Isnin, 15 November 2010

50-50 lah, Ekstrim!!



Assalamualaikum..

Panas..

Isu yang dari dulu memang Panas, sederhanalah dalam beragama. Buat yang Mampu saja.

Sederhana. Apakah maksud sederhana itu? untuk pemakaian konteks dalam beragama, yang sekaligus dijadikan pakaian, amalan buat diri dalam kehidupan sehari-hari?

"Dunia Kita Mahu, Akhirat pun kita mahu, fifty-fifty lah..janganlah ekstrim sangat!"

Apabila maksud SEDERHANA itu di salah ertikan,akan menimbulkan salah faham yang akan menjerumuskan Umat Islam hari ini ke dalam perangkap Nafsu dan Syaitan.

Sederhana mengikut kata orang-orang hari ini, ialah 50-50. Dunia 50, Akhirat 50.

Mengikut Pendapat seorang Ustaz yang saya rujuk, Hari ini Islam semakin berdaki Fitnah, sehingga begitu mengelirukan.

Jika benar dalam beragama ada istilah 50-50, akan lahirnya perkara seperti :

1- Campur aduk antara hal-hal yang membawa dosa dengan pahala. Antara maksiat dan amal soleh.

2- Tidak boleh ekstrim dalam beragama. Iaitu tidak boleh ikut 100% ajaran Islam itu. Ikut setakat mana yang tidak bercanggah dengan adat resam atau budaya Melayu.

3- Mengimbangkan amalan dunia dan akhirat, iaitu 50% untuk dunia, dan 50% untuk akhirat.

Secara realitinya, apa yang berlaku hari ini dengan merujuk punca di atas ialah :

1- Kita pergi ke masjid, tapi dalam masa yang sama, kita pergi juga ke panggung wayang. Kita pergi ke Mekah, tapi pergi ke Disko juga. Kita berpuasa tapi kita dedahkan Aurat. Kita berzakat, tapi ambil Riba. Di televisyen misalnya, selepas siarkan azan, siarkan semula rancangan nyanyi-nyanyi, tari menari.

2- Menurut Ustaz, bila berlaku seperti ini, akan berlakulah Islam kembali pelik dalam dunianya sendiri. Apabila ada orang serius beragama, akan di katakan ekstrim. Wanita berpurdah dikatakan Ekstrim, Isteri yang taatkan suami dianggap bodoh dan membabi buta. Makan dalam talam dituduh pengotor, menghidupkan sunnah di tuduh pula 'ortodoks'. Asyik dengan Al-Quran dikatakan gila, Zuhud dikatakan 'anti establishment'

Pendek kata, kalau ajaran Islam diamalkan lebih dari yang biasa yang diamalkan kebanyakkan orang, akan dikatakan ekstrim.
"Pakai biasa saja sudahlah, jangan sampai tak nampak hidung dan muka, cukup pakai baju kurung dan mini telekung"

Daripada sini, akan lahir tanggapan, dengan akhirat cukup hanya kita bersederhana saja..

Jika benar untuk mendapatkan Akhirat yang jauh lebih indah tempatnya, maka harus di tinggalkan berapa % hati kita untuk dunia?

Analoginya,

Semasa kita mengambil Peperiksaan UPSR Dan SPM, adakah kedua usaha kita sama tahapnya? sedang tahap SPM itu lebih tinggi dari UPSR?

Apa sebenarnya konsep SEDERHANA dalam beragama itu? Wujudkah ia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Shaklee Ready Stock Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...