Sabtu, 6 Februari 2010

Panduan : Public Speaking Skill


Assalamualaikum..

'Public Speaking'. Pernah tak kita berucap dihadapan ramai orang yang akan membuat kita gugup, tiba-tiba 'blank' tak tau nak cakap apa walaupun skrip sudah terakam di minda? Malah yang teruk lagi, tiba-tiba rasa nak terkencing, dan ter ter semuanya masa nak buat 'presentation'. Ini perkara yang biasa & sihat. Menunjukkan bahawa anda prihatin dan mahu melakukannya dengan betul. Tetapi, terlalu gentar juga tidak baik.

Kemahiran ini bukan saja penting untuk pembentangan malah sangat berguna jika diaplikasikan sebagai satu kemahiran berkomunikasi bersama rakan-rakan, 'staff', majikan, Pelanggan, dalam mesyuarat, dan apa sahaja lingkungan komunikasi bersama orang yang kita dah kenal ataupun belum. Tahun lepas saya ada beli sebuah buku IK [Irfan Khairi ]- Nota Jutawan, Nota Motivasi, buku yang simple, padat, tidak membosankan dan berbaloi untuk dibeli, Kualiti kertas yang baik, berwarna warni, juga diselitkan karikatur yang agak berdialog lucu. [ Pendapat Peribadi saya ] nak tau lebih lanjut, beli sendiri buku ni okeh^^

Muka surat 33, tajuk bab > Kemahiran yang akan mengubah hidup anda - Pengucapan Awam [ Public Speaking ]



10 panduan agar tak gugup & mengigil nak bercakap dikhalayak ramai :

1- Kenali bilik itu. Biasakan diri dengan tempat di mana anda akan berucap. Datang awal, berjalan sekeliling tempat berucap dan berlatih menggunakan mikrofon dan alat pandang dengar.

2- Kenali penonton anda. Sapa penonton anda apabila mereka sampai. Adalah lebih mudah untuk bercakap dengan sekumpulan kawan daripada sekumpulan orang asing.

3- Fahami bahan ucapan - Jika anda tidak biasa dengan bahan-bahan ucapan atau tidak selesa mengenainya, kegentaran anda akan bertambah. Berlatih berucap dan buat pembetulan jika perlu.

4- Bertenang. Legakan ketegangan dengan membuat senaman atau tarik nafas panjang, hembus perlahan-lahan.^^ [ Selalu dipraktikkan ]

5- Bayangkan diri anda memberikan ucapan. Bayangkan diri anda sedang bercakap dengan suara yang kuat, jelas dan berkeyakinan. Apabila anda bayangkan anda berjaya, anda akan berjaya.

6- Sedarlah bahawa orang lain mahu berjaya. Penonton mahu mendengar dari seorang yang menarik, bermotivasi, berinformasi dan menghiburkan. Mereka tidak mahu mendengar daripada seseorang yang gagal.

7- Jangan minta maaf. Jika anda beritahu bahawa anda sedang gentar dan meminta maaf atas masalah mengenai ucapan anda, anda sebenarnya membuka peluang kepada penonton untuk mencari kesilapan anda

8- Beri perhatian kepada mesej yang hendak disampaikan, bukannya cara penyampaian. Tumpukan perhatian kepada mesej yang anda sampaikan dan penonton anda, dan bukannya kepada kegusaran anda. Kegentaran anda akan berkurangan.

9- Tukar kegentaran kepada tenaga yang positif. Tumpukan tenaga anda dan tukarkannya kepada semangat dan kesungguhan.

10- Dapatkan pengalaman. Pengalaman membina keyakinan, di mana ianya adalah kunci kepada ucapan yang efektif.



JOM PRAKTIK^^

Sharing is Caring, ijja1912

1 ulasan:

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...