Selasa, 13 September 2011

Buku Hari Ini ll PTS


"Apakah yang akan kita lakukan jika kita diberi peluang melalui semula satu hari bersama orang yang kita sayang, yang sudah pun pergi?"


Karya kedua daripada penulis Mitch Albom (Selepas buku 'Tuesday With Professor Morrie')  sungguh mengujakan! Membaca blurp pada bahagian belakang kulit buku sahaja, sudah mampu menarik minat pembaca untuk membelinya. (Ini ditambah pula dengan penangan jatuh cinta pada novel pertama beliau yang diterjemah oleh PTS)
Puas juga mencari buku For One More Day di kedai-kedai buku, tidak berjumpa. Alhamdulillah, pagi tadi berkesempatan mengunjungi Syarikat penerbitan buku tersohor Malaysia, PTS.  Selepas berkursus pendek, saya mengambil kesempatan untuk melaburkan sedikit wang untuk membeli buku-buku disana. Berjaya membeli dua buah buku. Lain hari boleh datang kesana lagi untuk berbelanja buku.

** buku For One More Day ini, saya masih belum dapat berkongsi tentangnya, kerana belum menghabiskan pembacaan. Saya akan habiskan secepat mungkin. (Ada beberapa lagi buku yang sedang menunggu untuk dihabiskan )

****************************

Buku kedua hasil belian : 

- Senyumlah : Hidup Ini Indah - Penulis : Kusyi Hirdan - 2011
Sebuah Buku dibawah kategori baru Motivasi Untuk Remaja. (PTS Teen)

"Tidak ada manusia yang hidupnya tidak pernah dilanda dugaan.  Tetapi tidak semua manusi yang mampu menghadapi dugaan.  Hanya manusia-manusia hebat sahaja yang akan mengambil dugaan sebagai cabaran dalam hidup.  Senyumlah : Hidup Ini Indah, adalah rangkuman cerita kisah motivasi bagi mereka yang berhadapan dengan dilema sepanjang menelusuri zaman remaja.  Mereka adalah manusia-manusia hebat kerana berjaya melaluinya dengan senyuman".

Saya membaca buku ini sepanjang perjalanan. 
Saat berada didalam teksi menuju ke Terminal Putra  LRT Gombak, 
ketika didalam tren LRT menuju ke KL-Sentral, dan berjaya membacanya setengah buku ketika berada dalam keretapi dari KL-Sentral ke Serdang. (Membaca penuh semangat kerana mahu membuat sedikit 'homework' untuk belajar dan memahami laras bahasa yang diterima dalam penghantaran manuskrip ke PTS nanti).

- Dan, ya. Saya berjaya habiskan pembacaan pada pukul satu pagi tadi. Jika tiada selingan aktiviti ketika sampai dirumah tadi, sudah pastilah pembacaan menjadi lancar dan tiada sekatan masa. ;D

Sambung cerita pasal buku Senyumlah :

Buku ini mengandungi 13 bab, dimana cerpen motivasi pendek di kompilasikan dalam satu buku. Konsep menarik saya kira. Di antara kesemua cerita, bab berikut adalah bab terbaik ketika saya membacanya : 

Bab 1 - Emak Baru, Guru Baru, 
Bab 2 - Tudung Kepala Atau Tudung Saji, 
Bab 5 - Gemuk Pun Istimewa, 
Bab 7 - Aku Bukan Si Itik Hodoh!, 
Bab 8 - Cinta, Pergilah Dahulu,

Bab-bab di atas membuat saya sedikit teremosi dengan jalan penceritaan. Biarpun buku ini untuk kategori remaja, namun ia sesuai juga di baca untuk golongan yang sudah berumur, seperti saya. Haha!

Untuk lebih penghayatan, silalah membeli, atau meminjamnya di perpustakaan awam. ^_^

Jika tidak rajin mahu membacanya, hadiahkan buat anak murid, anak buah, anak-anak, anak saudara, atau sesiapa yang kita sayangi. Sangat sesuai jika diberikan kepada mereka yang sedang meniti ke usia remaja.
{Moga-moga ada perubahan terhadap sikap selepas mereka membaca buku ini}

Sudah pukul 2.20pagi, esok sambung lagi dengan cerita lain. Sungguh mata seperti di gam 'yUHU'

Wassalam, terima kasih buat semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...