Assalamualaikum..
Ingat lagi tak suatu masa dahulu saya pernah bercerita tentang koc pink? Koc pink sepanjang masa.. Bagi yang tak sempat baca, klik link kat SINI
Semalam, saya berkesempatan untuk menaiki sekali lagi tren KTM, nak menuju ke Bandar Salak Selatan.
Saya agak terkejut, apabila Koc Merah Jambu itu sudah bertukar icon / Thumbnail di pintu masuknya.
Jom tengok gambar sebelum dan Selepas :
SEBELUM :
Memetik kata-kata saya dahulu, ikon pada pintu koc wanita itu agak tidak 'menusuk' difikiran lelaki, dan hampir kebanyakkannya tidak perasan pada ikon seperti itu.
Saya tersenyum sendiri selepas melihat 'Thumbnail' baru itu semalam ;
SELEPAS [ Gambar Terkini ]
Memetik intipati idea dalam entri saya yang lepas :
SYABAS dengan pihak KTMB yang membuat sesuatu untuk isu ini.
Mungkin, selepas ini, pertimbangkan pula untuk buat koc keluarga [ Terutama sekali yang punyai anak kecil ], Koc untuk Warga Tua / warga Emas. Buat warga yang masih muda belia, jangan mengaku warga emas pula kalau tiba-tiba masuk ke koc warga emas itu nanti. ^_^
Apapun, saya tetap bersyukur, seteruk manapun pengangkutan di Malaysia ini, ia belum seteruk di Jepun. Seperti video di bawah :
MEMO : Ni kalau saya yang ada dalam tren ni, boleh patah riuk tulang belakang saya. T_T
MEMO : Ni kalau saya yang ada dalam tren ni, boleh patah riuk tulang belakang saya. T_T
rileks sungguh polis tu,malah menggalakkan saliang bertolak.memang begitukah?
BalasPadamAisha : Di negara Matahari terbit memang begitu keadaannya. Kepadatan penduduknya menyebabkan keadaan ini berlaku.
BalasPadamSyukur kita di Malaysia, namun demikian Malaysia juga perlu berbuat sesuatu untuk mengelakkan keadaan sama berlaku.