga sebab cikgu marah Shaklee yang katanya menyokong Israel.
Kalau nak dibandingkan kes cikgu ini, banyak lagi testimoni lain yang membuktikan sebaliknya.
Saya telah menggunakan
penaakulan fikiran saya yang waras dalam membantu cikgu mencari
penyelesaian terbaik. Mungkin saya boleh marah dan maki cikgu
menggunakan cara yang digunakan oleh cikgu, tetapi sebagai lelaki yang
ada 9 akal tak mungkin saya berbuat demikian.
Saya tidak bertanding untuk membuktikan cikgu bersalah atau berniat untuk membuatkan cikgu menukar persepsi cikgu.
Mungkin cikgu boleh renung kembali Posting yang cikgu buat dalam facebook cikgu sendiri;
Wallahua'lam
saya dah mkn vit c dan set yg lain , kesan sebulan amat menakjubkan, dan mungkin kerana org lain ada penyakit .. tk patut la kata shaklee yg salah, kadang2 kita takut nk check dan meletakkan kesalahan pada org lain.. terimakasih
BalasPadam