Sabtu, 27 Mac 2010
Turtles can Fly
Hari yang 'calm'..
Komik Al-Fityan dah sampai, Thanks Han Ri..
Poster filem di atas adalah filem yang baru saya lihat di Astro Oasis, Filem daripada Iran, tajuk ceritanya saja buat saya tahu, filem ini mesti 'best'.
Berlatar belakang peperangan antara Iraq dan AS, kehidupan di uji dengan ujian demi ujian yang menyesakkan jiwa. Kanak-kanak antara yang menjadi mangsa keadaan. Kudung sebelah kaki, kudung kedua tangan, adalah hasil daripada peperangan. Anak-anak menjadi yatim piatu, tanpa rumah, tanpa ibu, bapa, kehilangan ahli keluarga adalah mimpi ngeri buat setiap orang.
Argin, watak perempuan kecil yang pada usia sekecil itu melahirkan seorang bayi hasil pemerkosaan bergilir-gilir tentera AS, sekaligus merampas zaman kanak-kanaknya.
Argin membenci anak kecil yang dilahirkannya, dan berulang kali mahu membunuh anak tersebut.
Peperangan merampas semuanya.. kehidupan, keriangan, mimpi indah hanya jadi ilusi.
peperangan yang melanda membuat setiap kanak-kanak di situ dewasa sebelum waktunya.
Kasih sayang yang bertembung dengan kebencian, meninggalkan satu perasaan yang entah bagaimana.
Perang, membunuh kasih sayang sesama insan. Pengakhiran cerita yang tragik, and, I don't think I would want to watch it again. It is disturbing and raw. One is affected, it isn't something one forgets about. huh!!
sesape yang nak tengok, leh try search kat YouTube.
Wassalam.. T_T
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Shaklee Ready Stock Sabah
Assalamualaikum dan selamat pagi.. Moga hari ini lebih baik dan bermakna dari hari-hari yang lepas Hari ini sekadar mau update stok ready...
-
"Hidup adalah sebuah perjalanan, mencari kebahagiaan, sekaligus kehilangan bahagia yang lain. Hidup adalah tidak mendapatkan,...
-
Alhamdulillah, dapat juga kembali menulis untuk entri kali ini. Agak rindu untuk ‘menghupdet’ blog ni sebenarnya, ada sawang dah sikit-sikit...
-
Assalamualaikum.. “Jika Allah sudah berkata ‘Kun Fayakun’, jadilah, Maka terjadilah ia. Maha Suci Allah, yang ditangan-Nya Segala Kekuasaan,...
interesting..terima kasih bagi cadangan..tapi macam susah je nak pi donlod ni
BalasPadamLatest Entri : Mendekatkan diri dengan puaka
ijja ll fndroca : hmm..susah ea.. sy hari tu kebetulan je tgok kat astro..
BalasPadamtapi citer2 camni..mmg mencabar perasaan n emosi..