Selasa, 23 Jun 2009

Maafkan Diri, dan Teruskan Perjalanan!



"Sapu sana..ha sana lagi" Sambil jari telunjuk menuding bahagian penjuru siling.
"Ha, sebelah kiri tu lagi" Aku mengarah lagi.
"Di dinding pun ada sikit tu, buang habuk-habuk dan sawang tu, menyakitkan mata saja" Aku becok mengarah.
Semalam, saya baru sahaja membeli penyapu untuk membuang habuk-habuk dan sawang yang menumpang berumah di siling dan dinding rumah kedua saya. Saya pun ada gak rumah sendiri. Tak jauh pun rumah tu, dekat sangat. Semua boleh datang lagi lepas ni. Kat mana rumah tu? Memang dekat sangat, sentiasa terbuka sebab tak berpagar. Lepas ni sudi-sudi la datang lagi yea..
Ni la rumah kedua saya, blog ni. Jangan risau, semua habuk dan sawang saya dah bersihkan. 'confirm ' semua yang datang bertandang tak terbersin-bersin lagi. Cuma rumah saya ni gelap, maklum aje dah lama tak bayar bil..apapun, kegelapan tu takkan hilang selamanya tanpa cahaya..

"Maafkan Diri, dan teruskan hidup ini" Petikan kata yang agak ringkas, namun mampu memberi impak yang sangat besar dalam hidup, jika kita melakukannya.

Berapa ramai orang yang saya kenali sering menyalahkan diri, bila sesuatu yang di rancang tidak tercapai matlamatnya. Berapa ramai yang terus berputus asa dalam hidup, dan tidak terkira ramai juga yang berkira-kira mahu membunuh diri agar semua rasa kecewa, sedih, duka, terluka itu hilang dan pergi buat selamanya?
Jangan begitu kawan, bunuh diri adalah tindakan paling 'pendek akal' bagi saya..kerana selepas mati, perjalanan kita belum berakhir, lebih parah lagi kita tak dapat kembali untuk hidup membetulkan kesilapan kita. [Think It]

Kawan, hidup ni kan satu perjalanan, satu perjuangan. Pastinya disetiap denai laluan kehidupan kita ada pengalaman yang dapat dikutip, ada juga kenangan yang boleh disimpan, dan menurut pemmikiran saya, Hidup ini adalah sekolah kita yang paling terbaik di dunia, jika kita mahu belajar di dalamnya, jika kita sudi untuk membuka mata, hati, dan minda kita untuk menerima setiap jatuh dan bangun kita.

>> Siapa yang tak pernah gagal?[ Angkat Tangan ]
>> Siapa yang tak pernah Putus Cinta? [ Angkat Kening ]
>> Siapa yang tak pernah gagal dalam pelajaran ?
>> Siapa yang tidak pernah menganggur bertahun -tahun?
>> Siapa yang sedang menganggur?


Apapun persoalannya, apapun cerita duka kita, apapun punca kegagalan kita, pleaseeee cuba untuk maafkan diri sendiri.
"Memang saya ni tak berguna, bodoh, lembab,miskin,hodoh,tak tau bergaul, tak tau berjenaka," mungkin ada di antara kita yang kata hatinya sering bergema ungkapan sebegini. Sewenangnya kita mencemuh dan merendahkan diri.

Semua kelemahan kita, kita wajar akui, tetapi jangan sampai kita tidak menerima diri kita, jangan sampai kita asyik menyalahkan diri, takdir, hingga terjatuh kita dalam golongan orang yang berputus asa dalam rahmat Allah. Paling sadis hingga tergolong dalam golongan orang yang kufur akan nikmatNYA..

Allah takkan pernah menzalimi kita, Allah takkan pernah tidak adil kepada semua hambanya di langit atau di bumi, Allah juga tidak pernah menguji kita, melebihi kemempuan kita untuk menghadapinya. Ingatkah kita, DIA yang menciptakan kita dari tiada kepada ada, Ingatkah lagi kita, Kita ini hanyalah hamba abdinya, maka itu DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan pernah persoalkan ketentuan itu, namun demikian jangan jadikan ketentuan itu sebagai alasan untuk kita tidak memajukan diri, dan tidak mahu mengubah diri.

Maafkan diri, andai pernah membuat kesilapan,
Maafkanlah diri, andai Pernah gagal dalam ujian kehidupan,
Maafkan diri, andai cita-cita belum kesampaian,
Maafkan diri andai Cinta terputus dipertengahan,
Maafkan diri, andai kita tidak secantik,sekacak,sebijak,sekaya dan se se lagi seperti orang lain..


Maafkan diri, redhai semuanya, dan teruskan kehidupan ini.
Jangan pernah sedikitpun berputus asa dengan rahmat Allah yang Maha Luas..Kerana di saat kita merintih-rintih dengan kesusahan dan sukarnya hidup kita, ada orang lain yang lebih menderita dari kita. Kenangkan kata-kata ini :

"Di saat kita merasa sedih kerana tidak mampu untuk membeli sepasang kasut, ingatlah ada insan lain yang sedang merasa sedih kerana tidak mampu memakai kasut kerana tidak mempunyai sepasang kaki"

Allah, bila sayang kita, akan dia berikan kita ujian demi ujian. Samaada berupa kesenangan atau kesusahan.
Allah, Bila kita semakin menjauhiNya, DIA akan cepat sedarkan kita agar kita tidak terus lalai dan hanyut daripada melupakannya.
Namun ada juga diantara kita yang maki DIA sewaktu dalam kesusahan, Dan bila senang DIA terus kita lupakan. Hamba apakah kita ini? Sudahlah hanya bergelar hamba, mahu pula berlagak tuan diatas TanahNYA..

Maafkanlah Diri, dan orang yang beriman takkan membuat kesilapan yang sama berulang kali..
Maafkanlah diri, atas semua kekurangan diri,
Kerana Allah Maha Bijaksana, DIA lebih tahu mengapa tidak sempurnya kejadian diri kita.


Akhirul kalam,
Teruskanlah berjuang wahai diri,
perjalanan ini perlu kita teruskan,
Walau pincang sebelah kaki,
Walau hilnang tangan dan kaki,
Jangan berhenti,
Kerana,
Disini,
Bukan Destinasi..


labuan, p/s: lagak bahasa yang agak formal..heheh

3 ulasan:

  1. Entri yang membuat roma ku berdiri. memang bersemangat tuan punya belog nih..

    BalasPadam
  2. Entri yang membuat roma ku berdiri. memang bersemangat tuan punya belog nih..

    BalasPadam
  3. entri yg sgt bagus & memotivasikan org lain!

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...