Khamis, 25 Jun 2009

Entri ini ku namakan Hidayah..


*Syukran buat akhi Abas atas izin gambar ni:
http://firusfansuri.blogspot.com/
syukran Akhi, hanya Allah layak membalasnya..


" Nantilah aku buat, belum dapat hidayah lagi kot aku ni"
" Dapat hidayah nanti, aku pakai la.."
" Dah sampai seru nanti, aku berhenti la"
" Tuhan tu kan Maha Pengasih Dan Penyayang, sampai masanya, aku bertaubat la.."


Siapa yang tidak pernah mendengar luahan-luahan kata yang tidak berperasaan begini? siapa yang pernah pula bercakap seperti ini?
Siapa juga yang pernah mengatakan ala-ala bunyi maksudnya sama dengan kata-kata diatas?
Dan siapa juga yang pernah berfikir selepas mengungkapkan kata-kata di atas ini?

HIDAYAH..berapa ramai yang tersalah tafsir makna hidayah? dan hanya berapa kerat sahaja yang tahu apa makna hidayah yang sebenar?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.
(Surah Al-Furqan, Ayat 50)


"Hidayah tu Milik Allah, hanya Dia yang mampu memberikan kepada sesiapa yang di kehendakinya.." Itu jawapan yang saya seringkali dengar, baca, dan hampir setiap orang mengatakan begitu. Jawapan-jawapan ini akhirnya mencetuskan sesuatu persoalan di kepala dan benak saya,
"Hidayah itu memang Milik Allah, tapi bagaimana akan mendapatkannya?", bagaimana kita tahu kita mendapat hidayah?"

Meminjam kata-kata dari Akhi Faisal Tehrani,
"Ibarat Cahaya ;Ia tak Menyapa kamar
yang tidak di buka Jendelanya "


Betul, Hidayah itu milik Allah, namun jika kita tidak berusaha untuk membuka pintu atau jendela hati kita, manakan dapat cahaya dari luar menerobos masuk ke hati kita?
adakah kita berfikir hidayah itu akan datang sendirinya tanpa kita berusaha untuk membuka mata hati, dan akal kita untuk berfikir tiap hikmah kejadian, peristiwa, di sekeliling kita?

Pada pandangan saya, [ siapa yang kurang bersetuju pandangan ni, bolehlah komen yea],
>> Hidayah ada di mana-mana sebenarnya. Hidayah sentiasa ada, sentiasa ada jika kita memikirkannya dalam-dalam..Renungi Firman ini :

"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."
(Surah Az-Zumar, Ayat18)


Baca ayat di atas, dan fikirkan sedalamnya makna ayat ini..terang-terangan Allah menyatakan sesiapa yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya,
bukankah perkataan ini membawa pengertian bahawa kita perlu berusaha untuk mendengar, atau berfikir tiap apa yang datang kepada kita? lalu ayat yang seterusnya

:lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

Terang dengan jelas apa yang diterangkan dalam ayat ini bukan?

Kita perlu teruskan usaha untuk membuka mata, mata hati, minda untuk mendengar, melihat, dan berfikir tentang apa jua yang kita hadapi, sedikit kita sudahpun membuka perlahan-lahan pintu untuk laluan hidayah itu. Setelah itu, terpulang kepada Allah, adakah kita tergolong dalam hambaNya yang di anugerahi hidayah tadi.

Allah tidak pernah sekalipun menzalimi hambanya, dan Allah tidak pernah tidak adil untuk sewenangNya mencampakkan kita sebagai bakal 'Penghuni Neraka'..Pasti DIA Berikan pelbagai laluan hidayah tadi agar kita terselamat dari golongan itu, sekiranya kita mahu membuka pintu hidayah itu.


Mungkin ramai yang pernah terdetik bisik bisikan hati seperti ini ;
>> Bila lah aku nak berubah ni..
>> Sampai Bila Aku nak Berhenti dari semua ni?
>> Bila lah aku nak mula sembahyang?
>> Bila lagi aku nak pakai pakaian yang menutup aurat ni?

Adakah kita dapat menangkap 'sesuatu' di sebalik semua bisikan-bisikan halus ini? Siapa yang menggerakkan hati kita untuk terzahir bisikan-bisikan halus sebegini? Siapa lagi kalau bukan Yang sentiasa berhak ke atas kita, Allah s.w.t..
Mungkin ramai yang terlepas pandang, atau tidak langsung mahu berfikir, lintasan-lintasan hati, bisikan-bisikan halus ini juga adalah salah satu cabang hidayah. Allah itu Maha Bijaksana PerancanganNya, dengan itu juga Allah memberikan hidayahNYA dengan pelbagai cara yang kita tidak pernah menjangkakannya.

Namun, berapa ramaikah kita yang akan dan mahu menjawab bisikan-bisikan hati tadi?
Sehingga bisikan itu dilupakan terus, dan kembalilah kita hidup terus bergelumang Dosa dan noda, terus-terusan menutup pintu hidayah..

Mungkin ada yang kurang faham makna saya, jadi saya bawakan satu contoh :
>> Seorang penagih dadah tegar, suatu hari terdetik di hati kecilnya "sampai bila aku nak terus jadi penagih ni? sampai bila aku nak hidup begini?" tapi dia tak bertindak apa-apa untuk menjawab bisikan tadi.
>> Tidak lama kemudian, penagih ni di sahkan menghidap HIV Aids, tapi dia tak juga berhenti dari tabiatnya. Di sini, Allah tunjukkan lagi betapa sayangnya DIA kepada hambanya hingga diberikan sakit itu kepada si penagih agar terbuka hatinya untuk cepat-cepat bertaubat..namun penagih ni tetap tak berfikir dan tidak mengambil pengajaran..
>> Akhirnya, penagih ni dah terlantar..barulah berhenti dari menagih, dan bertaubat. Mahu kembali ke pangkal jalan.
>> Nazak, dan meninggal dunia, Mujur sempat bertaubat, jika tidak? Wallahu'alam..


Di ulangi, Pintu Hidayah itu sentiasa ada, dan terpulang kepada diri mahu membuka atau tidak laluan cahaya itu.. Benarlah firman Allah, bahawa Allah tidak sekalipun Menzalimi hamba-hambanya, bahkan kita sendiri lah yang telah menzalimi diri sendiri. Maha Suci Allah, Yang Maha Luas Rahmat dan kasih sayangNya..

Moga kita terus terpelihara dalam cahaya petunjukNYA yang lurus..berdoalah selalu agar kita terus di hidupkan dengan Iman, dan di matikan Pula Dalam keadaan beriman kepadaNya..

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Surah Al-An'am Ayat 32)


Wassalam..

7 ulasan:

  1. ( Hidayah ada di mana-mana sebenarnya. Hidayah sentiasa ada, sentiasa ada jika kita memikirkannya dalam-dalam..Renungi Firman ini :

    "Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."
    (Surah Az-Zumar, Ayat18) )

    ya..mmg benar apa yg dikatakan..hidayah prlu dicari bkn hanya dinanti..selama mana kita brgelar hamba allah, selagi itu kita dalam pandangan allah..

    selagi itu jg allah akn senantiasa mmberi kita secebis hidayah pd hati kita, allah itukan maha pengasih..takbir!!

    ~moga ada baiknya~

    BalasPadam
  2. salam ziarah..

    indah .entri ni.
    fikir2kan..^^

    BalasPadam
  3. kalau cari pasti dapat bukan.. (god spot dlm esq)



    p/s : sebak baca kisah turning point malek noor..hidayah datang sesudah 34tahun tidak solat dan puasa..masyaAllah..

    BalasPadam
  4. hidayah itu perlu dicari..hanya yang benar2 mengharapkan dan berusaha mencarinya bakal memilikinya..

    Allahu'alam..

    nice entry, nice leeson..
    keep it up sis!! ^_^

    salam ukhuwwah =)

    BalasPadam
  5. salam,

    tentang gambar "hidayah" itu,
    silakan ya.
    makasih kerana memaklumi.

    :)

    BalasPadam
  6. jiwa yg sentiasa mencari kebenaran akan menemui hidayah. Hidayah akan datang dengan suatu pengorbanan.. Pengorbanan harus dilakukan berserta harta, masa dan jiwa..

    BalasPadam
  7. ll Rini >> Stuju ngan pandangan tu, dan tidak diragui lagi kenyataan bahawa kitalah yang sering menzalimi diri sendir..
    ll Arnamee>> Syukran sudi bertandang..sudi2 ziarah kesini lagi, walaupun blog ni hitam semacam jerr..
    ll Wann>> ha'ah,saya pun ada baca gak citer tu, dapat via emel..memang dapat satu pengajaran dan iktibar dari kisah tu..
    ll Ukhwah >> Syukran Sudi Bertandang, di tambah lagi kata peransang..syukran, jazakillah ya ukhtie..InsyaAllah, sama2 kita berkongsi ilmu, semoga kebaikan akan tertebar di mana2..
    ll Akhi Ibn Abas >> Makasih banyak2akhi..atas izin gambar tu, memang sy suka dengan effect lighting pada foto tu..menggugah rasa..
    ll Merah >> Tidak dinafikan Merah..Hanya mata yang celik dan hati yang sentiasa hidup shj yang mampu melihat sesuatu menembusi mata zahir..
    Wallahu'alam..

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...